Sunday, December 30, 2012

JEMPUTAN MAKAN DI HUJUNG 2012

Ermmmmm... best nyer dapat jemputan makan.. Hari ni Min jemput kita org makan2 kat rumah dia di Pinggiran Subang. Dia kata "makan ringan2"... No.. No.. No.. I don't think so laa Min.... Rasa mcm berat2 je makanan yg akan disedia kan... hehehehe

Rupa2nya Min nak celebrate birthday mak mertua dia.... Perghhhh... Dapat score markah tinggi tu Min!! Bagus2! Kekalkan nilai2 murni yg dah tersemai tu.

Ohhh.. hari ni dapat petai Saleh bagi... Ada kebun petai ke...? Mekaseh daun keladi...



Saturday, December 29, 2012

NASI TOMATO AND THE GANG

Hari ni Qirin and Saleh nak dtg rumah. Abang saya dari BP pun jangka kata nak dtg jugak lps dia org pergi majlis kawen kat Serdang.


So husband saya minta saya masak set nasi tomato ni. Haah.. dah lama pun tak buat... ok aje... senang sket takyah susah2 nak pikir lauk apa nak masak. Dah tentu dah lauk dia apa.


Jom2... jemput makan...

NASI TOMATO



JELATAH / ACAR TIMUN DAN NENAS



KURMA DAGING




 AYAM MASAK MERAH




RV CAKE

 

RV Cake ni di order oleh Aunty Zaidah, aunty kpd Bonde. Aunty ni pesan soh buat specs frame 4 segi warna hitam kat atas kek tu sbb anak dia pakai specs 4 segi frame hitam.

Friday, December 28, 2012

ORDER HARI JUMAAT

Alhamdulillah... terima tempahan utk deliver di pagi Jumaat yg mulia ini.


RV CAKE


TQVM Mazlia....


VANILLA CUPCAKES


TQVM Zaidah....


BROWNIES


TQVM Alin....

Tuesday, December 25, 2012

KARIPAP

Asal nya tgh tgk advertisement kat TV.. iklan frozen food dan ada karipap. Rasa dah lama tak buat karipap sendiri, jom buat laa... terus kupas kentang nak buat inti....


KARIPAP YG BELUM DIMASAK


                            


KARIPAP YG TELAH DIGORENG



Emmm... puas hati dapat makan karipap buat sendiri ni...


Monday, December 24, 2012

MENGALAHKAN ADA DUSUN....

Bila balik from BP Johor je, bila musim buah2an mesti ramai berniaga di tepi2 jalan. So, kita org ni pantang ler setakat tengok, mesti berenti punya. 

Durian kita org beli tempat biasa kat apek sebelum tol Tangkak. Mintak dia yg jenis musang king, apek tu kata 3 bijik ni lain2 jenis. Beli 3 bijik jer, sbb tukang makan nya hanya saya dan husband jer.

Ermmm... cantik2 lah isi durian tu... Sedap pulak tu.




DUKU LANGSAT


Pisang tanduk pun pendek2 jer. Yang saiz besar2 hijau2 nar lagi.

PISANG TANDUK



Yg ni kalau rajin buat kerepek pisang boleh ni... tapi sebab tak rajin.. maka tak beli....



Favourite saya buah pulasan ni.... Suka sgt!

BUAH PULASAN



Ni buah pulasan yg kat kedai tu...



Ada lagi yg dibeli.. jambu batu Ledang (dari Ledang la kot..) dan jugak keladi. Tak amek pulak gambor nyer....

Sunday, December 23, 2012

JOM GI MUOR

Semlm kan dah kumpul ramai2 kat BP, so hari ni kita org bergerak ke Muar pulak. Kakak saya yg di Muar tu tak berapa sihat... 

Sampai2 kat rumah dia... wahhhh.. anak2 dia yg sebok masak2 kat dapur. Walaupun 6 anak lelaki dan yg last baru perempuan... 2 drp 6 anak lelaki kakak saya ni jadik Chef. Hari ni Chef Nadzreen lah yg masak utk lunch ni.. Naqib komain suka sambal tumis udang Nadzreen masak. Puji asek cakap sedap jer. Naqib ni cerewet pasal makan, tapi kalau kena ngan tekak dia tu mmg suka nar2 lah dia.

Dah lepas lunch, abang ipar saya gi cabut ubi kayu pulak... Azizi dgn Mas tu suka sgt mkn ubi kayu rebus. Masak lain pulak sambal tumis ikan bilis dan goreng ikan masin... Tak keluar dari dapur si Nadzreen... Tapi si Mas... makan ubi ngan gula. 

Pegi visit org tak sihat.. tapi beria makan minum kat rumah org tak sihat... hehehehe..

Saturday, December 22, 2012

AARON AZIZ, BIRTHDAY AND BBQ...

Hari ni Aaron Aziz dtg Square One kat BP. Dia kan Duta Yourgurt. Excited betul Anne nak pegi. So Anne ajak Nadia pegi sama. 








WIFE AARON




Wajah kecewa Anne... beli dah yogurt tu sbb nak bergambar berdua ngan Aaron... Bila tunjuk resit pembelian tu... Laaa... Anne org ke 31. Dia limit 30 org je.... Mau tak frust si Anne ni...



Ok Anne.. jgn frust lagi.. mujur dapat gak bergambar sipi2 sebelah Aaron... tukang amek gambor kena bijak cari angle.

Mlm pulak ada event lain... birthday and BBQ yg mmg menjadi acara tahunan.



BIRTHDAY CAKE FOR ELYSHA: 
MOIST CHOC CAKE LAYER WITH RED VELVET WITH FONDANT ICING






ELYSHA THE BIRTHDAY GIRL







ELIANA AND ELYSHA





LOLLICHOCS SPECIALLY FOR ELYSHA





JAGUNG REBUS





ROASTED LAMB AND CHICKEN WING





BEEF SAUSAGE AND ROASTED POTATO




Bila Pakji Azizi dan abang saya jaga 'pembakaran'.... tudung periok jadik kipas...




Yang ni pulak... tangan nak jaga yg depan, mata tengok yg di belakang...



Ketam cuma 5 ekor aje.. nak lepaskan hajat si Mas. Mintak tolong Anne pegi cari.

Nak rasa konon2 mcm kat Serkam ataupun Pernu di Melaka, kakak saya masak nasi lemak. Perghhhh.. Makan tak hengat!! Kakak ipar saya pulak bawak mee goreng. Mas pulak bawak segala mcm buah2an.. pulasan laa... duku langsat laa... eh ada ubi kayu jugak.. Maka Qirin pun dipaksa rela utk tolong rebuskan. 

Makan dan makan dan makan tak berenti2... Best2!!!


Friday, December 14, 2012

HARI TERAKHIR

Today merupakan hari terakhir Nadia buat practical kat IT Dept, JAIS iaitu dari 10 Sept 2012 - 14 Dec 2012. Sekejap je rasa.... So memandangkan hari terakhir dan juga sebagai tanda terima kasih, Nadia berniat nak bagi  RV cupcakes kpd warga IT di tempat dia menimba ilmu dlm selok belok dunia pekerjaan. Apa sgt lah cupcakes tu berbanding dgn ilmu yg diperolehi. Hanya Allah yg dapat membalas budi baik mereka. Amin....


RV CUPCAKES



Sementara kat office saya pulak... ada dua team iaitu Authorisation Team dan Careline nak berpindah office. Hari ni juga hari terakhir kami bekerja sama tingkat. So kita org plan nak buat potluck utk makan2 di pagi Jumaat yg mulia ni...

Dah kebetulan buat RV cupcakes tu, maka saya buat extra dlm bentuk kek pulak utk makan2 ni.

RV CAKE



Wahhhh... byk betul mknan... Ada mihun grg dan choc cake drp SCM/SRM team, Lasagna drp EDW team, nasi grg kampung Nina n Mazlia, popia grg with cili sos dan apam putri ayu drp HCM, cheesy wedges n nuggets drp Integration team, talam cendol from Poji, talam ubi drp Rof, pudding trifle drp Liza, PS/PM bwk karipap, kacang goreng NganYin dan rambutan fresh dari pokok Azman, nasi lemak Afizal, creampuff tak sure siapa yg bwk, pisang yg begitu ranum drp Izyani n gang, tembikai dan grape pun tak sure... Mashi kot. Eh eh.. ada mamee.... heehhehehe. Lama tak mkn mamee. Air minuman iaitu teh O panas dan air anggur ais oleh Fina dan Intan.

Dah 6 tahun bekerja same floor dgn Careline ni... So skrg dah different building. Takpe.. kita masih boleh continue bekerjasama  seperti biasa. Dgn Authorisation pulak, w/pun baru beberapa bulan bekerja at the same floor together, tapi rasa mcm dah lama.

Terima lah cenderahati drp kami sebagai tanda ingatan. Shawl Pashmina utk si perempuan... kain pelekat untuk si lelaki.

Monday, December 10, 2012

LEMPENG OMPUTIH

Hari ni kakak saya nak balik BP dah. Utk breakfast hari ni adalah juadah dari Murjana Maju. Hahahaha... 

Minggu ni Naqib ada exam utk mid sem. Hari ni paper Problem Solving. Good Luck Naqib....!! Buat betul2.

Bila Naqib balik exam tadi, saje usik dia kata Luqman nak rasa "air tgn" Naqib buat pancake or Naqib panggil "lempeng omputih" sebelum Luq balik BP. So Naqib pun buat laa.... Not bad jugak Chef Naqib buat ni.... Luq pun suka. Hihihihihi..



PANCAKE / LEMPENG OMPUTIH




Aktiviti petang pulak dok meng-harvest buah mangga yg pokoknya kita org tanam sejak tinggal kat rumah ni. Buah dia memang tak pernah putus tapi kalau dah masak ranum tu pandai jer sang monyet yg byk berkeliaran kat kawasan belakang rumah kita org ni ambik buah mangga ni. Tau pulak dia pilih yg dah masak jer.

Kalau kakak saya yg dok Langat tu dtg, dia akan jolok buah mangga ni utk dibuat jerok.

Nama mangga ni? Sejak kecik2 lagi mmg arwah mak pun ada tanam, dia kata nama dia Mangga India. Pesal mangga ni jadik India "punya" tu tak tau laa kenapa.


MANGGA 


Try buat jerok sikit mangga ni. 

Saturday, December 8, 2012

MINI FAMILY GATHERING

Minggu ni kakak saya, Farid, ada jemputan kahwin anak sedara dia sebelah arwah suaminya di Ampang. Hari Rabu mlm Khamis dia tido kat rumah Anne, hari Khamis mlm Jumaat dia tido kat rumah Qirin, So hari Jumaat dia dgn Luqman ke Shah Alam pulak.

Breakfast pagi Sabtu ni... Roti jala dan kari daging. Kalau nak makan ngan kuah durian or org Johor panggil kuah durian tu Gula Durian, pun boleh jugak.


ROTI JALA



KARI DAGING



GULA DURIAN



Min dan mak dia (Kak Kamal) katanya nak sampai pkl 11 am. Tak sampai2... Ermmm... Nak nak pkl 3 pm baru tiba. Time 11 tu time negara mana ek...???? Wahhh... segarnya pisang yg Min bawak. Min kata kebun pisang dia belakang rumah dia.

Qirin dan Saleh pulak tiba pkl 5pm. Dia org pegi jemputan kawen sebelum tu...

Sementara Qirin nak tiba tu, rasa mcm nak masak nasi dan lauk sket. Takkan setakat makan roti jala je kan. Apa ek yg mudah sket dan cepat siap...? Ok2... Pikir cepat2. Asam Pedas Ikan Parang, Ikan Siakap Tiga Rasa dan Fried Brocolli With Prawn. Hmmm... Cepat pun siap.

Wahhh... rezeki lagi... Qirin bwk KFC pulak. Mcm lah org kawen tu bekalkan KFC.. heheheheh...

Anne ngan Azreen pulak sampai dah malam. Hari hujan, Anne tunggu Azreen balik kerja. Anne pulak bwk rambutan dan manggis. Mcm masing2 ada dusun pulak. Byk betul makanan hari ni.

Dah mcm mini family gathering pulak. Suka lah camnih!!!

Monday, December 3, 2012

TEKAK PUNYA PASAL

Walaupun badan ni tak berapa nak sehat rasanya... tapi nak makan punya pasal... tekak ni meminta2.... digagahkan jugak laa memasak nyer... Masak sempoi je pon... Serai pun amek kat garden sendiri... Jadiklaa... walaupun pokok serai tu hidup segan mati tak mahu... tapi telah berkhidmat di kala emergency begini.


AYAM MASAK LEMAK CILI API



Rasa mcm dah lama nar tak masak kangkong, kalau mkn kat luar tu.. tak sudah2 mintak kangkong goreng belacan.

SAYUR KANGKONG GORENG



Last 2 weeks abang saya anak beranak dia pergi Kota Bharu, balik dari Kota Bharu tu, dia org singgah bermlm di rumah saya. Maka diberi kpd saya beberapa packet keropok kering. Tak bergoreng2 hinggalah ke hari ni. Teruja nak guna tupperware baru sebenarnya... hiihihihihi.. Mcm takde tupperware lain.

KEROPOK GORENG





Sunday, December 2, 2012

ROTI CANAI SIAPPPPP!!!!!

Breakfast pagi ni roti canai segera and kari ayam. Untuk lunch pulak, goreng ikan terubok masin sebagai tambahan. Senang betul bila buat kari ni.. kira lauk multipurpose lah. Breakfast  dan dilanjutkan ke lunch. 


KARI AYAM




ROTI CANAI SEGERA



Saturday, December 1, 2012

PEACH AND LIGHT BLUE

Order drp Raja, dia nak beri pada neighbour dia yg buat majlis pertunangan. Raja mintak cupcakes tu warna peach and light blue. Pandai2 lah u nak buat mcmana... kata Raja. So ini hasil memandai-mandai laa ni...


VANILLA CUPCAKES WITH BUTTERCREAM ICING







Setiap kali pergi rumah Raja di pagi Sabtu mesti tengah buat gardening. Rajin betul lah dia ni. Langsung petang Sabtu tu pun teruja nak ber-gardening. Heheheh... Kemas sikit pokok2 bunga dlm pasu tu. 


Friday, November 30, 2012

CAKES DI HARI JUMAAT

Alhamdulillah... berjaya siapkan kek2 ni di pagi Jumaat yg mulia ini...

TQVM Maryam yg saya panggil Mary dan Salina. Sorry lah lupa hari tu. 


WALNUT CARROT CAKE



Ni Marina punya....  1 KG MOIST CHOC CAKE




Ni Yusof punya... 2KG MOIST CHOC  CAKE




Terima kasih Maryam n Salina, Marina dan jugak Usop. Semoga bersuka ria makan kek bersama keluarga pada weekend ni...

Wednesday, November 28, 2012

RED VELVET CAKE

RV cake ni order drp Rof. TQVM Rof....

RV CAKE