Wednesday, March 31, 2010

HAI BANDUNGGGG...

Hai Bandunggg.. Kita orang datang lagi ni...

Sampai2 je kat Bandung hari hujan. Rupa2nya mmg tgh musim hujan sebelah petang. Alamak..... Terganggu jadual ni...

Memandangkan hari hujan, so kita org hanya pergi BSM aje.

Hari kedua plan nak gi rumah mode and Jln Dago. Nak gi jalan2 & shopping2 kan... So.. apalagi.. breakfast kenyang2.




Sempat posing dgn bas rumah mode. Tak pernah pun bertembung dgn bas ni sebelum2 ni.



Emmmm... Ada hasil.....



Masa berjalan tadi tak hengat lapo... Bila berenti terus rasa lapo...

NASI PADANG RESTOREN SIMPANG RAYA




Hari ketiga ni nak pegi Pasar Baru.. Mesti amek masa panjang ni. So.. siap2 breakfast ye.



Huiyo.. penat, lapar semua ada.. Tapi enjoy giler. Jom pegi makan.

MENU RESTOREN RIUNGSARI (MASAKAN SUNDA)




OTAK-OTAK DGN BUMBU



Sementara tunggu nasi & lauk2 sampai, makan otak2 tu dulu.



Hah dah sampai pun... Ada ayam goreng tepung, sayur kangkung, telur dadar, cumi goreng tepung(cumi tu sotong kita pamggil kat sini..) dan ikan apa ke nama dia.. dah lupa.. tapi goreng bercili laa...



Senyap sunyi masa makan sebab masing2 menghayati & menikmati masakan sunda.

Masa breakfast mesti ada kuih ni.. kuih cencorot nama dia. Husband saya dah beberapa kali stay kat hotel ni kata kuih ni sedap so teringin nak rasa.

KUIH CENCOROT



Hmmm.. rasa dia nak kata mcm dodol.. taklah liat cam dodol, nak kata macam kuih kosui, ada liat2 sket. Kuih kosui guna tepung pulut kot.. heheheh.. Makan je lah... Susah2 nak tau asal usul kejadian pulak.

Malam last kat Bandung... memandangkan hari hujan lebat pulak tu, ingat nak keluar ke kedai2 sepjg Jln Riau tu terbantut lak.. Dah hujan agak lebat,, nak wat camana.. So.. apalagi.. saya & Anne pegi Spa & buat full body treatment siap ngan mandi susu. Hmmmm... Besttt...!!

Friday, March 26, 2010

Peminat Cupcakes

Officemate saya ni memang peminat cupcakes no 1. Kagum gak ngan dia ni sebab appreciate benar2 kat cupcakes. Cupcakes ni dia nak makan ngan girlfriend dia. Sila2....





Hope you all berdua suka ye.

Pssttt... Bila nak kahwin???? Heheheheheh.. Busybody sekejap.

Tuesday, March 23, 2010

Moist Choc Cake lagi...

Kakak ni banyak kali pesan takut saya lupa buat kek dia sebab kek ni utk jamuan kat office.
Sorry ye kak, tulisan saya tak cantik. Senget benget.

Sunday, March 21, 2010

GET TOGETHER............

Ingatkan kita orang dah lambat dah sebab kata start kul 5.00 pm tapi kita org sampai kul 6pm. Ada org datang rumah, pastu hujan pulak kat Shah Alam masa nak keluar tu.. Emmm.. takpe la.. nak wat camner... Better late than never.

Saya cuma ingat nama jalan jer, no rumah tu mmg dah lupa. Tanya tuan rumah tak jawap pulak. Redah jer laa... the last time I went to her house was somewhere in 1983. Ish!!! Dah 26 tahun beb... Ingat ke ni... buat nyer dah renovate ke, ada tambah apa2 ke.. Takpe.. takpe.. insya Allah jumpa.

See.. I told you, bila saya tiba kat jalan rumah dia, memory tu terus restore dlm kepala ni. Ok, rumah dia sebelah kiri saya. Tunggu jap, tgk rumah neighbour dia jap, ok masih ada balcony mcm cerita Rapunzel tu. Emmm.. konpem. Ini mmg rumah Bonde.

Tunggu 10 minit depan rumah Bonde sebab ia keluar pegi amek another friend yg tak tau jalan.

Sementara tunggu Bonde balik tu, kita org sempat berposing depan rumah dia... Jgn maraaa Bonde...










Makanan memang pergghhh... sedap giler..!!!







Bila ramai2 camni rasa cam one big family yg tgh berhariraya.



Kita org berchit chat , makan2, sambung balik chit chat, sempat pulak kita org pegi pasar mlm Bangi tinggalkan suami2 bersama Abah Bonde. Macam tak reti2 nak berenti tapi everything has its own limit. So limit pertemuan adalah perpisahan. Bukan perpisahan apa... balik rumah masing2. hehehehe... TQVM Bonde, Jas, Taty & Zohrah for the nice moments together. Also to Bonde's parents, TQVM pakcik & makcik (Dato' & Datin), sanggup dengar rioh rendah kita org, duduk rumah org sampai tghmlm.

Sampai rumah nearly 12 midnight. Mmg knockout le... ZZzzzzzzzz....

Saturday, March 20, 2010

TERINGIN NASI MINYAK????

Dah lama tak buat nasi minyak tapi malas nak prepare lauk2 yg banyak. So buat jugak nasi minyak tu tapi match kan dgn satu lauk aja. So tercapai gak hajat nak makan nasi minyak kan...

Saya tanya my husband nak ayam masak merah style Kolumpo ke atau mcm arwah bapak saya selalu buat untuk kenduri kahwin, and dia jawap mcm arwah buat. So ayam masak merah ni nak kata sebijik mcm arwah bapak saya buat tu tak lah jugak... tapi basic2 tu sama la cuma tak cukup bahan2 tambahan such as carrot, buah tomato, gajus, badam, buah berangan, kismis semua tu. Sbb kadang2 letak bende2 tu tak makan pun. Sesia je.


NASI MINYAK




AYAM MASAK MERAH ALA PAK ALI



Petang nanti nak pegi rumah kawan kat Bangi, ada gathering dengan kawan2 masa matriks UKM dulu...

Monday, March 15, 2010

PSSSTTT... ADA ORG DATANG...!!!

Pssstt.... ada org nak datang... Saper??? Hehehehe.. Kakak saya laa... Dah lama kakak saya ni tak dtg rumah saya sejak konvo anak dia Qirin dulu. Pastu masa bulan Ramadhan tahun lepas kan suami dia meninggal.

BUAH2AN HASIL TUNJUK DI MBG STALL



MEE GORENG



KEK MARBLE



Eh eh... ada buah tangan... Best nyerr..

BUAH TANGAN

Saturday, March 13, 2010

CONGRATULATIONS!!!

Again, my very good friend requested for these fondant cupcakes. Ada family gathering rasanya on Saturday night. Tambah lagi the cupcakes earlier was meant for Wawa utk bagi2 kengkawan kat sekolah.



So for her son, Najmi, yg baru dapat result SPM, congratulations!! Takde apa nak beri, so I thought of giving him these MU cupcakes. Dia ni suka football & a fan of MU, siap tanya mama dia, dia ni fan yg mana.

CUPCAKES FOR NAJMI... CONGRATS!!

Thursday, March 11, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO WAWA

Right after siapkan cupcakes hantaran, saya perlu siapkan pula request from my very good friend for her lovely daughter, Puteri Najwa a.k.a Wawa. Wawa ni baru Std 5 & nak bawak something for all her classmates & tak ketinggalam cikgu2 dia.






Saya hantar dah malam about 10.30 pm mlm tadi and Wawa dah tidor. According to her mama, mmg dia tertunggu2 bila lah auntie ni nak tiba bawak cupcakes dia. Sian dia.. Don't worry Wawa.. gerenti tiba punyer...

Happy Birthday Wawa....

Wednesday, March 10, 2010

MINGGU YG AGAK BUSY

Minggu ni adalah minggu yg agak busy buat saya. Ada request from my officemate untuk hantaran kahwin adik lelaki dia. Untuk hantaran dia request bunga ros merah tiga kuntum setiap satu.

Pastu takkan yg lain kat umah nak pandang je kan, so she also ordered for budak2 kat umah dia. Tak kesah lah buat apa rupa pun janji untuk kanak2.

ROSE MERAH DRP PENGANTIN LELAKI



UNTUK KANAK2



Memandangkan kakak pengantin ni dah cuti, jadi dia pesan kirimkan those cupcakes to one of her colleagues dan dia beri lah "upah bawak" untuknya. Yg kelakar tu, kakak pengantin ni tak bgtau yg ada "upah bawak" kat member dia ni sbb nnt berebut2 org lain nak "tolong bawakkan". Hehehehe..

"UPAH BAWAK"

Sunday, March 7, 2010

NASI LEMAK BUAH BIDARA....

Dah lama gak tak buat nasi lemak ni... apa kata kita makan nasi lemak pulak hari ni... Lagipun, sambal sotong ni mmg favourite Naqib. Meh jom kita makan....

SAMBAL SOTONG



Selalu asek-asek ikan masin, maka hari ni tukar pulak dengan ikan senangin goreng.

IKAN SENANGIN GORENG



Sudah pasti tidak sah kalau nasi lemak tidak ada geng2nya. So inilah dia Geng Nasi Lemak.

GENG NASI LEMAK

Friday, March 5, 2010

JUMAAT 5/3/2010

Untuk hari jumaat yg mulia ni, kawan saya order Bun Mocha Kismis. Manakala moist choc cake pula ditempah oleh secretary kepada VP untuk jamuan kat office dia.

Gambar tak ambil la plak... serupa jer dgn sebelum2 ni.

Wednesday, March 3, 2010

3 MARCH 2010

Tuan punya cupcakes ni adalah yg sama dgn semlm. Since semlm punya dah bawak ke tadika, so yg hari ni punya nak celebrate kat rumah. Tapi celebration di rumah, kawan saya ni request untuk buttercream icing pulak.

Cupcakes with Buttercream Icing

Tuesday, March 2, 2010

2 MARCH 2010

Cupcakes with fondant icing ni officemate ya yg order untuk birthday anak dia. Dia nak bawak cupcakes ni untuk anak dia yg 4 tahun tu celebrate kat tadika. Since anak dia ni peminat Ben 10, so dia pesan suruh bubuh jugak Ben 10 kat cupcakes tu.

Monday, March 1, 2010

1 MARCH 2010

Ini order from K Mah untuk jamuan kat office dia.



Takde apa2 nak bagi kat K Mah ni, so saya berikan cupcakes with buttercream icing ni untuk dia. TQ ye K Mah.


Sunday, February 28, 2010

HARI TERAKHIR FEB 2010

For breakfast pagi ni, since dah quite some time jugak tak goreng mee hoon sendiri, so tergerak lah hati ni nak buat meehoon.

MEE HOON



For lunch pulak, agak malas nak banyak2 kan bekas maka menu ini disediakan. Semua disatukan maka terciptalah Ikan Siakap 4 rasa with brocolli. Selalu kan 3 rasa, so kali ni buat extra sket and campur brocolli sekali. Tak payah susah2 nak masak sayur lagi. All in one.

IKAN SIAKAP 4 RASA WITH BROCOLLI



Tadi keluar ke Sect 18 sekejap, ternampak ramai2 or makan kat gerai rojak Pak Salim ni so kita org pun beli bungkus.

ROJAK PAK SALIM

Saturday, February 27, 2010

WEST-PUNG?????

Tak tau apa nak buat for breakfast pagi ni.. Oh lupa plak, husband saya hari tu dah kupas pisang & masuk container tarok dlm fridge. Buat jemput2 pisang laa... Roti gardenia pun ada... nanti terbuang jer.. Roti gardenia mmg beli untuk Naqib breakfast before pegi sekolah and bawak bekal roti tu jugak. Tapi kalau weekend ni bukannya laku...

Takpe2... kita buatlah sesuatu kat roti tu. Emmm.. jadik kita combine lah pagi ni.. breakfast kampung + western sket. Jadiklah WEST-PUNG BREAKFAST. Hehehehe... Sukati laa labu.....


JEMPUT2 PISANG



FRENCH TOAST

Friday, February 26, 2010

CUTI MAULIDUR RASUL 2010

Untuk santapan breakfast di pagi Maulidur Rasul yg mulia ni, tekak ni mmg teringin nak makan roti canai & kari drp air tangan sendiri. Selama ni kan asek-asek makan drp air tangan mamak jer...

So sebelum fajar menyingsing tadi, aktiviti uli menguli adunan pun berlangsung.

Sebenarnya bukan reti menebar pun... belasah je, main ikut kata hati je. So... jadiklah ia sebegini rupa.

ROTI CANAI



KARI AYAM




Today is my brother's birthday. Pagi2 tadi dah wish dah dia via sms. Happy Birthday, semoga pjg umur, murah rezeki, sehat sejahtera serta diberkati & dirahmati Allah sentiasa. AMIN....

Naqib ada replacement kelas tuition tadi. Lepas hantar Naqib, my husband & I pegi lepak sekejap kat PakLi Kopitiam, saje pekena neslo panas. Sempat gak tu..

Sunday, February 21, 2010

AHAD PULA....

Pagi ni, kedai mamak tu dah tolong sediakan breakfast... so takyah susah2 laa...

For lunch today, my husband requested either Nasi Beriani or Nasi Tomato... So saya pun ada rasa nak buat Nasi Tomato. Maka Nasi Tomato laa yg dibuat. Hehehehe..


NASI TOMATO




AYAM MASAK MERAH




Sebenarnya nak buat kurma daging, tetiba dah aktiviti menumis tu bau prasan rempah kurma takde. Ya ampunnn.. knp laa tak check awal2. So memandangkan aktiviti tumis menumis dah berlangsung... maka rempah kari laa yg jadik penyelamat.. ke mangsa? Hehehe.. Apa2 laa...


KARI DAGING



Konon nak buat kek gula hangus ni untuk minum ptg tapi terlambat lak... so buat untuk supper laa...

KEK SARANG SEMUT A.K.A KEK GULA HANGUS

Saturday, February 20, 2010

AKTIVITI HARI SABTU

Pagi ni breakfast kami hanya lah donut sahaja....

DONUT



Petang tadi my husband and I pegi tengok hockey match kat Stadium Hoki KL. Kawan my husband ada main tadi. Memang semua veteren laa... tapi salute laa kat dia org tu sbb masih punya stamina walaupun kebykannya YA AMPUNNNN.... Boroi2!!

Bila tengok hockey ni mesti teringat zaman dulu2. Sekolah saya dulu mmg hockey ni top laa.... Sampai saya & kwn saya, Rozana, terjebak join hoki ni.... Ye laa.. kagum sgt tengok seniors yg jadik school players ni, and one more thing yg menambah kan kagum beno tu... most of them tu State players jugak. So.. bercita2 nak jadik at least school player laa... last2 setahun jer join hoki ni masa Form 1.. tak sanggup practice & training hari2. Eksyen konon hari2 dapat dinner awal drp org lain... Emmmm... hampeh.... Semangat tak kuat langsung... Tapi tak pernah miss tengok hoki match lepas tu... last2 menyebok masuk Cheering Club jer. Terjerit2 bersorak tepi padang hoki. Mmg best lah time tu..

Ni dia antara gambar2 hockey match tadi.

HOCKEY MATCH - KL VETEREN OPEN






Hari ni panas terik betul, after dua game aje, air akan dipancutkan....



For our tea today, saya buat roti marble. Tinggalkan sekejap sementara dia kembang membang.. sempat jugak gi tgk hoki. Balik tadi terus boleh bakar.

ROTI MARBLE