Sunday, November 18, 2012

GUANGZHOU AGAIN (11TH - 17TH NOV 2012)


Nampaknya tahun ni Guangzhou jadik tempat pembuka dan penutup utk tahun 2012. Awal tahun dulu pergi byk guna teksi utk ke sana ke mari. Tapi kali ni kami byk menggunakan Metro dia. Kat M'sia ni LRT la.. di Guangzhou nama dia Metro. Tapi semuanya underground. Total semua ada 8 lines:
* Line 1 - Kuning
* Line 2 - Biru
* Line 3 - Oren
* Line 4 - Hijau
* Line 5 - Merah
* Line 6 - Biru Laut
* Line 7 - Hijau Muda
* Line 8 - Biru Turquoise


Day 1 (12 Nov 2012):

Tiba kat Baiyun International Airport, Guangzhou dlm 1.05 am. Terus amek teksi utk ke hotel. 

Pagi2 lagi saje jalan2 tepi Pearl River iaitu sungai yang ketiga terpanjang di China. Tgk view dia di siang hari. Sejuk gak cuaca pagi ni.







Ni pemandangan kat Pearl River pada sebelah malam. Ada byk cruise yg berlampu warna warni lalu pegi balik sungai ni. 



Lampu2 kat jambatan tu akan bertukar warna setiap brp minit ntah. Tak kira pulak time dia.









Sambil tunggu budak Turki tu bakor satay kambing tu, saje menebeng tepi dia nak amek gambor. Terus ngap lepas dapat, best nar2 dpt mkn mknan panas. Satu cucuk harga dia 2 Yuan = RM1. Murah je.. satay dia panjang. Satay kat M'sia kan pendek2 jer. 

Budak ni start berniaga kul 3 pm and habis dlm pkl 8 pm. Dia bawak stok sikit jer kot...


Sempat pulak nak posing depan lif kat floor room kita org sementara tunggu lif sampai.



Kat lobby hotel, kat sini dpt lah wifi so boleh lah ber-whatsapp dgn Nadia and Naqib. Kat bilik ada LAN tapi sgt lah slow nya... 




Day 2 (13 Nov 2012) :



Pagi ni plan nak pegi ke Highsun Plaza sbb nak send lense for service. Org tu kata will be ready in 2 days time so maknanya Thursday laa... kira ok la... Harap2 dia boleh buat lah.
Hari ni ramai jugak bertembung ngan org M'sia. Kalau group lelaki saja, dia org akan at least senyum kat kita. Tau kan brand org M'sia mcmana... Tapi group rombongan yg ramai perempuan tu memang takkan senyum. Rugi kot kalau senyum. Mcm berlagak pun ada. Kalau bertembung ngan yg family pulak... lagi hampeh. Menyombong tak tentu hala. Dia org ni mcm tak kenal pulak bangsa negara sendiri. Cara bercakap pun kita tau dia org asal usul negeri mana... Ohhh... Ai tot u know!!!

Tak kesah lah dia org tu... Nak senyum ke tak nak ke... nak tegur ke tidak ke... Malas nak fikir. Org nak jalan2 berseronok ni... pikir nak shopping lagi best..!

Jom2 gi kedai textile pulak. Ermmmm... cantik2 nya kain...  Mak aiii... tebal nya kain cotton dia. Ya ampunnnnn... cantik nya silk tu.... tak tentu arah tgk kain cantik2.

Hari ni cuba naik Metro Line 1 from Peasant Movement Institute to Dongshankou. Keluar jer dari station tu.. kiri kanan jalan memang kedai2 utk bershopping. Tak tau apa nama tempat ni sbb main redah jer sebenarnya.. Dia org ni tgh buat sale... preparation utk Winter. Banyak jual baju2 sejuk.

Fuhhh... Byk betul berjalan ni.... Naik longgar kepala lutut ni. Metro station pun turun naik tangga bila nak keluar dr station. Kalau nak turun ke train tu mmg la escalator, tapi nak keluar masuk ke station tu, kena menapak turun naik tangga.



Day 3 (14 Nov 2012) :

Hari ni kita org nak pegi area yg shopping mall kat Computer City tu. So kita org naik metro 
from Metro Line 2 (blue) Haizhu Square to Computer City and OneLink Centre dan tukar ke Metro Line 1 (Yellow) to Tianhe Sports Centre. Harga tiket hanya 3 Yuan = RM1.50 each utk one way, so pergi balik baru RM3. Murah kan? 

Last time masa tak tau guna metro, kita org naik teksi, taxi fare nak dekat RM20 masa tu. 


Berkenan benar kat batu ni... Cantik.




Mak aiii... besor nya coat ni.... Laa... Sewing machine dia kecik nya... 



Meh kita zoom kat sewing machine ni... Benang lagi bagak.


Besarnya vase dia.....


Cantik deco dlm shopping mall ni.



Bagus betul planning dia org ni... Fire hydrant tu byk betul utk kawasan ni. 



Posing jap kat basikal ronda polis. 



Sentiasa ada jer org yg berlalu lintas kat situ.



Eh..eh.. China Taiping asal dari sini ke....?




Kat one of the Metro Stations.





Day 4 (15 Nov 2012) :


Hari ni dah hari Khamis yg org tu promise nak siapkan service lense camera tu, so kena pegi Highsun Plaza lagi. 
Hari ni jugak berangan nak tengok Railway Station Guangzhou yg sgt besar tu. Railway Station ni yg menghubungkan ke semua bandar2 lain di China ni. Nak ke Beijing ke.. Macau ke .. Shenzen ke.. semua dari sini boleh. Tu yg begitu teruja nak tgk tu.

Kita org pun naik Metro hingga ke Guangzhou Railway Station Station. It is the second largest metro station in Guangzhou. Kita org ikut petunjuk hala ke railway station tu. Punya ramai umat yg turun kat sini. Ye lah kan.. org nak naik ketapi pulak... Ada jugak jumpa org2 Malaysia. 

Keluar dari Exit yg konon nyer nak ke railway tu, terus petunjuk dah takde. Mcmana nak pegi ni...? Disebabkan takut sesat barat, dah lah org sgt ramai kat situ... kita org pun tukar haluan ke tempat shopping kat situ. 

Perghhh... Jumpa pulak tempat shopping Baima Clothing Wholesale Market yg mmg dikenali dgn kemurahan nyer... Memang murah giler laa...

Sebelah malam kita org jalan kaki ke Beijing Lu dlm 15 mins dari hotel yg kita org stay tu.

Stall jual popcorn and air minuman.



Antara kedai2 yg ada kat Beijing Lu. 



Mcm kelakar lak rupa Balai Polis bergerak yg ada kat Beijing Lu ni. Kalau kat M'sia yg berpetak camnih kereta Juara tu, ni besar sket.. abang pada Juara lah kot...






Senang jer derang ni berniaga. Cuma guna troli jer letak bulu2 tu.




Day 5 (16 Nov 2012) :

Hari ni mmg nak berjalan2 kat YueXiu Park. So kita org naik Metro hingga ke YueXiu Park station. Dah pandai kan naik Metro... Hehehehe

Keluar2 dari station tu... kita org nampak ramai sgt kumpulan lelaki yg ber-kupiah. Pastu nampak ada jualan. So menonong lah kita org pegi...

Ohhhh... ada komuniti Muslim yg berniaga kat kawasan ni... Macam2 ada. Kebanyakan nya makanan lah... Nasi beriani, mee sup ke mee jenis2 berkuah tu semua pun ada. Ada sedia tempat utk makan kat situ. Tapi pada tika dan saat tu tak teringin pulak nak mkn nasi tu.

Tempat yg mereka berniaga ni sebenarnya kawasan laluan ke pintu masuk sebuah masjid. Rupanya itu lah Masjid Saad Bin Abi Waqas iaitu masjid yang pertama dan tertua di China. Saad bin Abi Waqas adalah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w yang datang ke Negara China untuk menyebarkan agama Islam. Makamnya juga terletak di dlm kawasan masjid tu.


Macam roti bom kan?


Yang ni pulak, memang teringin nak rasa. Haahhaha. Dia buat mcm lempeng tapi ada inti. Dua jenis inti, satu inti carrot, satu lagi kucai. Rasa dia mcm cokodok sayur. Dia goreng kat situ.. so mkn la panas2. Sekeping harga dia 3 Yuan = RM1.50.


Ni pulak tak tau apa nama.. benda yg pjg2 tu mcm sosej tapi gemok2. Kalau ada org nak beli.. yg tukang jual tu akan potong dulu. Inti dia rupa nya mcm kentang pun ada. Nak tanya kan masalah problem bahasa.. Jadi perhati je laa... 


Daripada makanan yg telah dimasak hingga lah kpd bahan2 mentah. Daging kambing ada... daging lembu ada... Ni hah tergolek kepala lembu, nampak mcm dah kena salai.



Ok, kita ke YueXiu Park pulak.

YueXiu Park ini merupakan park yg terbesar di Guangzhou dan mempunyai 3 tasik buatan dan 7 bukit. Memang kena bersedia untuk banyak berjalan dan naik tangga. Di taman inilah letaknya tugu lima kambing yang menjadi lambang bandar Guangzhou yg terletak di puncak bukit park ini. Ada lebih dari 100 anak tangga utk sampai ke tugu kambing tu.

Selain dikenali dengan Bandar Kambing, Guangzhou juga dikenali dengan Bandar Bunga kerana bandar ini begitu kaya dengan taman yang hijau dan bunga-bungaan berwarna warni yang dihias cantik sama ada di tamannya atau di sepanjang lebuhrayanya.

Ni pokok bunga yg bentuk topi ni betul2 kat depan main entrance YueXiu Park.


Masuk aje ke sebelah dalam gate entrance tu susunan pokok bunga yang ini pulak. Cantik gak.. Ada bunga2 yg mcm tak pernah jumpa laa.



Ni adalah tangga permulaan utk naik ke tugu 5 ekor kambing tu. Gigih ni nak naik tangga semata2 nak tgk tugu kambing... Hahahaha.


Mana pulak laa kambing2 ni tak jumpa lagi. Rehat sekejap lah...


Errmmmm... Ada air terjun... Posing jap.


Penunjuk arah utk ke tugu kambing ni agak kurang membantu. Rupa2nya kita org dah naik bukit yg lebih tinggi drp bukit yg ada tugu kambing tu. Haishhhh...!!!! Dah terlepas....!!! Mencungap gak lah nyawa ni. Hihihihi.. Tapi, akhirnya sampai gak kat kawasan tugu 5 ekor kambing ni.



Ni dia cerita pasal tugu kambing ni...


Ok, kita zoom sket... 



Ini satu2 nya kedai cenderahati kat sama level ngan tugu kambing tu. Kat sebelah bawah pun ada jugak kedai2 sourvenir mcm ni.




Day 6 (17 Nov 2012) :


Time to leave Guangzhou. We went to airport at 3pm. Kena cepat sebab perjlnan dia agak jauh gak. Tapi taxi driver tu bawak mcm boleh terbang lah.. punya laju... Fuhhh.. Ganas....!!


Flight kami balik ke M'sia jam 9.05 pm. Tapi delay pulak... Kul 10 pm lebih baru boarding and take off dlm pkl 10.40 pm.



Sempat gak posing sebelum check-in luggage. Dtg hari tu 1 beg je.. balik 4 beg. Heheheh. Bukan tak biasa... Dan kami fully utilise abes 30 kg setiap sorang utk check-in dan tak kurang dari 7kg utk hand-carry. Tapi rasa mcm lebih drp 7 kg jer.. heheheh.

Landed kat bumi Malaysia dlm pkl 2.40 am dan tiba rumah pkl 3.30 am pada Ahad 18 Nov 2012.

2 comments:

Kavita Doraisamy said...

sna ramai x yg tahu english? sis dduk hotel mana?

Noly Ali said...

Dear Kavita,
Dia org tak tau cakap in English. Taknak layan pun. Terus jawab "I don't know"and terus tak pandang dah. Peniaga kedai textile ada yg tahu cakap melayu.
Saya duduk di Bauhinia Hotel dekat dgn OneLink Plaza.

Post a Comment