Sunday, June 27, 2010

"BEAST" THE KOREAN BOY BAND

Frankly speaking I never heard about this band before. Beast (비스트, stylized as BEAST or B2ST) is a boy band from South Korea that consists of six members, under Cube Entertainment. The group was originally known as B2ST, an acronym for Boys to Search for Top. However, their name was changed to BEAST (Boys of the East Standing Tall).

Walaupun saya agak minat gak ngan citer Korea sejak Winter Sonata, Autumn in My Heart, Jewel in The Palace, dan apa2 lagi lah. Tapi itu cerita TV.. kalau penyanyi2 ni mmg tak kenal langsung. Tapi anak perempuan saya ni, mmg segala mak nenek pasal Korea.. semua nya dia minat. Entah pesal ntah. Dah lah mata pun sepet se-line... Kwang 3x. Jgn marah kakak...


Band ni ada kat Malaysia 2 hari je, 26/6 & 27/6. Since semlm we were in Batu Pahat for Anne's engagement ceremony, hari ni kakak beria2 nak jugak pegi. Kawan2 dia dah pegi semlm punya, lg dia tak puas hati, kwn2 dia menang lucky draw ke apa ntah and hadiahnya ialah dapat jumpa band ni kat hotel Nikko, Jln Ampang, tempat dia org menginap. Lagi best lah kan. Takyah susah2 nak beratur bagai nak rak utk amek signature.

So sampai rumah tadi, hantar barang2, almaklum beli durian semua tu, nanti meruap2 dlm kereta. Kita org pun keluar semula menuju ke One Utama. Event tu mula pukul 5 pm and kita org ngam2 tiba situ pukul 5pm. Maka si adik terpaksa meneman si kakak.... Dan jugak untuk mengambil gambar2.


BEAST Korean Boy Band




Kakak sedang tunggu giliran nak amek signature. Ramai rupanya peminat2 Korea kat Malaysia ni ek.




Wajah gumbira kakak bila CDnya dah dapat signatures from all team members of BEAST.








Masa tadi tak hengat lapar, sekarang tengok psgan kakak & adik ni ... beria2 makan. Sila2.. jgn malu2.




Marshmallow & Strawberry Cheese Cake

FROM JOHORE WITH LOVE......

Balik Johor kali ni dah banyak nampak durian2 yg dijual di tepi jalan. Manggis nampak cam baru lg sbb belum begitu banyak lg.

So on the way home from B Pahat, kami singgah lah kat stall apek yg kami dah biasa beli. Ramai pulak org singgah kat stall dia ni. Mesti dia org pun dah biasa ngan dia.

Ada mcm2 jenis pulak sekarang. Eh ada nama Durian Kunyit pulak. Mesti isi dia kuning giler ni.

Tapi kita org tak beli pun Durian Kunyit tu... Agak mahal.. hehhehehe... Kita org hanya beli Durian Tembaga. Rasa dia sedap.. isi pulak tebal.

Antara Longgokan Durian2 Utk Dijual







Durian Tembaga

Saturday, June 26, 2010

PERTUNANGAN ANNE & AZREEN 26.06.2010

Akhirnya hari pertunangan Anne dah tiba. Segala persiapan untuk hantaran berjaya disiapkan sehari sebelum. Macam tak caya lak.

Pihak lelaki akan bawa 7 dulang, maknanya kita org kan balas at least 9 dulang. Saya & Anne mmemang dah sedia untuk 9 dulang. Untuk basic hiasan dulang memang dah disiapkan masa saya balik cuti Wesak hari tu. Tinggal nak gubah barang2 & letak dlm dulang je.

Tetiba kakak saya, emak Anne kata yg kakak ipar saya kata nak bagi tambahan barang so dah jadik 10 dulang. Alamak! Camner ek. Dulang yg dah siap ber-deco ada 9 je ni. Takpe takpe... Kita buat dia. Maknanya sirih junjung terpaksa letak dlm dulang yg takde deco sama lah, lagi pun sirih junjung ni kan highlight of the hantaran, kena lain sket.


Dah sampai dah rombongan pihak lelaki.




Mini Cupcakes with Buttercream Icing sebagai pencuci mulut




Gift untuk tetamu yang hadir




Hantaran Drp Pihak Lelaki




Telur Pindang



Wakil drp kedua2 pihak




10 Dulang Hantaran drp Pihak Perempuan




Posing Anne bersama hantaran2nya..... Alaaa cantik nyerrrr Anne....




Sirih Junjung hasil gubahan Qemma, Anne & tak ketinggalan tumpang sekaki Nadia....




Cari punya cari idea... Ini lah yg terhasil...
Fondant Cake & Cupcakes mengikut theme colour yg dihajati.




Apple Merah untuk si dia....




Harta Karun... Ni lah yg kakak ipar saya buat




PotPourri Saje nak bgtau.... Ini saya buat..




Rasa nak buat something different with the chocolate... Dah selalu sangat tengok Ferrero Rocher... So.. Inilah bunga chocolate hasil gubahan saya... Amacam? OK?

Bunga Chocolate




Towel hasil gubahan Anne sendiri




Kek Kukus



Baju Melayu & Kain Songket Samping hasil sentuhan & gubahan Qemma




Kemeja & Necktie disusun oleh Qemma




Akhirnya.... 2 cincin (merisik & bertunang) disarungkan oleh bakal emak mertua Anne.






Termeterai lah perjanjian antara dua pihak.... Insya Allah acara seterusnya.. jeng jeng jeng... akan berjalan lebih lancar... Amin......

Friday, June 25, 2010

LITTLE LANA IS ONE YEAR OLD!!!

Lana already one year old....!!!So mummy of Lana nak buat kenduri kesyukuran for her lovely little Lana. Dia request ladybird mini cupcakes ni untuk majlis dia.

Ladybird Mini Cupcakes



Happy Birthday Lana... Jadi good girl ye...

Sunday, June 20, 2010

MENGEMAS DI HARI MINGGU

Penatnya............... tulaaaaa... cuba rumah tu sentiasa kemas, takde lah terok nak kemas mcm buat sekali sekala ni.. Padan muka!!! Heheheheh...

Memandangkan hari ni di isytiharkan sebg hari mengemas dlm rumah ni... maka brekfes sesempoi mungkin... apalagi cekodok bodoh le... Bodoh ke bodoh laa.. janji perut tak kosong.

Lunch pulak masak yg mudah2 & ringkas je. Mcm lah selama ni masak yg susah2 atau mencabar minda. Hahahaha... Selau tak masak ada lah.

Sebab semalam baru pegi kail Ikan Siakap kat Tesco, apa kata kita buat sesuatu kat ikan tu.

Ikan Siakap 3 Rasa Versi Sendiri




Kobis Masak Air




Kan ringkas tu...

Banyak lagi nak kemas ni... Alamak... hantaran untuk Anne bertunang Sabtu ni tak siap lagi ni. Camner ni... Mood nak menggubah tu tak dtg2 plak. Don't worry ye Anne, hari Sabtu tu gerenti siap punya!! Hihihihihi...

Friday, June 11, 2010

FAMILY HOLIDAY IN PERTH, AUSTRALIA ( 05 - 10 JUNE 2010)

Day 1 (5 June 2010)

We reached Perth at 5.20 am. Terus amek cab & gi check in kat hotel. Luckily the hotel accepted us pepagi buta tu. Normally check in time kan at 2.00 pm. Kalau tak bersalai nak tunggu kul 2 pm.



Dek kerana ngantuk, terlelap plak... terkejut kul 10 am. Bgn2!! Datang jauh2 membuta pulak... Apa hal!!!

Kita org just jalan2 kat Langley Park, and jalan2 tepi Swan River sampai ke jetty. Sepanjang2 jalan, tak sudah2 posing bagai nak rak.

Langley Park... Berterabur maples leaves kat situ.
















Kat Bell Tower




Disebabkan hari makin gelap and terasa makin sejuk.. relax jap pekena Hot Chocolate.





Day 2 (6 June 2010)

We went to Fremantle via train. Redah jer...

Di station keretapi Fremantle




At one of the souveniers' shops kat E Shed Market, tgh2 leka berborak dgn tokeh kedai yg berasal dr Singapore, siap rojak2 ckp english & Malay lagi.. tetiba ada sorang pompuan ni nak bayar kat tokeh tu tegur..."Eh.. macam kenal lah..", dia kata. Sekali tgk.. mmg mcm kenal.. tapi di mana yeahhhh???? Laaa.... Asliah rupanya... Org TM Sabah... Dulu saya pegi buat IQA kat office dia di Labuan, skrg dia dah tukar ke KK. Dia bercuti berdua dgn husband dia.


Me and Asliah




Ni dalam bas nak ke Fremantle Market, saje naik bas walaupun dekatr sbb tambang train tadi dah termasuk segala bus fare sampai midnight.










Kakak Tgh Beli Choc Strawberry










Day 3 (7 June 2010)

Since dah 2 hari ni, asal nak pegi kedai2 kat city dia, kebanyakannya pukul 5 pm dah tutup kedai. Paling lewat tutup pukul 8 pm. Tu pun satu dua kedai je. Supermarket je yg bukak until midnight. Terlupa plak winter, siang dia pendek. Pukul 5 pm dah gelap.

So hari ketiga, kita org just pusing2 dalam city dia aje. Masuk lah shopping mall - Harbour Plaza dia tu. Yg paling besar kot kat situ. Most of them tgh sale. Best gak!!

















For dinner, kita org pegi ke Ole-ole Cafe, ada Indonesian & Malaysian food. Owner dia Indon. Kari ayam dia pekat giler. Rendang daging boleh tahan laa...


Day 4 (8 June 2010)

Hari ni nak melawat Zoo dia pulak. Kena seberang Swan River, so kena naik ferry. Alaa.. sekejap je.. 7 minit dah sampai seberang.

On the way to the zoo, nampak pulak red roses yg besar2 bagak ni... sempat gak posing...




Binatang2 kat zoo dia cam sehat2 gitu, besar godang. Nak2 Lion King & bini dia. Tegap sasa betul badan dia. Acu tgk ni.. besar kan?






Penguin pulak jenis yg spesies kecik. Yg ni yg paling manja... makan nak bersuap sbb dia tak reti nak tangkap ikan2 yg dibaling dlm kolam tu.




Spotted Hyaena si jahat dlm citer Lion King




Black Swan




Ni pulak tortoise yang sangat besar. Terhegeh2 dia berjalan.




Ada jugak pokok2 jenis pelik kat zoo ni. Contohnya yang ni nama dia "Sausage Tree". Unik gak.




Sempat pulak berposing sebelum naik ferry seberang ke city.



















Masa nak naik ferry balik, tetiba mata ni ternampak cam org yg biasa dilihat sebelum ni. Tapi takkan dia kenal kita kot... Alih2 dia kenal. Dia dtg tegur & introduce wife & anak dia. Bila dah sampai kat jetty, kita org pun bergambar laa...



For dinner hari ni pulak, terjumpa pulak restoran lain - Insan's Cafe. Yg ni owner betul2 org Melayu kita & of course masakan pun exactly masakan melayu. Owner dia org Bukit Jelutong Shah Alam. Emmm.. sekampunggg... sambil makan, lagu2 Allahyarhamah Saloma & Allahyarham Tan Sri P Ramlee berkumandang kat cafe tu.


Day 5 (9 June 2010)

Hari last ni, kita org pergi Wildlife Park pulak. Kat zoo semua dlm kandang, so ni nak tgk yg bebas lepas pulak.

So layan tgk aksi2 berposing dgn segala binatang yg ada kat situ.


Bagi Llama yg cute tu makan...




Naqib with the Little Poney




Kambing ni memang dah siap sedia berdiri posing atas tunggul kayu, tak berganjak2



Jom kita pergi kat dia....
Eh.. eh.. Jinak betul la dia ni... Tapi bulu dia best laa... bersih betul. Putih melepak pulak tu. Mcm kena mandi je... Ehhhh! Kambing mandi ke????




Bergelumang pulak dgn biri2.. sampai rasa bau kambing lak badan ni... Tapi biri2 tu tak pulak berbau.. Kwang kwang kwang... Siapa yg kambing sebenarnya..?? Oh no...!! Not me pls... Hihihihihi






My husband with group of Kangaroos




Nadia dgn Rusa




Naqib & me dgn Rusa... Jinak kan??




Dalam banyak2 koala yg ada, yg ini aje yg tgh berjaga, yg lain semua bantai membuta je peluk batang pokok tu. Tapi dlm tidur2 tu.. tak pulak terlepas drp btg pokok tu.

Me and the cute Koala Bear




Wombat ni org tu pegang & peluk je. Sebelum tu org tu dah kena gigit dah dgn wombat tu. Buruk kan rupa wombat ni..???

Nadia & Naqib with the Wombat




Biri2 tu komain dtg kat Naqib. Tapi Nadia terabur lari sebab biri2 tu kejar dia. Alaa... bukan apa... biri2 tu nak bermanja kot tapi kakak yg panik tak tentu arah.




Ewahhh... Bukan main bersantai lagi cik mak Roo ni. Relek nampak.. Perasan laa tu kita org dok kerumun bergambar ngan dia.




Actually banyak lg tempat2 lain yg tak cover, almaklum bukan guna travel agency, semua main belasah sendiri ikut time sesuka hati. Kalau travel agent, harus semua tempat dapat pergi kot. Insya Allah, ada rezeki, kita dtg lagi....

Disebabkan tekak ni rasa sesuai benar dgn masakan melayu, maka dinner hari ni pun makan kat Insan's Cafe.

Day 6 (10 June 2010)

Balik Malaysia... Home Sweet Home....