Tuesday, November 30, 2010

PERCUTIAN DI BALI....

Ramai mengatakan Bali tempat percutian yg indah.. cantik... dan apa2 lagi lah yg best-best. Juga sesuai bagi yg hendak ber-honeymoon. Teringin gak nak pegi... So husband saya pun plan nak bwk kami sekeluarga sempena our 21st wedding anniversary. I like......!!!! Hehehehe...

Flight kami sepatutnya kul 12.15 pm, kita org kuar rumah kul 9.00 am, nak breakfast kat airport je. Tetiba announcement kata delay ke 1.15pm. Hmmm.... Lps breakfast tu merayau2 je laa dlm airport.


BREAKFAST DI FOOD GARDEN














Akhirnya bila announce utk boarding baru lega... Tidak lah delay lama sangat...








Rasa lapar pulak sebab delay kot... Mujur mknan yg di serve sedap. Tak pandang kiri kanan makan.


CHICKEN BERIANI




BEEF LASAGNA




DESSERT




OK.. dah nak landing dah... Sebhgian BALI dari pandangan atas.




Hotel kami di Nusa Dua. Hotel ni best cuma jauh sket laa... Tapi kalau untuk merehatkan minda tu mmg best laa...


WELCOME DRINK




BERPOSING KAT LOBBY HOTEL




Kalau amek villa ni pun best gak, mmg privacy giler laa. Ada pool sendiri.

VILLA




Dah lepas check-in, masa tu dah pukul 5pm, hari pun dah nak gelap so nothing much to do. Since hotel tu ada shuttle service to Kuta at 6 pm, so kita org amek laa kesempatan yg ada. Agak jauh gak laa from Nusa Dua to Kuta, ye laa dah lepas airport sket.

Bus shuttle tu turunkan kita org kat Centro Shopping Mall and pick up pulak those yg nak balik semula ke hotel.

Ok gak lah mall ni... Byk gak boutiques. Seb baik gak laa kita org pegi malam tu, sbb "ada acara" mlm tu and mall tutup kul 2.00 am. Selalu kan abes lambat kul 11.00pm. Rupa2nya ada midnight sale. Butik yg amek bhgian akan bagi discount 30% storewide tak kira new arrival items ke tidak. Ada jugak sampai 50%. Hmmmmm... sgt menarik!!!! Sale mula pukul 10.00pm, siap sanggup tunggu tu. Lepak2 kat A&W dulu... Lps butik ni, pergi butik ni, lps butik ni, pegi butik tu plak. Kalau kat departmental store plak sampai 70% discount. Perghhhh!!! Gilers!!

Siap tanya kat budak2 kedai tu, dia kata midnight sale ni buat 2 atau 3 kali je setahun. So kita org ni kebetulan jer... Kira orait laa tu.


Sementara nak tunggu acara sale bermula, tekak ni haus laa pulak, so duduk2 minum dulu.




Kita org balik hotel naik teksi. Dia caj IDR 100,000. Sebelum tu mmg dah tanya hotel, rate teksi mmg lebih kurang tu la...


The following day, kita org amek supir for 9 hours jadik boleh lah jalan jauh sket.

Breakfast pagi tu, tekak ni bleh masuk roti bakar jer...





Kita org pegi sampai ke Ubud. Ubud ni dah kat central of Bali. Jalan2 kat pasar Ubud tu, alamak hujan agak lebat lah pulak. Sebelum sampai Ubud tu ada lah singgah2 kat tempat lukisan2 ni. Memang cantik2lukisan yg ada. Kagum giler tgk kehalusan seni dia tu. Mmg la harga dia tinggi, tapi mmg patut pun. Saya minat sgt satu lukisan ni, harga dia? Perghhh... 15 juta rupiah!!! Telan air liur sekejap. Hehehehe..

Supir tu tanya nak singgah tempat ukir2 perak tak, yg tu saya kata tak payah. Mmg berderet kiri kanan tu pengusaha2 ukiran perak. Dia org ni kelebihan dia mmg terlebih skill kat ukiran2 laa, tak kira la ukir emas ke, perak ke, hingga lah ke kayu2 jugak. Semua benda di ukir2.

Ini singgah di salah satu tempat. Dia buat mcm perkampungan Bali, mmg dia bagi lah kita nak berposing2.




















Lps Ubud tu, supir tu berebut nak bawak kita org ke Jimbaran pulak sbb nak tgk sunset. Jimbaran ni dah dekat dah ke hotel balik.

So ni gambar2 sekitar Jimbaran. Mmg org2 pegi situ nak dinner sambil tengok sunset. Memang cantik laa...

















Sunset di dlm tangan ku..... Heheheheh




Ini aneka seafood yg saya dan husband pilih. Tempat tu hanya charge apa seafood yg kita pilih jer, nasi putih, syur, air minuman semua dah dikira sekali.


UDANG BAKAR




SOTONG GORENG TEPUNG




KETAM MASAK PEDAS




Mengikut org yg jaga tempat pilih seafood tu, ikan ni nama dia KING FISH. Bagus bangat, jarang ketemu ni pak... Isinya enak.


IKAN BAKAR




3 JENIS SAMBAL




NASI PUTIH




AIR KELAPA Nak kata kelapa muda, tak muda... sbb isi dah tebal








SAYUR KANGKUNG - Macam ala2 celur jer. Dah free pun nama nyer...




AIR BASUH TANGAN












Si Penjual Jagung Bakar







Kakak & Adek pulun makan...




Gambar kita org satu family ni Pak Ketut yg amek. TQ Pak Ketut....







Minah Salleh meja belakang nak join bergambar...




Ni team omputih beraksi ber-background kan sunset.




Ni team org Cina pulak




Hari yg last kita org jalan2 kat Kuta Beach. Rupa2nya dia kat penghujung Centro Shopping mall tu je. Hari tu dah gelap, tak nampak ada laut. Hahahaha.


Sebelum jalan2 tepi laut tu, minum dulu kat Black Canyon






















Ini product dari Lombok. Dia main lambak je tepi jalan tu.








Sementara tunggu Pak Supir tiba, sempat bergambar depan hotel.




After dah berpanas2 jalan tepi Kuta Beach, kita org pergi to another mall nama dia Galleria. Kat dalam shopping mall tu dia buat mcm park. Cantik gak...








Kita org mmg plan nak buat activity swimming kat pool hotel aje. Takyah la mandi2 laut tu. TE...TA....PI.... ek eleh... ada shooting sinetron lak kat situuu.... Swimming pool ada lagi satu kat roof top hotel tu tapi yg situ kecik, tak best. Acu tgk yg ni, besar, luas, cantik.... Jauh laa sket activity kuak dada ke free style ke...


SWIMMING POOL YG CANTIK











Ini la peralatan org2 nak bershooting tu.. Entah apa tajuk ntah sinetron tu, tanya org hotel tu dia tak tau. Hampeh... tapi dia cakap "kisah pecintaan anak muda gitu...."


PERALATAN SHOOTING







Masa nak balik Mesia pun, flight delay lagifrom 2.15 pm to 7.15pm. So MAS bagi luch free kat one of the restaurant yg ada kat airport tu. Mknan2 lain nampak menarik tapi utk yg free ni pilihan terhad, samada mee goreng, nasi goreng atau tuna sandwich sahaja. Dan PILIH SATU SAHAJA. Dan rasanya...... TAK SEDAP LANGSUNG!!!
So kita org lepak2 kat Coffee Bean di Airport sebab rasa cam tak capai tahap kepuasan. Tengok arr derang ni... Muka pun dah boring dah.








Akhirnya dah time naik flight... Dlm flight tadi, kita org di serve ngan nasi putih ngan kari ikan atau kari ayam. Pulun je laa, lapar.. Pastu tido. Tau2 dah nak sampai.. Lega....

Wednesday, November 24, 2010

HAPPY BIRTHDAY NAQIB!!!!

Hari ni birthday Naqib... Bila birthday ni... takde tempat lain, paling senang ke Secret Recipe laa.


PASANGAN ADIK DAN KAKAK




Ini Naqib punya order dah tiba...

FRIED RICE WITH SATAY



Ini pulak order Nadia...


MEATBALL SPAGHETTI




Saya dan husband rasa nak makan yg ringan2 jer so kita org order spring roll jer.


SEAFOOD SPRING ROLL




Ini Naqib pilih...

MARSHMALLOW STRAWBERRY CHEESE CAKE




Yang ini... saya yg pilih... nampak menarik jer.. Bukan setakat rupa jer menarikk... emm rasa dia pun SANGAT SEDAP!!!!!


HAZELNUT CHEESE CAKE



Himpunan air2 ikut masing2 punya citarasa...

Naqib dengan ICEBLENDED CAPPUCINO, Nadia dgn ICEBLENDED CHOCOLATE dan saya dgn ICED CHOCOLATE WITH WHIPPED CREAM. Emmmmm.... Sedappp...




HAPPY BIRTHDAY NAQIBBBBBBBBBBBBBBBBBBBB......!!!!!

Sunday, November 21, 2010

NASI LEMAK LAGI....

Cam bese... hari Ahad breakfast nasi lemak. Cuma tukar sambal tumis jer... selalu kan sambal tumis sotong... so hari ni sambal tumis petai ikan bilis.


SAMBAL TUMIS PETAI IKAN BILIS




SOTONG GORENG TEPUNG DGN BLACKPEPPER

Friday, November 19, 2010

KEK UTK RAYA...

Kek ni ditempah untuk dibawa balik kampung tapi nak rasa lagi suasana Aidil Adha tu maka tuan punya kek ni minta utk tulis Selamat Hari Raya Aidil Adha ata kek tu. Ok... No hal laaa...


MOIST CHOC CAKE

Thursday, November 18, 2010

THANK YOU TEACHER!!!!

Zaman saya primary school dulu, saya hanya bagi hadiah kat cikgu masa Teachers' Day aje. Tapi yg sibok nak bagi2 tu pun arwah mak saya. Arwah mak saya ada tanam banyak pokok orchid yg sentiasa berbunga.. Keliling rumah lah pokok orchid. So bila Teachers' Day tu mmg dia dah amek bunga2 tu & ikat buat mcm satu bouquet laa... Saya bawak je & bagi kat class teacher. Teacher lain tak dapat.. sape yg jadik class teacher laa yg berjaya dapat bunga tu.
Sengih sampai ke telinga cikgu tu dapat bunga. Mujur ada telinga, kalau tak putus dua muka cikgu tu. Hihihihi.. Jgn Maraaaaa cikgu...

Ini pula request drp seorg mummy untuk anak dia yg belajar di tadika nak bagi teacher masa last day of school esok.


MOIST CHOC CAKE

Wednesday, November 17, 2010

HARI RAYA AIDIL ADHA 1431H

Eid Mubarak to all Muslims.

Hari Raya Haji tahun ni saya & family tak ke mana2. Just dok kat rumah je, Qirin jer yg nak dtg raya bersama. So Qirin sampai malam tadi.

Plan mula2, saya hanya nak buat nasi impit aje. Rasa badan ni mcm penat yg amat sgt nak buat apa2 tapi kesian pulak takkan raya tak buat apa2.
So niat asal di hati hanya nak rebus nasi impit sahaja. Tetiba kelmarin sementara menunggu doctor kat klinik tu masuk, saya sempat gi pasar sekejap. Sejam nak tunggu doctor. Saya tiba klinik kul 8.14 am, ye laa dia bukak kul 8.00 pagi. Aleh2 dia kata doctor sampai kul 9 am. Uiisshhh... Lama lagi ni nak tunggu. Apa lagi, ada satu jam tu baik saya gi pasar kejap.

Tiba kat pasar, ingat nak beli ayam je, terpandang lak org pegang daun kelapa untuk ketupat tu.... Emmmm... cam menarik jer. Sambil2 rehat dok kat rocking chair tu leh gak anyam ketupat tu...

Jadi.. ini laa hasil anyaman ketupat yg sempat saya buat. Cuma 17 biji jer. Hahahaha.. Jadi laaaa....


KETUPAT NASI




Takut ketupat tak cukup... almaklum 17 biji jer... maka saya rebus gak nasi impit seperti plan asal.


NASI IMPIT




Husband saya pulak ada keje kat Melaka sejak hari Isnin, so semalam dia balik dia dah beli lemang kat Alor Gajah.


LEMANG




Ayam hasil tangkapan dan sembelihan di Pasar Seksyen 16, Shah Alam. Dua2 jenis masakan berasaskan ayam. Malas nak masak daging, nanti lambat nak tunggu empok. Hehehehe...


KARI AYAM




RENDANG AYAM




KUAH KACANG




Jangan takde pencuci mulut... buat lah sebijik kek sempena Hari Raya Haji yg mulia ni.....


Monday, November 15, 2010

BOLA DAN SAMPAN.....

Cupcakes ni drp seseorg untuk boyfriend nyer yg tak lama lg akan jadik tunang dia. Dia kata pakwe dia ni sket2 bola, sket2 bola, apalagi baru2 ni negeri dia masuk final Piala Malaysia & jadik juara pulak tu.... Takpe laa dia suka tengok football .... kalau suka tengok pompuannnnn... Camner???? Sape yg susahhhh???? Awakkkk jugak yg susah hati. Heheheheheh.





Ini pulak request drp Kak Mah & suaminya yg sememangnyer suka sangat laa dgn Biskut Sampan ni.... Musim2 banjir ni.... bersedia lah dgn sampan masing2.


BISKUT SAMPAN


Sunday, November 14, 2010

AHAD YANG LEMAU.....

Aaaarrrghhh... Pehal ni ... Rasa lemau sangat badan ni... Rasa tak bertenaga sangat... Mata pun tak larat.... Mujur cookies yg org2 order utk Raya Haji dah siap. Tinggal nak buat kek2 aje. Takpe lah slowly laa..

Breakfast pagi ni husband saya yang prepare... Dia goreng pisang tanduk yg kakak saya bawak hari tu & jugak buat cokodok kentang.

Alamakkk... klinik yg biasa saya pegi ni tutup pulak hari Ahad, selalu bukak jer...
Makan laa apa2 ubat yg ada dulu...

Saturday, November 13, 2010

DOK RUMAH JER....

Hari tu waktu kakak saya datang masa Deepavali, mcm2 benda dia bawak. Keladi... Pisang tanduk... Buah mangga yg besar bagak tu...

So untuk breakfast pagi ni, husband saya kata goreng keladi je & buat sambal tumis ikan bilis sikit.


KELADI GORENG




SAMBAL TUMIS IKAN BILIS




Hari tu jugak masa kakak saya yg lagi sorang pun datang, dia bawakkan saya udang galah yg masih hidup. Abg ipar saya pegi pancing kat Langat. Masa dia dtg tu pun, dia bawak Udang Galah Masak Lemak dgn Nenas. Disebabkan masa dia sampai, saya keluar dgn Anne, Min & Kak Kamal, dia pun siap2 bersihkan & masukkan dlm freezer. Mekasehhh.... PakYa, rajin2 laa pegi pancing... dapat udang galah lagi... passing2 laa kat sini.... Hihihiihih...

Dan hari ini saya kawen kan dia dgn kacang panjang.... Heheheheheh..


UDANG GALAH + KACANG PJG MASAK LEMAK CILI API




Siakap ni pulak hasil tangkapan kat TesCo Extra... Hehehehe.


SWEET SOUR SIAKAP

Friday, November 12, 2010

MUFFIN UNTUK STUDENTS

Saya telah menerima panggilan telefon drp seseorg yg ingin menempah muffin untuk diberi pada students dia. Dia kata dia pergi jemputan majlis Aqiqah dan dapat goodie bag yg ada Almond Vanilla Muffin dan dia suka. So dia nak bagi pada students dia pada pagi Jumaat ni. Baik nyer cikgu ni...

So cikgu ni mintak saya buat 2 jenis exactly mcm yg saya buat utk majlis Aqiqah tu. 50 bj Choc Chip Muffin & 50 bj Almond Vanilla Muffin.


CHOC CHIP MUFFIN




ALMOND VANILLA MUFFIN




TQVM ye cikgu sbb sudi order drp saya. Harap2 students cikgu suka lah. Mesti students ni suka ngan cikgu, silap2 favourite teacher.

Thursday, November 11, 2010

ELLYSHA'S CLASS PARTY

Ellysha nak bawak something for her class party so mama dia order lah cupcakes ni untuk dia bawak ke sekolah. Dia pesan "make sure there're 43 cupcakes for my classmates" sbb class dia ada 43 org. Don't worry Lysha, dgn teacher2 pun dapat sekali.


CUPCAKES WITH BUTTERCREAM ICING SET 1




CUPCAKES WITH BUTTERCREAM ICING SET 2




Yang ni plak cake mama Lysha nak buat makan saje2 kat rumah.

Saturday, November 6, 2010

JANJI TETAP JANJI

For breakfast hari ni, saya masak nasi lemak dgn sambal tumis sotong. Buat jugak sikit sambal petai ikan bilis.

SAMBAL TUMIS SOTONG



Ni dia muffin & cupcakes untuk majlis Aqiqah yg berlansung pagi ni di D'Kayangan. Muffin tu untuk goody bag & cupcakes pulak untuk buat makan masa majlis.


CHOCOLATE CHIP MUFFIN




ALMOND VANILLA MUFFIN




BUTTERCREAM MINI CUPCAKES












Lepas dah settle hantar semua2 tu, dah siap breakfast semua... saya sediakan juga makanan utk lunch sekali.

Sebab nanti saya nak keluar dgn Anne, Min & Kak Kamal, yg org2 yg tinggal kat rumah takkan nak makan nasi lemak sampai kembong.

Tgh siap2 masak tu, Mas & anak2 dia sampai. Mmg saya sms dia semlm utk breakfast kat rumah saya. Tapi dah kul berapa baru dia sampai.... Sila2... Makan2... Jgn malu2.

Kakak saya yg lagi sorang pun akan dtg juga hari ni. Dia kata dia nak bawak Udang Galah masak lemak dgn nenas. So saya masak Ayam Masak Lemak Cili Padi, Mixed Vege, Goreng Ikan Gelama Masin. Sambal tumis sotong & sambal Tumis Petai Ikan Bilis utk nasi lemak pagi tadi pun ada lagi. Tak sempat nak amek gambar2 tu sebab berebut2 nak menjengkit ngan Anne. Semlm dah lah postpone janji kan... Nanti Anne kecik ati plak... datang jauh2 tapi hajat tak kesampaian.

Friday, November 5, 2010

POSTPONE JANJI

Hari ni saya dah janji dgn Anne nak keluar sama2. Anne ada nak cari barang2 dia.

Tapi tugas saya yg tak selesai. Saya kena siapkan order muffin & cupcakes untuk majlis Aqiqah.

Hari ni jugak kakak ipar saya bersama anak2 dia datang rumah. Tapi sya siapkan makan tengahari pastu buat donno jer sebab nak siapkan tempahan. Hahahhahaha... Mintak ampun Kak Kamal, Min, Espa & Azmi... Mujur kakak saya yg dari BP ada. Boleh lah dia tolong2 berbual ngan kakak ipar saya anak beranak tu.

So untuk lunch, lauk2 ala2 kampung jer.


SAMBAL TUMIS PETAI UDANG




IKAN BAWAL MASAK MASAM MANIS




MASAK LEMAK PUCUK MANIS




Last2 tak dapat jugak keluar, so postpone janji kpd esok pulak. Ajak Min sekali. So Min & Kak Kamal datang lagi esok ye. Apa salahnya... bukan selalu boleh kumpul ramai2 camnih.

Thursday, November 4, 2010

JOM MAKAN MEE BANDUNG....

Esok Deepavali. Tapi sekolah Anne & sekolah Naqib dah cuti sejak semlm. So hari ni Anne & mak dia yg jugak kakak saya akan dtg ke rumah saya.

So balik2 keje tadi terus bersilat kejap kat dapur. Takde lah silat bebeno.. sbb saya cuma sediakan 1 jenis makanan jer i.e Mee Bandung.


MEE BANDUNG