Saturday, June 30, 2012

I SUKA LAA...

Hari ni selamat menghantar 6 balang kuih tart pada Datin Roy. Suka la deal dgn mak datin sorang ni... Walaupun sgt pack time dia... tapi dia punya time management very good lah!!! Very punctual. I like....

Wednesday, June 27, 2012

RAINBOW CAKE

Rainbow cake ni ditempah oleh kawan kolej Nadia.
Ini rainbow cake yg belum siap, masih dlm proses selet menyelet.

Saturday, June 16, 2012

A DAY TRIP TO KUALA TERENGGANU (SAT: 16 JUNE 2012)

Husband saya dah byk kali sebut nak beli sampin songket baru utk diri dia & Naqib. Raya kan dah dekat...
Maka ter-decide lah hari Sabtu yg santai ni, kita org berdua pergi balik hari ke Kuala Terengganu. Kita org pijak bumi Terengganu jam 9.35 am, terus sewa kereta kat sana & meneruskan tujuan utama ke sana. Jom pegi Pasar Payang jom.
Redah jer masuk kedai2 yg ada songket, last2 satu kedai ni yg terpilih. Org yg jual tu siap tunjuk gambar PM pakai songket yg dijual drp kedai dia.
Suka tengok songket ni... Kebanyakannya songket2 skrg pastel colors. Yang ni harga dia RM6,500.00. Perghhhh.... Tidak lah ku beli.....
Upacara pemilihan songket dah selesai.....
Antara songket2 yg ada di kedai tu. Cantik2 kan? Harga pun cantik jugak....
Kedai ni ada jugak jual kain2 batik lukis tu. Tapi tengok batik2 lukis ni mcm takde perasaan. Takde nampak yg ada ummph. Mcm design2 lama jer, abes2 dia taruk batu2 permata tu.. Terus jadik mahal.
Ok... hajat dah tercapai... so pasni acara bebas. Tapi sebelum tu.. kakak saya pesan nak telur penyu. Makcik yg jual kat pintu masuk tu kata sebijik RM3.50 tapi kalau beli 3 bijik = RM10. Acu tanya makcik2 lain yg berniaga kat situ.... Wei.... Sorang makcik ni jual murah sket.. 10 bijik = RM30. Saya cuba mintak RM25, tak dapat tapi dia bagi RM28. Ok arr tu kan. So beli 20 bijik. Tepon kakak saya tanya ok ke tak, dia kata murah la pulak. So settle dah pesanan dia.
Meh gi Pantai Batu Buruk pulak.
Sempat pulak nak posing... AUUUWWWWW.... CHAK!!! hehehehe
Hari panas terik betul. Perit betul rasa panas dia. Kalau jemur baju ni sekejap jer dah kering ni. Garing rasanya kain2 jemur kalau mcm ni punya panas.
Nak makan kropok lekor lah. Jom ke Losong plak...
Nak pegi Masjid Terapung ke nak pegi Masjid Kristal? Pergi Masjid Kristal lah. Sbb lom pernah pegi situ lagi.
Selesai dah mission hari ni... Eh eh... Noor Arfa Batik ada sale lah kat Airport Trengganu ni... Org kedai tu kata kat kompleks dia lagi banyak.... Laaa... tak tingat lak nak pegi Noor Arfa tadi... Ingat takde sale... Takpe lah... tak terasa pun nak berbatik tahun ni...
Kita org tiba KLIA kul 10.05 pm

Saturday, June 9, 2012

KE MELAKA KITA....

Minggu ni turn majlis di sebelah pihak lelaki pulak. Saleh ni org Sungai Petai, Alor Gajah, Melaka.
Tengok map dlm kad kawin tu... perghhh... mudah sangat.. Tapi bila tiba sana tak tau camana nak pegi rumah pengantin. Hahahahaha. Map ni tipu laaa..... Sampai kena tanya 2 orang penjual durian.
Terpedaya dgn map yg nampak sgt2 mudah tu, kita org sempat round2 kat Pasar Alor Gajah. Kot le ada bende yg menarik tapi takde nampaknya... So mcm melawat kawasan je la.
Tengok la gambar2 Qirin kat rumah nenek pengantin lelaki ni...
Eh Saleh ni.. cer jadik pengantin jap... jadik lah mcm raja .. bukan ke Raja Sehari.. Dia pulak sebok tuang2 air.
Sempat gak nak posing2 ngan Anne.
Sian... sendiri takde dusun... main tunjuk2 lah buah kat dusun org... Dengar nya dusun ni ada orang Johor dah beli.
Otw balik, kita org ramai2 singgah rumah mak mertua Kak Norsi, cousin drp sebelah arwah bapak saya. Dekat jer rumah dia dgn Tol Simpang Empat / Alor Gajah tu...

Friday, June 8, 2012

RV....

Order from Ijan.
RV CAKE
TQVM Ijan....

Saturday, June 2, 2012

QIRIN & SALEH SUDAH NIKAH

Hari ni Qirin & Saleh bernikah.
Jom tengok gambar2 ni....
Tol pertama yg pihak pengantin lelaki kena tempoh.
Ini pulak tol kedua...
Last but not least... Final Tol. Yg ni besar kena bayar kat mak andam. Baru lah leh duduk kat kerusi pengantin lelaki....
Emmmm... Baru boleh bersanding...
Kek hantaran yg Qirin request saya utk buat rupa gini...
Ini pula RV Cake utk pengantin potong lepas makan berdamai.
Dan bila ada kenduri kawin... di situ juga ada yg berjejak kasih...
My long lost cousin, Inda. We carry the same name.... seb baik nickname tak sama.
Ini hanya sebahagian daripada cucu cicit arwah atok Othman drp arwah Ali Bin Othman & arwah Ahmad Bin Othman. .
Kakak & Adek...
Kalau bukan ada majlis cenggini... nak benar dok tepi jalan tepi tong sampah??? Hahahahaha.. Tidak mungkin.. Tidak mungkin...
To Qirin & Saleh..
SELAMAT PENGANTIN BARU ... SEMOGA KEKAL HINGGA KE AKHIR ZAMAN. AMIN....

Thursday, May 24, 2012

HAPPY BIRTHDAY ELI!!!!!!!

Hari ni birthday Eliyana laa... Happy Birthday Eli!!! Wahhh... dah sweet 17 dah dia.

Wednesday, May 23, 2012

HAPPY BIRTHDAY PUTRI NURYN AMANI....!!!!!

Sunday, May 20, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU SHAMEIN & AFIF

Untuk wedding Shamein ni saya hanya buat cupcakes saje untuk letak keliling kek pengantin. Takla tension sgt.. heheheh. Kek pengantin tu mak pengantin & pengantin dah tempah sendiri kat BP.
Ini dia gambar nikah.
Ini cupcakes yg saya buat untuk Shamein.

Friday, May 18, 2012

SABAK AWOR, MUAR

Otw to Batu Pahat untuk wedding anak abang saya, kita org singgah lah kat medan ikan bakar kat Muar ni. Selalu lalu jer nampak lah sign board "Medan Ikan Bakar SABAK AWOR".
Setiap kali bila lalu tu mcm teruja nak pegi... kononnya, wahhhh dah takyah nak gi Melaka, kat Muor (ikut slang org Johor) pun dah ada.
So hari ni bertekad lah nak makan kat Sabak Awor ni... terus ikut jer signboard tetiba arah tuju dah takde. Ada mcm pintu gerbang tapi dah ranap. So main redah jer lah celah2 rumah org yg ada kat situ.
Hmmmm... last2 tiba pun. Eh pasal cam tak ramai org...? Tak mcm kat Pernu, Melaka ke yang memang sentiasa ramai org, nak cari parking kete pun payah. Tapi kat Sabak Awor ni.... parking NALLA banyak, ketapi pun boleh buat roundabout cenggini. Hahahaha... Saje nak citer yg parking tu banyak...
Kedai2 makan tak lah sebanyak kat Melaka. Ehhh.... kosong jer... takpe2. Agaknyer lagi mlm lagi ramai kot...
Kita org pilih kedai yg sebelah dalam sekali, 2nd last drp hujung. Siap ada discount untuk Mothers' Day lagi.
Emmm... ada asam pedas gak. Belasah lah. Kita org order lah ikan masak asam pedas, udang masak sweet sour, sotong goreng tepung, ikan siakap bakar. Nasi ada dua pilihan samada nasi putih atau nasi lemak.
Sebab dah bayangkan yg indah2 mcm kesedapan kat Melaka, maka kita orang order nasi lemak. Kat Melaka, nasi lemak bungkus dgn daun pisang.
Kwang.. kwangg...kwang... kat sini nasi lemak serve dlm pinggan. Nasi lemak dia pun rupa tidak begitu menarik. Muka Naqib dah semacam dah. Naqib ni part rasa & nilai mknan agak bagus lah.
Ok.. order semua dah dpt.. kita org pun makan jer laa....
Kesimpulannya.... Masakan kat Sabak Awor ni tak sesuai lah dengan selera kita org ni. Harga dia memang murah lah... Kita org lebih suka yg kat Melaka tu lagi. Gambar ni jer sempat amek. Sbb dah lapar kan, tp asam pedas dia.. kurang menarik dan tidak memenuhi citarasa kami.

UDANG MASAK SWEET SOUR


Tapi tak tau lah kot2 ada gerai lain yg lebih best.

MCM KENDURI

Masa saya hantar kek ni pukul 7.30 am kat tkt 10 Utara, Menara TM, tengok org2 beria buat preparation untuk birthday Leela ni. Kak Zainiar tgh basuh beras lagi. Siap cakap ada bubur nasi & nasi lemak. Bila masuk je area Leela tu, selonggok ni tgh kupas timun, bukan nya sebijik dua, 10 - 20 bijik ada tu. Makkkkk... Mcm kenduri... Harus satu tkt 10 punya makan ni, bukan setakat north wing aje.
Sangat kagum dgn teamwork dia org ni. Bagus2!!
Lps tu ada byk lagi mknan yg dah siap. Entah apa tak tau, nampak mcm kuah kari.. utk mee kari kot.
Kak Zainiar kata Leela yg sponsor semua tu. Pergghhhhh....
HAPPY BIRTHDAY K.LEELAVATHY!!!!!! HOPE YOU HAVE A WONDERFUL DAY....
TQ for the invitation. Kalau saya opis kat Menara harus lah pegi, haishhhh... ini jauh benarrr nak menapak.

Sunday, May 13, 2012

DOUBLE CELEBRATION FOR ME

Surprise from Nadia & Naqib. Siap tutup2 mata ni. TQVM Kakak..... TQVM Adek.....
Qirin telefon kata nak datang rumah. Sila2.
Pagi bila ramai2 tu biasalah, breakfast nasi lemak & sambal udang petai. Petai tak musim kot, susah nak dapat kat pasar.
Emmm... kek ni pulak... Anne, Qirin & Salleh yg bawak. Terima kasih banyak2, susah2 jer. Terharu I.....
CHOCOLATE INDULGENCE CAKE
Dah lama teringin nak makan cucur badak buatan tangan sendiri, dah terlanjur ada ramai2 ni, kita buat la dia....
CUCUR BADAK
PISANG GORENG

Thursday, May 10, 2012

DIA SUKA ANGRY BIRD

Ayah kepada birthday boy ni kata anak dia suka angry bird so nak soh letak figurine angry bird atas kek tu. Tak penah buat sebelum ni sbb selalu dok tempek gambar-gambar je. Takpe2, kita buat ikut hajat dia ye. Nak sambut kat nursery ni.
TQVM Mai & Fauzi.

Sunday, May 6, 2012

INI AJE?????

Hari ni masak ni aje. Alas perut dulu. Hahahaha. Nanti kita gi cari dapur di mana2.
MEE GORENG

Friday, May 4, 2012

MAKAN BESAR

Azlin order Walnut & Almond Brownies ni utk potluck kat office dia. Dia kata ada officemate dia dpt bonus NALLA punya so nak blanje kwn2 mkn. Yg lain2 tu buat2 nasi tambah laa bwk potluck.
WALNUT & ALMOND BROWNIES

Wednesday, May 2, 2012

KL - JAKARTA - BANDUNG - JAKARTA - KL (28 APR - 2 MAY 2012)

Hello Jakarta & Bandung.... Here we come again. Best jugak kalau takyah plan2 ni. Main redah jer pegi. Hehehehe.
Sementara menunggu boarding tu, my husband and I dok bersantai minum2 dulu. Cer tengok harga muffin and cakes dia. Rasanya cakes tu mcm sebijik Secret Recipe punya tapi harga per piece dah jadik double.
Ramai ke org nak mkn or minum situ? Dah la kena naik aero-train utk minum kat cafe ni.
Kagum jugak service dlm flight ni. Steward and stewardess semua veteran2 tapi service tip top. Malaysian Airlines pun amek yang muda2 je keje di awan ni, mana yg dah veteran dah keje kat darat kan.
The food given sangatlah ok rasa dia.
Eh cake ni sedap lah.
Burrpppp.... Alhamdulillah...
Ok, pilot dah announce... dah nak sampai and the screen depan seat pun tunjuk kan the flight info.
Kami tiba Jakarta jam 6.20 pm, tunggu luggage kluar agak lama jugak lah. Almaklum kapalterbang besor, penumpang pun ramai.
Kita org naik bas terus ke Bandung and tiba di stesen bas Batu Nunggal dah nak pukul 10 mlm. Pastu terus naik teksi ke hotel.
Kali ni kita org browse2 jumpa hotel baru bukak kat BSM. Ibis Hotel nama dia. Hotel ni 2 star aje tapi sbb dia baru bukak March 2012, segala benda serba serbi baru, pressure air pun kuat , so best lah.
Memang sangat lepak rasa nyer, so landing terus... Zzzzzzzz....
Emmmmm... start fresh di pagi Sunday. Boleh buat aktiviti2 yg sepatutnya kat Kota Bandung ni. Heheheheh... Mcm tak biasa....
So agenda pertama hari ni nak ke Pasar Baru. Gi melawat Pak Kumar cam bese....
Tengok Pak Kumar tengah mengira tu.
Main sedap jer soh budak2 tu potong, tetiba terus banyak. Hahahahaha. Memang setiap kali mcm tu pun. Nak tau tak, yg pompuan tu baru umur 23 tahun tapi dah ada anak sorang umur 5 tahun.
Dah2 cukup kain2 tu. Pasni kita jengah Bali's Heaven pulak & Paris Van Java jugak. Fuhhh... pesal weekend ni shopping mall dia sale giler babas ni ek? Nak kata Mid Year Sale blom mid year lagi.
The following day pegi Rumah Mode. Hari Isnin org2 Jakarta dah balik dah tapi yg meramai kan org M'sia lah...
Ini hasil dari rumah Mode. Tak lah byk.
Kalau dah tiba sini... mesti gi mkn pisang goreng with cheese ni.
Meh kita zoom lagi dekat.
Obral Gede di mana2 shopping mall.
Cukup suka dgn Shaun the Sheep ni. So angkut jugak binatang ni, bela kat sini. Heheheheh.. Jadik gembala la pulak.
AQUA OCEAN penghilang dahaga.
Kat Soekarno Hatta In'tl Airport, Jakarta, dok minum2 kat Old Town White Coffee sementara tunggu boarding nak balik M'sia.
Dapat pulak no 17 order yg belum sampai ni. Mcm Lagenda 17. Hehehehehe
Sampai KLIA lebih kurang kul 10 mlm , mcm masa pegi jugak.. tunggu luggage tu agak lama la. Ada pulak group rombongan so mcm rioh rendah sket.