Monday, January 2, 2012

GOODBYE 2011, WELCOME 2012!

Cepatnyer time ni berlalu... Dah masuk tahun baru.

Untuk tahun ni, hasben saya mengajak saya nak sambut tahun baru di Bandung. Rupa2nya dia mmg dah booking Malaysia Airlines awal2 lagi. Tetiba MAS dah stopped destinasi flight ke Bandung mulai Oktober 2011. Mana2 tiket ke Bandung semua dia divert ke Jakarta.

So pihak MAS ni tanya la samada kita org nak dia refund or pihak MAS akan bear all the cost incurred from Jakarta to Bandung. And dia akan sediakan transportation ke Bandung tu pergi balik lah. So tak kesah lah cuma masa perjalanan tu dah bertambah laa.

Turun2 jer drp flight, staff MAS kat Jakarta dah sambut and kira cam mengiring lah kita org. Tunggu kita org check immigresen semua and bawak kita org kat transport yg dia sediakan tu. Voucher perjlnan balik dr Bandung ke Jakarta pun dah siap bagi dah. Silap dia kan main tukar2 flight orang.

Tapi kali ni pesal ntah immigresen tu byk soklan lak kat saya. Mujur muka hensem cam citer2 sinetron. Saya jawap elok je laa.. Hahahaha. Tu la kelebihan dia jadik hensem Kahkahkah.


Kali ni kita org cuba hotel yg tak pernah kita org stay selama ni iaitu Luxton Hotel, asek dok lalu tgk jer. Cam best. Actually one of my friends pernah stay sini and puji giler Cook kat hotel ni. Tu yg rasa teringin gak tu.

Bila check in org tu kata kita org punyer room kat Tower 2. Ohhh.. ada wing baru. Emmm.. cam baru siap jer wing yg ni.

Jom kita wat tour dlm room dia.
So ni bed dia... Sedap mata memandang laa...




Wahhh...!!!! Toilet berkaca. Oooppssss!!!!! See through beb! Hahahaha.. Don't worry.. ada curtain blinds tu... Tariklah ke bwh... Tapi kalau tak kesah.. bior je laa...





Ohhhh yg ni saya suka. Agak unik shelf tempat letak titbits dia ni. Cute kan?





Huh??? Ada free gift plak. Oic.... Trumpet ni untuk new year celebration malam 1hb. Kalau nak join yg hotel punya celebration malam nyer, bawak turun sama trumpet ini and tiup lah ramai2. Kahkahkah... Lawak arrr.. Patutlaa tepi2 jalan ramai yg jual trumpet2 ni...





Meh laa kita posing jap. Hahahaha...







Business hours untuk factory outlets and shops yg ada sekitar Bandung ni dipendekkan pada 31 Dec. Sebabnyer... Derang nak celebrate new year. Laaa... Ingatkan nak extend the business hours.. rupanya tutup awal.

Kedai2 ditutup samda kul 7.00 pm atau 8.00 pm. Those FO yg ada space parking tu, siap ada stage. Makk aiii... Ada live band tuuu... Sakan betul derang nak sambut tahun baru ye.

Sebelum kedai tu tutup kita org minum2 dulu kat cafe yg ada kat atas factory outlet tu.

Sementara tunggu order sampai, pegi tgk jap ikan2 yg GEMOK2 ni kat kolam di cafe tu. Budak2 bagi makan ikan tu sampai ke mulut ikan, mujur ikan tu tak ngap terus tangan budak2 tu.








Haaaaaa.... ini dia pisang goreng dah sampai. Pisang Goreng yg ditabur dgn parutan cheese. Emmm... sedapnyer... Minum lak ngan Cappucino Ais. Perghhhh...


PISANG GORENG BER-CHEESE






Kita org terus balik hotel. Agak serabut gak nengok keadaan camtuh. So kita org hanya tengok dari bilik aje. Memang bunga api sana sini laa... Kul 7.00 pm dah setat dah main bunga api. Rasanya kalau kat Mesia... tunggu 12.00 tghmlm baru bunga api tu start kan.








Eh ada offer icecream cake lah. It only costs you Rp20,000 per slice. Cepat2, call cepat. Ek elehhh... dah abes... So org tu tanya nak tak yg lain.. so Banana Split dia kata Rp25,000. Ok la sbb tekak ni dah terasa2 icecream lalu kat tekak ni, boleh je laa... So kejap tu ada lah bunyik ting-tong "room service" anta my banana split ni....




During breakfast sempat gak ber-whatsapp ngan Nadia. Heheheh..




Ni masa kita org kat Paris Van Java. Ada mamat ni bawak merak ni jalan2 pegang tali gitu. Pastu merak tu cam terpeanjat langsung mcm ketakutan. Sian dia. Pastu ramai pulak yg dok perati kan dia. Tambah takut laa dia.




Masa breakfast semlm dah rasa dah buns ni, rasa sedap giler.. Tu yg naik tamak amek lagi on the second day.





Eh eh.. ada paparazzi amek gambor kita dari belakang lah. Hahahahahah...





MIHUN GORENG & KARI DAGING tapi kari daging dia pekat mcm rendang. Tapi dua2 ni sedap.





On the way back to Bandara @ Jakarta, suka sangat tgk jambatan keretapi ni. Nampak unik.





Pastu kagum tengok, di mana ada ruang-ruang tanah kosong walaupun berbukit, dia orang ni akan bercucuktanam di lereng2 bukit tu.


Friday, December 30, 2011

SAME BIRTHDATE JUGAK?

This moist choc cake was ordered for her brothers. Kata nyer... birthday dia org sama date even si kakak ni pun sama birthdate nyer. Emmm... senang gak camtuh boleh celebrate sekali arung.


Thursday, December 29, 2011

BIRTHDAY CELEBRATION FOR THE TWINS!!!

They are sharing the same birthdate laaaa!!

HAPPY BIRTHDAY TO BOTH OF YOU... !!!


WALNUT CARROT CAKE for the Boss!!




RED VELVET CUPCAKES with Edible Image





BLUEBERRY CHEESE TARTS ni order drp Cik Ziz kita ni... and also Dekyann.... TQVM ek.





Wednesday, December 28, 2011

BEST TAU DPT CAKE DRP BOSS!!

Wahhh... Boss belikan moist choc cake laaa..... Hah Nurul.. jgn lupa birthday boss nanti.. Hehehehe.


Tuesday, December 27, 2011

AKTIVITI MAKAN

Hari ni kita org balik ke Shah Alam. Memang sengaja lalu tol Tangkak sbb nak jumpa ngan tokeh durian ni. Tokeh! Tokeh! Kita org sudah mari....









Ini Durian Kunyit yang tinggal. Tokeh tu kata durian kunyit ni laku sangat so tinggal banyak ni jer. RM15 sekg. Asal stok baru sampai, terus org berebut2 beli. Itu dia kata laa...




Ini Durian Kampung tapi yg gred bagus laa... Isi sedap. Tolong promote lak utk toke ni. Tapi betul laa, sedap rasa dia. Isi dia tebal. Harga RM5 sekg. Rasa cam lebih kurang jer ngan D24. Mujur betul apek ni kata sedap, kalau tak... kita jumpa nanti mintak ganti. Hehehehe.





Jalan antara Senawang ke Nilai agak slow. Selalu sampai Seremban dah ok. Ni sampai ke Nilai. Haishhhh... Kita org tiba Shah Alam dah kul 4.00 ptg.

Kena cari barang-barang kueh ni... Nak beli cheese ni. Ada org order RV cupcakes, Walnut Carrot Cake & Cheese Tart ni.

Ehhh... Lagenda 17 Restaurant ni bukak lah.. Jom2. Lapar ni...
Tengok!! Hasben saya tak nyempat2 nak jumpa schoolmate dia dulu. Weyyy!!! Tunggu2!!





Selalu tokeh ni jemput kita org pegi open house rumah dia masa Hari Raya selalu tak dapat pegi. Sebab nyer.. open house dia 1st day Hari Raya.. kita org mesti ada kat BP at that time.





Memandangkan tokeh restaurant ni baru jer kuar beli barang... emmm.. amek gambar dia yg melekat kat dinding ni pun jadik lah...





Best laa asam pedas dia. Kick tuuuu.... Tak sempat amek gambor.. sbb dah lapar sgt.

Saturday, December 24, 2011

BBQ

Kita org sampai BP dah kul 2.30 am. Ok2, tido dulu... esok pagi2 nak gi kail ikan, udang and apa2 yg dapat lah.

Hahhhh... Ni dia tempat kita org nak ngail.. mana lagi... Pasar Batu Pahat ler....




Ishhh... Ikan Kembong takde yg kembong plak... Kecik cenonet.





Ikan caru beli sket... Sajer nak meramaikan...




Hasil tangkapan & kail kat pasar pagi tadi, kita org dapat lah ikan caru, ikan kembong yg tak kembong, ikan pari, ikan siakap, udang, sotong & ketam. Cop!! Cop!! Kepak ayam pun kita org berjaya rembat. And tambah lagi sausage pulak.

Emmm.. Nadia nak daging lak... mujur ada stok daging kat rumah kakak saya. So boleh lah buat sket...

Ok.. dah siap perap2 & marinate benda2 tu, kita org get ready nak pegi jemputan kawen plak. Actually bapak pengantin ni sama ngan hasben saya zaman2 dia blaja dulu. Ada 2 pasang pengantin laa...

Apa yg attract attention saya kat rumah pengantin ni ialah minuman yg ada untuk tetamu. Macam2 jenis ada. Nasi beriani & lauk2 dia pun sedap.


Acu tengok... banyak kan jenis minuman yg ada.








Elok lepas pengantin tiba & kita org pun dah sudah makan, hari pun hujan. Skrg kan musim hujan bila petang. Balik rumah my sister and relax2 jap sementara tunggu malam.

Bebudak ni dah tak sabar dah nak bersuka ria main bara api & makan2. Mak budak & bapak budak pun sama. Hehehehe... Ramai gak yg dpt join BBQ kali ni, Anne, Qirin, Salleh, Luqman, Intan anak beranak from Dungun, and of course abang saya & family dia.

Tik Tok Tik Tok... Okkkk..... It's BBQ time... Kakak saya masak nasi lemak sambal ikan bilis. Ala2 cam kat Serkam Melaka plak makan ikan bakar ngan nasi lemak. Perggghhhh....

Udang tak le besar sangat, tapi jadi laa... Ketam pun kecik2, tapi mujur isi dia ok gak.







Friday, December 23, 2011

ORDER UTK BERTUNANG

Saya terima email meminta untuk membuat fondant cupcakes sebg hantaran tunang, buttercream cupcakes utk jamuan pertunangan & jugak blueberry cheese tart. Requestor ni kata dia dah browse tengok blog saya. Ish.. Malu lak rasanya... TQVM ye kerana sudi layan blog saya dan sudi jugak order drp saya.


FONDANT CUPCAKES FOR HANTARAN.... Selamat Bertunang Lisa & Fuad.



Cupcakes yg buttercream ni nak wat makan2.







BLUEBERRY CHEESE TARTS juga untuk makan2 masa majlis pertunangan





Ini order from Ijan. Anak Ijan, Farha dapat straight As for her PMR. Congrats Farha. So this Christmas cake dia nak beri pada English teacher dia, Mrs Helen.


Tuesday, December 20, 2011

"DOUBLE 3" BIRTHDAY!!!

MOIST CHOC CAKE




Emmm... Moist choc cake utk celebrate birthday officemate dia. TQ Sam...

Friday, December 16, 2011

IT'S PARTY TIME!!!

Hujung2 tahun ni selalu org buat jamuan mkn. Sambut year end... So kek ni di order sempena party year end dia org ni. Selamat ber-party laa ye...


BUTTER CAKE WITH BUTTERCREAM ICING


Sunday, December 11, 2011

YUUHUUUU....... BLUEBERRY CHEESE TART IN DA HOUSE....

Lama tak buat cistat ni... Dah terasa2 tekak ni nak mkn dia.... Kuih feveret utk 3 org dlm rumah ni, sorang lg tak suka cheese... Jemput tengok je laa ye...


BLUEBERRY CHEESE TART

Friday, December 9, 2011

TQ AZIAH...

Order from Aziah...


CUPCAKES WITH BUTTERCREAM ICING

Thursday, December 8, 2011

ANGRY BIRDS?

Skrg ni kan musim Angry Birds... Tanya jer mana2 budak... tang tau jer main game ni. Maka si Mak ni pun dah beli edible image Angry Birds & Disney Cars utk diletakkan atas cupcakes.


CHOC CUPCAKES WITH BUTTERCREAM ICING




Psstt...Saya pun suka main Angry Birds ni.. bukan kata budak2 jer.... hehehhehe.

Sunday, December 4, 2011

TEAMBUILDING @ TMTC TAIPING [3-4 DEC 2011]

Teambuilding ohh teambuilding... Tak pernah seumur hidup gi teambuilding selama ni... Hahahahaha.

OTW to Taiping, berenti minum kat R&R Tapah. Sempat gak posing. Gambar ehsan drp Asilah. TQ Asilah.




Ni kat 1st checkpoint nak naik Bukit Larut. Ramai yg bersemangat nak tawan Bukit Larut ni... Saya???? Emmm... mekaseh laa... Nanti wat nyusah kan org je. Buat tercungap2 kang. Cukup lah setakat tiba kat 1st checkpoint ni. Kira mendaki jugak walau 1st checkpoint pun.







Ni hadiah hamper yg group kita org menang as Group Terbaik . Terkejut ada.. kelako pun ada. Hahahahaha. Group2 lain ada menang hadiah2 lain utk individu such as peserta paling ceria laa.. paling sporting la.. paling tabah.. etc. So ada la suara2 sumbang mambang ngata camner leh menang. Kita org yg terkejut ni gi lah check markah... ohhhh.. total markah utk game2 tinggi... sebab tu lah menang... TQVM for every member in the group for the good teamwork.




OTW back to KL, bas2 kita org singgah kat Kuala Sepetang pelagi kalau bukan untuk makan mi udang. Ramai nyer umat yg menyinggah... Kita org jer dah 3 bijik bas.


MI UDANG




Tak tau nak komen camana sebab tak tau mi udang yg sebenar2 sedap mcmana rasa dia... Ada yg kata, ada kedai kat situ yg lebih sedap mi udang dia.

Tapi dpt makan cucur udang yg dibeli di kedai yg sebelahnya tu, yg tu mmg sedappppp.... Even dah kenyang pun, boleh makan lagi cucur udang tu.