Saturday, October 27, 2012

FAMILY GATHERING

Semlm Raya Haji tak sempat pegi rumah abang saya, so dia pun kata breakfast kat rumah dia hari ni cum family gathering la..

So beramai2 lah kita org ni pegi breakfast kat rumah abang saya ni.. walaupun time tu dah nak tengahari baru kita org sampai. Heheheheh... Better late than never ok....


Friday, October 26, 2012

AIDIL ADHA 1433H....

Raya Haji kali ni cuma saya anak beranak je yg balik Gunung Soga. Anne beraya di Selayang, Qemma beraya di Penang, Qirin beraya kat Melaka, Luqman pulak beraya di rumah Qemma.

Cam sunyi sket... Tapi Qirin akan balik Gunung Soga esok pagi. Tapi makan di pagi Raya tetap macam biasa. Meriah lah ngan ketupat, rendang daging, kari ayam dan mcm2 lagi lah. Tambah pulak dgn jiran2 kiri kanan dan depan rumah semua menghantar apa yg dia org masak utk pagi raya. Best2!

Abang saya yg stay kat BP jugak dtg anak beranak dia, baru lah rioh sket. Kemudian abang saya yg dari JB sampai dah tengahari just before solat Jumaat, so org2 lelaki gi solat Jumaat sama2.

Laaaa... tak buat photo shoot raya haji tahun ni.....

Wednesday, October 24, 2012

TEMPAHAN UTK RAYA HAJI

Untuk Raya Haji, ada jugak lah terima tempahan tart nenas dan kuih2 lain. 


TART NENAS



VANILLA CUPCAKES WITH BUTTERCREAM ICING



TQVM Cik Ziz.

Tuesday, October 23, 2012

ORG KOTA BHARU NAK MKN SAMPERIT

Kwn sekolah dan juga dorm-mate saya, Rosni, order kuih samperit ni. Kirim kat anak sedara dia yg keje same building dgn saya. This girl nak balik mlm ni utk beraya haji di KB. Mudah betul urusniaga ni.... Hehehehe. TQVM Rosni...


BISKUT SAMPERIT


Sunday, October 21, 2012

WEDDING ANAK LIZA CUM REUNION

Semalam ada wedding, hari ni ada wedding lagi. Kali ni anak sulong kpd kawan sekolah saya, Liza Baharum, semasa di JB dulu.

Yg beria sgt nak pegi majlis ni sebab buat sekali dgn reunion sekali. Bila lagi nak jumpa kwn2 lama.


LIZA, MAK PENGANTIN LELAKI




Kecik betul dunia ni... Liza yg saya kenal sejak zaman sekolah dulu rupa2nya SIL pada Raja yg saya kenal zaman UiTM dan skrg kerja pun di company yg sama.


RAJA NORIZAH AND ME



Ramai gak kawan2 lain yg dtg tapi time tak sama pulak sebab hujan lebat. So antara yg balik last2 ni sempat laa bergambar. Yg awal2 tu mak pengantin pun masih busy lagi.

From L to R, Jue Hassan, Liza, saya, Normah Senin and Dr Raha yg sgt busy tapi sempat terbang dari JB utk attend wedding ni. Lps wedding ni, terus terbang ke Kota Bharu pulak sbb pagi esok ada patient yg akan di-operate. 



Saturday, October 20, 2012

BONDE'S WEDDING

Congratulations Bonde!!! Wishing you lots of love and happiness forever. Amin....






Kita org dtg dah lambat... So ramai yg kita org tak sempat jumpa. Tapi mujur mlm tadi masa hantar kek kat rumah Bonde, dapat jumpa Eton.









Husband masing2 sempat jugak nak bergambar dgn abah Bonde, YBhg Tan Sri Dato' Dr Mohd Noor Ismail.




Friday, October 19, 2012

BUSY WEEKEND


Minggu ni mmg agak busy nak siapkan order drp 2 org kawan lama. Seorg kwn masa Matriks UKM di SSP, yg kita org pangggil Bonde, sorang lagi kwn masa sekolah menengah, zaman sekolah panggil Bob, tp dah ada family ni, dia tak kasi panggil nama tu lagi, so back to nama asal, Liza. Dua2 order ni utk majlis perkahwinan.
 
Bonde order moist choc cupcakes and cake utk nak bagi keluarga pihak pengantin lelaki.
 
 
MOIST CHOC CUPCAKES - DOORGIFT UTK PIHAK PENGANTIN LELAKI
 
 

 
MOIST CHOC CAKE JUGA NAK BAGI KELUARGA PENGANTIN LELAKI


 
 
Liza pulak order fondant fruit cake utk buat hantaran masa nikah. Majlis nikah hari Sabtu 20/10/2012 di Sepang. Majlis sanding anak lelaki sulong Liza pulak akan diadakan di Putra Jaya hari Ahad 21/10/2012.
 

FONDANT FRUIT CAKE FOR HANTARAN



Kawan saya Liza ni juga adalah adik ipar to my good friend, Raja Norizah. Kecik betul dunia ni. So Raja pun ada order RV cupcakes.

TQVM Bonde, Liza and Raja for the orders. 

BIRU LAUT?

Order drp Ijan nak 2 kotak cupcakes warna biru laut. Perghhh... mcm susah pulak nak carik warna biru laut, sky blue boleh tak Ijan? Pastu Ijan kata.. sukati lah asal warna biru cuma bukan biru tua la...


VANILLA CUPCAKES WITH BUTTERCREAM ICING



TQVM Ijan...

Thursday, October 18, 2012

CARROT CAKE FOR OCTOBER BABIES

 
CARROT CAKE
 


Carrot cake ni di order utk Oct babies in Fin Dev Team kat office. Dia org celebrate kat luar during lunch break. TQVM to Cik Ziz.

Sunday, October 14, 2012

MESTI DIA SUKA...

Pagi tadi dah makan nasi goreng... Lunch pun nasi jugak... Pekata dinner kita makan Laksa Johor.... Boleh? Mesti boleh punyer... sbb favourite husband. Gerenti dia suka.

Tetiba dah pukul 8 mlm, kakak saya yg dari Langat kata dah otw nak ke rumah saya. Lagi setgh jam sampai dia kata. Mujur ada buat laksa johor. Rezeki dia bertiga beranak lah. Kalau takpun.... Murjana Maju laa jadi penyelamat. Hehehehe...


SET LAKSA JOHOR



Laaaa.... Yg kakak saya beria nak dtg tu rupa2nya nak hantar kain Nadia yg baru siap dan jugak skirting meja pun dah siap. Hehehehe... Raya tahun depan lambat lagi... Tahun depan pun lom tiba. Kakak saya ni yg selalu tanya... skirting tu dah byk tahun tak tukar2. Oooppssss.... Meja tu tak cakap pun nak tukar baru... Kena eh??? Mata tukang jahit yg sakit nampak nyer... 

Monday, October 8, 2012

BEEF LASAGNA FOR SUPPER!!!

Naqib pernah mintak suruh buat lasagna.. Tak nak yang beli siap dimakan. Tapi tak jugak buat2. Tapi hari ni entah angin apa yang melanda, tergedik2 hati ni nak buat. Memang dah set dari office lagi malam nak buat beef lasagna.

Dah lepas maghrib baru pegi cari bahan2 kat Carrefour.. So makna nya mmg makan tghmalam le jawap nyer.... Hehehehe... 


BEEF LASAGNA





Sunday, October 7, 2012

HARI ROTI....

Roti tu ada tak berapa keping jer lagi tu. Kalau tak, mesti tak makan, buang jer nanti. Eh buat Butter & Bread Pudding la... Boleh jugak ber-dessert di hari Ahad ni.


BUTTER AND BREAD PUDDING





Tak comel laa rupa lauk ni... Tapi takpe lah.. janji boleh makan. Hehehehe...

Portugese style Grilled Tenggiri 





Dah lama tak buat roti.. sejak projek meroti naik dgn Mas dulu. Nak buat roti naik la...
Mari kita menguli... Okay... biarkan dulu biar dia naik.



Hmmmm.... dah kembang dah.. Bersedia untuk dibakar.



Roti Naik yang bersedia untuk dimakan....




Monday, October 1, 2012

PENANGAN ASAM PEDAS

Semalam konon2 nak tengok Asam Pedas Piee cawangan Sect 15 Shah Alam ni bukak ke tak? Kalau bukak... boleh lah beli bawak balik nak makan ngan cokodok ... Kedai ni banyak tutup drp bukak.

Laaaaa............ tutup business terus dia... Takleh business kot kat Dataran Otomobil ni... Bangla2 kat situ ramai yg masak sendiri bawak bekal pegi keje. Mungkin Asam Pedas Piee ni kalau bukak kedai kat Seksyen 7 baru la lama sket kot business dia. Ke org2 area sini yg tak suka asam pedas? Wahai Toke Asam Pedas Piee... silalah buat post mortem. Hehehehe.. Sayang la... dah ada nama kat Bukit Cina Melaka, masuk negeri lain takleh plak.

Maka dengan yg demikian, dek kerana tekak ni mmg tgh teringin nak makan asam pedas, lagi pulak hari ni demam... masak laa sendiri... Walaupun takde bahan2 tambahan spt terung ke peria ke, ikan alat2 laa... ku gagahkan juga badan ni masuk ke dapur. 


ASAM PEDAS IKAN PARANG



TELUR DADAR KAKAKSEPIT