Friday, December 25, 2009

Cupcakes for Anniversary

Baru kejap pergi hantar cupcakes yg di order oleh member. Hari ni wedding anniversary parents dia. Dia pesan buat romantik2. Insya Allah....

Tak sure lah pulak apa yg saya buat ni romantik atau tidak tapi yg penting dia nampak happy lah bila tengok rupa cupcakes tu. Hope parents dia suka jugak.

Anniversary Cupcakes

Tuesday, December 22, 2009

ELLYSHA'S BIRTHDAY PARTY

Happy Birthday Ellysha... Hmmm.. Baru 7 tahun, tak berapa hari lagi dah Std 2... Takpe.. takpe.. umur muda..

7 YEARS OLD ELLYSHA





Utk birthday party Ellysha, Mas order cupcakes drp saya. So saya pun membuat seperti yg di order. Dia nak colour yang terang2. So apa lagi, terang2 lah saya buat colour dia.







Nadia & Ellysha the Birthday Girl



Nadia & Shamin jadi "Minah-minah Belon"



Mas & Me - mak2 budak yg suka posing...



Nazreena & Nadia, tumpang sekaki bleh.. saje nak posing gak...




Abang Saya bersama Anak2 & Suami Saya Bersama Anak2




Seperti biasa, kalau dah berkumpul reramai ni, apalagi mcm reunion lah. Mesti nak bergambar ramai2, ye la kalau ada occassion cenggini lah baru jumpa sedara mara selain drp hari raya atau kematian.



Kita org balik rumah dapat tapau lagi makanan. Time kasih daun keladi to Mas & Azizi. Jgn serik jemput kita orang....

Sunday, December 13, 2009

Angin Buat Roti

Ntah pehal entah tetiba cam terajin nak wat roti. Teringat zaman kecik2 dulu arwah kakak saya selalu buat 'roti naik' dan segala macam jenis yg seangkatan dengannya. Saya hanya tau makan aje. Itu biasa... Heheheheh..

Tapi skrg ni bila Naqib request nak roti kentang la, nak roti itu la roti ini la... mintak roti buat sendiri kat rumah, ini yang payah sket ni.. Ikut hati pegi beli je kat kedai.. Terus ngap je. Takyah susah2 nak buat aktiviti uli menguli & bakar membakar.

Tapi tqvm to my dear Naqib... kalau tak sampai sudah tak reti buat roti.

Ni lah rupa "Mocha Bun" yang saya buat. Tqvm to MG for the recipe.

MOCHA BUN





Hari tu ada buat roti kentang tapi tak sempat amek gambar.

Thursday, December 10, 2009

JOM CUTI...

Dulu2 orang selalu cerita pegi Medan pastu pegi Lake Toba also known as Danau Toba in Indonesia. Teringin gak nak tengok. Ye laa.. the largest lake in the world kata kan.. Tapi masa 1st time pegi Medan dulu in 2007, ingatkan tiba aja Medan, tiba lah Lake Toba tu, rupa2nya perjalanan ke Lake Toba tu makan masa 4 jam utk pergi sahaja, So pergi balik jadik 8 jam. So 1st time pegi Medan masa tu hanya pergi hari Sabtu dan balik hari Isnin maka tak sempat lah nak jengah Lake Toba tu.

So kali ni pergi mmg dah niat nak menjengok Lake Toba ni. Maka kami pun guna travel agency di Medan untuk bawak kami ke sana. Perjalanan bermula seawal 7.30 pagi. Lalu kawasan kampung, mmg itu je jalan utk ke sana pun. Kita org tempoh beberapa tempat seperti Lubuk Pakam, Permatang Siantar, Tebing Tinggi dan beberapa tempat lagi.

On the way to Parapat, sempat gak berposing ber-background Lake Toba








Depan boat nak ke Samosir Island



Atas boat


Memang besar giler Danau Toba ni, mcm laut rupa dia, pulak tu tengah2 tu ada pulau lagi. Nama pulau tu ialah Pulau Samosir. Menurut tourist guide tu satu hari tak cukup untuk round satu Pulau samosir. Eh.. Singapore pun kita boleh keliling dalam masa berapa jam je... So bayangkan betapa besarnya Danau Toba ni kalau tengah2 danau ni ada pulau yg saiznya agak2 besar drp Singapore. Untuk pergi ke Pulau Samosir ni kena naik boat atau ferry.




Penduduk yang tinggal di sini adalah kaum Batak Toba. Tiba di Pulau Samosir, tempat tersebut namanya Tomok. Nadia & Naqib terkekek2 ketawa sebab teringat Tomok juara OIAM. hahahhah..

Deretan Rumah Adat



Rumah Adat Dari Depan



Tarikan yang ada di situ hanyalah penjualan barangan kraftangan, baju2 & tshirt Lake Toba, juga ada deretan rumah2 adat. Yang paling tak sanggup tu... cara kaum Batak Toba ni berniaga, "Once you start tanya harga, considered kena beli" Ya ampunnn...

Alamakkk... cam kenan la pulak kain tenun ni ... Harus terjebak ni...



Kirai-kirai tebar lagi... Hai... dah terkena la ni...



Yang ni cantik gak.. mahal lagi sbb tenun sampai 3 kali



Memang konpem, terjebak!! Padan muka, tanya2 lagi. Hahahaha...

Sebelum naik boat ke Parapat, last posing kat Samosir Island



Disebabkan takde apa sangat, kami pun nak seberang semula ke Parapat dari Pulau Samosir tu. Kalau jual2 krftgn tu, kat Parapat pun ada tapi jgn kata tak pernah ke Pulau Samosir, dah pernah lah pergi.

Pemandangan Lake Toba ketika jalan balik. Cantik kan?







On the way back, kami lalui lagi jalan yg kami telah tempohi pagi tadi. Tiba2 hari hujan pulak.. seb baik masa kat Pulau Samosir tu tak hujan. Bila kami tiba di pekan Tebing Tinggi, semua kenderaan mcm agak slow gitu. Laa... rupa2nya banjir.... Jalanraya dia dah penuh ngan banjir. Semua kenderaan ikut lane paling tengah. Meh tengok aksi penduduk kat situ ketika berdepan dengan situasi banjir.


Budak2 bukan main seronok bermain dlm banjir tu.







Ya Ampunnn... Boleh dok bersantai plak banjir2 ni... bukannya dia pegi selamatkan barang2 dia yg dah terendam tu.



Boleh amek2 gambar lagi... Ishhh.. Ishhh... Ishhh...










Perjalanan yg sgt jauh & lama tu memang meletihkan. Ditambah pulak makin nak malam makin banyak lori.

Kita orang berhenti makan kat Restoren Bahagia. Mmg lapar giler rasanya. Kat Parapat tadi cam tak lalu nak makan. Service kat restoren tu memang tip top. Duduk2 aja kat meja, berebut2 waitress pasang candle letak tengah2 meja. Pastu waiter dtg tanya nak air apa. Naqib nak Fanta Strawberry, so bila saya mintak Fanta Srawberry satu... waiter tu kata "Kami tidak ada Fanta Strawberry, kami cuma ada Fanta Biasa saja.." lepas tu saya tengok deretan Fanta strawberry yg ada di situ, saya tanya itu Fanta yg merah tu apa? Dia kata Fanta Biasa. Maka saya pun berkata "Ye.. Bagi Fanta Biasa tu satu.." Hahahahahah.. Naqib ngan Nadia tersimpol2 senyum nak gelak besar. Kah.. kah..kah...
Tapi apa pun mmg nak puji restoren tu... lauk2 dia sedap2. Tak mcm restoren nasi padang yg selalu kami masuk. Puas ati laa...

Akhirnya tiba di Kota Medan semula. Pemandu tu bawak kami ke Istana Maimoon tapi tak masuk la, lalu aje. Besar tersergam & sangat cantik.

Tiba hotel, memang penat giler babas la.. mandi2 pastu semua knocked out. Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....................

Hari ketiga buang2 masa je, Pegi la shopping mall yg ada di Medan. Mula2 ke Medan Fair Plaza. Kat mall ni ada Carrefour. Eh eh ada Killiney Kopitiam jugak. Apalagi, jom pekena sekejap...

Mee Rebus



Roti Bakar




Pastu gi ke mall terbesar pulak i.e. Sun Plaza. Masa tahun 2007 dulu, di Sun Plaza ni lah kami 1st time makan donut JCo. Masa tu kat Mesia belum ada lagi. Bila Sunway Piramid tambah wing baru yg ada Jusco tu, pastu tetiba ternampak JCo akan dibuka di Sunway Piramid, kita orang memang excited giler.

Drinks from JCo bersama free donuts



Lps dah melayan JCo, nampak satu kedai ala2 kopitiam ni cam menariks... Ada banana sticks & paling menariks ada teh tarik jugak. So jalan2 sekejap, pastu kita org try masuk kedai tu pulak. Alaa.. bukan berat sgt... setakat teh tarik ngan banana sticks je. Banana sticks tu sebenarnya goreng pisang tapi dia hidang dalam gelas. Creative jugak. Jom tengok rupa dia.

Banana Sticks



Teh Tarik



Nasi "PERANG"



Makkk oiiii.... terkejut bila tanya waitress tu apa dia makanan dlm bungkus daun pisang tu. Sebab dlm hati ni ingatkan tapai ubi ke... Dia jawap "Nasi Perang". Hah??? Perang!!?? Lepas tu tak puas ati, tanya lagi ada lauk apa dalam dia, dia jwp.. ada udang & ayam. Ohhhh ada udang ngan ayam... Pastu baru dia cakap 'macam nasi lemak laa...' Ek eleh... punya gempak bunyik kata "Nasi Perang" rupa2nya cam nasik lemak... Ingat makan tu cam orang nak pegi berperang ke... Gempak. gempak.. Mmg nama gempak giler laa..

Pasangan Kakak & Adik




Untuk dinner plak, kita org melayan pizza hut.

Lychee Orange Juice



Lime Juice



Garlic Bread



Pizza - tak ingat flavour apa tapi lain drp apa yg ada kat M'sia



Hari terakhir di Kota Medan takde aktiviti apa2, cuma nak pegi beli Kek lapis, kat Indon dipanggil Lapis Legit. Nadia & Naqib taknak ikut so layan lah tengok astro kat bilik. So my husband & I naik becak (org Mesia sebut Beca), Lain nya becak ni, kat Mesia kayuh basikal, kat Medan guna motorsikal. Dah jadik mcm tuk-tuk pulak. Turun2 hotel masa nak naik becak tu, dengar cam rioh2 kat roundabout situ... Laaa.... Ada demonstrasi = rupa2nya Hari Memperingati Anti Korupsi Sedunia. Trak2 polis banyak kat situ. Tapi kami selamat melalui kawasan demonstrasi tu dengan becak yg kami naiki tu. Alhamdulillah...

Akhirnya sampai Shah Alam dah pukul 9.00 malam.

Saturday, November 28, 2009

CUPCAKES....

Salam semua....

Semalam Raya Haji dah puas lepak dah... Jadi nyer hari ni mcm nak buat something. Hari tu birthday Nadia 23/10 & Naqib 24/11 takde buat kek pun, maka hari ini la baru nak buat kek untuk dia orang, so saya rasa nak buat cupcakes untuk dia orang berdua. Buat yang simple aje. So.. inilah hasilnya...


CUPCAKES FOR NADIA & NAQIB



Happy Belated Birthday Kakak & Adik !!!!

Friday, November 27, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA TO ALL MUSLIM

Salam to all.

Hari Raya Aidil Adha or lebih kerap disebut sebagai 'Raya Haji' kini menjelma lagi. Kali ni kita orang anak beranak beraya di Shah Alam aje. Almaklum baru balik dari berjln kan.

Memandangkan beraya di perantauan ni....kena lah sediakan juadah2 hari raya sendiri. Balik2 dari keje semalam, terus anyam ketupat. Daun ketupat dah beli hari Rabu, the day we returned from Langkawi. Ketupat tu mula2 kata nak buat dlm 30 biji je tapi memandangkan terlebih pulak beras yg dah dicuci tu, maka tambah lagi 6 biji, so total ketupat ada 36 biji.

Lepas anyam ketupat, nak pegi Tesco, ayam lom beli lagi. Ya Ampunn... Lepas maghrib gi Tesco, tengok ramai kerumun tempat ayam ni. Ingatkan kita orang je last minute, ada ramai lagi pesen last minute ni rupanya... Tengok2.... Laaa... tinggal peha je. Peha ke peha laa.. nak wat camne...


KETUPAT



SAMBAL KACANG




PULUT KUNING



Pulut kuning ni favourite Naqib. Suka sgt dia makan pulut kuning ngan kari ayam.


KARI AYAM




RENDANG AYAM




LEMANG



Lemang je yang dibeli daripada pakcik mini market. Bukan nyer booking2, main redah jer gi mini market pakcik tu tanya ada lemang lebih tak. Bukan banyak pun beli, 2 batang jer...

Masa hari ini dihabiskan lepak kat rumah aje, bila lapar turun makan. Bila kenyang tersandar tengok TV atau TV yang tengok kita orang... Hahahaha.. Ehh.. stop.. stop... nak tengok TV3 citer "Nur Kasih" - last episode malam ni. Dah start tu.

Ok, sampai sini dulu...