Friday, May 24, 2013

YEAY!! CUTI...!!

Hari ni Jumaat cuti Hari Wesak. Yeay.. Yeay... Hari ni balik Batu Pahat.

Tempat persinggahan biasa utk breakfast ... Warung yang jual lontong sedap tu... kat Jln Khalidi, Muar.

Cepat kakak... adek... byk tempat kosong lagi tu.... Hahahaha.





LONTONG DGN RENDANG DAGING


Seperti biasa... Naqib akan tambah satu lagi lontong rendang daging ni... Tak cukup satu.... Mujur sempat. Pastu lontong terus abes. Padahal belum pukul 9.00 am lagi.

Burrrppppp..........!!!!! Alhamdulillah....

Bila petang2 sket kat Jengkuan Batu Pahat pulak...

Eh cantik pulak gambar Sungai Batu Pahat ni... Sempat ambik gambar ni sementara tunggu mknan tiba.



SUNGAI BATU PAHAT





SATAY DAGING DAN HATI LEMBU




MEE BANDUNG JENGKUAN



Last balik dulu dah kata dah mee bandung Jengkuan ni dah tak sedap cam dulu. Tukang masak tukar ke... tukar resepi lain ke.. tang tu tak pasti.

Ingat kan kali ni dah back to normal yg sedap mcm dulu2... Meleset sekali tekaan. Hmmmm... masih kurenggggg... Nampaknya takkan order lagi lah mee bandung kat situ. Kalah teruk dgn mee bandung Mak Pon.....

Mujur satay masih kekal rasa mcm dulu...

Thursday, May 23, 2013

BAKING TIME......

Hari ni Nadia nak bawak RV cupcakes utk bagi officemates dia. Ala2 sempena dah grad lah agaknya... Dah lama dah dia bgtau.. tapi yg tukang buat ni asyik mintak postphone aje. Keadaan kurang mengizinkan. Sorry ye kakak....





KEK FONDANT UTK HANTARAN PERTUNANGAN




Katanya nak warna hijau dan putih. Harap2 suka ye. TQVM Fazi....




MOIST CHOC CAKE WITH BUTTERCREAM ICING



VANILLA CUPCAKES 



Happy Birthday Nuryn... Dah 6 tahun dah dia.... Kali ni pilih image Ana Muslim. 
TQVM Cik Ziz...

Monday, May 20, 2013

ISTIADAT KONVOKESYEN KE 78 UiTM - 20 MEI 2013




Hari ni istiadat konvokesyen kakak. Sebelum keluar rumah belum hujan tapi tiba kat padang kawad yg dijadikan tempat parking tu hujan pun makin lebat. 

Kita org jalan lalu stadium utk ke dewan. Mak aiii... tinggi betul tangga! Nak naik di kala hujan2 lebat mcm ni. Mujur payung guna sorang satu. Habis lah kasut I kena air hujan..... Hahahaha.

Naqib kena cari port baik punya utk dia tunggu kat luar. Make sure dkt ngan kipas and senang nak keluar nanti ye.

Ok turn parents kena masuk hall. Bila masuk dewan tengok cam agak kecik compared to zaman saya dulu kat Dewan Sri Budiman. Tak kesah lah.. agak comel lah jugak.

Tu kakak dah berbaris masuk. Kakak jalan depan si tudung merah.









Alhamdulillah selesai sudah... Kalau pagi tadi hujan lebat.. di kala tengahari ni panas melenting. 

CONGRATULATIONS NADIA BINTI ZAILAN a.k.a KAKAKKKKKKK!!!!!!

Sunday, May 19, 2013

TERINGIN ROTI CANAI

Hari ni teringin nak mkn roti canai masak atas kuali sendiri. Asek guna kuali Mr Mamak punya je.. So pe lagi... kari ayam jer di partner kan dgn roti canai ni... Takde susah beno... selama ni virus Cik-Ma*** attack. Hehehehe.











Sunday, May 12, 2013

MOTHER'S DAY AND BIRTHDAY CELEBRATION

Alhamdulillah... dpt sambut lagi mother's day dan birthday sekali lagi untuk tahun ni. Spt biasa upacara pegi makan2.














Card drp Nadia.... TQVM Kakakkkkk.....






TQVM to all relatives and friends for all the doa and wishes. May Allah bless us always!



Friday, May 10, 2013

RAYYAN RIZKI TURNS 1 !!!!

Happy Birthday Rayyan....! Sekejap jer dah setahun.... Jgn nakal2... Mama nak masak sedap2 tu....



RV CAKE




Thanks Liza.

Tuesday, May 7, 2013

LONDON... PARIS... (20 APRIL 2013 - 5 MEI 2013)

20 APRIL 2013 (SATURDAY)

I have never been to London before. And never have I imagined that I could be in London today. Excited lah jugak kan...

Packing barang sebelum ni bagai nak rak. Mcm2 nak bawak. Konon mcm2 nak masak nanti. Naz ada sebut nak kek. Takkan nak siap2 bake.. Kang penyek pulak. So siap2 sukat tepung and gula. Mesti takde penimbang kan. Bawak hand mixer jugak. Tu yg takleh tahan tu. Hahahaha.

Sampai nak check in kat airport... beg tu melebihi had berat. So kena keluarkan tumpang beg Mas jugak. Heheheh... Memang selalu fail part2 packing ni.










21 APRIL 2013 (SUNDAY)


Pagi ni nak pergi ke Bicester Village. Naik bas dari Marble Arch. While waiting for the bus, sempat minum hot chocolate kat Pret-A-Manger dulu. Eh eh ada time lagi.... sempat lagi berposing....




Okay... dahpun sampai kat Bicester Village. It took about 1 hour from London. Driver bas sangat berhemah. Betul ikut 80 mph kat highway tadi. Ermmm one thing kat sini masih guna miles per hour instead of km per hour. Takde hal pun.








Ni sebahagian outlets yg ada kat Bicester Village. 






Nak masuk Prada kena queue pulak... Dia bukak lambat sket hari ni.. tu yg org2 dah tunggu tu.

Tadi dah leka dok kat dlm outlet Cath Kidston. Ish! Dah tergoda dah dgn bende2 dia tu...
Beli jgn tak beli. Kang mimpi2 pulak. Jenuh pulak nak beli tiket bas lagi utk ke sini lagi nanti. Tiket bas 25 pound sterling ye.  
















22 APRIL 2013 (MONDAY)


Plan hari ni sebelum keluar ialah nak siap2 masak Assam Pedas Ikan. Pagi2 dah keluar cari sayur, ikan, udang, daging dan ayam. Laa... ubi kayu, pisang tanduk semua ada... Ubi keledek pun ada... Cantik2 pulak tu. Terus keluar mentol!!! Ting!!! Nak buat kuih keria lah... so beli keledek 2 ketul jer. Beli jugak terung utk masuk dlm asam pedas nanti.

Itu baru sayur2an. Untuk ikan dan udang, kita orang pergi ke East Ham Market. Untuk ayam dan daging pulak kat kedai yang memang jual ayam dan beef / lamb aja.













Ermmmmm... Mas dah masak Asam Pedas. Ok, nasi pun dah masak. Nak makan, jemput la makan ye... 




Destinasi seterusnya ke Westfield Stratford City.



Isk..Isk... Macam orang mabuk pulak masuk Lakeland. Semua benda best2. Leka tengok barang2 dia. Casing untuk cupcake... makkkkk!! Comel sgt! Mesti sayang nak guna.


Ya Ampunnnn.... baru masuk berapa kedai jer.. kiri kanan penuh pegang beg ni. Mcmana nak masuk kedai2 lain? So kita org pun balik rumah. Esok masih ada.....



23 APRIL 2013 (TUESDAY)

Pagi kita org pergi lagi Westfield kat Stratford tu. Sebab semalam baru masuk 2-3 kedai jer. Hari ni Naz join sekali.


Sebelum balik tu sempat relax makan jap. Ni nama tak ingat tapi mcm mee tomyam la. Byk sgt mcm bukan utk sorang.





Balik rumah kali ni kena panggil Minicab. Barang banyak sangat. Acu tengok ni... mcmana nak masuk kedai lain kalau rupanya begini....








Petang kita orang keluar balik. Kali ni Mas bawak pergi Kensington Gardens. Kat situ jugak lah letaknya Kensington Palace tempat tinggal Lady Di dulu.








Eee... geram betul tengok bunga2 tulip kat tepi Kensington Palace ni. Terduduk terus.



Kat pagar ni kan yang masa kematian Lady Di tu.. yang orang2 sana letak bunga2 kat tepi pagar ni.




Mari kita ke Whiteleys pulak. 





Ohhhh tidakkkk... Tak tentu arah tengok Tie Rack! Pilih2.



Sebelum balik, Mas bungkus kebab lamb yg sedap ni from TAZA.









Ok malam ni nak goreng meehoon. Ayam tadi dah perap nak buat ayam goreng berempah. Sementara tu jugak buat kek Marble.

Mas tak sihat pulak mlm ni... Ohhh my tourist guide... Get well soon dear.. Sape nak bawak jalan2 nanti....? 

Kelentang kelentong sorang2 kat dapur. Alamak! Ingatkan nak sampai everything ready baru nak panggil dia org makan.. ala2 surprise gitu. Aleh2 tak reti nak on oven rumah org ni. Hahahaha... Tu laa... ingat rumah sendiri apa? Sedar sket ni rumah orang okay.... Terpaksa panggil Naz camana nak on oven ni. Laa... siap ada child lock. Tengok! Betapa dia orang ni menjaga safety.










24 APRIL 2013 (WEDNESDAY)


Big Ben - the largest clock in Britain. Entah apa kena entah excited tak tentu hala tengok Big Ben. Hahahaha. Jakun!










At Westminster Abbey... Church tempat Lady Di and Prince Charles kawin dulu. Lady Di ninggal pun bawak sini jugak. Prince William kawin pun kat sini jugak. Dan semua royal wedding lah.





WESTMINSTER ABBEY



On the way to Buckingham Palace, lalu kat park ni. Cantik giler.








Ada pulak business sewa kerusi malas untuk berjemur. 



Suka tengok couple omputih ni. At their age, leh duduk2 berdua kat park mcm berdating. Kenapa org Melayu tak buat mcm ni ye.



Jumpa pulak daffodils warna kuning. Banyak nya.....



Hmm.. dah dekat dah Buckingham Palace. Punya ramai umat. Masing2 nak tunggu change of guards tu.



Laa... kalau tau dia nak berarak main band tadi.. tak lintas jalan dulu. Kan tengok dari jauh... Kalau tak mesti dapat snap gambar jarak dekat.







Ni nak seberang jalan tak boleh sbb polis tu nak beri laluan kat band tu lepas dulu. So time to posinggggg... Eh eh.. polis tu pun pandang kamera. Nak join posing laa tu... Hahahahaha.


 

At Buckingham Palace. Punya ramai.. sebab hari ni hari Rabu pukul 11.30 am ada change of the guards.

Ok2... jom kita pergi jalan2 kat St James Park pulak.




Huhhh ramai betul tengah lepak atas rumput ni... Dia org lunch bawak/beli sandwich and apa2 yg ringan2 jer. Kalau orang kita harus bawak mangkuk tingkat kot.. Mcm picnic.



Jauh betul berjalan kaki hari ni. Macam dah beribu-ribu kilometer rasa nyer. Okay pasni naik bas pulak to our next destination.... Tu dia Harrods!













MARBLE ARCH






25 APRIL 2013 (THURSDAY)

Yeay! Yeay! Mas masak kari ayam hari ni.. Boleh makan dgn roti canai segera. 


Pagi ni nak pergi ke Trafalgar Square. Tapi sebelum tu kita org nak berposing ngan Mr Horse dulu ye... Alamak..! Ada notice kat tepi tembok tu.. "Horses may kick or bite!" 
Suspen la pulak...






Mas nak pergi jumpa kawan dia, Chomel, sekejap. Dia keje kat Tourism Malaysia betul2 opposite Trafalgar Square.

Bangga pulak tengok office ni kat tengah2 kota metropolitan London ni.







I thought I would meet the crowd of pigeons at Trafalgar Square. Kalau dulu2 kan Trafalgar Square famous ngan pigeons and also the bronze lion statue. Hmmm.... Dah takde pigeons tu. Ada 2 ekor jer. Mana pergi dah ye? Nadia whatsapp kata pigeons tu dah pergi kat Murjana Maju. Dah tiap2 hari staff Murjana bagi makan beras kat burung2 tu. Kahkahkah.








Mas and Chomel



Ada letak basil kat atas pizza ni. Eh sedap lah basil ni. Kat rumah punya banyak pucuk basil ni.. tak lak buat buat macam ni.





After had lunch ngan Chomel, kita org pergi ke Covent Gardens. Kat mana2 pun memang sentiasa ramai orang. Masa tu tengahari so dia org semua tgh lunch break kot and dia orang ni lunch simple jer. Makan roti or sandwich jer. Duduk pun tak kisah kat mana2.












Ohh... Covent Gardens ni mcm Central Market kat KL tu. Central Market dpt idea dari sini 
kata nyer.... 

Cantik pulak apron ni...



Comel kan beca dia.




From Covent Gardens we walked to China Town. Actually saya nak cari cili masak. Kat kedai kat rumah Naz takde jual cili merah.. Cili yg capsicum tu byk lah.

Tapi kat China Town ni... hmm.. semua ada. Up sikit drp kedai pasar segar kat rumah kita tu sebab segala benda ada. Mcm supermarket bhg sayur2 lah. Lengkap. Eh eh.. Ada petai yg dah siap buang kulit tu. Satu peket 4 pound lebih. Hmm.. Cili masak pun segar bugar. Best2.



CHINA TOWN




Hah tu dia cili merah yg kita cari... Cili api semua ada... Daun pisang pun ada hah ni.


Nampak tu ada petai.......... Byk pulak stock daun pisang dia.



Depan Rasa Sayang Restaurant, Malaysia - Singapore Cuisine... Malang nya takde tanda halal. 



Begitu jugak dengan yang ini....



At Leceister Square - Cinema and Entertainment centre. Ramai kan yg lepak2 atas rumput tu.














At Picadilly Circus.








26 APRIL 2013 (FRIDAY)

Today pergi Westfield Stratford lagi... Dan jugak High Street, East Ham. 

Hari ni buat laksa Johor and bake moist chocolate cake.






KUAH LAKSA JOHOR




LAKSA JOHOR



27 APRIL 2013 (SATURDAY)











Wahhh...!! Banyak nya Whirly Pop!












At Portobello Market.





CHURROS






Selalu tengok artichoke ni masa main farmville. Ni yg real punya.




Mak oi... Gemuk nya asparagus. 






Geram tengok tomato ni. Cantik.









Kedai Makan, owner nya is a Malaysian. Ramai ler Malaysian yg dok makan dlm kedai ni termasuk kami.


Dalam bas.




From Oxford Street, kita org pegi rumah Chomel. Dari balcony rumah dia boleh nampak stadium olimpik tu. Pesal nampak stadium tu mcm tak siap ek. Rumah Naz last year pun kat situ jugak.

Chomel masak mee rebus. From her kitchen, I know that she's a good cook.




Chomel's Fruit Salad



This is my portion.... Burpppp... Alhamdulillah.



Chomel ada corner for her orchids.



View from Chomel's balcony. Nampak Stadium Olimpik tu. Kan? Mcm tak siap kan?




28 APRIL 2013 (SUNDAY)

Sebelum keluar buat cekodok bilis sekejap.






At Petticoat Lane....







At Liverpool Street Station... 






Otw balik rumah Naz, tetiba org2 lain dlm coach ni turun.. so tinggal kita org bertiga jer. So pelagi... buat perangai ler... Main2 posing.




Elok2 lepas Mas posing jer... ada org lain pulak masuk. Mujur sempat jugak buat 2 pose. Hahahaha... Ingat senang dapat moment yg coach betul2 kosong masa tube tgh bergerak.






29 APRIL 2013 (MONDAY)

Hari ni masak Nasi Lemak. Mas buat 
Sambal Udang Petai. Perghhh... Nalla! 
Saya setakat masak nasi lemak tu and goreng telur dadar jer.








Destinasi hari ni ke Oxford Street, Regent Street and Carnaby Street. Last sekali pegi ke Westfield 
White City/Shepherds Bush tu. 










Hamleys at Regent Street.... the world's most famous toy store.




Jom kita masuk.....









Jenuh jugak kalau beli sang unta ni nak bawak balik... Hehehehe.






Ada restoren "Penang!"kat Westfield.



Cantik pulak color cupcakes ni....






30 APRIL 2013 (TUESDAY)


Pagi ni goreng cokodok ikan bilis and Mas pulak buat nasi goreng kampung. Guess what? Nak bawak bekal pergi Paris! Ada org lain buat? Kita org jer buat kot.... Nanti sampai sana boleh terus ngap. 

Naik Eurostar from London's St. Pancras to Gare du Nord, Paris. 








View from the hotel's room.





Aktiviti nak berjalan tergendala pulak sbb hujan. So jalan area dekat2 hotel je.

1 MAY 2013 (WEDNESDAY)

Laa... rupa2nya hari ni semua mall and kedai tutup kecuali restoren and gift shops. Supermarket pun tutup. Ni betul2 Labour Day soh pekerja bercuti.

Our 1st destination today ialah nak pegi ke Eiffel Tower. 









Meh kita main cak-cak meh.... Hahahaha. Ada org lain buat? Takde.. Takde...




Dok cari bangku yg Elfira Roy duduk dalam cerita kat Astro tu. Agaknya bangku yg ni kot... Hahahaha. Nak posing kat bangku dia jugak.






Beca kat Paris pun comel jugak.










Ramai betul org kat church ni... Ehhh... ada Chinese couple wat wedding kat sini gak.



Cantik la cafe ni....



Relax jap minum hot chocolate ye....



At Arc de Triomphe. Jalan tengah kosong berani lah dok bergambor tengah2 jalan. Hehehehe. Cepat Mas... Kereta dah nak datang tu....





2 MAY 2013 (THURSDAY)

Hmm... dah sampai dah Galeries Lafayette. Nak buat investment ni... Sedap sket bunyik wat investment padahal ngabes kan duit.... Kwang kwang kwang....





Dalam Galeries Lafayette... 




Gare du Nord, Paris.



Tidak membuang masa nampaknya. Sempat knitting lagi.



3 MAY 2013 (FRIDAY)

Mas teringat2 pulak nak buat investment kat Westfield yg jauh lagi satu tu. Mesti tak boleh tido tu teringat cik mulberry dia tu.





Then kita org ke Whiteleys kat Bayswater pulak. Tunggu Naz habis class dia, pastu kita org nak mkn and jalan ramai2.

Jom makan kebab at TAZA Kebab House, Queensway, Bayswater.




Dah kenyang jom jalan2 lagi kat Kensington Garden. Suka sangat tengok bunga daffodils ni...



Kanak2 riang sedang bersuka ria... Main kotak tu main! Mahal tau kotak tu utk buat shipping. It costs 20 pounds sterling tu. Tu yg kecik. Yg besar 40 pounds sterling.




The great housemates... Shigim, Farah and Naz




L to R: Shigim, Farah, Farah's auntie, me and Mas



Farah's auntie, me and Mas



4 MAY 2013 (SATURDAY)

Sebelum keluar masak nasi beriani ayam dulu. Ok siap.. sila makan ye. Mas pulak buat pengat Pisang Tanduk.


Hari ni pegi Westfield kat Stratford lagi. Eh eh... hujan batu...!!! Patut bunyi bising. Tunggu hujan batu berenti baru boleh keluar. 

Last shopping masuk Marks n Spencer nak beli biskut dia yg sedap giler tu and apa2 lain lah.

Yeh.. yeh... Malam ni Mas nak buat Roasted Lamb. Tenaga saya semakin berkurangan nampaknya. Sorry Mas.. tidak membantu langsung.



Menunggu  cap ibu dan anak, Mas and Naz tu masuk Waitrose... Saya agak kurang upaya plak hari ini... maka dok tunggu kat luar kat tempat2 duduk yg mmg tersedia.

Dinner - Roasted Lamb, Mashed Potato and Baked Potato



5 MAY 2013 (SUNDAY)

Last day in London... So all five of us keluar makan at Burgers and Lobsters.



GRILLED LOBSTER





Balik rumah tengok online TV and tengok result 13th General Election yg mana dah updated. Pukul 5.00 pm teksi dah dtg dah utk ke Heathrow Airport.

Huaaahhhh... Seperti biasa.. excess baggage. Ambekkkk!!!! 13kg excess... Hehehehe...


6 MAY 2013 (MONDAY)

Safely landed at KLIA @ 5.40 pm