Thursday, January 20, 2011

RELAX MATA... RELAX MINDA..

Jom kita relax kan mata & minda... Melawat pokok2 yg ada ni.

Alhamdulillah.. pokok rose yg saya bela ni masih hidup dan rajin gak berbunga. Ini sebenarnya trial utk bela pokok rose. Kalau ok, boleh la tambah koleksi.


POKOK ROSE



Kasi close-up sket...

ROSE MERAH




Pokok bunga kertas ni pulak mmg dah tinggal nyawa2 ikan dah hari tu. So bagi dia pemulihan & alhamdulillah jugak, segar dah dia & berbunga pulak. Tu yg suka tu. I like....


BUNGA KERTAS




Daripada pokok bunga, kita beralih ke alam sayur2an pulak. Walaupun kawasan yg ada ni, kangkang kera pun besar lagi.... boleh la gak nak tanam sket guna pasu.


Yang ni ialah pokok selasih. Kalau buat laksa Johor, ni salah satu ingredients dia. Kat pasar Shah Alam or Kelang, cam tak pernah jumpa daun selasih ni. Selalu mmg impot dari BP laa.. Sapa yg susahhhh... Kakak sayaaaaaa jugak yg susah. Hehehehe.. Pokok ni neighbour kat BP yg bagi. Mekaseh Kak Noh...


POKOK SELASIH



Dulu2 ada lagu pasal selasih ni...

Ni dia lirik lagu tu... Rafeah Buang & Ahmad Jais yang nyanyi.


Selasihku Sayang

( L )
Kutanam selasih
Kutanamkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih wahai sayang
Yang aku tinggalkan

( P )
( 1 )
Kusiram selasih
Kusiramkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih wahai sayang
Lambang percintaan

( L )
Hai kencana dewi kasih yang kurindu
Kukenang selalu

( P )
Sayang semoga tak kan layu
Cinta yang sejati kekal dan abadi

( L )
Hai cendana dewi kau tetap kukenang
Janganlah kau bimbang

( P )
Sayang kau tetap kan pulang
Di sisiku sayang membawa harapan

( ulang 1 berduet )



Laaaa... mmg pasu pokok selasih ni saya letak kat hujung halaman punnn. Hahahahah.. Kelakar laa plak. Berjiwang rupa nyer pokok selasih ni....


Yang ni pulak anak pokok cili. Susah betul nak tanam pokok cili, Selalu bila dah besar sikit daun dia akan kerinting. Hopefully yg ni tak kena penyakit tu. Kan ker suka masak lomak cili api, masak rondang... so kan senang main petik jer depan rumah.


POKOK CILI

0 comments:

Post a Comment