Friday, April 30, 2010

THANK YOU!!!

These "Thank You" cupcakes with buttercream icing ni ditempah oleh user saya yg paling best. Bila saya nak deliver kat tempat dia pagi ni.. dia kata tak payah, dia akan datang amek di tempat saya.. so kira ok lah tu... tak yah gerak.




Bila dia datang, saya pun hulur lah kotak cupcakes tu.. tetiba dia kata "Nah.. Untuk you all..!!!" Hemmmm???? Apasal plak ni...??? Pelik lah pulak.. Dah beli drp saya.. nak bagi balik. Rupa2nya dia nak bagi unit saya cupcakes tu sebagai ucapan "Thank You" daripada unit dia. Dia kata unit kita orang banyak tolong dia orang. Tapi actually dia orang yang buat all those operational issues/jobs. Kita org setakat system support je... Tapi apa pun... keje as a team tu sangat bagus lah and this girl is a very good team player.

So saya minta this girl beri cupcakes tu pada boss saya le.. & of course boss saya amat terkezut... Hari tu baru je dapat cake secret recipe sebagai TQ drp Finance Group, Axiata Sdn Bhd. Saje je nak bagi kita orang perasan bagus..!!! hehehehehe...

Thursday, April 29, 2010

LIGHT BLUEBERRY CHEESE CAKE

Hari Jumaat ni family kakak saya dan family abang saya yg dari BP nak datang sebab hari Sabtu ni (1 Mei 2010), anak sedara saya nak bertunang di Putra Heights. Busy weekend ni...

Saya rasa nak buat something la.. at least bila org datang ada le kuih nak jamu di samping hasil2 tunjuk yg lain. hehehehe...

So ini lah rupanyer....

LIGHT BLUEBERRY CHEESE CAKE

Monday, April 26, 2010

WEEKEND AT KK (24th - 26th APR)

Dah lama tak bercanda kat KK ngan family. Last year masa bulan Feb saya pergi sbb kena wat training kat sana, pastu husband saya pulak pergi sbb keje gak. Cuba lah beriadah ngan family pulak...

Kita check-in dulu kat hotel.




Yg saya suka sgt kat hotel ni.. dia ada include evening cocktail sekali. Sbb tu setiap kali mmg stay kat hotel ni kalau gi KK. So bolehlah kita org menikmati dan memerhati kan sunset sambil minum2 & makan2 tu.

SUNSET DI KK







TIRAMISU



DESSERT




Bila dah ada kat KK ni.. mcm tak sah la pulak kalau tak pegi pasar yg mmg betul2 kat bibir tepi Laut China Selatan tu. Mcm2 jenis ikan yg tak pernah tgk semua ada.. Besar-besar pulak tu. Knp kat pasar semenanjung takde camtuh ye? Ish! Takyah susah2 nak pikir semua tu... Tambahkan traffic jamn kat kepala otak ni.... Takyah2!

Jom kita gi pasar KK ni....

LOBSTER




UDANG HARIMAU




UDANG HASIL BELIAN SAYA



Dah dapat tangkap udang tu... jom2 balik semenanjung. Cukup lah ber-weekend tu.... Ok KK.. Lain kali kami dtg lagi.. sbb kakak tak ikut.. dia tgh exam.

Friday, April 23, 2010

CHELSEA OH CHELSEA

Cupcakes dgn image Chelsea ni di request oleh seorang isteri untuk birthday her husband yg ke 43. Actually yg suka dgn Chelsea ni, sang isteri nya.. bukan birthday man ni... Tapi sbb wife dia yg beli and nak celebrate birthday husband dia.. maka dia pilih lah apa yg dia suka. Apa2 yg berkaitan dgn Chelsea la, so of course lah Lampard pun ada...




Feedback yg saya terima ni agak kelakar sket laa... Ni wife dia update kat saya bila dah celebrate birthday husband dia tu.... Husband dia sangat2 suka pada cupcakes tu and pesan beria-ria kat wife dia soh cakap "terima kasih" kat saya sebab buatkan cupcakes tu. Hahahahaha... Kelakar!! Padahal itu wife dia yg beli and request camtuh. Bukan nya saya pandai2 buat rupa gitu. Wife dia agak frust lah jugak sebab husband dia sepatutnya say thank you kat dia sbb belikan cupcakes tu... tapi tetiba soh say TQ kat saya. Apa kes....!!! heheheheh... Anyway... TQ jugak lah drp saya sbb suka kat cupcakes yg saya buat ni...


Ini pula order drp user saya untuk adik2 dia (adik lelaki & adik pompuan). Cupcakes ni with buttercream icing. So untuk budak2 laa ni... Yg lelaki suka Ben 10, yang pompuan pulak suka Barbie. Camtuh... dua2 ada bahagian masing2.


Wednesday, April 21, 2010

CELEBRATION AT MOUNT KINABALU

Order ni diterima drp one of my officemates yang nak celebrate birthday seorang "lelaki dewasa" dgn erti kata lain pakwe / boyfriend / tunang. And the best part is ... celebration akan diadakan di puncak Mount Kinabalu bersama kengkawan lain. Perghhh... Jauh tul cupcakes ni nak mendaki. Saya pun tak sampai lagi puncak Mt Kinabalu tu.. setakat jungle tracking kat kaki gunung tu je...

Disebabkan cupcakes ni nak mendaki.. maka packing dia kena lain la sket... takkan nak bawak kotak kek pulak kan...




Bila this girl dah order tetiba dia tanya lak asal usul sekolah secondary... hahahahah.. laaa.... dia ni super duper junior rupanya... One of the Srikandi jugak laa....

Ok... Have Fun!!!

Friday, April 16, 2010

NAK BAGI "KAWAN-KAWAN"???

Ini pula order daripada officemate nak bagi kawan2 special dia. Mungkin ada sorang yang terlebih special kot.. saje la nak cover line.. beri kat 2-3 orang... Tapi naluri saya berkata begitu... Hehehhehe.. Jgn marah... Tapi selalunya firasat saya betul...


Thursday, April 15, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO LITTLE IMRAN

Order drp seorang bapa untuk anaknya. Salute lah kat ayah Imran ni.. selalunya kan mak yg sebok bila birthday anak ... Bagus2!! Kekalkan nilai murni tu..

Wednesday, April 14, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO PUTERI NADHIRAH

Request from my good friend for her daughter, Puteri Nadhirah. Nak bawak pegi sekolah pagi esok and bagi kawan2.




Happy Birthday Nadhirah...

Sunday, April 11, 2010

PULUT OH PULUT....

Ingatkan breakfast pagi ni nak goreng roti canai tapi Ahad lepas pun dah roti canai gak... Naqib suka pulut kuning ni.. so buat pulut kuning laa.. Tanya Naqib nak rendang ayam ke atau nak kari ayam.. and dia kata nak kari ayam.

Pulut kuning ni tak begitu kuning.. itu komen Nadia & Naqib.. Mata saya yang dah low battery ni pun nampak, kuning cair je.. Aahh.. belasah lah.. kuning cair ke kuning pekat ke.. still dlm kategori kuning kan? Ada kita kesah? Hehehehe..


PULUT KUNING



KARI AYAM



Macam kemaruk makan pulut lak weekend ni. Semlm petang dah buat seri muka, pagi ni buat pulut kuning lak.. Takpe lah.. janji hati suka.... perut pun kenyanggg...

Saturday, April 10, 2010

10-04-10

Hujan tak berenti2 sejak malam tadi.. Ni yg cam malas sket ni .. tapi hari ni agak pagi gak lah dah keluar utk kais pagi makan pagi. Utk makan tu rajin ... So apalagi jom gi sect 17 - nasi lemak kerang & nasi lemak sotong. Emmm... Mmg tak jemu2 laa...

For lunch pulak... meh laa kita buat sesuatu.

RENDANG KETAM




STEAMED BROCOLLI WITH CARROT



Teringin pulak nak makan seri muka..

KUIH SERI MUKA



Niat di hati nak buat kuih keria jugak tapi cam malas nak bentukkan rupa cam tayar tu maka rupa cekodok lah jadiknya... Emm.. so tak bleh panggil kuih keria.. kita tukar nama ek.. shall I name it as "cekodok keledek bersira gula"..?? Boleh aje.. kita buat dia..!

CEKODOK KELEDEK BERSIRA

Friday, April 2, 2010

PAGI JUMAAT

Since ada org order kek marble & kek oren utk hari ni, maka saya pun buat lah extra kek oren nak buat potong2 & makan2 kat office.



Ada jugak 2 org kawan office yg bawak roti pizza & kek pisang. Wah cam banyak lak makanan di pagi Jumaat yg mulia ni... Buurrrppp... Kenyang..!!! Alhamdulillah...