Saturday, December 8, 2012

MINI FAMILY GATHERING

Minggu ni kakak saya, Farid, ada jemputan kahwin anak sedara dia sebelah arwah suaminya di Ampang. Hari Rabu mlm Khamis dia tido kat rumah Anne, hari Khamis mlm Jumaat dia tido kat rumah Qirin, So hari Jumaat dia dgn Luqman ke Shah Alam pulak.

Breakfast pagi Sabtu ni... Roti jala dan kari daging. Kalau nak makan ngan kuah durian or org Johor panggil kuah durian tu Gula Durian, pun boleh jugak.


ROTI JALA



KARI DAGING



GULA DURIAN



Min dan mak dia (Kak Kamal) katanya nak sampai pkl 11 am. Tak sampai2... Ermmm... Nak nak pkl 3 pm baru tiba. Time 11 tu time negara mana ek...???? Wahhh... segarnya pisang yg Min bawak. Min kata kebun pisang dia belakang rumah dia.

Qirin dan Saleh pulak tiba pkl 5pm. Dia org pegi jemputan kawen sebelum tu...

Sementara Qirin nak tiba tu, rasa mcm nak masak nasi dan lauk sket. Takkan setakat makan roti jala je kan. Apa ek yg mudah sket dan cepat siap...? Ok2... Pikir cepat2. Asam Pedas Ikan Parang, Ikan Siakap Tiga Rasa dan Fried Brocolli With Prawn. Hmmm... Cepat pun siap.

Wahhh... rezeki lagi... Qirin bwk KFC pulak. Mcm lah org kawen tu bekalkan KFC.. heheheheh...

Anne ngan Azreen pulak sampai dah malam. Hari hujan, Anne tunggu Azreen balik kerja. Anne pulak bwk rambutan dan manggis. Mcm masing2 ada dusun pulak. Byk betul makanan hari ni.

Dah mcm mini family gathering pulak. Suka lah camnih!!!

0 comments:

Post a Comment