Friday, December 31, 2010

WELCOME TO 2011 !!!

So hari ini adalah hari terakhir kita berada di tahun 2010. Tomorrow we will be welcoming 2011. So as usual this time around everyone is talking about their list of new year resolution. To those who managed to complete 2010's resolution, Congratulations!!! Good for u! To those who already come out with their brand new resolution's list, All The Best!


As for me, new year ke tak new year ke sama je. Saya memang tak pernah celebrate and tak pernah pulak rasanya ada list of azam tahun baru. Heheheh.. Terok ke saya? I guess so.. Saya tak ada azam but I have my own goal. Cecececehhhh.... Sama ke? Orang kata sama jer azam or goal ke. Tapi pada saya lainlah.. Apa-apa pun, as for 2010, I have no regret and I really hope that I could let go any grudge or any unfinish business. Macamanapun, I just want to have a fresh start. I hope it will not be too late for me to start something towards my own dreams. Tu kira resolution ke? Kira halal lah tu.. Rasa macam baru semalam je semua orang bergembira welcoming 2010 and here we are counting down to 2011. How time flies..


Okla.. Another 1 minute to 2011. So I would like to take this opportunity to wish all of you


HAPPY NEW YEAR...!!!


Bye bye 2010....



I hope each one of you will have another great year. Insya Allah.. So see u next year!

Monday, December 27, 2010

DAH TERKEHEL.....

Pagi tadi, saya dan husband pegi pasar, nak cari ikan ke sotong ke... Laa... Tak banyak org berniaga. Knp ye? Takde sekor sotong pun. Udang ada lah jual tapi sikit... Ikan pun tak byk jenis. Eh eh... ada Miss Lala ... Ok, kami cuma beli Ikan Parang, Udang dan Miss Lala.


Dah tiba pasar tu apa lagi, kita org pun beli lontong favourite Naqib tu for breakfast. Kat rumah kakak saya dah goreng mee dah. Takpe2, wat tambah makanan. Cuti2 ni kan.. asek nak makan je kan.


Bila tiba rumah, mcm ada org datang je... Hah?? Kakak ipar saya dgn tukang urut???


Laaaa.. rupa2nya masa kita org dah buat aktiviti seniri ptg semlm, kakak saya ni pegi menyambung kais2 sampah tempat kita org buat pelupusan tu. Tetiba pagi ni dia sakit pinggang... Ya Ampunnnn... Awak tu dahla tak berapa sehat... boleh pulak dia gi buat aktiviti2 tu. Kan dah terkehel....


Maka.... aktiviti urut mengurut pulak laa... Bunyik tukang urut tu mengurut mcm bunyik org nak muntah. Segala hangen dia keluarkan laa... Sampai neighbour sebelah tanya, sape yg muntah terok narr tu? Hahahaahha..


Yg best tu.. soalan Luqman, "Dia guna bluetooth ke keluarkan angin org yg dia urut tu?" Good question Luq.. good question... Tapi soklan tu TIADA JAWAPAN. Harap maaf. Kih Kih Kih.

Sunday, December 26, 2010

GOTONG ROYONG

So untuk hari ni mmg plan nak wat operasi gotong royong kat rumah BP. Kakak saya prepare nasi lemak, sambal tumis ikan bilis, sambal tumis udang & jugak ubi kayu rebus. Semlm beli ubi kayu tu kat Jln Muar - BP. Emmmm... makan banyak.. keje kena kuat! Hehehehe...

Abang saya anak beranak dia semua pun dtg jugak. Breakfast ramai2. Best!!!

Aktiviti gotong royong ni sebelah pagi sampai tengahari laa... Ptg pulak aktiviti sendiri2. Sukati laa nak buat apa.

Saya pergi rumah Ah Lian, pegi tempah baju. Wedding kan banyak tahun depan ni. Buat cantik2 tau Ah Lian, nak melaram sket masa wedding derang2 ni. Bila lagi..... Heheheheh

Saturday, December 25, 2010

CHRISTMAS 2010

Minggu ni company declare cuti for 1Company. So kami ambil kesempatan ini utk balik Johor. Nak tolong kakak saya kemas rumah sket, sbb next year masa CNY tu majlis perkahwinan Anne.

OTW balik tadi, kenderaan berderet2 kat highway. Slow sket perjalanan pagi ni.

Bila kawan Anne tau saya nak balik BP hari tu, dia order these mini cupcakes drp saya. Dia mmg suka sgt dgn cupcakes. Dan lagi she's four mths pregnant.


MINI CUPCAKES WITH BUTTERCREAM ICING




Punya excited dia bila dtg amek cupcakes ni tadi.


Untuk buat makan2 pulak, saya buat roti. Dah agak lama teringin nak buat roti ni, akhirnya terbuat juga.....


CORNED BEEF PINWHEEL BREAD




Spt bese, kakak saya akan calling2 laa abang saya soh dtg jugak, so kami berkumpul la and dinner sama2. Kakak saya masak Asam Pedas, Mixed Vege.. Yang dua ni mmg mcm lauk wajib laa kalau kat sini... Walau mcmana pun.... MMG BEST LAA!!!! Takkan jemu punya.

Friday, December 24, 2010

YG SIMPLE2 AJE....

Tuan punya cupcakes ini tak sure nak design mcmana... tapi dia tak suka banyak bunga.... akhirnya dia bg gak sample design nya...


FONDANT CUPCAKES

Thursday, December 23, 2010

THANK YOU CAKE....

Thanks Anita for your order.

MOIST CHOCOLATE CAKE

Tuesday, December 21, 2010

BANDUNG.......

Hmmmmm... penutup 2010... saya dan husband ke Bandung lagi. Anak2 saya tak nak ikut. Dok diam2 kat rumah okay.... Nanti kita org beli macam2 nanti. Hehehehe...


Here we come Bandung....







Dia org serve chicken beriani... tapi kali ni takde dessert laa...




Dah nak landing dah ni...




Alhamdulillah... Dah selamat landed. Eh siapa punya private jet kat sebelah tu??




Bandung Airport




Sampai aje... terus check in kat hotel, panggil Pak Supir terus ke Pasar Baru. Suka tokeh kain tu bila tgk kita org dtg... Siap order teh susu lagi utk kita org sampai customer lain jealous.

Husband saya bersama Pak Kumar Si Tokeh Kain





Lps Pasar Baru pegi BSM pulak. Lepak2 & jamu mata kat situ. Husband saya jer membeli... Saya??? Tengok jer.. Kat kedai kain tadi dah macam orang meroyan.


The next day, kita org pegi Rumah Mode cam bese... sekitar Jln Dago and last ke Paris Van Java. Tetiba kawan husband saya call, soh get ready by 7.30 pm, Pak Petros nak dtg and jemput gi dinner. Kawan husband saya & wife dia tu flight dia ke Jakarta, dan kita org jumpa lah mlm tu bersama Pak Petros sekali. Best gak dinner tu kat tempat seafood laa. Punya laa ramai umat Indon kat situ sebab ada football match yg Indon vs Philiphines tu. Indon menang and akan jumpa Malaysia di final nanti.


Ini di Paris Van Java







Saya tak perasan yg ada Santa Claus kat luar tingkap bilik saya. Rupa2nya masa kat entrance tu patut dah nampak tapi sebab dia tergantung kat atas, tidak laa pulak saya mendongak masa masuk kat main entrance hotel tu.





Seperti bese.... setiap kali balik dari Bandung mesti excess baggage punya. Hahahahah. Padahal itu pun dah amek portion kawan husband saya dgn wife dia punya.


Till next time Bandung... Don't worry.. nanti kita org dtg lagi...




Bye2 Bandung...

Wednesday, December 15, 2010

CUPCAKES LAGI....

RV cupcakes ni ditempah oleh anak sedara saya, Espa. Katanya setiap hari Rabu malam, suaminya ada kelas, so dia nak husband dia bwk cupcakes ni wat makan2 ngan ustaz & geng2 sekelas.





Cupcakes with buttercream icing ni pulak tempahan daripada my super duper junior sekolah dulu. Dia nak warna pink & putih.


Tuesday, December 14, 2010

JAMUAN DEC BABIES CUM AKHIR TAHUN 2010

Office saya nak adakan jamuan akhir tahun & skali kan dgn sambutan birthday utk yg lahir pada bulan December. Kawan saya selaku seorg organizer utk majlis ni sesukahati tempah carrot cake drp saya. Saya pernah buat carrot cake ni sekali je dulu. Tapi takpelah.. saya akan cuba.

Tapi pada tika dan saat hari yg kena buat kek tu, saya mmg tak sihat. Lps kek masak, saya terus tidor.. tapi bkn boleh tido sebab batuk ni ganggu. Pukul 5 am baru bgn and siapkan topping nyer. Alhamdulillah pukul 6.30 am kek tu pun dah dlm kete menuju ke destinasi... Dan saya... terus knock out semula... Hehehe


CARROT CAKE




Kek Marble & Moist Choc Cake ni di order oleh officemate jugak.




Saya buat extra utk buat makan kat rumah jugak.

Monday, December 13, 2010

JAMUAN YEAR END

Seperti bese, anak sedara saya, Mas, selalu organize jamuan utk department dia. So, utk jamuan year end bg department dia, dia minta saya buat kan mcm kek hari tu cuma deco tu lain laa sket.

Saya deco cake ni agak colourful, nak kata colourful cam pokok krismas boleh jugak, nak kata cam deepavali pun boleh... Hehehheheheh... Apa2 pun hope org2 bank ni suka laa...


MOIST CHOC CAKE WITH BUTTERCREAM ICING

Sunday, December 5, 2010

LAUK2 KERING

Malam tadi kakak saya & anak2 dia, Anne & Luqman, sampai kat rumah saya. Seperti bese, pagi Ahad mmg menu breakfast kami adalh nasi lemak, so apa lagi. Pagi2 lagi saya dah pegi candat sotong kat Pasar Seksyen 16. Aleh2 mata ni terpandang plak pada Miss Lala. Lama dah tak makan Miss Lala ni. Ada ramai kat rumah ni, best gak ratah2 Miss Lala ni.


Sambal sotong mmg buat lebih, boleh sekali ngan lauk tengahari. Hari ni semua lauk.. kering2 aje. Tercekik???? Sila minum air. Hehehehe...


LALA MASAK SERAI




SAMBAL SOTONG




Ini pulak urap cekur. Pernah tgk pokok cekur?


URAP CEKUR




Ini lah rupa pokok cekur. Apa aje saya tanam... semua pokok jadik kurus.. Sian kan? Mujur hidup...Kih Kih Kih.
Saya tanam dalam pasu je.. mungkin kalau atas tanah terus, dia gemok kot, tapi dlm pasu ni sempit.. agak kurus laa..


Thursday, December 2, 2010

BIRTHDAY LAGI.....

Birthday Cake ni dipesan untuk birthday officemate. Dia pesan soh buat warna hijau. Maka hijau laa jadik nyer...


MOIST CHOCOLATE CAKE WITH BUTTERCREAM ICING



Happy 25th Birthday Hanif...