Saturday, April 5, 2014

SAYA KAGUM DENGAN DIRI SAYA

Perghhhh... Pecah rekod I hari ini ok.... Bangun kul 4.30 am utk bersiap2 nak hantar husband ke KL Sentral. Flight ke Kota Kinabalu pagi ni jam 7 lebih.

Pastu terus ke office. Ya ampunnnnn..... baru kul 5.40am... Dapat parking betul2 depan palang keluar masuk ni. Tu pun dah ada org lain parking kat sebelah. Ishhhh pagi betul Mr Padma ni dtg.

Buttercake with buttercream icing ni Anjali from Maybank yg order. TQVM Anjali.


BUTTER CAKE WITH BUTTERCREAM ICING




Walnut Carrot Cake ni pulak ada org Menara order utk farewell. Mekaseh ye. 

WALNUT CARROT CAKE



Hari ni month end activity utk March 2014 jugak 1st quarter 2014. Ya ampunnnnn..... slow nyer system. Pehal lah gak nyer.... Selalu portion saya paling lambat habis kul 7.00pm... hari ni pukul 6.45 pm baru start. Ni betul2 mencabar jiwa dan raga ni. 

Dahlah hari ni kul 5.40 am dah sampai office.... Mata dah tak tahan ni.. lama sangat tengok PC. Dah nak masuk jam ke 16 dok kat office ni... Kalau dulu2 kena isi form lebih 12 jam bekerja hari yg sama (itu ikut Labour Act masa tu). Sebab kalau ikut Labour Act, manusia hanya boleh bekerja dgn baik utk berterusan 12 jam shj. Kalau lebih tu dah tak normal dah tu. Tak tau skrg mcm mana.

Walau macamana pun.. saya kagum dgn diri saya.... hehehehe...

Thursday, April 3, 2014

SELAMAT PENGANTIN BARU


MOIST CHOCOLATE CAKE


TQVM Yuslina n Kak Paridah.



Wednesday, April 2, 2014

SENANG JUGAK DAH SIAP2 MASAK PAGI

Tadi pegi melawat org bersalin... balik dari situ singgah di Homst Restaurant and makan kuay teow goreng ni.

KUAY TEOW GORENG 



Kat rumah memang dah masak lauk ni pagi tadi sebelum gi office. Lagipun Naqib takde class hari ni.

ASAM PEDAS IKAN PARI



Balik dari office cuma goreng telor dadar jer wat tambahan lauk.

TELUR DADAR



Senang jugak pagi2 dah siap masak lauk. Balik senang terus leh makan.

Tuesday, April 1, 2014

SAMBAL CIKDIN KITA HARI NI....

Hari ni husband saya kata buat lempeng ngan sambal cikdin jer... Bagus2. Mudah keje I....


SAMBAL SARDIN A.K.A CIKDIN




LEMPENG


Monday, March 31, 2014

BASKIN ROBBIN DAY

Sempat jugak gi beratur beli aiskrim ni. Ermmm... ada pun lg favourite flavour Nadia n Naqib. Selalu asek abes jer. Saya nak cuba lain drp World class choc, pralines n cream atau Very Berry Strawberry. Nak try Jamoca Almond Fudge laa.. Ya Ampunnnnnn... sedap nyer.....




Hari ni pun dah siap2 masak lauk pagi2 jugak. Lauk hari ni Naqib request. Naqib kata dah selalu jer ayam masak kari. Heheheh.

AYAM MASAK SERAI


Sunday, March 30, 2014

HEY NASI GORENG

Jemput makan nasi goreng dgn ikan terubok masin....

NASI GORENG



IKAN TERUBOK MASIN



Saturday, March 29, 2014

NASIK LOMAK

Makan nasi lemak jer hari ni....

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS


Friday, March 28, 2014

JOM GI KOTA BHARU

Anak ke 4 yg jugak anak bongsu kpd arwah kakak saya di Kota Bharu dah nak nikah. So dah abes dah semua anak2 arwah yg dah berkahwin lps ni. 

Posing jap dgn pengantin perempuan yg baru jadi ahli keluarga kami.



Malam nya kita org jln2 kat pasar mlm Wakaf Che Yeh. Terus terang.... saya kurang minat lah pasar malam ni. Macam nak ketuk jer harga2.

Buah kundang kat Wakaf Che Yeh RM20 sekilogram.. tapi kat Rantau Panjang cuma RM10 shj utk satu kg. Bkn jauh sgt pun WCY dgn R Pjg. Peniaga di WCY tak bagi kurang harga tapi kata nyer.. "boleh aje beli sikit2".

Lambakan buah mangga kat Wakaf Che Yeh.



The next morning, kita org gi Rantau Panjang. Mana sah kalau dah tiba Kota Bharu tak pegi Rantau Panjang. 

Lepas Rantau Panjang kita org terus ke Pengkalan Kubor pulak.

Dekat benar nampak Takbai ni dari Pengkalan Kubor. Zaman kecik2 dulu pernah dah seberang sungai ni... Dulu masuk tak guna pasport.. kali ni kita masuk proper ye.. guna pasport ye...



Atas feri dah ni. Laa... murah jer tambang.. 60 sen seorang.



Mak aiii... konpius... konpius...


Hasil pengamatan yg dialami... ermmm... takyah susah2 nak seberang lah. Panas melenting. Murah2 sikit jer barang dia... Tapi kena pandai pilih.




Otw to Pengkalan Chepa nampak pulak mini market ni... Laaa... Nadia tak bagitau ada buat business kat sini....


Ok, till we meet again Kota Bharu.  


Sunday, March 23, 2014

LAUK KITA HARI NI...

Lauk kita hari ni yg ringkas2 jer ye. Mcm lah selalu yg rumit2. Hehehehe.



SIAKAP 3 RASA



Nadia kata dah lama tak makan sotong yg masak asam tu.... 


SOTONG MASAK ASAM



Alhamdulillah.... Kenyang.

Thursday, March 20, 2014

RRC MBB BIRTHDAY CELEBRATION


BUTTER CAKE WITH BUTTERCREAM ICING



Order from RRC Maybank PJ for 1st quarter 2014 birthday celebration.

TQVM ye....


Sunday, March 16, 2014

MARI MAKAN PIZZA

Rasa cam nak buat pizza. 

PIZZA




Patutnya guna bawang yg warna kuning tu tapi sebab takde... guna je laa bwg purple tu...

Saturday, March 15, 2014

HAPPY BIRTHDAY NAZRYADI!

Ada org nak sambut birthday husband dia.... Sila2. Bagus camtuh.


RED VELVET CAKE



Happy Birthday Nazryadi. TQVM Min.

Thursday, March 13, 2014

DINNER HARI INI

Rasa mcm nak makan nasi goreng kampung yg ada kangkung tu. Tetiba teringat makan kat Riau Junction, Bandung. Masa tu ada festival makanan dari Malaysia. Sedap giler nasi goreng kampung dia masa tu. Kat Mesia pun tak jumpa yg sedap camtuh.


Terpedas pulak nasi goreng hari ni. Pedas tahap maximum ni. Tak sedar diri awak tu bukan tahan nar pedas.


NASI GORENG KAMPUNG



Husband plak nak pulut kelapa ni. Sekejap jer tanak pulut ni...

PULUT KELAPA




Wednesday, March 12, 2014

MAKAN2 DI HARI AKTIVITI MONTH END FEB 2014

Month end activity bulan ni makan nasi putih, sup tulang, tauhu goreng dan sambal kicap, ulam timun dan sambal tumis ikan bilis. 

Nasi putih dimasak oleh Fina. Berebut nak masak nasi putih.. takut kena bawak lauk2. Hahahaha. Sup tulang dimasak oleh Liza. Tauhu tu saya goreng. Sambal kicap Fina buat, saya bawak blended cili api aje. Sambal tumis Naza masak. Semua dah siap masak di rumah.

Alhamdulillah... Kenyang...

SUP TULANG



ULAM TIMUN, TAHU GORENG DAN SAMBAL KICAP BERCILI PADI


Sunday, March 9, 2014

MENUNGGU BERITA MH 370

Sambil2 tengok TV tunggu updates tentang MH370.... makan ler sampai kenyang.


NASI IMPIT, KUAH KACANG, RENDANG DAGING DAN KUAH LODEH



KETAYAP KALERFUL



KUEH KOLE KACANG




Saturday, March 8, 2014

WEDDING FAIDZ AND SURIA

Hari ni pegi wedding cousin husband saya. Anak Mak Andak husband saya, mak andak ni adik kepada arwah mak mertua saya.

Meriah pulak ada tarian hindustan lagi. Tak tentu arah camera man dibuat nya.


DOOR GIFT



Best pulak ada popcorn. Popcorn tu utk tetamu kanak2 tapi kita org mintak. Hehehehe. 

Friday, March 7, 2014

HAPPY BIRTHDAY ADAM!


RED VELVET CAKE


Tq Rof.

Tuesday, March 4, 2014

BANDUNG LAGI 1 MAC - 4 MAC 2014

Kan dah bgtau nak dtg lagi bulan berikutnya.. so Bandung here we come.

Kali ni langsung ke Bandung ye. Landing jer tadi hujan dah. Memang cuaca hujan saje kat Bandung ni kot. Teksi kat Bandara pun tadi takde. Haishhhh... Buang masa dah ni... Aduhhh... 

Kawan2 lain dah sampai dulu... flight awal sket dia orang. Kali ni kita org pegi 9 org. Ada 2 org lagi tak jadi pulak pegi. Kalau tak 11 org semua. Mcm rombongan Cik Kiah gamak nyer....

Ok2... akhirnya sampai gak hotel. 

Husband saya ajak makan western malam ni. Rezeki jgn ditolak.... Hehehehe






Makanan yg mesti makan bila ke Bandung.

PISANG GORENG WITH CHEESE



Wahhh... Dah ada kedai mamak pulak kat sini. Jom lah lepak sini....


PRAWN SPRING ROLL



ROTI CANAE



Masa duduk kat airport lounge tadi, berkenalan dgn sorang ni yg dari Malaysia gak. Dia dtg dgn anak dia. Dia beli barang2 kawin anak perempuan dia. 

Tetiba dtg satu group lg and yg sorang ni dok bercerita kat kita org yg kawan dia masuk ICU kat hospital Bandung. Asal2 nya dia sesak nafas masa balik dari Tangkuban Perahu. Org tu pulak 5 mths pregnant. Katanya cikgu dari Sbg Jaya. Cikgu ni dtg dgn husband and 2 org anak. Sebelum nak balik ke M'sia, dia org ni dah pegi checkup semula dgn doctor and resultnya ok. Tetiba bila dah boarding atas kplterbang, si cikgu ni tetiba mcm sawan dan mulut berbuih2. So dia pun dibawak semula ke hospital and family ni tak jadi laa balik ke M'sia. 

Cikgu ni terus coma. Baby dlm perut pun dah meninggal dan dah dikebumikan di Bandung. Si suami jaga isteri dia di hospital dan anak2 pula mintak tolong Pak Supir yg jaga.

Org yg bercerita ni bgtau sebelum ke Bandara td dia pegi melawat cikgu tu. Cikgu tu dah sedar tapi mcm mamai2 lagi and dia tak tau yg baby dlm perut dia dah takde.

Sedih pulak dengar cerita org ni...

Ok2.. kapalterbang dah ready tu.. Jom2. Ok Bandung... till we meet again next time.. eh next month. Hehehehe.

Friday, February 14, 2014

CHOC CAKE, CHEESE TART DAN LIDAH KUCING

Dah lama K Paridah pesan ni. Awal betul notice. Hehehehe.


MOIST CHOCOLATE CAKE


TQVM Kak Paridah.


BLUEBERRY CHEESE TART



LIDAH KUCING RAINBOW



TQVM Poji....

Thursday, February 13, 2014

HAPPY BIRTHDAY HADI IMRAN!!!


MOIST CHOCOLATE CAKE



TQVM Mai and Fauzi.