Saturday, February 26, 2011

PERTUNANGAN SHAMIN & AFIF (26 FEB 2011)

Hari ni birthday abang saya yg juga bapa kepada Shamil, Shamin, Ery & Erin. Hari ni jugak Shamin bertunang.

So minggu ramai2 berkumpul kat rumah abang saya pulak.

Letrik takde pulak dari pukul 10.00am sampai 3.00 pm, ikut surat TNB tu la. Laaa... hari ni laa pulak takde letrik. Majlis dijangka mula pukul 2.30pm. Tapi lewat kan sikit sebab takde letrik.

Tetamu sebelah pihak lelaki dah sampai, masuk2. Takpe lah .. proceed je laa walau pun letrik takde. Gelap sket laa...

Selesai upacara mengikat janji, disusuli pulak dengan menjamu selera. Emmmm... lapar ni. Lapar. Hehehehe...
Tetiba letrik pun dah ada balik... Hmmmmmm... baru lah nampak jelas.... Dah kul 4 lebih dah.

Untuk acara makan memakan ni, abang saya order nasi beriani kambing daripada "Beriani Mohd Shah" yg sememangnya sgt femes kat Batu Pahat ni. Restoren dia mmg sentiasa ramai pengunjung, tak kira lah makan terus situ atau bungkus. Sebagai tambahan, kakak ipar kepada abang saya ni masak ayam masak merah. Perghhhh!!!! Sedap takleh hengat! Mmg best lah makan hari tu selepas dah berpeluh tunggu letrik takde.


SHAMIN




HANTARAN DRP PIHAK PEREMPUAN semua digubah sendiri oleh Shamin kecuali moist choc cake & cupcakes le... hehehehe




MOIST CHOC CAKE




Ini rupa Moist Choc Cake yg saya buat ni...
























Sahmin minta saya buat cupcakes with buttercream icing ni warna hijau & putih. Gini lah rupanya...





















SHAMIN BERSAMA SIRIH JUNJUNG YG DIGUBAH SENDIRI


Thursday, February 24, 2011

CUPCAKES FOR BIRTHDAY BOY

Order ni diterima dlm kategori last minute jugak. Mujur ada bende2 nyer... kalau tak, harus tak dpt nak accept request ni.

Si ayah ni order untuk birthday anak dia, birthday boy ni pulak nak bawak pegi sekolah nak beri kengkawan kat sekolah.


VANILLA CUPCAKES WITH BUTTERCREAM ICING





Happy Birthday Boy....

Sunday, February 20, 2011

KEMAS! KEMAS!

Semalam dah relax.. so hari ni kemas2 sket rumah. Dah lama tak ber-weekend kat rumah kan.

Rasa dah lama gak tak buat Mocha Bun. Best gak kalau buat. Tak sempat amek gambar, Naqib dah attack.. tapi serupa jer rupa dia. Dulu dah ada post gambar dia.

Disebabkan aktiviti mengemas.. maka buat nasi goreng jer la...


NASI GORENG


Saturday, February 19, 2011

MINGGU RELAX

Naqib sekolah hari ni.. ganti untuk CNY hari tu... Emmm...Hari ni ada 2 jemputan kawin, satu kat Selayang, satu lagi sekitar Shah Alam. Ingatkan minggu ni takde ongkawen, ye lah.. dah 3 minggu berturut2 ni pulun gi kerja kawin ni, agak2 mcm marathon jugaklaa... Last2 dua2 jemputan kawin tak pegi. Hasben saya lak pegi service kete, almaklum next week nak balik Johor lagi. Majlis bertunang pulak.


Dah petang2 sket saje round2 kawasan dekat2 rumah ni. Meh kita pergi kolam memancing tu. Cam best jer aktiviti org2 kat situ.


Jom duduk2 minum air sambil makan keropok lekor & tahu bakar. Ok gak laa untuk relax2 sambil tgk org tu dapat ikan, org ni pulak tgh tunggu mata kail dia kena ngap dek ikan.


KEROPOK LEKOR






TAUHU BAKAR





Tgk pemandangan ni.. Rasa cam tepi laut pulak.. Ala2 kat Jimbaran Beach, Bali tgh tunggu sunset. Heheheheh...











Tuesday, February 15, 2011

CUTI MAULIDUR RASUL

Hari ni by 9.00 am kena deliver 3 bj kek marble. Tapi 9.15 am baru berjaya di delivered kan. Kek2 tu nak dibawa ke Rumah Anak2 Yatim di Sg Besi.


Hari ni jugak cam teringin nak buat Nasi Serai. Ni first time nak buat, selalu dok makan kat rumah kakak2 saya jer...


NASI SERAI




AYAM MASAK MERAH




Bekalan sayur yg ada kat rumah cuma kacang holland dan kacang buncis. Maka saya kawenkan kedua2 nya di apit oleh sang carrot dan sang kentang. Kita buat dia... Hehehehe.


KACANG HOLLAND & BUNCIS GORENG BERKENTANG

Monday, February 14, 2011

DERANG DAH NAK BALIK.....

Pagi ni kakak saya, Farid dan anak dia, Anne nak balik BP. Anak dia Qemma & husband pulak nak balik Penang.

So pagi ni saya goreng mee jer utk breakfast.


MEE GORENG

Sunday, February 13, 2011

NASIB SI UDANG GALAH....

Hari ni Nazreena, anak kpd Mas akan dtg amek moist choc cake with fondant icing. Mas kata nak makan puas2. Dia soh buat yg simple deco jer. Ini sah lah tak puas makan kek yg pengantin potong hari tu... Haa... Makan puas2 ye....


MOIST CHOC CAKE WITH FONDANT ICING






Semalam masa kakak saya yg dok kat Langat tu dtg, dia bawak udang galah. Emmmm... Seronok betul lah peminat2 udang menerima dgn hati terbuka. Sengih jer laa.... Orang suka memberi... kita suka menerima... hehehe.. Mekaseh.. mekaseh...

Ni hah dia rupa udang2 tu...


UDANG GALAH




Pe lagi... Udang tu dimasak lemak cili api, campur plak ngan nenas. Telur masin pulak berlambak2 dapat masa orang kawin... Lawan tu dua jer. Makkk aiiii.. punya pedas berasap!!!!


UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI API DGN NENAS




Bila malam, ramai yg ada... Anne pun dah balik dari rumah mertua dia... Qemma & hasben dia pun ada... So ramai lah dapat merasa udang galah tu...


Oh ye.. tadi petang gi hantar RV cupcakes ke rumah my good friend ni. Pesanan kata2 penaja, dia nak makan cupcakes ni masa tea dia and dia punya tea time pukul 3.00 pm. Ye la ye la....


Suka tengok anak2 dia berlari2 dtg bersalam pastu amek cupcakes bawak masuk rumah.

Friday, February 11, 2011

MULA BERKUMPUL DI SHAH ALAM

Semalam kakak saya dgn Anne tiba. Hari Sabtu ni majlis sambut menantu di rumah pengantin lelaki. Saya ambil cuti hari ni dan Isnin ni. Petang semlm lagi Azreen dah dtg amek Anne. Derang tidor kat rumah parents Azreen di Saujana Rawang.


Pagi tadi lepas hantar Naqib gi sekolah, gi beli nasi lemak kat Seksyen 17. Lunch hari ni pulak masak sempoi2 je... goreng2 jer...


HATI GORENG BEREMPAH




SOTONG SWEET SOUR

Sunday, February 6, 2011

KEMBALI KE SHAH ALAM

Majlis kat Johor dah selesai dah. Dah tiba masa nak balik ke rumah masing2. Sabtu depan majlis jemput menantu kat rumah pihak lelaki di Rawang.

So kami akan berkumpul ramai2 kat Shah Alam pulak.

Plan bergerak balik ke Shah Alam pagi2. Dah menjangka mesti byk kete hari ni.. ye laa kan dah lepas cuti seminggu. Kan mmg mcm semua org tak reti2 balik cuti setiap kali, jalan mesti jamn.

Kan betul!! Lepas Tangkak sket jer dah terhegeh2 slow.

Mcm lama sgt perjlnan hari ni. Tapi tak tiba2. Last2 kul 2.30 pm kita org sampai rumah.. Lepak betul rasa. Penat duduk lama nor dlm kete td.

Saturday, February 5, 2011

WEDDING ANNE & AZREEN

Semalam dah selesai upacara nikah... so hari ni majlis langsung nya pulak. Tugas saya? Ohhhh.. tugas saya hari ni nak siapkan 2 tier stacked moist choc cake with fondant topping untuk acara potong kek oleh kedua2 pengantin. Design cake ikut suka saya nak buat mcmana.


PENGANTIN ANNE, QEMMA & MYSELF








Juga tugas khas menjemput pengantin lelaki di rumah tempat bersanggar diberi pada saya & Qemma tapi saya heret sekali kakak ipar saya, Ani & tak ketinggalan jugak Mas, anak sedara saya. Hehehehe. Saje nak kecoh ramai2. Padahal kat rumah Pak Ajis depan rumah jer.





Para2 tukang jemput pengantin lelaki depan umah Pak Ajis. Pihak lelaki lom ready lagi.. Ada 2 kereta yg lom sampai.





TEAM KOMPANG









Dah setat berarak menuju ke rumah pengantin perempuan. Bunga manggar gula2 yg dibuat oleh Nadia. Saya sempat wat sikit jer. Hiihihi.. TQVM kakak... Nak soh budak2 lelaki yg pegang bunga manggar, malu lah konon. Last2 Mira & Kerin yg volunteer. TQ ye. Hampeh laa Hakim. Nape.. Tak macho ke Hakim bila lelaki pegang bunga manggar.





Yeahhhh... TOL PERTAMA!!




TOL KEDUA PULAK




FINAL TOL - KAT PELAMIN. Yang ni kena bayar besar sket note tu




Abang saya selaku penyambut tetamu









Ini lah dia 2 TIER STACKED MOIST CHOCOLATE CAKE WITH FONDANT ICING yg saya buat. Saya buat bentuk pillow, satu bentuk square pillow, atas dia round pillow. Tapi yg round pillow tu tak berapa buncit pillow tu. Memang teramat sangat mencabar minda betul buat pillow cake ni.





MAKAN BERDAMAI





ANTARA TETAMU YG HADIR






DUA2 EMAK BERGAMBAR DGN ANAK MENANTU MASING2






MR DJ - SEDAP SUARA MR DJ NI... Siap buat teka teki lagi, bebudak suka lah. Sape nak berkaraoke, terus jer pegi kat DJ ni pilih lah apa lagu pun.

Friday, February 4, 2011

AKAD NIKAH ANNE & AZREEN

Hari ni hari pernikahan antara Azreen dan Anne. Malam tadi saya dah siapkan kek untuk hantaran. So pagi ni tugas saya nak siapkan sirih junjung pulak. Actually ada tugas lain gak, mak pengantin minta saya masak rendang ayam yg mcm saya selalu buat tu. Mmg kena tekan speed habis laju ni. Mcm2 nk buat. Huaaahhh... Leks.. leks... u can do it!!


Makanan untuk dijamu semua dimasak sendiri atas bantuan adik beradik kami aje. Hari ni jamu nasi putih, rendang ayam, sambal tumis udang, tauhu sumbat, sambal jawa (ehsan drp Kak Noh our neber) and last but not least segala ulam ulaman. Ringkas2 jer lauknya. Majlis akan mula pukul 3.00 pm, lepas sembahyang Jumaat.


Akhirnya.... siap pun...!!! Ok.. ok.. gi salin kulit masing2. Wangi2 sket, aterrrrr... tadi dah bertungkus lumus gitu.


Anne sebelum upacara pernikahan




Anne selaku seorang pengantin perempuan bersama dengan 11 barang2 hantaran untuk pihak lelaki. Bekas barang2 hantaran di rekabentuk oleh saya sendiri setelah menanya Anne dia nak mcmana gaya nya. Dia kata nak ala2 princess. So saya reka bekas tu bentuk crown princess. Keje2 memotong, menggunting, men-spray dibuat sendiri oleh pengantin. Biar ada sket hasil kerja tgn pengantin sendiri. Hehehehe...





Abang saya selaku wakil pihak perempuan sedang menyambut ketibaan pihak lelaki.





Muhd Luqman Hakim sebagai seorang WALI kepada kakak sulongnya... Ceh ceh ceh... Tapi nengok gayanya... mcm Luq yg menikah nyer.... Tok Kadi.. ohhh Tok Kadi... jgn silap ye.. ini Wali nyer... bukan pengantin... Hihihi...





Dah selamat nikah dah... Dengar bebaik Anne apa yg Azreen baca tu.





Turn Anne pulak ....





HANTARAN DRP PIHAK PEREMPUAN





Ini lah dia sirih junjung yg saya buat tadi. Cita2 nak buat bentuk crown King sbb yg lain2 tu kan dah crown princess, jadi sirih junjung kan adat turun temurun, jadik yg utama lah konon nya tapi belasah jer laa...





Dan ini kek hantaran yg saya buat - Fondant Fruit Cake.




QURAN




WALLET & BELT




PERFUME UNTUK SI SUAMI




PS3




SEJADAH





KASUT




PLUM, GRAPES & STRAWBERRIES






CHOCOLATES hasil gubahan & sentuhan tangan QEMMA





JAMTANGAN





HANTARAN DRP PIHAK PENGANTIN LELAKI. Qemma tgh susun2 hantaran drp perempuan.





Gambar pengantin bersama emak & adik beradik sebelah pengantin perempuan selepas nikah.




Ruby, kawan dan jugak neighbour sejak belum masuk sekolah rendah lagi. Sempat gak bergambar.





Emmm selesai tetamu makan.... So... time kita2 ni pulak nak makan. Hehehehe.. Kan betul Mas.. Sedap kan tauhu sumbat tu.. Tengok! Tak nyempat2.. sambil berdiri pun jadik. Sumbat jgn tak sumbat! Hehehehe...