Monday, October 7, 2013

CUTI2 DI LANGKAWI (5 OKT - 7 OKT 2013)

Yeay.... mari kita bercuti.... Rasa dah lama betul tak menjengah Langkawi. Memandangkan ada balance carry forward Berjaya yg belum digunakan lagi dan kalau tak guna, kira burn pulak.. maka urusan membooking pun dijalankan.


MUKA HAPPY NAK BERCUTI....


Dek kerana dah sampai pagi dan belum masa untuk check in lagi, kita org terus ke Pekan Kuah untuk lawatan pertama di pulau ini. Hari pulak hujan... Orang yg sewa kan kereta tadi pun kata "dah lama tak hujan... hari ni baru hujan." Oh ye ke... Plan dtg ni nak berendam dlm pool aje... camne ni...?

Ok.. time to check in pulak. Kebetulan kita org kat Berjaya Resort ni sama pulak dgn KDYMM Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra (Sultan Muhammad V). Kalau ikut kata staff Berjaya, Tuanku celebrate birthday Tuanku kat Langkawi ni.

Ok.. jom2 masuk chalet. Wahhh... kita org dpt unit chalet yg baru...Best2. Kita org mmg booking 2 chalet so mintak yg sebelah2 lah. Ermmm... bagus2, dapat yg connecting room.

Disebabkan unit baru kot... staff yg ikut tu siap on kan TV. Tgk2 TV salah satu bilik ni tak keluar gambar langsung. Dia terus lah panggil mechanic dia. Tak berapa minit dtg pulak si mechanic.. dia check2 tu terus kata tukar "set baru". Mak aii... Terus tukar set tu.... Tak berapa minit jugak set TV yg baru sampai. Baru laa screen TV tu boleh display gambar cerita2 segala channel. Impress pulak dgn service Langkawi Berjaya Resort ni. 

Ok2.. cukup puji2an tu. 

Mari kita posing jap.



Tinjau unit satu lagi. Mujur dapat yg connecting room.



Ok fikir nak makan apa pulak.

Utk dinner, kita ke Pantai Cenang untuk jalan2 cari makan. Kedai mmg dah banyak sepjg2 jalan di Pantai Cenang. Tak tau yg mana ok atau tidak. Wah.... Dah ada Cenang Mall... Ada Old Town White Coffee Kopitiam.. Ada Chatime... Ada CoolBlog.... Semua yg kegemaran Nadia n Naqib. Tu yg nampak dari luar laa... kat dalam mall tu ada kedai apa lain tak pasti pulak. Hmmm... The Loaf pun ada...

Last2 kita org masuk Restoren Haji Ramli. Besar restoren ni. Ermmm... Kena pilih ikan ke udang ke ketam ke...Pilih2! Kita org cuma pilih ikan siakap dan lalah aje. Ketam dia kecik2 beno. Takde isi.. Bila masak kang hilang terus.


SIAKAP MASAK 3 RASA



Sos untuk siakap 3 rasa ni rasa mcm sos pencecah keropok yg sedia dijual dlm botol tu. Senang byk org ni masak.


KANGKUNG GORENG BELACAN (KIRI) DAN KAILAN GORENG IKAN MASIN (KANAN)




LALAH MASAK CILI


Lalah ni org kedai tu yg propose nak masak cili, so ikut je laa. Tapi untuk saya yg sikit2 pun dah rasa pedas ni.. mmg tak tahan lah. Pedas ya amat. Sampai kena tambah order air. Hehehhe. 

TOMYAM AYAM


Kalau ikut husband saya... tomyam dia tak berapa sedap. Itu tak sure lah sebab saya tak berapa nak suka makan tomyam.. so tak boleh nak komen dia sedap atau tidak.


KAKAK n ADEK BEFORE BOARDING


Nadia dan Naqib balik sehari awal sebab Nadia tak cuti hari Isnin. Naqib pulak ada exam on Tuesday. 
My husband n I tunggu ler sampai kplterbang tu naik... Dok ler kat tepi pagar airport tu.. 





CHALET ATAS BUKIT



CHALET ATAS LAUT (SUITE)



Sebelum balik mari posing background swimming pool yg tak kesampaian nak berendam. Masa ni hari terang sekejap tapi langit nampak dah gelap sebelah.



Suka tengok view ni. Mcm poskad.



Sampai2 rumah memang lapar yg amat sangat. Naqib pun kata lapar... Husband pulak kata tak larat sebab dia demam dari malam hari tu lepas balik makan kat Hj Ramli tu. Asyik kena hujan je. Tanya Naqib utk tindakan segera... masakan yg paling senang dan cepat. Nak nasi goreng ke nak nasi lemak. Naqib kata nasi lemak. Maka taraaa.... nasi lemak siap!


SAMBAL TUMIS UDANG

0 comments:

Post a Comment