Sunday, October 31, 2010

IT'S 31ST AGAIN!!!!!

Yeaahhh... it's 31st again. Nadia & Naqib ingat jer date ni. 31 Aug hari tu bulan puasa. Takde masa nak pegi2 beratur. Hari ni pun Sunday.. mesti tak ramai kalau pegi malam pun.


Acu tengok... Tak berapa ramai... Boleh menyelit...




Nadia & Naqib tgh tunggu giliran. Masing2 dah tau nak flavour apa.




Aksi gumbira dah dapat hasil....




Yabedabedooooo!!!! Akhirnya.......




Ni pulak mee goreng masa breakfast pagi tadi.


MEE GORENG

Saturday, October 30, 2010

NAK REHAT LAA...

Minggu ni rasa penat sangat so hari ni cam malas jer nak buat apa2... So pagi tadi just breakfast with 2 jenis cokodok iaitu cokodok pisang & cokodok udang.

Tghari pulak masak asam pedas & goreng sayur je.


ASAM PEDAS IKAN PARI




MIXED VEGE

Friday, October 29, 2010

CUPCAKES LAGI...

Kesemua cupcakes ni ditempah oleh org yg sama. Yg buttercream cupcakes tu kakak dia nak hadiah kepada kawannya sebagai birthday present.


MIXED CUPCAKES WITH BUTTERCREAM ICING



Harap2 yg memberi & menerima birthday present tu suka cupcakes cenggitu.


RED VELVET CUPCAKES



These RV Cupcakes ni pulak dia saje2 nak wat makan.

Mekaseh ye sebab sudi order dgn saya.

Thursday, October 28, 2010

OCTOBER BABIES

Kek ni ditempah untuk jamuan di office bagi sambutan birthday dalam bulan October.

MOIST CHOCOLATE CAKE WITH BUTTERCREAM ICING




Ini pula MMS yg saya terima after 15 mins upacara potong memotong kek.




Alhamdulillah.... October babies ni suka makan kek tu...

Wednesday, October 27, 2010

ROSES OH ROSES....

Laaa.... tak prasannn... Dah kembang & mekar rupanya......

Ingat tak hari tu ada wat gardening sket... Hmmmm... dalam diam2 pokok2 rose tu dah kembang bunga dia...

Rasa cam tak percaya pulak boleh bertahan pokok bunga rose tu dlm jagaan saya. Hehehehe. Siapa sangka... Cempedak jadi nangka.. Cokodok jadi bingka..

Acu tengok bunga2 yg ada ni... Cantik kan?

ROSE MERAH




Yang ni pulak rose warna peach tapi dlm gambar ni dia mcm ala2 pink.




Ok, mari gunakan macro lense untuk dapatkan close-up dia. Emmm.. Kelopak dia ada sikit rosak.

ROSE PEACH




Yang ni pulak pokok rose lagi satu yg belum berbunga. Harap2 satu hari nanti dia akan berbunga. Jangan pokok ni pokok jantan cukup, eh ada ke rose jantan ek?

Tuesday, October 19, 2010

MUSIM HAJI 2010

Abang saya akan datang ke rumah saya hari ni. Isterinya yg juga kakak ipar saya akan pergi mengerjakan haji. So derang akan pergi ke Kompleks haji Kelana Jaya tu dr rumah saya.

Memandangkan nanti ramai yg akan ke rumah saya, saya pun cadang2nya nak buat nasi tomato. Gambar nasi tomato lupa pulak nak amek.


AYAM MASAK MERAH




UDANG SWEET SOUR




DAGING MASAK KURMA




JELANTAH




Saya saje2 buat kek ni. Kebetulan pulak semlm adalah birthday abang saya. Emmmm... Leh jadi birthday cake dia laaa...





ABANG SAYA, KAKAK IPAR, ANAK SULONGNYA (I) DAN NADIA & NAQIB

Monday, October 18, 2010

MOIST CHOC CAKE LAGI....

Hari ni Kak Tim order moist chocolate cake lagi. Setiap kali saya kena perli ngan dia, sebab dia order Biskut Sampan lom dapat lagi. Hahahah... Nanti lah kak Tim.. agak busy wat kuih2 lain tak sempat nak mendayung lagi. Lagipun mood nak buat sampan tu tak timbul2 lagi. Nanti ek...

Sunday, October 17, 2010

GARDENING TIME......

Ok.... hari ni jgn malas2. So buat keje2 yg tertangguh. Apa lagi wat gardening laa... Sian pokok2 ni. Hidup segan jer.. mujur tak mati... Heheheheh.

Tadi pergi nursery jap, beli lah tanah baja, baja tabur, baja sembur. Tgh semangat ni. Ye laa.. sian lah tgk pokok2 tu... keding2 jer. Kita bagi dia tempoh sebulan ek tgk camana tumbesaran dia.

So result dia tunggu next month. Mcm amek exam plak.

Saturday, October 16, 2010

RELAX2 JER...

Hari ni rasa nak relax. Rasanya badan ni mcm perlu rest. Rasa penat nak raya... lepas raya semua tu lom hilang lagi.

Hari ni mcm malas nak buat aktiviti2 lain. Dok bersantai kat rumah jer. Konon nak buat gardening sket tapi.. penyakit "MA" lebih menguasai diri.

Tapi untuk lunch pulak cam dah lama tak buat ayam masak lomak cili api & kangkong goreng.... So layan laa tekak sendiri...


AYAM MASAK LOMAK CILI API




KANGKONG GORENG BELACAN




IKAN MASIN

Friday, October 15, 2010

NGIDAM??

Ngidam mcm2 ngidam. Tapi yg ni cam pelik sket. Ada satu hari ni saya terima SMS yg request nak fondant cake mcm untuk wedding tu... Bila saya tanya nak bila, dia kata bila2, so saya tanya wedding sape and bila...? Aleh2 dia kata takde...dia yang nak makan.. teringin katanya... Hahahaha.. Kelako.. Kot teringin makan buttercake bese ke takpe lah. Ini teringin makan cake yg siap dengan full fondant topping tu.... Amboi tekak... kelas gitu!!!

So saya pun cuba lah buat untuk lepaskan hajat dia ni.

Thursday, October 14, 2010

SELAMAT HARI JADI CIKGU & CUPCAKES HANTARAN

Saya menerima tempahan cupcakes untuk dibuat hantaran. Tema dia Gold & Cream. Hantaran ni balasan drp pihak perempuan kepada pihak lelaki. Design sukati ikut saya nak buat camner. Maka jadilah ianya begini rupa....


CUPCAKES WITH FONDANT TOPPING




Kemudian ada pula nak request birthday cake drp anak murid nak bagi cikgu. Untung gak cikgu ni. Ibu kepada anak murid ni request buttercake with buttercream icing. So ini lah hasilnya...


BUTTERCAKE WITH BUTTERCREAM ICING




Semoga cikgu suka dengan kek ni dan mengajar dengan lebih berdedikasi ye cikgu.

Monday, October 11, 2010

KEK UNTUK JAMUAN

Syawal dah habis.. tapi jamuan raya masih ada lagi. Raya Zulkaedah pulak lah kot. Sukati lah labuuuu....

Kek ni ditempah untuk meraikan birthday boss nyer... Pesan lagi soh buat cantik2. Tapi tak tau lah ni kira cantik ke tak. Harap dapat terima seadanya. Hehehheheh.. Boss, syukur boss... ada org nak rai kan birthday....


BIRTHDAY CAKE UNTUK BOSS - MOIST CHOC CAKE WITH BUTTERCREAM ICING




Yang ni pulak ditempah oleh seseorang yang lain untuk jamuan yg sama.


MOIST CHOCOLATE CAKE

Sunday, October 10, 2010

10.10.10

Cantik date hari ni. 10.10.10.... Hari ni ramai org nikah sempena nak amek date cantik ni. TV3 pulak mlm ni ada siaran secara langsung perkahwinan astronaut tu. Dengar nya tema dia "kayangan" Wah... Gah bunyik dia. Mesti cam fairy tale, banyak warna putih.. mesti flower girls dia mcm pari2 kot. Dah kayangan nama dia. Apa pun, kita saksi kan lah mlm ni. Mungkin lebih glemer dari apa yg saya bayangkan.

Ok itu citer org kawen. Ini citer saya... Seperti biasa, pagi Ahad mmg dapur kat Sunway Piramid tu memanggil2. Hehehehe. Ye la.. ye laa... kita org dtg ni...

Tgh saya jenjalan melawat kawasan dlm Sunway Piramid, ada org call nak moist choc cake ptg ni. Ok.. ptg ni sempat lah nak buat, kalau nak skrg.. mintak mahap. Sorry.. not at home... Hihihih.

Rupa2nya masa dia wat open house Ahad lepas, pasangan Chinese husband & wife ni suka sgt mkn choc cake tu. Wife dia tgh pregnant, so tuan rumah ni order lah nak bagi kwn dia ni. Satu lagi dia nak bagi mak mertua dia.


Saturday, October 9, 2010

LAKSA JOHOR

Kami tak dapat pegi kenduri Azizi nak ke Tanah Suci hari ni. Ada hal la pulak... Nadia pulak ada test, dah ptg baru balik. Sorry ye Mas, Azizi... Anyway, kita org doakan selamat pergi & selamat pulang, semoga Allah permudahkan segalanya & dapat menjalankan ibadah haji dengan penuh ketaqwaan. Amin.


POPIA SECRET RECIPE




BANANA SPLIT SECRET RECIPE



Balik dari selesaikan hal kita org, pergi amek Nadia semua tu.. Hati ni tergedik2 nak wat Laksa Johor utk dinner mlm ni. Patutnya saya buat ni jugak masa makan2 kat rumah saya hari tu tapi sebab tak cukup time dan kaki & tgn ada sepasang je, maka laksa johor terpaksa di kensel pembuatannya hari tu.


SPAGHETTI




KUAH LAKSA JOHOR




GENG LAKSA JOHOR




InsyaAllah, len kali kalau panjang umur.. murah rezeki, saya buat laksa johor ni utk makan2 kat rumah saya akan datang.

Friday, October 8, 2010

CUPCAKES UTK MAKAN2

Cupcakes ni request drp kawan saya. Dia nak wat makan2 jer dia kata.


CUPCAKES WITH BUTTERCREAM ICING




Ok.. selamat bermakan-makan.

Monday, October 4, 2010

TETIBA TERRRR-RAJIN

Tetiba terajin plak nak masak for dinner hari ni balik keje tadi. Datang angin pus-pus nak memasak. Hihihih.. Walaupun masak yg senang & ringkas, rasa kagum dgn diri seniri yg tetiba rajin. Hahahaha... Bila rasa nak masak.. kita masak... bila malas, malas lah dia... tapi.. byk malas drp rajin. Kwang 3x.


IKAN BAWAL MASAK SWEET SOUR




KACANG BUNCIS GORENG DGN KENTANG

Sunday, October 3, 2010

AKTIVITI BIASA

Pagi tadi berebut2 nak hantar moist chocolate cake kat USJ3, almaklum dia nak buat open house, kang lambat lak kek ni sampai. Alhamdulillah, berjaya hantar kul 10.00 am. Dia pun tgh get ready dgn menu dia yg lain.

Pastu kita org pegi Sunway Piramid. Kedai kat Sunway Piramid tu tak sudah2 call cakap breakfast dah ready. Heheheheh... Hmmm... bukan setakat breakfast... Campur sekali lunch. Makan nasi lemak bubuh lauk pauk terus. Pastu boleh makan roti2 bun tu lagi. Makan ke apa ni?

Untuk makan malam, tetiba terajin lak nak masak. Alaaa... yang ringkas2 jer. Naqib siap cakap "Dah lama mama tak masak2..." Kwang3x.


IKAN TENGGIRI MASAK KICAP




Frust betul tengok masak lemak ni. Tinggal sekejap je... langsung terpecah minyak. Tapi.... apa de hal... dalam perut lagi dia pecah berderai. Heheheheh.


MASAK LEMAK CILI API UDANG + KACANG



Ada balance sepokok sawi yg batang putih tu kat fridge. So baik goreng je. Saje buat tambah2 lauk.

SAWI GORENG

Saturday, October 2, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU!!!

Hari ni saya bersama suami & Nadia pergi ke jemputan kahwin Siti Maryam. Naqib tak habis lagi dengan open house kawan2 dia.

Tak susah cari rumah pengantin ni. Ramai betul jemputan yg datang, kita org terus makan dulu. Eeeeee.. sedap2 lah lauk dia. Saya suka sangat.

Lps makan baru pegi jumpa pengantin. Pengantin perempuan tgh tunggu ketibaan pengantin lelaki. Sempat lah saya bergambar ngan pengantin. Bukti tu bukti... Bukti apa...? Bukti saya datang dia kawen... heheheh.

Sweetnya pengantin perempuan ni...




Saya bersama pengantin, Siti Maryam



Balik dari rumah pengantin, dahaga lah pulak.... So menyinggah lah minum2 dulu. Dah lama gak tak makan kek black forest. Dulu2 kek paling glemer kan black forest.


BLACK FOREST CAKE




Untuk dinner pulak, husband saya tetiba nak makan mee bandung. So saya tanya dia, nak asingkan kuah ke tidak, dia kata campur sekali. Hah tu dia... campur sekali punya pasal, bila panggil semua lambat sangat nak turun, kembang membang lah mee tu. Bukan salah saya..... I'm sorry.. Itik masak curry...


MEE BANDUNG

Friday, October 1, 2010

KEK HANTARAN TEMA PINK

Kek untuk hantaran ni ditempah oleh officemate yg akan bernikah esok pagi.

Dia kata tema pink so kena lah ada pink kat kek dia ni.



Harap pengantin suka dengan kek hantaran ni.