Saturday, October 12, 2013

BEREHAT DI HARI REHAT

Bestnya... cuti weekend yg panjang ni.... sambung pulak Raya Haji Selasa ni... Best2!!

Hari ni memang cuti duduk dalam rumah. Masak pun apa yg ada dlm peti ais. Ketam ada 2 ekor je.. maka kena goreng je la.
Ikan siakap tu macam biasa .. bukan masak 3 rasa ye tapi berasa2. Belasah jer.
Tulang pun ada sikit so let go buat sup. Proses goreng dan rebus aje hari ini ye. Daun bawang dgn daun sadri takde pulak kat laman sendiri so kosong je la rupa sup tu. 










Petang2 sikit buat cekodok pisang pulak. Sebenarnya Izya whatsapp kata dia baru buat cekodok pisang... hehehehe. Langsung teringin buat jugakkkkk.... Pantang dengar.


Tuesday, October 8, 2013

CUPCAKES UTK DOA SELAMAT

Jam dah pukul 6.30 pm. Tetiba Akmal call nak Walnut Carrot Cake and Red Velvet Cake nak guna untuk esok tapi nak dtg amek mlm ni. Mak aiiii.... Mana sempat Yang.... Kenapa tak bgtau awal2. So dia tukar 1 kotak cupcakes oren dan 2 kotak cupcakes red velvet.

Maka segala jenis silat gayung semua keluar lah nak siapkan cupcakes ni by 11.30 pm.







Gelak besar si Akmal bila saya kata jgn dibuat lagi order mengejut camnih. Dia kata ni bidan terjun.

Monday, October 7, 2013

CUTI2 DI LANGKAWI (5 OKT - 7 OKT 2013)

Yeay.... mari kita bercuti.... Rasa dah lama betul tak menjengah Langkawi. Memandangkan ada balance carry forward Berjaya yg belum digunakan lagi dan kalau tak guna, kira burn pulak.. maka urusan membooking pun dijalankan.


MUKA HAPPY NAK BERCUTI....


Dek kerana dah sampai pagi dan belum masa untuk check in lagi, kita org terus ke Pekan Kuah untuk lawatan pertama di pulau ini. Hari pulak hujan... Orang yg sewa kan kereta tadi pun kata "dah lama tak hujan... hari ni baru hujan." Oh ye ke... Plan dtg ni nak berendam dlm pool aje... camne ni...?

Ok.. time to check in pulak. Kebetulan kita org kat Berjaya Resort ni sama pulak dgn KDYMM Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra (Sultan Muhammad V). Kalau ikut kata staff Berjaya, Tuanku celebrate birthday Tuanku kat Langkawi ni.

Ok.. jom2 masuk chalet. Wahhh... kita org dpt unit chalet yg baru...Best2. Kita org mmg booking 2 chalet so mintak yg sebelah2 lah. Ermmm... bagus2, dapat yg connecting room.

Disebabkan unit baru kot... staff yg ikut tu siap on kan TV. Tgk2 TV salah satu bilik ni tak keluar gambar langsung. Dia terus lah panggil mechanic dia. Tak berapa minit dtg pulak si mechanic.. dia check2 tu terus kata tukar "set baru". Mak aii... Terus tukar set tu.... Tak berapa minit jugak set TV yg baru sampai. Baru laa screen TV tu boleh display gambar cerita2 segala channel. Impress pulak dgn service Langkawi Berjaya Resort ni. 

Ok2.. cukup puji2an tu. 

Mari kita posing jap.



Tinjau unit satu lagi. Mujur dapat yg connecting room.



Ok fikir nak makan apa pulak.

Utk dinner, kita ke Pantai Cenang untuk jalan2 cari makan. Kedai mmg dah banyak sepjg2 jalan di Pantai Cenang. Tak tau yg mana ok atau tidak. Wah.... Dah ada Cenang Mall... Ada Old Town White Coffee Kopitiam.. Ada Chatime... Ada CoolBlog.... Semua yg kegemaran Nadia n Naqib. Tu yg nampak dari luar laa... kat dalam mall tu ada kedai apa lain tak pasti pulak. Hmmm... The Loaf pun ada...

Last2 kita org masuk Restoren Haji Ramli. Besar restoren ni. Ermmm... Kena pilih ikan ke udang ke ketam ke...Pilih2! Kita org cuma pilih ikan siakap dan lalah aje. Ketam dia kecik2 beno. Takde isi.. Bila masak kang hilang terus.


SIAKAP MASAK 3 RASA



Sos untuk siakap 3 rasa ni rasa mcm sos pencecah keropok yg sedia dijual dlm botol tu. Senang byk org ni masak.


KANGKUNG GORENG BELACAN (KIRI) DAN KAILAN GORENG IKAN MASIN (KANAN)




LALAH MASAK CILI


Lalah ni org kedai tu yg propose nak masak cili, so ikut je laa. Tapi untuk saya yg sikit2 pun dah rasa pedas ni.. mmg tak tahan lah. Pedas ya amat. Sampai kena tambah order air. Hehehhe. 

TOMYAM AYAM


Kalau ikut husband saya... tomyam dia tak berapa sedap. Itu tak sure lah sebab saya tak berapa nak suka makan tomyam.. so tak boleh nak komen dia sedap atau tidak.


KAKAK n ADEK BEFORE BOARDING


Nadia dan Naqib balik sehari awal sebab Nadia tak cuti hari Isnin. Naqib pulak ada exam on Tuesday. 
My husband n I tunggu ler sampai kplterbang tu naik... Dok ler kat tepi pagar airport tu.. 





CHALET ATAS BUKIT



CHALET ATAS LAUT (SUITE)



Sebelum balik mari posing background swimming pool yg tak kesampaian nak berendam. Masa ni hari terang sekejap tapi langit nampak dah gelap sebelah.



Suka tengok view ni. Mcm poskad.



Sampai2 rumah memang lapar yg amat sangat. Naqib pun kata lapar... Husband pulak kata tak larat sebab dia demam dari malam hari tu lepas balik makan kat Hj Ramli tu. Asyik kena hujan je. Tanya Naqib utk tindakan segera... masakan yg paling senang dan cepat. Nak nasi goreng ke nak nasi lemak. Naqib kata nasi lemak. Maka taraaa.... nasi lemak siap!


SAMBAL TUMIS UDANG

Saturday, September 28, 2013

DI HARI SABTU....

Pagi tadi dah ke Pasar Tani Kelana Jaya. Best laa pasar tani KJ ni. Byk benda. Selalu ter miss jer nak pegi.

Kata pegi pasar tani.. tengok sayur segar bugar tapi tak beli sayur. So nak masak asam pedas ni cuma ada tomato jer dlm stok. Belasah jer laa. Kuah yg berlinang2 maka tenggelam si ikan tenggiri. Heheheh.


ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI




EGG TOFU DGN KUCHAI



Egg tofu tu pun beli last weekend tapi tak masak lagi so sebelum expired baik kita buat sesuatu. Kuchai tu harvest kat laman sendiri ye... TQVM to Poji yg bagi pokok ni dulu. Dulu dia bagi 3 pokok.. sekarang dah bertambah jadik 8 pokok. Suka nyer..... 

Friday, September 27, 2013

EH EH BANYAK JUGAK CILI NI...

Selalu tanam cili mmg tak pernah menjadi . Mula2 naik cantik.. lepas tu daun dia jadi kerinting and langsung tak berbuah. 

Tapi rajin jer campak bijik2 cili tu dalam pasu. Konon nak semai laa.... Kali ni tak berapa nak jaga pokok cili ni... tetiba elok pulak dia hidup. Dan sekarang byk jugak buah dia cuma tak berapa besar laa. Ini jenis cili besar bukan cili api tapi buah dia ketot2 pulak.




Hari tu masa bulan puasa ada beli pegaga utk buat kerabu pegaga... dan pegaga tu siap ada akar lagi. So saya amek yg bahagian btg ke bwh hingga akar dia tu, saya cuba tanam. Tumbuh segar pulak. Nampaknya kena letak dlm bekas yg lebih besar utk dia membiak lagi.

POKOK PEGAGA



Wednesday, September 25, 2013

BIRTHDAY 10 ORANG SEKALI

Hari ni dept ni nak sambut birthday ramai2 sekali. Kumpul Aug dan Sept sekali. So dia cuma soh letak nama2 yg menyambut ni atas cupcakes tu.

List nama macam ni.. tapi pepandai pendekkan lepas dapat approval drp tukang order.


Mohd Rahimi Bin Mohd Raihan
1st
Aug
Fairuz Nadhirah Shariff
27th
Aug
Abd Rahim Bin Ramli
30th
Aug
Adilah Bahrain
31st
Aug
Yosman Hussein
3rd
Sep
Michael Parker
7th
Sep
Nur Nazihah Binti Halemi
11th
Sep
Roszimah Bt. Mohd. Jani
12th
Sep
Norakmal Bt Mohd Taib
18th
Sep
Asrul Affendi Rosli
22nd
Sep




ORANGE AND CHOCOLATE CUPCAKES WITH BUTTERCREAM ICING





TQVM Akmal.

Sunday, September 22, 2013

BER OLD TOWN KITA YE....

Semalam dah ukur dua mall kan. Hari ni kita org ke Paradigm Mall pulak. 

Ish lapar laa... Jom makan kat Old Town....



Ehhh jap... singgah Tesco jap. Nak beli ikan bilis. Nadia n Naqib kata nak nasi goreng kampung kan? Ikan bilis dah abes stok.

Punya jauh beli ikan bilis sampai kat Paradigm Mall.. mcm belakang rumah takde BIG Aeon tu... Hahahahha.





Saturday, September 21, 2013

MOOD KOREA HARI NI...

Minggu ni kita orang bertiga aje kat rumah sebab suami saya ke Pulau Pemanggil di Mersing so memang kita orang yg tinggal ni nak bersantai2 lah.

Mula2 pegi ke Sunway Piramid sbb nak ke Maybank nak activate account Nadia. Alih2 skrg hari Sabtu kat Maybank Sunway Piramid ni hanya utk money claim aje. Hampeh.

Pusing2 lah jugak kat Sunway Piramid ni.. dah tiba kan... 

Aleh2 tukar pulak destinasi pegi ke Setia City Mall (SCM). Jam2 tu dah mood Korea pulak tekak masing2 ni. So layan diri ke Seoul Garden....



Alhamdulillah... Kenyang...

Monday, September 16, 2013

HASIL DRP PISANG TANDUK

Breakfast di pagi Hari Malaysia ni ... Nasi Lemak dgn sambal udang, telor rebus dan ikan masin. Hari ni kuah sambal udang tu dilebihkan.. sebab selalu tak cukup kuah. Makan sambal macam makan kuah lemak... tak banjir tak sah.


SAMBAL UDANG



BAHAGIAN NASI LEMAK DI PINGGAN SAYA



Bila petang teringat pulak balance pisang tanduk ada lagi ... nak goreng dah lembik.. so pelagi... ubahsuai dia jadi dua product yang berbeza.


KEK PISANG TANDUK



CEKODOK PISANG TANDUK



Sunday, September 15, 2013

MENGEMAS & GARDENING

Hari ni nak kemas2 sket lah and betulkan pokok2 bunga kat porch ni. Hari ni Nadia and kawan2 dia nak pegi Port Dickson. Nadia buat sandwich, so saya pun buat lah meehoon goreng juga. Boleh Nadia bawak jugak mee hoon tu nanti.




BEKAL UTK KAKAK



Sementara tu perap sekejap ayam ni. Boleh makan ngan meehoon goreng jugak.

GRILLED CHICKEN


Wednesday, September 11, 2013

DAH LAMA TAK BERCEKODOK.....

Order drp Nurul untuk makan2 di office. Katanya nak sambut birthday ramai2 jugak. TQ Nurul.

WALNUT CARROT CAKE




Macam dah lama tak makan cekodok.... So malam ni masing2 kata nak makan cekodok jer... Kira ok lah tu. 


                            


Tapi ter extra rajin plak nak partnerkan dgn Asam Pedas Ikan Parang.




Friday, September 6, 2013

OPEN GERAI PAK YOP

Order drp Mas anak Pak Yop gerai kat riverside. 




TQ Mas.

Tuesday, September 3, 2013

PINK, KUNING DAN BIRU JADI PILIHAN

Minggu ni minggu terakhir bulan Syawal. Masih ramai yang buat jamuan raya di office. Order cupcakes ni utk jamuan raya di office .




TQ Azlina.

Wednesday, August 7, 2013

ECAH!!! KANDE!!! KUIH RAYA BARU SIAP NI...

Hari ni hari penghantaran kuih raya yg terakhir... ya Ampun... of course yg terakhir.. esok dah raya.... So last sekali hantar ke JB... sape lagi kalau bukan utk Ecah dan Kande.




Rasa mcm hari ni hari tido sedunia. Macam dok membalas balik segala waktu2 tido yg tak cukup sepjg bulan puasa. Eh esok raya lah... Boleh dia tido....

Saturday, July 13, 2013

4 RAMADHAN

Suami saya nak mi goreng untuk berbuka hari ni... Naqib nak pau besar kat Sect 17 tu. Nadia nak mkn roti gardenia ngan sup tulang. Saya? Saya makan semua. Hehehehe.


MEE GORENG



SUP TULANG


Friday, July 12, 2013

3 RAMADHAN

Balik keje jem giler babas nak masuk Shah Alam. Ishhh... Maka berebut2 pegi main tunjuk2 kat Pasar Ramadhan kat rumah.


Thursday, July 11, 2013

2 RAMADHAN

Utk hari ni, Naqib teringin ayam golek. So kita org pun main lah tunjuk2 kat ayam golek Sect 17 tu.

Hari ni buka nasi putih jer... so di samping ayam yg tergolek tu.. saya masak jugak lah asam pedas ni.


ASAM PEDAS IKAN PARANG

Wednesday, July 10, 2013

1 RAMADHAN

Sahur yg sangat simple di ramadhan pertama tahun ni. Hanya rendang ayam dan sayur bayam masak air.

RENDANG AYAM



BAYAM MASAK AIR



Utk berbuka pulak, husband saya buat bubur kacang hijau dan saya teringin nak makan mihun goreng maka tergoreng lah mihun itu....


BUBUR KACANG HIJAU



MIHUN GORENG


Saturday, July 6, 2013

SABTU TERAKHIR SEBELUM RAMADHAN

Ramai pulak yg suka dgn Sofia the first ni. .. Rof pun nak jugak mcm Midah punya cupcakes ... ada Sofia dan Ana Muslim. TQVM Rof.




Semalam kakak saya dan Luqman dtg rumah saya. Utk breakfast pagi ni masak kari ayam dan partner kan dgn roti canai segera. Kakak saya terkejut kuah kari tu punya banyak padahal nak mkn utk breakfast. Dia tak tau dlm rumah ni mkn roti canai kalah banjir yg melanda. Heheheheh. Tengok! Memang cepat surut nya kuah kari tu. 

Tujuan utama kakak saya dtg sebab nak pegi beli orchid kat Sg Buluh. Kalau tak.. takde mana nya dia tetiba nak dtg sini. Hahahahaha. 

Kita org pegi lepas zohor. Bercahaya bijik mata kakak saya tengok pokok2 orchid tu. Kahkahkah. Terus nampak sehat gitu. Selalu2 lah dtg sini.. nanti kita cuci mata kat Sg Buloh lagi.. sehat lah badan tu...

Qirin dan Saleh dtg petang2 sket. Seperti biasa.. Qirin ngan Saleh tak pernah dtg tangan kosong.. ada jer bende dia bawak. Kali ni ayam kfc. 

Utk malam ni, saya masak abes sempoi dah ni. Goreng sayur sawi btg putih tu dan ikan siakap 5-6 rasa. 5-6 rasa ke? Lebih kot. Berasa-rasa lah. Hehehehe.