Sunday, September 26, 2010

MEE BANDUNG DI KG TUNKU

Semlm masa kat rumah saya wat makan2 tu,Mas jemput lah kita org pegi rumah dia hari ni. Dia kata nak buat mee bandung. Hmmm... jom2 pegi rumah dia.

Kaum ibu sempat juga posing. Kakak ipar saya (tudung hijau) dan 3 orang kakak saya.



Saya bersama Ellysha




Ini entah Mas harvest dari mana gaknya ye... Mesti dari Farmville




Ini dia juadah yg Mas hidang kat kita org... Mee Bandung, Nasi Impit & Rendang Tok



Lps makan pulak, Azizi beria-ria nak buat kopi untuk kita org. Sila2. Kita org minum jer... Ya ngopi dulu ya Pakkkk!!! Ya Ampunn Pakkk.. Kopi tu pekat bangat. Patutlah dlm iklan org tu terbang sampai ke bulan.

Saturday, September 25, 2010

HARI MAKAN2

Hari ini Naqib & Nadia menjemput kawan2 dia org ke rumah. Saya jemput a few of my friends sahaja. Tak jemput semua pun kengkawan saya sebab jemputan ni lebih kepada kawan anak2 saya.

Pagi2 ke pasar Sect 16, nak beli santan semua tu. Ya Ampun, qeueu panjang tu...Bila balik rumah, agak bersilat gak lah ngan Nadia berdua untuk sediakan menu hari ni. Semua ready on time sebab saya jangka jemputan datang kul 12.30 pm tapi the first 2 guests tiba at 12.15 noon. Yang tak siapnya saya & Nadia... Belum bersalin kulit masa tu. Kwang 3x.


Ini yg sempat saya sediakan. Plan ada lagi nak buat tapi tak kesampaian.




ROTI JALA & KARI DAGING




SATAY & KUAH KACANG




KAWAN2 NAQIB




KAWAN2 NAQIB LAGI




KAWAN2 NADIA




TETAMU YG PALING MUDA & KECIL

Baby ni baru berusia 30 hari. Baik betul dia... Tidor je walaupun suasana rioh dan bising.



Ini kwn saya Normie with her husband. Ini kawan2 sejak Form 1 lagi.... TQ Normie sbb sentiasa keep in touch.




SEBAHAGIAN DRP KAUM KELUARGA SAYA




Yang sorang ni memang saya tuntut datang rumah. Dah byk tahun buat makan2 kat rumah saya, ada aje alasan... so kalau kali ni tak datang mmg kena blacklist terus. Tahun2 dulu mmg dah kena blacklist tapi tahun ni dah buat reinstatement laa... hehehe





Antara officemates yg dtg. Mekaseh banyak2.




Friday, September 24, 2010

HARI YANG BUSY

Hari ni saya cuti sebab byk keje nak dibuat. Segala2nya lah. Hari ni jugaklah nak membeli barang2 untuk dimasak esok. Esok kawan2 Nadia & Naqib nak dtg beraya. Tahun ni lebih untuk kengkawan derang. Tahun2 sebelum ni mmg le lebih kepada kawan2 saya & husband.

Pagi tadi jugak pegi buat delivery kat office. Ramai juga org order kuih raya selepas hari raya. Masih syawal kan...

Antaranya:

8 balang Pineapple tart. Ini utk sorang ni, tak tau dia buat apa... untuk bagi2 org kot.


CUPCAKES WITH LIVERPOOL FC IMAGE



Cupcakes ni nak beri pada pakwe-to-be..... Sila2. Semoga silaturrahim berkekalan....


SNOW ALMOND




SAMPERIT




JEJARI OATS





Cupcakes ni pula ditempah untuk hantaran tunang drp pihak lelaki kepada pihak perempuan. Mula2 kata nak pink roses, lepas tu tukar jadik red roses pulak. Tapi takpe, masa tu lom start gentel lagi.

Tapi warna2 rose ni sebenarnya ada makna2 tersendiri. Contohnya:

Pink (Light) Rose conveys admiration, gentleness, grace, gladness, joy and sweetness
Pink Rose carry the message of happiness, gracefulness and gentleness
Red Roses symbolize sincere Love, Respect, Courage & Passion

So, kira2nya kena benar la bagi red roses ni...


RED ROSES CUPCAKES UNTUK SI DIA




Cupcakes with buttercream icing ni pulak nak buat makan2 kat rumah. Pesanan... jgn buat bunga byk2. So ikut arahan, very sempoi punya deco.




MOIST CHOCOLATE CAKE




MINI CUPCAKES WITH BUTTERCREAM ICING

Thursday, September 16, 2010

7 SYAWAL 1431H

Hari ni saya buatkan bubur nasi lagi untuk kakak saya tapi hari ni cuma rencah ikan bilis. Semalam hospital bagi nasi kat kakak saya tapi kakak saya tak makan, bila nurse tu nampak ada bawak bubur nasi, tghari tadi baru dia bagi bubur kat kakak saya. Laa... Lain kali tanya lah patient dulu nak nasik ke bubur ke...

Hari ni dah ada mesin yg check jantung tu pulak kat tepi katil kakak saya. Semlm doctor kata dia nak rawat paru2 dulu, lps tu baru jantung.

Ya Allah Ya Tuhan ku... Sembuh kan lah segala penyakit yg ada pada kakak ku ....

Wednesday, September 15, 2010

6 SYAWAL 1431H

Ya Ampunnnn... Kakak saya tak sihat & batuk tak berenti2 semlm tapi saya boleh tidor nyenyak sampai pagi!!!! Tapi pagi ni tak dengar dah bunyik batuk kakak saya. Dah lega agaknya. Sian dia... Sehari suntuk batuk, penat dia. Mesti urat2 perut tertarik bila batuk tu.

Tengah saya nak masukkan baju2 dlm washing machine.. tetiba Anne dtg kat saya. Dia pun cakap, "Mak masuk wad pagi tadi pukul 3.30 pagi..." Terdiam sekejap. Ya Allah..! Agak zalim gak rasa diri ni... Laaa... "knp tak kejut???" Anne tak nak kejut saya sebab dia kata tak nak kacau saya tgh tidor. Huuuaaaaahhhhhh!!!! So dia, Qirin & Luqman bertiga beradik hantar mak dia pegi hospital.

Kakak saya yg request nak masuk wad sebab dia dah tak tahan sangat dah. Dan yg kita org ingat dia semput tu sebenarnya bukan. Doctor kata lung infection & jantung tak stabil.

Kakak saya semlm satu hari dia tak makan apa2. Dia jamah mee rebus je sikit. Nasi dia tak lalu nak makan. So saya rasa nak buatkan dia bubur nasi berdaging laa.. at least bubur nasi ni insya Allah senang sket dia nak makan.

Untuk lunch hari ni, Anne yang masak. Acu tgk apa yg dia masak ni... Hmmm... Not bad... Memang berkungfu giler Anne kat dapur tadi. Hihihihi.


SIAKAP 3 RASA





MIXED VEGE KUNGFU




Untuk minum petang pulak, saya buat kuih keria.

KUIH KERIA

Tuesday, September 14, 2010

5 SYAWAL 1431H

Pagi untuk breakfast ingatkan nak pergi kat pasar, teringat kat lontong pakcik yg berniaga kat restoran Tong Ah tu. Bila tiba kat situ... alamak ... pakcik tu masih cuti beraya... yang ada cuma kakak jual soto & mee rebus. Ok la.. soto ke soto laa...
Kakak saya pun ada goreng mee tadi. Saje laa.. wat tambah2 makanan.

Kat pasar pun tak banyak ikan. Ikan2 pun masih cuti raya agaknya...

Ok, nak beli sayur2 nak wat inti popia goreng . Anne teringin lak nak popia goreng. Ok jugak buat minum petang nanti.

Hari ni kakak saya tak berapa sihat. Dia batuk tak berenti2, lepas breakfast dia pergi klinik. Doctor kata teruk and doctor bagi dia sedut oksigen tu. Lps tu dia agak lega sket.

Tapi dah petang tu, batuk dia masih beterusan. Sampai mcm tak cukup nafas. Saya dapat rasa sakitnya sebab saya pun pernah rasa dulu. Bila saya sapukan vicks, kurang sket frekuensi batuk dia.

Sampai ke malam batuk kakak saya masih beterusan. Dia nampak penat sangat.

Ni dia popia goreng yg dibuat untuk minum petang hari ni.


POPIA GORENG & SOS

Monday, September 13, 2010

4 SYAWAL 1431H

Hari ni plak, Anne beria2 ajak pegi karaoke kat Square One. Nak pegi tak pegi... nak pegi tak pegi... Last2.... PEGI!!!! Heheheheh.. Tak penah pegi tempat karaoke ni.. karaoke kat umah selalu la... Tapi dah lama dah tak melalak2 ni. hihihihih.

Layan Qirin... Layan...



Dah puas berkaraoke, haus lah pulak... Anne belanja kat Rengit Kopitiam yg ada kat situ.


Ini HAWAIIAN CHICKEN PANINI, menu baru yg ada kat situ, Nadia order ni.



Hari tu citer kat Anne & Qirin, Nadia & Naqib buat puding caramel untuk buka puasa. So... masing2 tuntut la Nadia buat kat BP pulak. So ini lah hasil yg Nadia buat....


PUDING CARAMEL

Sunday, September 12, 2010

3 SYAWAL 1431H

Pagi ni kita ramai2 gerak ke Gemencheh, NS. Last gi Gemencheh masa arwah abang saya meninggal. Lps tu kakak ipar saya duduk ngan anak dia di Putra Heights. Dia hanya balik Gemencheh 5-6 bulan sekali.

Ya Ampunnnn... Jem giler kat dari Muar ke Tangkak. Lebih2 lagi org2 nak ke tol Tangkak. We decided to ikut jalan dalam, dari Tangkak masuk simpang Bekoh and terus ke Air Kuning & Gemencheh. Tapi almaklum saya tak pernah lalu jalan ni and kita org terlepas simpang nak ke Bekoh tu sebab info yg kita org dapat kurang tepat. Meraban2 dah sampai Jementah, Segamat. Huaaahhhh.. Siap dah jumpa semua pintu masuk Gunung Ledang lagi.... Hampeh!!!!

Kita org patah balik & jumpa lah simpang tu. Terlupa pasang GPS. Mcm terer laa kan... Kalau ikut hati, ikut Alor Gajah lagi senang. Nak short cut kononnnn.. Padan muka. Hahahahaha.

Akhirnya kita org paling last tiba Gemencheh. Mas yg dari PJ pun dah sampai. Takpe janji tiba.

Wahhhh... bestnyer.... Kakak ipar saya masak best2 & sedap2! She's really a good cook. Ada asam pedas ikan tenggiri, ada kari ayam, sayur goreng, ikan bawal sweet sour... dia kata dia nak wat sambal tumis ikan bilis tapi tak sempat. Takpe2.. tu pun dah cukup dah. Saya mmg lapar giler, makan tak hengat. Dah lah sesat barat tadi kan....

Lps mkn, budak2 ni semua ada sessi fotografi. Kawasan kampung betul. Cantik view dia.
Acu tengok gambar2 ni. Semua nak jadik model.











Mak kepada kakak ipar saya ada di rumah kakak ipar saya masa tu. Hari2 lain dia tinggal dgn anak dia di Gemas. Dia tak sihat sangat. Mata dah tak berapa nampak sebab dia mengidap kencing manis. Dan kadang2 bila gula terlalu kurang. dia akan pengsan. Saya panggil dia Wan. Mmmg sejak kecik2 lagi dulu. Saya tak tau Wan tu stands for what actually tapi dia dah bahasa kan diri dia Wan, saya ikut jer laa..

One thing pasal Wan ni, memory dia cukup bagus. Paling terharu... dia tanya mana saya. Siap ingat nama lagi. Siap citer zaman kita org kecik2 dulu bila pergi rumah dia dulu2. Cuma dia tak berapa nampak dah.

Dah puas makan, amek2 gambo kat Gemencheh, kita org gerak ke Muar pulak.

Tiba kat rumah kakak saya di Muar... emmm.. dia tgh bersilat memasak. Dia buat mee udang. Dia cabut ubi kayu depan rumah gak, dia rebus plak ubi kayu tu. Saya & Mas yg mengadap makan dulu. Hahahaha. Buruk lantak betul. Azizi hasben Mas nak makan ayam kampung pulak, 2 ekor ayam kampung yg kakak saya bela tu selamat kena sembelih. Maka dimasak lomak cili api. Pehh!!! Terangkat!!!! Pedas giler!!! Pokok cili api berderet2 kat belakang rumah.

Orang riuh rendah... si kucing gedik ni sedap tido... Siap baring lagi.....



Ini rupa orang dah kenyang... Ellysha dah siap mandi, dah puas dia kejar ayam.

Saturday, September 11, 2010

2 SYAWAL 1431H

Hari ni dah 2 Syawal. Kakak ipar saya dari Gemencheh, NS nak balik BP hari ni.
And besok kita org yg di area Johor ni pulak nak beraya ke Gemencheh & Muar ramai2.

Ingat hari ni nak pegi rumah abang saya tapi dia takde waktu siang so dia jemput pegi rumah dia sebelah malam. Ok... takde hal.

Ini kat rumah abang saya.







Kakak ipar saya buat nasi lemak, sambal sotong yg kembang tu and ayam goreng. Kita orang belasah jer...

Friday, September 10, 2010

1 SYAWAL 1431H

1 Syawal datang lagi.... Emmmm... sekejap jer sebulan puasa....

Selamat Hari Raya AidilFitri to all Muslim yg ada di mukabumi ni.

Antara masakan2 pagi raya...

RENDANG DAGING



KUAH MASAK LODEH




KARI AYAM




KETUPAT NASI




KETUPAT PULUT




Aktiviti2 biasa pagi raya..... apalagi.. Posing ler.....


POSING NADIA & NAQIB DI PAGI RAYA






Jeng.. jeng.. jeng... Qirin pulak masuk beraksi....







Thursday, September 9, 2010

MENJELANG AIDILFITRI 2010

Hari ni saya sekeluarga balik ke Batu Pahat. Pukul 6.30 am tadi dah gerak dari rumah. Singgah Muar sekejap kat rumah kakak saya untuk hantar kuih tart dan biskut gajus dia. Wahhh... Dia dah masak lemang. Cik lemang.. ohh cik lemang.. meh posing jap meh...

LEMANG




Kami tiba BP dlm pukul 10.30 am. Lps singgah rumah kakak saya di Muar tadi, sepanjang jln Muar - BP, ramai betul org jual daging tempatan & ayam. So.. apalagi, singgah le beli. Mana2 tempat pun berderet2 org queue nak beli daging & ayam.


Ini sarung ketupat yg sedang bersedia untuk diisi. Selalunya kakak saya akan buat dua jenis, ketupat nasi & ketupat pulut.

KETUPAT

Wednesday, September 8, 2010

SURPRISE BIRTHDAY CAKE????

Actually these cake & cupcakes di order oleh seorang boyfriend utk girlfriend nyer nak wat surprise. Tetiba dia yg kena surprise dek girlfriend dia yg terpaksa balik raya awal sebab ayah dia sakit.


MOIST CHOC CAKE WITH BUTTERCREAM ICING




MOIST CHOC CUPCAKES WITH BUTTERCREAM ICING