Thursday, March 31, 2011

EH..EH... 31HB LAAAA......

Balik dari office terus tuju gi Plaza Shah Alam. Pe lagi.... Baskin Robbins ler.. Hari ni kan 31 hb... TQ to Spa G sbb ingatkan date ari ni.





Laaa... dah ramai dah org beratur.. Leks.. leks... banyak lagi tu. Kita round2 dulu.. masuk Giant ke...










Naqib dah pesan tadi soh amek flavour Cookie & Cream. Hasben saya pulak nak yg flavour Strawberry, dah abes la pulak. Yg rasa buah2an tinggal Mango & Tango jer. Cam pelik pulak eskrem mango. Tanya budak tu World Class Chocolate sedap tak? Dia jawap "nama pun world class kak.. mestilah sedap." Tak sedap siap ko. Hehehehe. Lagi satu flavour tanya dia antara Peanut Butter & Caramel dgn Gold Medal Chocolate mana lebih sedap, dia kata Gold Medal tu sedap lagi. Ok kita try ek. Saje nak tukar2 flavour lain kali ni. Byk sgt flavour yg ada.

Dan akhirnya..... yeaahhhh. Nombor saya dipanggil.


Tuesday, March 29, 2011

KALAU DAH TAK BOLEH.....

Sbb tak puas ati hari tu tulisan fondant tu cair bila saya jodohkan dia ngan chocolate, kali ni saya cuba lagi. Kali ni bila time nak kuar rumah gi opis tu lah baru tarok tulisan tu. Hari tu saya letak dari malam sebelum tidor. Konon bila pagi nanti takde la rebut2 nak susun alphabet tu.

Requestor ni mintak soh tulis Thank You.

MOIST CHOC CAKES





Kek ni pulak saya nak bagi sebagai tanda sorry drp saya. Kan hari tu tulisan kat kek dia abes cair. Dah bagi kek ni, baru lega hati saya walaupun tulisan tu mmg dah nak start mencair.





So nampaknya mmg saya kena ban lah penggunaan fondant atas moist choc cake ni. Dah takde jodoh... nak wat camner...

Sunday, March 27, 2011

SEMPOI JER....

Pagi tadi bekpes mihun goreng. Dh lambat dah bekpes tadi. So lunch pun lewat laa.. Lauk sempoi2 jer la.

Dah lama tak masak udang sweet sour.


UDANG MASAK SWEET SOUR




Naqib tak berapa suka udang. Ada sikit daging ni, saya buat masak kicap laa.


DAGING MASAK KICAP




Ni keropok Qirin bagi masa dia balik dari Kuala Trengganu hari tu.

KEROPOK IKAN




Tekak ni mcm nak makan dessert yg sejuk2 & licin jer lalu kat tekak ni.. TQVM to CMG sbb kongsi resepi.


AGAR2 KARAMEL

Sunday, March 20, 2011

DAH NAK BALIK DAH....

Hari ni kakak saya & Anne dah nak balik BP. Makan dulu ye. Tapi masak2 bese jer...


IKAN SIAKAP 3 RASA






MASAK AIR SAYUR KERING





AYAM GORENG


Saturday, March 19, 2011

BYE2 KB....

Hari ni dah nak balik Shah Alam dah. Pagi tadi sempat gak gi Pasar Siti Khadijah. Pastu saje la nak jengah Pantai Sabak... Laaa... Tinggal signboard jer, pantai dah roboh dah. Dah tutup dah jalan ke pantai.

Dok lepak kat airport jer laa... Hari panas melenting kat KB ni. Kat KL asek ujan jer.






Kat airport, makin petang makin ramai sebab budak2 sekolah dah nak balik asrama masing2.





Ok bye2 KB. Len kali kita dtg lagi...

Friday, March 18, 2011

BILA MAJLIS DAH SELESAI......

Ok pagi ni nak ke Kota Bharu ni....




Flight delay 20 minit so tiba Kota Bharu dah kul 9.20 am. Takpe2.. 20 minit jer. Terus pegi counter sewa kete.. Senang sket nak round2 nanti.

Memandangkan majlis pun dah selesai, dah takde apa dah.. so pe lagi... terus jer gi merantau ke Rantau Panjang. Anne called, derang pun tgh siap2 nak ke Rantau Panjang jugak sekali ngan pengantin2 pun... Kira ok la tu. So kita jumpa kat sana la ek. Hehehe.

Masa kita org jumpa kat sana, kita org duduk kat kedai minum tu. Dahaga, lapar semua laa... Penuh terus kedai tu dgn kita org sedara mara ni.

Bukan cari apa pun... saje jalan2. Dah lama tak pegi merantau ni...


Masa otw to Rantau Panjang tu, nampak bangunan ni siap ngan pintu gerbang. Rasanya baru siap. Ohhh... Masjid baru laa...








Balik dari Rantau Panjang, saya & hasben pegi check in hotel dulu. Derang2 yg lain tu masing2 ada aktiviti tersendiri.

Ramai la pulak org kat hotel... Ohhh.. Kementerian Kewangan & Jabatan Kastam ada program kat situ. Cuti sekolah kan, masing2 bawak family. Tu yg jadi serabut pulak kat hotel tu.


Dah petang sket, saya ngan hasben gi Pantai Cahaya Bulan (PCB). Saje nak minum2 air kelapa muda kat tepi laut. Mak aiii.. dulu masa saya pegi situ, kena park kete belakang kedai. Ni kedai2 dah beraleh, park kete depan kedai pulak. Dah makin terhakis pantai tu..

Sempat gak posing2 kat situ.













Tak tau kedai mana nak masuk, semua sama jer menu dia. Masuk je laa mana2.

















Dah rasa agak2 kembong minum air kelapa tu.. kita org gerak la pegi umah pengantin. Abang saya yg JB nak balik petang ni jugak, dia drive all the way from JB hari tu tapi mlm ni dia nak tidor rumah Intan (kakak kpd pengantin lelaki) kat Dungun.


Mlm ni jugak kakak saya, Anne & kakak ipar saya nak balik Shah Alam. Kita org lepak2 laa kat umah pengantin ni sampai lah Wan hantar derang kat stesen bas. Kita org pun balik hotel.... pe lagi... ZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Thursday, March 17, 2011

PERKAHWINAN MARWAN & NORIZANI 17 MAC 2011

Bila diberitahu pada 22 Jan 2011 yg Wan akan bernikah bulan Mac ni, saya dan hasben terus cari flight ticket. Sebelum tu dah tanya kat Wan, confirm ye Wan, Wan kata confirm. So dgn beria2 book flight ticket. Masa tu mmg belum tempah kad kawen lagi.

Tetiba esok harinya kata date majlis dah bertukar. Laaa.... Diawalkan sehari. Pulakkk.... Emmm... nak wat camner.. sampai dah lepas majlis laa jwp nyer....

So pagi2, Anne dah MMS gambar pelamin & gambar meja pengantin. Dan bila petang, bila kedua2 pengantin tgh mkn, lg sekali Anne hantar MMS. Ala2 tgk live laa gak. Heeheheheh...


PELAMIN





MEJA PENGANTIN




Memandangkan saya pun takde ketika majlis berlangsung... jom kita tengok gambar2 pengantin ni.














Ni gambar yg Anne MMS pada saya ptg Khamis tu. Takpe, esok kita jumpa ye Wan...





Wan bersama ayahnya yg juga abang ipar saya, pengantin perempuan pula bersama ibu nya...





SERIK...

Opismet saya tempah kek ni sbb nak bagi kwn dia sempena birthday kwn dia tu laa... Dia pesan soh buat deko bunga merah.


Semlm dah kecewa ngan tulisan drp fondant so utk kek ni saya tak berani plak pakai fondant, saya guna buttercream gak utk tulisan.


BUTTERCAKE WITH BUTTERCREAM ICING


Wednesday, March 16, 2011

KE KOTA BHARU....

Tadi kul 9.00 pm, Kakak saya,Farid, Kak Kamal kakak ipar saya dan Anne dah naik bas SANI Ekspress ke Kota Bharu, Kelantan untuk majlis perkahwinan Marwan iaitu anak ketiga arwah kakak saya. Ok gak bas tu, nampak selesa laa.

Jangka tiba kul 5.00 am esok pagi.

DUGAANNNNN.......

Moist choc cake ini telah ditempah oleh seseorg utk kawan sekerja nyer sempena birthday kwn nyer yg ke 50 tahun. Tp dia minta saya tulis as "SWEET 05".

Saya dah siapkan kek tu tgh mlm so pepagi kul 6.30 am kuar rumah mmg tak tgk dah rupa kek tu.

Ini gambar yg diambil bila siap tgh2 mlm tu.





So bila tiba kat opis, tergerak hati nak tengok rupa kek tu... DANNNNNN TETIBA!!!! YA ALLAH!!!! Tulisan dan bunga2 tu abes cair, pastu cecair fondant tu pegi mencelah2 kat laluan garisan2 yg ada atas kek tu. HHUUUUUUUUUUUUAAAAAAAAAAAAHHHHHHHH!!!! Kek tu mmg boleh di makan tp rupa lah tak senonoh. Wasted jer my time & effort buat tulisan & bunga drp fondant. Tak tau silap tang mana.


Tak teramek lak gambar kek selepas kejadian cair ni. Memang buruk lah rupa kek tu. Takde rupa tulisan langsung. Mmg kecewa giler.


Pepagi ni takde lak kedai yg bukak lagi. Hari ujan lebat plak tu pepagi hari ni. Ya Ampunnnn... Dugaan betul lah! Actually dia nak guna pukul 11.30 am. Kepala otak ni terus pikir nak cover permukaan kek ngan choc rice. Mana pulak nak cari. Nekad call my fren cum opismet, tanya dah kuar rumah ke blum. Nak tanya kot2 dia ada stock choc rice atau yg warna warni tu. And alhamdulillah dia kata ADA! Pesan dia soh masuk handbag terus takut tertinggal lak nnt.


Tetiba kul 9.30 am tetiba org yg nak kek ni terus dtg tmpt and nak amek kek tu. Saya ckp nnt sebab tggu member ni sampai, hari ujan lebat, tu dia lewat tu. Tp org ni beria2 nak juga, sbb "birthday lady" tu dah abes syif and nak balik. Dia kata takpe lah nak wat camner, tapi saya rasa guilty yg AMAT SGT!!! Takkan lah birthday kek rupa itu!


Member saya sampai agak2 15 mins lps tu terus bagi yg buat tabur warna warni tu , saya terus call org td just in case belum mula lagi potong2 kek tu... Laaa... Dah selamat dahhhh... HAMPA JIWA & RAGA...... What to do ... ayam patuk itik sudu.


Walau berlori2 perkataan sori pun, saya rasa mesti dia pun susah nak terima & frust giler. Mau tak??? Kalau saya jadik dia pun... harus saya nyumpah ke, membebel tak puas ati. Nak surprise kan kwn... tapi dia ter surprise sekali tgk kek tu.


Apa2pun... MINTA AMPUN BYK2!!!

Sunday, March 13, 2011

IKUT SELERA.......

Semalam dah selera mamak, so hari ni kita beralih ke selera lauk2 melayu biasa.... Ikut rasa tekak.... Hehehehe...

Dah lama tak buat daging masak lemak cili api ni. Since ada ramai kat rumah ni, kita masak laa dia...

DAGING MASAK LEMAK CILI API




Nama aje sotong goreng asam tapi saya buat dia berkuah, kalau tak kering pulak.

SOTONG GORENG ASAM




Jangan takde sayur.. goreng lah sket kacang panjang.

KACANG PANJANG GORENG




Sebagai tambahan, goreng keropok ikan yg Qirin beri. Qirin baru balik dari Kuala Trengganu.


Tadi pagi kat pasar nampak pisang nipah ni.. Kat Johor kita org panggil pisang nipah tapi Selangor ngan Kolumpo panggil pisang abu ke pisang awak. Lebih kurang gitu laa...

So untuk minum2 petang ni.... jom makan pisang gorengggggggg......


PISANG NIPAH GORENG




Pisang tanduk ni balance stock hari tu.

PISANG TANDUK GORENG

Saturday, March 12, 2011

PENCINTA MAKANAN MAMAK???

Petang2 nanti kakak saya, Anne & Qirin akan sampai rumah saya. Cuti sekolah kan... Lagi pun nanti 16hb - 17 hb ni, anak arwah kakak saya di Kota Bharu Kelantan akan bernikah & kawin. Derang ni akan pegi ke Kota Bharu dari Shah Alam.

Plan mula2 nak buat mee bandung, tapi tukar fikiran di saat akhir. Bese ler... Terus ready made punya menu. Hahahahaha.


NASI GORENG MELAYU




MEE GORENG MAMAK




AYAM GORENG MAMAK




Ingatkan nasi goreng melayu yang laku tapi mee goreng mamak lebih memenuhi citarasa.... Rupa2nyer ramai peminat mamak sedunia ni.... Len kali takleh beli nasi goreng melayu lebih, kena lebihkan beli mee goreng mamak.

Friday, March 11, 2011

PRINCESS, UPIN & IPIN

Kali ni Princess, Upin & Ipin jadi pilihan si ibu untuk birthday cakes anak2 dia yg sama bulan birthday derang.

Si ibu ni tak sabar2 nak tengok rupa cakes anak2 dia, beria soh upload gambar. Hehehehe... Leks arrr...


BUTTER CAKE WITH BUTTERCREAM ICING






MOIST CHOCOLATE CAKE WITH BUTTERCREAM ICING





Happy 2nd Birthday USTAZ...!!!!
Happy 8th Birthday KAK BAM....!!!!

Knp "Kak Bam"??? Tembam ek?

Thursday, March 10, 2011

HAPPY BIRTHDAY WAWA!!!

Tomorrow ialah birthday Wawa & dia akan bawa these cupcakes to celebrate at school dgn kwn2. Last year pun mcm gini jugak cuma kali ni tukar cupcakes with buttercream icing.






Enjoy your cupcakes & have fun!!!

KEK MARBLE LAGI......

Order from a regular customer.


MARBLE CAKE





Selamat Makan....

Monday, March 7, 2011

CUPCAKES LAGI...

Actually si ayah ni dah bgtau soh buatkan cupcakes ni bila2. Tp kalau sekali kan dgn order org lain, nanti saya yg terkocoh2. Nak buat bende2 ni kena tenang2 sket.


VANILLA CUPCAKES WITH BUTTERCREAM ICING


Sunday, March 6, 2011

AHAD....

Minggu lps masa balik dari BP, singgah beli pisang tanduk. Favourite ni... Beli lebih gak nak bagi Mas. Dia tu suka pisang tanduk ni.


PISANG TANDUK GORENG





Dah lama tak buat cokodok kentang ni, so rasa nak buat pagi ni cecah ngan sambal sardin.


COKODOK KENTANG





SAMBAL SARDIN





Masa gi rumah Mas hari tu, hantar pisang tanduk ni, cina ikan tu baru hantar ikan & udang yg Mas order laa.. Tak aleh2 masa saya nak balik, si Mas ni bagi 2 keping ikan jenahak & udang. Laaa... camnih takyah gi pasar laa... kita gi Kg Tunku je la... Hehehehe.. Mekaseh. Tingat lak Mas kata dia nak masak asam pedas jenahak ni, so kita pun asam pedas kan jugak laa... hehheh... Copy ek.


ASAM PEDAS IKAN JENAHAK





Bekalan sayur mmg takde dlm rumah ni buat tika dan saat ini, so saje nak tambah kan lauk, goreng la telur dadar.. tu pun tak cukup syarat. Cili masak pun takde... Nak kuar gi kedai al malas la pulak... so buat telur dadar tarok bawang besar hiris je la.. Susah kalau penyakit malas melanda diri... hhihihihih...


TELUR DADAR YG TAK CUKUP SYARAT