Saturday, July 31, 2010

31 HB & BASKIN ROBBINS

Setiap 31hb, Baskin Robbins akan beri 31% discount. So apalagi....jom gi Baskin Robbins.

Eh eh.. maybe hari ni Saturday, and orang dah beli dari pagi kot. Takla seramai 31hb yg hari bekerja cam 31 Mei hari tu.

So.. ini hasil saya.

Friday, July 30, 2010

POTLUCK

Chocolate cake ni request drp member saya ni sebab kat office dia buat potluck hari ni.

Monday, July 19, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO PUTERI NASREEN

Puteri Nasreen will be 10 tomorrow. Tepat pukul 10 pm tadi baru siap. Terus sms kat mama dia jgn tido lagi. Baru nak kluar rumah.

Mama dia pesan suruh buat utk girls & boys sbb nak bawak pegi sekolah. Untuk pompuan mcm takde hal.. tapi yg lelaki punya mcm boring sket... sbb tak reti sebenarnya...

Cupcakes for the girls




Cupcakes for the boys



Happy Birthday Nasreen.....

Sunday, July 18, 2010

Cupcakes Pagi Ahad

Dapur kat Sunway Piramid dah panggil for breakfast today. Jap.. jap.. Hantar dulu these cupcakes kpd tuan dia...


Cupcakes with Buttercream Icing



Harap2 yg meng-order & anak2 dia suka laa...

Saturday, July 10, 2010

SAJE BUANG KAREN....

Hari ni Naqib ada English Camp kat sekolah. Nadia pulak nak keluar ngan kawan dia. Lepas hantar Naqib tadi, terus pegi Sect 17, ingat nak beli nasi lemak kerang tu. Cam dah lama 'tak bagi duit' kat orang tu.. Heheheh...


Tambah beli kuih kosui dia yg sedap tu, masih lagi harga 3 ketul RM1. Eh apam yg gebu tu nampak menarik pulak. Comel & warna pun sweet2, putih, hijau apple & pink. So amek satu kaler setiap satu. Masa nak bayar, budak tu kata, apam tu 5 bijik sehengget. Emmm... ok la tu. Pegi amek lg 2 bijik. Sebab dia kecik2 kot tapi tempat lain selalu nya tak kira kecik ke besor.


Makan tengahari? Berdua je kan dgn husband... meh kita try restoren baru kat dlm Tesco tu, Restoren Bawang Kecik. Hmmmm.... menarik gak lah... rasa pun boleh tahan. Dah habis makan, org tu siap tanya "ok ke makanan?" Jawap saya "OK!!" Tgh lapar giler pun....


Balik dari Tesco, rasa cam nak buat sesuatu untuk makan ringan2 petang. Acu try buat ni lah.


CHOCOLATE CHIFFON CAKE




Padahal kat Tesco tadi berlambak2 jual chiffon cake ni. Ada offer lg... RM3.29 je sebijik. Takyah susah2 nak membedok. Terus ngap jer... Saja lah gatal nak wat sendiri. Nak buang2 karen. Hahahahaha.

Saturday, July 3, 2010

MENU FOR LUNCH TODAY

Oh ohhh... Udang yg saya 'tangkap/kail' kat pasar Kota Kinabalu hari tu ada lagi... Lupa la pulak. Mari kita rendangkan cik udang ni. Tapi kita buat dia berkuah lah. Takyah kering sangat. Kita buat dia....


RENDANG UDANG




Naqib tak berapa suka udang. Tapi kalau dah takde benda lain, makan la jugak. Since ada ikan Salmon yg mmg favourite Naqib... kita grill je la salmon ni.


GRILLED SALMON WITH BLACK PEPPER & ONION

Friday, July 2, 2010

CHARITY PAGI JUMAAT

Memandangkan cupcakes semlm mmg dibuat extra, saya pun bawak cupcakes tu untuk kawan2 office. Tapi ni semua warna bunga dia orange colour je. So tak perlu post gambar la ye.

Bila org2 tanya.. On what occasion...? saya cuma jwp charity pagi jumaat.

Thursday, July 1, 2010

CHARITY OH CHARITY............

Kawan saya mendapat request utk membuat cupcakes bagi tujuan charity. Charity untuk apa tak tau sebenarnya. Memandangkan kuantiti yg banyak, kawan saya ni minta tolong saya untuk join dia buat cupcakes tu. Menariks jugak offer ni. So why not? Maka saya pun bersetuju untuk membuat 500 biji cupcakes with buttercream icing. Simple deco je.


Cupcakes ni menunggu giliran untuk dimasukkan dlm casing yg bertutup dome.



Walaupun deco nya sama, tapi saya buat in 5 different colours i.e. pink, yellow, purple, blue and last but not least, orange colour.

Akhirnya.. 500 biji cupcakes berjaya disiapkan dan delivery telah pun dibuat pukul 7.00 pagi tadi. Alhamdulillah.... Such a great experience! TQVM to my friend yg sudi ajak saya join dia.