Friday, June 24, 2011

CELEBRATE KAT RUMAH PULAK....

Kalau semlm dah bawak gi tadika, so yg ni nak celebrate kat rumah pulak. Mak dia kata ada tak image Barbie yg ramai2....? Ya Ampun... yg ramai2 tu Princess... kalau Barbie mmg dia sorang2 jer... Hahahaha... Kelakar la mak budak ni.





TQVM order 2 hari berturut2. I like.... Hehehehe.




Yang ni pulak untuk kakak kepada yg mintak Ultraman Tiga hari tu. Kakak ni pemalu, mama dia kata. Nak bagi kwn2 kat skola pun malu. Happy Birthday Hani....!!! Jgn la malu2. Kan glemer bagi kawan2 kapkek.




Yang ni mama si Hani nak wat makan2 kat opis. Ala2 nak bersuka ria lah, siap soh tulis TGIF lagi.... TQVM for the orders. Rajin2 la order. I suka!!!!





Order drp customer baru. Tak kira laa bila Father's Day, hari2 pun boleh jadik Father's Day ke Mother's Day. TQ Ami for the order.

Thursday, June 23, 2011

CELEBRATE DI TADIKA JUGAK

MOIST CHOC CAKE WITH BUTTERCREAM ICING





CUPCAKES WITH BUTTERCREAM ICING


Tuesday, June 21, 2011

SUSPEND NAK JUMPA CIKGU....

Hari ni terpaksa amek cuti sbb nak pegi skola Naqib jumpa cikgu... Amek report card... Ya Ampunnnn.. ngeri betul laa nak jumpa cikgu ni... Naqib rileks jer... makbapak yg suspend...

Agak lambat gak lah baru dpt jumpa cikgu. Dah setiap makbapak amek masa yg agak lama. Form 5.. Lama arr sket. Kalau setakat primary school tu.. cepat sket time dia.

Lepas balik skola, nak hantar kek yg di order ni. Dia nak bawak gi tadika esok pagi. Dia kata nak Ultraman Tiga.


MOIST CHOC CAKE WITH BUTTERCREAM ICING

Saturday, June 18, 2011

INI YG PALING RAJIN

Habis rajin la ni nak masak... Heheheh... Kalau tak mesti dah suruh Mr Mamak ke... Cik Andaman Restoren ke yg masakkan. Janji perut kenyang... Kan? Kan? Kan?


NASI GORENG KAKAKSEPIT





AYAM GORENG

Thursday, June 9, 2011

KL - JAKARTA - BANDUNG - JAKARTA - KL

Cuti sekolah kali ni hasben saya dah plan ngan opismet dia nak gi Bandung reramai. Masing2 bawak family masing2. Ala2 family day laa pulak. Ini mmg team 1Malaysia.. apa taknya team ni ada 2 family Melayu, 1 chinese family and lg satu indian family. Tapi Nadia tak leh pegi sbb dia ada class, Naqib plak taknak ikut. Dia kata "asek2 Indon....." Eksennnn laa pulakkk..... Sukati laa labuuuu....


Kali ni saya & hasben cuba hotel lain - Hotel Grand Preanger. Pak Kumar tokeh kain tu tak sudah2 promote hotel ni... Hotel tu ok la... cantik gak tapi yg tak best tu service dia slow. Jadik cam kureng sket lah... Member2 hasben saya stay kat Grand Serela. Ni dia gambar2 kat hotel Preanger tu.



Ini view dari bilik hotel.




Jom main chess. Kita start dulu dgn horse dia. Berat gak. Takut nak angkat tinggi sket, buat nya terlepas kang, pecah pulak nnt. Cukup berhati2 tu.



Aktiviti kita org kat Bandung cam bese ler... pegi Jalan Dago, Jalan Riau, Rumah Mode, Pasar Baru & Toko Tiga. Kali ni Pak Supir ada bawak kita org pegi Pasar Kosambi. Dia mcm Pasar Baru tapi kecik and tak crowded mcm Pasar Baru. Dan harga pun lebih mahal and susah nak bargain. So kem salam laa kalau camtuh.


Salah satu malam kat Bandung, kita org pegi dinner kat The Valley. Dia ni atas bukit and boleh tgk Bandung dari atas laa tapi sbb malam, setakat nampak lampu2 je la.

Meja yg panjang dah penuh so kita org dok lain2 meja. Bapak2 duduk satu meja, emak2 duduk satu meja, & anak2 duduk satu meja lain tapi sebelah2 laa.


MR LEE & EN YUSOF





HASBEN SAYA & RAJ




ZUPPA-ZUPPA Hasben saya dgn En Yusof order zuppa2 ni.




Ini Raj order




Ini yg wife Raj order. Entah apa nama tak tau.



Yg ni wife Mr Lee yg order.




Ini ANGUS STEAK yg saya order setelah di rekomen oleh waiter tu. Saya dah kata saya makan selalu tak abes tapi dia kata, " ini diket saja buk.."




Bila dapat bil, mak datuk!!! Black Angus Steak yg saya makan tak abes tu... harga dia IDR625,000. Bila convert RM jadik RM225. Hambek kau!! Total semua2 dah dekat2 RM1,000. Tu la padah makan dalam cahaya gelap2 mcm cahaya dari bijik mata anak ayam.




Macamana pun lepas makan, time berposing. Posing tetap posing.


ME & MY HUSBAND




MR & MRS RAJ




EN YUSOF & FAMILY




MR, MRS & MISS LEE




THE MUHIBBAH TEAM.... Heheheheh





Ni pulak aktiviti berposing di siang hari.

NASI LIWET... SOTO SOLO...




Tengok2 kasut kot ada yg berkenan.




Acu terai ni... Warna menarik... tapi bila pakai rasa tak best. Keras sket.




Kita org tido satu malam kat Jakarta before balik KL. Pagi2 dah gerak ke Jakarta dgn harapan nak jengah2 kat area Jakarta.
Kita org stay kat Hotel Atlet Century Park Jakarta, betul2 depan stadium Bung Karno tempat yg football match M'sia vs Indon dulu tu yg sampai naik kete kebal bagai tu. Bukan setakat M'sia je yg main naik kete kebal.. even antara club2 dlm Indon sendiri pun mmg players kena naik kete kebal.


Macet bangat Jakarta... kita org cuma pegi ke Tanah Abang aje. Ohhh.. Tanah Abang baru bukak wing baru, makin besar lah dan makin serabut. Disebabkan berserabut dah kepala ni... terus gi rileks jap kat A-We (A&W) kat Tkt 8, balik hotel jap pastu jengah lah Plaza Senayan yg ada kat belakang hotel. Ingat nak pegi Mangga Dua tapi sbb jem tahap melampau tu, terus kensel.


Kita org balik Shah Alam the following day. Mujur keluar agak cepat ke Bandara, jem giler sampai ke simpang Pluit.

Sampai M'sia, Raj bgtau yg dia & Mr Lee accident otw to Bandara from Bandung. Pak Supir dia bawak laju sgt pastu pegi langgar kete depan & kete belakang pulak langgar dia org dari belakang. So depan belakang lah kena. Disebabkan dah lambat, dia paksa gak Pak Supir tu terus jalan ke Bandara. Mcm2 bunyik yg keluar lah, dah nama kete baru accident, kena lak dpn blkg. Ngam2 jer time derang.. lepas dia org check in, terus dah tutup.

Wednesday, June 1, 2011

SELAMAT BERSARA KAK TIP

Kek ni untuk jamuan sempena persaraan Kak Tip.

CARROT CAKE