Ramai mengatakan Bali tempat percutian yg indah.. cantik... dan apa2 lagi lah yg best-best. Juga sesuai bagi yg hendak ber-honeymoon. Teringin gak nak pegi... So husband saya pun plan nak bwk kami sekeluarga sempena our 21st wedding anniversary. I like......!!!! Hehehehe...
Flight kami sepatutnya kul 12.15 pm, kita org kuar rumah kul 9.00 am, nak breakfast kat airport je. Tetiba announcement kata delay ke 1.15pm. Hmmm.... Lps breakfast tu merayau2 je laa dlm airport.
BREAKFAST DI FOOD GARDEN
Akhirnya bila announce utk boarding baru lega... Tidak lah delay lama sangat...
Rasa lapar pulak sebab delay kot... Mujur mknan yg di serve sedap. Tak pandang kiri kanan makan.
CHICKEN BERIANI
BEEF LASAGNA
DESSERT
OK.. dah nak landing dah... Sebhgian BALI dari pandangan atas.
Hotel kami di Nusa Dua. Hotel ni best cuma jauh sket laa... Tapi kalau untuk merehatkan minda tu mmg best laa...
WELCOME DRINK
BERPOSING KAT LOBBY HOTEL
Kalau amek villa ni pun best gak, mmg privacy giler laa. Ada pool sendiri.
VILLA
Dah lepas check-in, masa tu dah pukul 5pm, hari pun dah nak gelap so nothing much to do. Since hotel tu ada shuttle service to Kuta at 6 pm, so kita org amek laa kesempatan yg ada. Agak jauh gak laa from Nusa Dua to Kuta, ye laa dah lepas airport sket.
Bus shuttle tu turunkan kita org kat Centro Shopping Mall and pick up pulak those yg nak balik semula ke hotel.
Ok gak lah mall ni... Byk gak boutiques. Seb baik gak laa kita org pegi malam tu, sbb "ada acara" mlm tu and mall tutup kul 2.00 am. Selalu kan abes lambat kul 11.00pm. Rupa2nya ada midnight sale. Butik yg amek bhgian akan bagi discount 30% storewide tak kira new arrival items ke tidak. Ada jugak sampai 50%. Hmmmmm... sgt menarik!!!! Sale mula pukul 10.00pm, siap sanggup tunggu tu. Lepak2 kat A&W dulu... Lps butik ni, pergi butik ni, lps butik ni, pegi butik tu plak. Kalau kat departmental store plak sampai 70% discount. Perghhhh!!! Gilers!!
Siap tanya kat budak2 kedai tu, dia kata midnight sale ni buat 2 atau 3 kali je setahun. So kita org ni kebetulan jer... Kira orait laa tu.
Sementara nak tunggu acara sale bermula, tekak ni haus laa pulak, so duduk2 minum dulu.
Kita org balik hotel naik teksi. Dia caj IDR 100,000. Sebelum tu mmg dah tanya hotel, rate teksi mmg lebih kurang tu la...
The following day, kita org amek supir for 9 hours jadik boleh lah jalan jauh sket.
Breakfast pagi tu, tekak ni bleh masuk roti bakar jer...
Kita org pegi sampai ke Ubud. Ubud ni dah kat central of Bali. Jalan2 kat pasar Ubud tu, alamak hujan agak lebat lah pulak. Sebelum sampai Ubud tu ada lah singgah2 kat tempat lukisan2 ni. Memang cantik2lukisan yg ada. Kagum giler tgk kehalusan seni dia tu. Mmg la harga dia tinggi, tapi mmg patut pun. Saya minat sgt satu lukisan ni, harga dia? Perghhh... 15 juta rupiah!!! Telan air liur sekejap. Hehehehe..
Supir tu tanya nak singgah tempat ukir2 perak tak, yg tu saya kata tak payah. Mmg berderet kiri kanan tu pengusaha2 ukiran perak. Dia org ni kelebihan dia mmg terlebih skill kat ukiran2 laa, tak kira la ukir emas ke, perak ke, hingga lah ke kayu2 jugak. Semua benda di ukir2.
Ini singgah di salah satu tempat. Dia buat mcm perkampungan Bali, mmg dia bagi lah kita nak berposing2.
Lps Ubud tu, supir tu berebut nak bawak kita org ke Jimbaran pulak sbb nak tgk sunset. Jimbaran ni dah dekat dah ke hotel balik.
So ni gambar2 sekitar Jimbaran. Mmg org2 pegi situ nak dinner sambil tengok sunset. Memang cantik laa...
Sunset di dlm tangan ku..... Heheheheh
Ini aneka seafood yg saya dan husband pilih. Tempat tu hanya charge apa seafood yg kita pilih jer, nasi putih, syur, air minuman semua dah dikira sekali.
UDANG BAKAR
SOTONG GORENG TEPUNG
KETAM MASAK PEDAS
Mengikut org yg jaga tempat pilih seafood tu, ikan ni nama dia KING FISH. Bagus bangat, jarang ketemu ni pak... Isinya enak.
IKAN BAKAR
3 JENIS SAMBAL
NASI PUTIH
AIR KELAPA Nak kata kelapa muda, tak muda... sbb isi dah tebal
SAYUR KANGKUNG - Macam ala2 celur jer. Dah free pun nama nyer...
AIR BASUH TANGAN
Si Penjual Jagung Bakar
Kakak & Adek pulun makan...
Gambar kita org satu family ni Pak Ketut yg amek. TQ Pak Ketut....
Minah Salleh meja belakang nak join bergambar...
Ni team omputih beraksi ber-background kan sunset.
Ni team org Cina pulak
Hari yg last kita org jalan2 kat Kuta Beach. Rupa2nya dia kat penghujung Centro Shopping mall tu je. Hari tu dah gelap, tak nampak ada laut. Hahahaha.
Sebelum jalan2 tepi laut tu, minum dulu kat Black Canyon
Ini product dari Lombok. Dia main lambak je tepi jalan tu.
Sementara tunggu Pak Supir tiba, sempat bergambar depan hotel.
After dah berpanas2 jalan tepi Kuta Beach, kita org pergi to another mall nama dia Galleria. Kat dalam shopping mall tu dia buat mcm park. Cantik gak...
Kita org mmg plan nak buat activity swimming kat pool hotel aje. Takyah la mandi2 laut tu. TE...TA....PI.... ek eleh... ada shooting sinetron lak kat situuu.... Swimming pool ada lagi satu kat roof top hotel tu tapi yg situ kecik, tak best. Acu tgk yg ni, besar, luas, cantik.... Jauh laa sket activity kuak dada ke free style ke...
SWIMMING POOL YG CANTIK
Ini la peralatan org2 nak bershooting tu.. Entah apa tajuk ntah sinetron tu, tanya org hotel tu dia tak tau. Hampeh... tapi dia cakap "kisah pecintaan anak muda gitu...."
PERALATAN SHOOTING
Masa nak balik Mesia pun, flight delay lagifrom 2.15 pm to 7.15pm. So MAS bagi luch free kat one of the restaurant yg ada kat airport tu. Mknan2 lain nampak menarik tapi utk yg free ni pilihan terhad, samada mee goreng, nasi goreng atau tuna sandwich sahaja. Dan PILIH SATU SAHAJA. Dan rasanya...... TAK SEDAP LANGSUNG!!!
So kita org lepak2 kat Coffee Bean di Airport sebab rasa cam tak capai tahap kepuasan. Tengok arr derang ni... Muka pun dah boring dah.
Akhirnya dah time naik flight... Dlm flight tadi, kita org di serve ngan nasi putih ngan kari ikan atau kari ayam. Pulun je laa, lapar.. Pastu tido. Tau2 dah nak sampai.. Lega....
RESIPI KEK PAUN OREN
9 months ago
1 comments:
salam...wahhh best ar dah g bali...nnt kite nk p jugak la...nk tgk pantai dia...
Post a Comment