Monday, February 1, 2010

CUTI HARI WILAYAH 2010

Yeaahhhhhhhh... Hari ni masih lagi di alam cuti... Best! Best! Tapi mcmana pun kena hantar Naqib pegi sekolah... Pagi ni mmg dah bercita2 nak beli nasi lemak kerang kat Sect 17 sebab byk aktiviti nak buat hari ni... So takyah masak for breakfast beli terus ngap aja.

Aktiviti yg nak dibuat sebenarnya adalah gardening... Kelmarin dah beli tanah hitam untuk ganti tanah dlm pasu tu.. Sebabnya...??? Kucing2 alleycat tu lah.. dia ingat saya sediakan jamban untuk dia gaknya.. cantik jer melayan perasaan dia dlm pasu bunga tu. Seb baik tak mati pokok2 tu.

Pastu cabut rumput2 yg dah penuh dlm deretan pasu2 yg saya buat divider / garisan untuk parking.

Leka punya leka... rupa2nya dah pukul satu tghari.. Alamak... Kejap lagi Naqib balik sekolah. Mesti lapar dia ni.. Cargas! Cargas! Masak nasi cepat! Lauk apa ek nak buat.. Kena yg ringkas2 ni. Ok , kita buat yg segera untuk dimasak. Hmmm.. Dah siap pun Ketam Goreng Mandarin Style...

KETAM GORENG MANDARIN STYLE



Nak pegi jemput Naqib balik sekolah pulak. Ya ampunnn.. takde parking...!!! Agaknya semua makbapak dia orang pun keje kat KL, hari ni cuti so inilah peluang amek anak balik dari sekolah.

Aktiviti sebelah petang pulak, kemas-kemas sikit rumah.

Alamak baru kemas sikit.. dah penat... Hahahaha... Tu lah.. Padan muka..
Ngantuk laa plak... Esok keje ni.. ZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz............

0 comments:

Post a Comment