Sunday, September 12, 2010

3 SYAWAL 1431H

Pagi ni kita ramai2 gerak ke Gemencheh, NS. Last gi Gemencheh masa arwah abang saya meninggal. Lps tu kakak ipar saya duduk ngan anak dia di Putra Heights. Dia hanya balik Gemencheh 5-6 bulan sekali.

Ya Ampunnnn... Jem giler kat dari Muar ke Tangkak. Lebih2 lagi org2 nak ke tol Tangkak. We decided to ikut jalan dalam, dari Tangkak masuk simpang Bekoh and terus ke Air Kuning & Gemencheh. Tapi almaklum saya tak pernah lalu jalan ni and kita org terlepas simpang nak ke Bekoh tu sebab info yg kita org dapat kurang tepat. Meraban2 dah sampai Jementah, Segamat. Huaaahhhh.. Siap dah jumpa semua pintu masuk Gunung Ledang lagi.... Hampeh!!!!

Kita org patah balik & jumpa lah simpang tu. Terlupa pasang GPS. Mcm terer laa kan... Kalau ikut hati, ikut Alor Gajah lagi senang. Nak short cut kononnnn.. Padan muka. Hahahahaha.

Akhirnya kita org paling last tiba Gemencheh. Mas yg dari PJ pun dah sampai. Takpe janji tiba.

Wahhhh... bestnyer.... Kakak ipar saya masak best2 & sedap2! She's really a good cook. Ada asam pedas ikan tenggiri, ada kari ayam, sayur goreng, ikan bawal sweet sour... dia kata dia nak wat sambal tumis ikan bilis tapi tak sempat. Takpe2.. tu pun dah cukup dah. Saya mmg lapar giler, makan tak hengat. Dah lah sesat barat tadi kan....

Lps mkn, budak2 ni semua ada sessi fotografi. Kawasan kampung betul. Cantik view dia.
Acu tengok gambar2 ni. Semua nak jadik model.











Mak kepada kakak ipar saya ada di rumah kakak ipar saya masa tu. Hari2 lain dia tinggal dgn anak dia di Gemas. Dia tak sihat sangat. Mata dah tak berapa nampak sebab dia mengidap kencing manis. Dan kadang2 bila gula terlalu kurang. dia akan pengsan. Saya panggil dia Wan. Mmmg sejak kecik2 lagi dulu. Saya tak tau Wan tu stands for what actually tapi dia dah bahasa kan diri dia Wan, saya ikut jer laa..

One thing pasal Wan ni, memory dia cukup bagus. Paling terharu... dia tanya mana saya. Siap ingat nama lagi. Siap citer zaman kita org kecik2 dulu bila pergi rumah dia dulu2. Cuma dia tak berapa nampak dah.

Dah puas makan, amek2 gambo kat Gemencheh, kita org gerak ke Muar pulak.

Tiba kat rumah kakak saya di Muar... emmm.. dia tgh bersilat memasak. Dia buat mee udang. Dia cabut ubi kayu depan rumah gak, dia rebus plak ubi kayu tu. Saya & Mas yg mengadap makan dulu. Hahahaha. Buruk lantak betul. Azizi hasben Mas nak makan ayam kampung pulak, 2 ekor ayam kampung yg kakak saya bela tu selamat kena sembelih. Maka dimasak lomak cili api. Pehh!!! Terangkat!!!! Pedas giler!!! Pokok cili api berderet2 kat belakang rumah.

Orang riuh rendah... si kucing gedik ni sedap tido... Siap baring lagi.....



Ini rupa orang dah kenyang... Ellysha dah siap mandi, dah puas dia kejar ayam.

1 comments:

zennaya said...

saya nak tanya,klu dari muar nak pegi gemencheh lalu kot mane yg ok n jimat masa n x sesat?

Post a Comment