Monday, January 2, 2012

GOODBYE 2011, WELCOME 2012!

Cepatnyer time ni berlalu... Dah masuk tahun baru.

Untuk tahun ni, hasben saya mengajak saya nak sambut tahun baru di Bandung. Rupa2nya dia mmg dah booking Malaysia Airlines awal2 lagi. Tetiba MAS dah stopped destinasi flight ke Bandung mulai Oktober 2011. Mana2 tiket ke Bandung semua dia divert ke Jakarta.

So pihak MAS ni tanya la samada kita org nak dia refund or pihak MAS akan bear all the cost incurred from Jakarta to Bandung. And dia akan sediakan transportation ke Bandung tu pergi balik lah. So tak kesah lah cuma masa perjalanan tu dah bertambah laa.

Turun2 jer drp flight, staff MAS kat Jakarta dah sambut and kira cam mengiring lah kita org. Tunggu kita org check immigresen semua and bawak kita org kat transport yg dia sediakan tu. Voucher perjlnan balik dr Bandung ke Jakarta pun dah siap bagi dah. Silap dia kan main tukar2 flight orang.

Tapi kali ni pesal ntah immigresen tu byk soklan lak kat saya. Mujur muka hensem cam citer2 sinetron. Saya jawap elok je laa.. Hahahaha. Tu la kelebihan dia jadik hensem Kahkahkah.


Kali ni kita org cuba hotel yg tak pernah kita org stay selama ni iaitu Luxton Hotel, asek dok lalu tgk jer. Cam best. Actually one of my friends pernah stay sini and puji giler Cook kat hotel ni. Tu yg rasa teringin gak tu.

Bila check in org tu kata kita org punyer room kat Tower 2. Ohhh.. ada wing baru. Emmm.. cam baru siap jer wing yg ni.

Jom kita wat tour dlm room dia.
So ni bed dia... Sedap mata memandang laa...




Wahhh...!!!! Toilet berkaca. Oooppssss!!!!! See through beb! Hahahaha.. Don't worry.. ada curtain blinds tu... Tariklah ke bwh... Tapi kalau tak kesah.. bior je laa...





Ohhhh yg ni saya suka. Agak unik shelf tempat letak titbits dia ni. Cute kan?





Huh??? Ada free gift plak. Oic.... Trumpet ni untuk new year celebration malam 1hb. Kalau nak join yg hotel punya celebration malam nyer, bawak turun sama trumpet ini and tiup lah ramai2. Kahkahkah... Lawak arrr.. Patutlaa tepi2 jalan ramai yg jual trumpet2 ni...





Meh laa kita posing jap. Hahahaha...







Business hours untuk factory outlets and shops yg ada sekitar Bandung ni dipendekkan pada 31 Dec. Sebabnyer... Derang nak celebrate new year. Laaa... Ingatkan nak extend the business hours.. rupanya tutup awal.

Kedai2 ditutup samda kul 7.00 pm atau 8.00 pm. Those FO yg ada space parking tu, siap ada stage. Makk aiii... Ada live band tuuu... Sakan betul derang nak sambut tahun baru ye.

Sebelum kedai tu tutup kita org minum2 dulu kat cafe yg ada kat atas factory outlet tu.

Sementara tunggu order sampai, pegi tgk jap ikan2 yg GEMOK2 ni kat kolam di cafe tu. Budak2 bagi makan ikan tu sampai ke mulut ikan, mujur ikan tu tak ngap terus tangan budak2 tu.








Haaaaaa.... ini dia pisang goreng dah sampai. Pisang Goreng yg ditabur dgn parutan cheese. Emmm... sedapnyer... Minum lak ngan Cappucino Ais. Perghhhh...


PISANG GORENG BER-CHEESE






Kita org terus balik hotel. Agak serabut gak nengok keadaan camtuh. So kita org hanya tengok dari bilik aje. Memang bunga api sana sini laa... Kul 7.00 pm dah setat dah main bunga api. Rasanya kalau kat Mesia... tunggu 12.00 tghmlm baru bunga api tu start kan.








Eh ada offer icecream cake lah. It only costs you Rp20,000 per slice. Cepat2, call cepat. Ek elehhh... dah abes... So org tu tanya nak tak yg lain.. so Banana Split dia kata Rp25,000. Ok la sbb tekak ni dah terasa2 icecream lalu kat tekak ni, boleh je laa... So kejap tu ada lah bunyik ting-tong "room service" anta my banana split ni....




During breakfast sempat gak ber-whatsapp ngan Nadia. Heheheh..




Ni masa kita org kat Paris Van Java. Ada mamat ni bawak merak ni jalan2 pegang tali gitu. Pastu merak tu cam terpeanjat langsung mcm ketakutan. Sian dia. Pastu ramai pulak yg dok perati kan dia. Tambah takut laa dia.




Masa breakfast semlm dah rasa dah buns ni, rasa sedap giler.. Tu yg naik tamak amek lagi on the second day.





Eh eh.. ada paparazzi amek gambor kita dari belakang lah. Hahahahahah...





MIHUN GORENG & KARI DAGING tapi kari daging dia pekat mcm rendang. Tapi dua2 ni sedap.





On the way back to Bandara @ Jakarta, suka sangat tgk jambatan keretapi ni. Nampak unik.





Pastu kagum tengok, di mana ada ruang-ruang tanah kosong walaupun berbukit, dia orang ni akan bercucuktanam di lereng2 bukit tu.


0 comments:

Post a Comment