Saturday, July 13, 2013

4 RAMADHAN

Suami saya nak mi goreng untuk berbuka hari ni... Naqib nak pau besar kat Sect 17 tu. Nadia nak mkn roti gardenia ngan sup tulang. Saya? Saya makan semua. Hehehehe.


MEE GORENG



SUP TULANG


Friday, July 12, 2013

3 RAMADHAN

Balik keje jem giler babas nak masuk Shah Alam. Ishhh... Maka berebut2 pegi main tunjuk2 kat Pasar Ramadhan kat rumah.


Thursday, July 11, 2013

2 RAMADHAN

Utk hari ni, Naqib teringin ayam golek. So kita org pun main lah tunjuk2 kat ayam golek Sect 17 tu.

Hari ni buka nasi putih jer... so di samping ayam yg tergolek tu.. saya masak jugak lah asam pedas ni.


ASAM PEDAS IKAN PARANG

Wednesday, July 10, 2013

1 RAMADHAN

Sahur yg sangat simple di ramadhan pertama tahun ni. Hanya rendang ayam dan sayur bayam masak air.

RENDANG AYAM



BAYAM MASAK AIR



Utk berbuka pulak, husband saya buat bubur kacang hijau dan saya teringin nak makan mihun goreng maka tergoreng lah mihun itu....


BUBUR KACANG HIJAU



MIHUN GORENG


Saturday, July 6, 2013

SABTU TERAKHIR SEBELUM RAMADHAN

Ramai pulak yg suka dgn Sofia the first ni. .. Rof pun nak jugak mcm Midah punya cupcakes ... ada Sofia dan Ana Muslim. TQVM Rof.




Semalam kakak saya dan Luqman dtg rumah saya. Utk breakfast pagi ni masak kari ayam dan partner kan dgn roti canai segera. Kakak saya terkejut kuah kari tu punya banyak padahal nak mkn utk breakfast. Dia tak tau dlm rumah ni mkn roti canai kalah banjir yg melanda. Heheheheh. Tengok! Memang cepat surut nya kuah kari tu. 

Tujuan utama kakak saya dtg sebab nak pegi beli orchid kat Sg Buluh. Kalau tak.. takde mana nya dia tetiba nak dtg sini. Hahahahaha. 

Kita org pegi lepas zohor. Bercahaya bijik mata kakak saya tengok pokok2 orchid tu. Kahkahkah. Terus nampak sehat gitu. Selalu2 lah dtg sini.. nanti kita cuci mata kat Sg Buloh lagi.. sehat lah badan tu...

Qirin dan Saleh dtg petang2 sket. Seperti biasa.. Qirin ngan Saleh tak pernah dtg tangan kosong.. ada jer bende dia bawak. Kali ni ayam kfc. 

Utk malam ni, saya masak abes sempoi dah ni. Goreng sayur sawi btg putih tu dan ikan siakap 5-6 rasa. 5-6 rasa ke? Lebih kot. Berasa-rasa lah. Hehehehe. 






Friday, July 5, 2013

RAINBOW CAKE

Rainbow Cake in the making




Tu dia.... siap sudah......

RAINBOW CAKE 



TQVM Zaidah.

Thursday, July 4, 2013

AMPUNNN... TERLUPA PLAK...!!!

Saya hampir lupa order RV cake ni... Tapi masa dia order tu siap cakap ohhh hari yg sama dgn month end activity utk June 2013 yg jugak half year closing. Nampak tu.. nampak! Ingat betul pasal kerja. Hahahahahaha.

Mujur dtg ingatkan sehari sebelum. Heheheheh.

Rupa dan wajah RV Cake tu mcm selalu gak so tak perlu lah letak gambar nya.

TQVM Mazlia and sorry ler boleh terlupa pulak.

Wednesday, July 3, 2013

ANIS 11

Mama si Anis ni berkenan tengok cupcake ber image Sofia the first hari tu, maka dia pun nak sama jugak utk anak dia jugak. Tapi nak jugak image Ana Muslim.




TQVM Midah.

Tuesday, July 2, 2013

JOM JENGAH BANDUNG

Minggu depan dah nak puasa. Jom jengah Bandung jom. 



Ya Ampunnn.... Indon tengah libur kot... Pesal ramai sangat ni. Jalan pun jem giler. Ingat kan saje nak rehat kan minda hujung2 minggu ni.. nak bersantai gi makan2 kat sini.. lagi serabut pulak tengok ramai2 ni..dgn jem lagi. Fuhhhh!

Seperti biasa bila dah sampai Bandung.. tak sah lah kalau tak ke pasar baru. Kedai pertama of course kedai Pak Kumar. Dan Pak Kumar pun mcm tau2 jer beri breakfast kat kita org. Makanan yg dia bagi hari tu.. nama dia Chicken Frankie. Gambar tak sempat amek sbb cam lapar terus sambar. Ishh.. Buruk perangai. Hahahaha.

Dek kerana menunggu lama si Jaka anak Pak Kimin ni... Pak Kumar sampai order nasi beriani kambing utk kita org. Adoiii.... Dah breakfast tadi.. siap lunch lah pulak. Mekaseh ya Pak Kumar.



Nasi beriani kambing dia ala2 nasi goreng kambing kat Uncle K Kopitiam.

Jom pegi Rumah Mode jap.




Minum sekejap kat cafe yg ada kat Rumah Mode.







Kali ni kami ajak Pak Kimin ke Kampung Daun. Teringin sangat pegi tu sbb kawan saya kata sedap sangat makanan kat situ.

Ya ampunnnn... Best nya Kampung Daun ni... Cantik lah tempat makan cenggini. Dia buat bentuk pondok2 guna batang buloh. Masuk2 entrance tu pegi register bgtau berapa orang dan dia akan bgtau nombor pondok yg mana.

So sebelum order tu.. kita org gi lah berposing kat batu batan kat situ. Kalau hari siang ni lagi terang gambar.

AIR TERJUN DI KAMPUNG DAUN








With Pak Kimin



Ni food yg kita org order untuk makan bertiga. Ayam Penyet, Gurame Goreng, Gurame Bakar, Telur Dadar, Kailan Goreng, Kangkung Goreng Belacan dan Tempe Mendoan.



Kita zoom satu2 ye.
SET AYAM PENYET




GURAME BAKAR



GURAME GORENG



TEMPE MENDOAN


Eh sedap lah tempe mendoan ni. Mcm goreng pisang rasa dia.


KAILAN GORENG






Sempat gak posing dgn cashier dia.




Pak Kimin bgtau "Hatur Nuhun" tu dalam bahasa Sunda. Maknanya Terima Kasih. 
Ohhh... Camtuh...



Ni kat pintu gerbang masuk.. tadi masa masuk tak bergambar.. sbb tgh lapar. Hahahaha.



Ok.. perut sudah kenyang.. jom balik hotel. Nanti kita dtg lagi ye.. next time kita dtg waktu siang pulak.

Friday, June 28, 2013

ORDERS FROM AZRA AND AMAL


Order drp Azra utk birthday anaknya Nur Aimi. TQVM Azra.... 




Order drp Amal untuk wedding cousin nya di Melaka. TQVM Amal....


CHOC CHIP MUFFIN


Thursday, June 27, 2013

BUSINESS WOMAN BARU AKAN MUNCUL

Order ni diterima drp kawan lama yg bakal bukak cafe restaurant tak lama lagi. Tokeh ni dah tunjuk dah layout cafe dia tu. Eeee... best nya. Suka nya suka nya..... 


VANILLA CUPCAKES WITH BUTTERCREAM ICING



RV CUPCAKES



TQVM Akmal.

Wednesday, June 26, 2013

CUPCAKES... BOLA KAMPUNG AND SOFIA THE FIRST

Terima order daripada officemate yg dah cari kan image yg dia nak. 


CUPCAKES "BOLA KAMPUNG"



CUPCAKES "SOFIA THE FIRST"



MOIST CHOC CAKE WITH BUTTERCREAM ICING




TQVM Salina.

Sunday, June 23, 2013

NASI TOMATO.....

Di kala hari minggu ni tetiba nak buat nasi tomato tapi malas nak buat lauk banyak2. Maka tergolek2 lah ayam masak merah serba satu lauknya. Takde lah nak buat jelantah ke acar ke... hehheheh. Rasa buat nasi tomato tu mcm dah abes rajin dah. Hahahaha.



NASI TOMATO



AYAM MASAK MERAH






Saturday, June 22, 2013

MEATBALLS

Dah lama tak pegi Ikea. Naqib nak mkn meatballs kat situ. Jemput makan ye...









Friday, June 21, 2013

RED VELVET.....

RV CAKE



Atas permintaan... tuan punya ni nak ada bunga2 warna pink utk RV Cake ni.



TQVM Dekyan and Zaidah...

Monday, June 17, 2013

BLACKCURRANT SCONES

Teringat lak makan scones yg sedap kat Marks n Spencer Cafe ngan Mas hari tu. Asal masuk Marks n Spencer jer mesti menyinggah minum coffee dgn mkn scones dia.

Ingat nak buat cranberry scones tapi kat rumah ada blackcurrant jer... so jadik lah nama Blackcurrant Scones.


BLACKCURRANT SCONES


Sunday, June 16, 2013

HAPPY FATHER'S DAY

Order from Zaharah and her friend (JAIS) for Father's Day celebration. 


MOIST CHOC CUPCAKES WITH BUTTERCREAM ICING


TQVM Zaharah and friend. Hope awak berdua suka.


Hari ni kakak saya akan datang for breakfast. Luq, Anne and Azreen sekali. W/pun baru buat jer nasi impit, rendang ayam and kuah kacang last Sunday, buat lagi sekali lah.


NASI IMPIT



RENDANG AYAM



KUAH KACANG



Laa....  Anne bwk nasi lemak.... Byk pulak makanan.

Alhamdulillah....