Sunday, January 31, 2010

HARI TERAKHIR JANUARY 2010

Tadi petang pergi hantar chocolate cupcakes with fondant icing yg diorder oleh kawan Qirin untuk pakwe dia... Dia request nak 26 biji sama dgn umur pakwe dia 26 tahun. Dia tak bagi tahu nak colour macamana tapi bila tiba kat kedai dia, memang kedai dia bertemakan merah, hitam & putih.. Emmm... seb baik ngam... Org yg request ni takde kat kedai dia masa tu so harap2 dia suka lah...

Hadiah drp seorang makwe kpd pakwe



Dia juga nak chocolate cake sekali. Gambar tak diambil memandangkan sama je dgn gambar yg dipost sebelum ni.

Rasa nak makan blueberry cheese tart laa pulak. Buat jgn tak buat. Tapi mcm tak cantik rupa dia... Hmmm.. belasah jer... Masuk perut lagi tak senonoh rupa dia. Hihihihihi...

Blueberry Cheese Tart

Saturday, January 30, 2010

CUTI THAIPUSAM 2010

Yabeda bedooo... Hari ni cuti.. !! Padahal sama jer dgn cuti hari Sabtu yg lain cuma weekend kali ni agak panjamg.. sambung pulak dengan 1 Feb sebab cuti Hari Wilayah. Tu yg best tu...

Hari ni pagi2 dah keluar... beli je nasi lemak kat Sect 17 for breakfast. Lepas tu terpandang plak ada pasar tani. Eh dah lama tak pergi pasar tani, apa kata kita jengah sekali dah terlanjur kat sect 17 ni... Ingat nak cari capsicum.. Laa.. mana ada capsicum kat pasar tani.. itu bukan sayur kampung.... sayur omputih... Sengal betul lah.

Yang beria benar nak cari capsicum tu sebab ingat mlm ni nak buat pizza. So ni la rupa pizza tu... Kira untuk supper lah.



Naqib membebel cheese tu tak cair.. alaa... belasah je la...

ROTI DAN ROTI LAGI...

Selepas kawan saya terima roti pada Jumaat lepas, terus dia order utk Jumaat berikutnya bersama dengan specification yg dia nak... Mula2 dia nak Bun Ikan Bilis... Hari Isnin selepas tu dia tukar specs dia pulak, dia kata nak Bun Kari Ayam, Bun Kari Daging & Kismis Mocha Bun. Tambah lagi requirement - daging mesti daging tempatan. Hahahahaha.

Inilah rupa roti-roti tu...



Siap tanda pangkah untuk bun kari ayam, tapi terbesar plak pangkah tu, suami saya kata mcm pangkah pintu dlm cerita P Ramlee - Ali Baba Bujang Lapok. Kah Kah Kah..

Saturday, January 23, 2010

Blueberry Cheese Cake Lagi...

Hari ni masa tengok upacara permakaman Almarhum Sultan Mahmud Iskandar, tiba2 teringat nak buat cheese cake lagi. Sebab hari tu Naqib request untuk cheese cake yg tebal sket daripada yg hari tu.

Blueberry Cheese Cake

Friday, January 22, 2010

ROTI DI PAGI JUMAAT

Hmmmm.... Alhamdulillah... Saya baru selesai menyiapkan request kawan saya. Dia minta saya buatkan Sweet Bun untuk dia. Agaknya dia dah jemu dengan Mocha Bun yang dia selalu order tu...

Dah terlanjur membuat Sweet Bun ni saya rasa nak buat Curry Bun jugak. Memandangkan basicnya serupa... so sementara menunggu doh tu naik, saya sediakan inti utk Curry Bun tersebut.

SWEET BUN



CURRY BUN

Sunday, January 17, 2010

Juadah Pencuci Mulut....

Dah lama nak buat cheese cake ni tapi tak buat2 jugak. Tapi hari ni ntah pesal semangat giler nak buat ditambah pulak cheese cake memang favourite saya & anak2, so.. apalagi... buat lah sebab bahan2 pun dah siap beli.

Saya buat cheese cake ni tak setinggi mcm kat kedai2 cake sebab saya nak potong kecik-kecik dan letak dlm papercup supaya senang ngap terus. Heheheh... Selalu kan satu slice tu jenuh gak nak abes kan sebab bila dah mkn byk tu mcm muak, so potongla kecik2...., kalau nak lagi, ngap lagi satu.. Takde lah terkulat2 nak completekan suapan yang terakhir.... Experience diri sendiri la ni...


Chilled Blueberry Cheese Cake

AHAD.... 17 Januari 2010

Jom jom... Jom kita breakfast!! Selalu nasi impit mesti layan ngan rendang.. tapi hari ni, acu kita ubah pulak... kita goreng je la ayam tu...


NASI IMPIT




KUAH KACANG




AYAM GORENG BEREMPAH

Friday, January 15, 2010

Jom Minum Petang

Dah lama tak dok minum2 petang kat rumah. Tak kira lah kueh beli ke, wat seniri ke.. Ptg semlm suami saya bawa balik karipap frozen yg dibeli daripada member dia. Rupa2nya kawan dia memang berniaga karipap frozen ni.... So.. hari ni nak goreng lah karipap pusing tu.

Emmmm... tak sia-sia... Memang sedap karipap pusing tu. Jom kita santap....

KARIPAP PUSING

Thursday, January 14, 2010

BIRTHDAY CAKE FOR DANIAL

Kawan opis saya request utk buatkan birthday cake anak dia. Minta to be delivered on Friday. Birthday anak dia Sabtu 16 Jan 2010. Anak dia nak orange cake. Kek orange tu takde masalah sangat.. tapi masalahnya kawan saya ni minta saya deco cake tu sekali. Saya belum pernah buat kek oren with deco, selalu bogel & togel gitu jer... So, this is the very first time for me to deco a cake with buttercream icing.

So.... Ini lah rupanya... Kena banyak practice lagi ni... Lebih kurang mintak halal lah ye.... Harap2 pasangan ibu & anak ini gumbira lah...


BIRTHDAY CAKE FOR DANIAL




For Danial, hope your birthday blossoms into lots of dreams come true! Have a wonderful birthday !!!

Saturday, January 9, 2010

CUPCAKES LAGI

Semlm, masa bawak cupcakes ke office, tetiba bertembung dgn my ex-officemate. Dia berminat pulak dengan cupcakes gitu. Dan kebetulan pulak, hari ni birthday anak sedara dia jugak, baru setahun umur dia. So, dia plan nak bagi cupcakes tu pada this little Fara. Dia kata dia nak guna sebelah malam.

Maka untuk tidak menghampakan kengkawan, saya pun siapkan jugak order ni dan hantar ke rumah dia petang tadi... Rupa dia nampak suka dan saya pun suka kalau orang happy dengan apa yg saya dah deliver kat dia tu... TQ banyak2 ye... Lebih kurang mintak halal ye....

CUPCAKES FOR LITTLE FARA

Friday, January 8, 2010

CUPCAKES FOR AZAM

Order drp officemate untuk birthday anak sedara dia, Azam yg baru berumur 2 tahun. Dan budak kecik ni dah pandai mintak birthday cake drp auntie dia ni... Wow.... Kecik-kecik dah pandai mintak..... seb baik dia mintak birthday cake jer.... Hahahahaha...

CUPCAKES FOR 2 YRS OLD AZAM



According to my officemate ni, anak sedara dia ni suka sangat cupcakes ni especially yg muka budak pompuan yg tembam tu and dia panggil cupcakes yg bermuka tembam tu "Awek". Amboi... Kecik2 dah tau "Awek".....

Sunday, January 3, 2010

TETAMU AWAL TAHUN

Dah lama tak menjengah taman mini yg ada di teratak saya ni... Rumput pun dah penuh dalam pasu-pasu bunga tu. Meh lah gi tengok jap. Sian dia....

Eh eh.. ada butterfly lah. Dah lama tak tengok butterfly yg cantik, tiba2 ada depan mata. Cepat! Cepat! Panggil cameraman amek gambor 'tetamu awal tahun' kita ni. Kang terbang pulak. Boleh test skill cameraman ni, beli lense ribu riban. Sesia lah kalau tak guna.

SI JELITA "BUTTERFLY"



Emmm... Pandai butterfly tu posing. Dok diam je dia. Syabas butterfly!

Saturday, January 2, 2010

AKTIVITI HARI KE 2 DI TAHUN BARU

Seperti biasa, bila weekend yg panjang cenggini, memang ada jer nak mengjengkit ke mana2. Apa lagi.. tempat lepak biasa lah - Sunway Piramid. Hahahaha... Sampai2 terus breakfast kat situ... Mesti org kedai tu pelik, orang ni mmg tak reti prepare bekpes seniri ke kat umah agaknya ek... Ish!!! Bukan apa... saje nak tolong menjana ekonomi negara.. hehehe..

Pastu gi PJ State jap, husband nak beli minyak hitam lah, wiper blade, dan ntah apa2 lg la berkenaan kete.

Kita orang lunch kat Plaza Alam Sentral. Hmmmm.. dah kul bape... dah petang dah pun.. Round2 kejap kat SACC Mall. Mana2 tempat pun ramai orang... last minute shopping utk budak skolah ni...

On the way balik umah, singgah kat workshop ganti minyak hitam.

Sampai rumah, hujan balik semula. Ish.. Ish... Memandangkan perut sumer baru makan nasi... jadik hujan2 ni best gak kalau makan cekodok bodoh ngan air kopi. Pergghhhhhh... Bodoh ke bodoh lah... Maka saya pun sediakan cekodok bodoh udang kering bersama air kopi panas.

Dah lama teringin nak buat pudding trifle. So tadi dah beli dah swiss roll, so sambil wat cekodok bodoh, sambil buat pudding. Pudding ni tak laa bodoh.. cerdik lg pandai, siap bubuh strawberry nak kasik bijaksana & brilliant.

PUDDING TRIFLE



Ok, Tido.. tido.. esok nak hantar Nadia gi register.

Friday, January 1, 2010

SALAM TAHUN BARU 2010!!!

Pejam celik pejam celik, dah pun melangkah ke tahun baru.

Dok lepak kat rumah jer... Hari hujan jer... awal2 tahun hujan ni.. tanda rezeki kot..!! Heheheheh.. Mudah2an... Amin...

HAPPY NEW YEAR TO ALL!!!