Wednesday, November 13, 2013

LIGHT DINNER

Malam ni makan lempeng ngan sambal cik din jer...



Sunday, November 10, 2013

ADA ORG NAK IKAN PARI

Naqib kata nak ikan pari so di assam pedas kan lah cik pari ni...


ASAM PEDAS IKAN PARI






Macam lauk wajib lak tauhu n sambal kicap pedas ni. Asal2 gi rumah orang dulu... sedap lak makan kat rumah org.. langsung jadik lauk tambahan wajib kat rumah ni.



Saturday, November 9, 2013

LONTONG KELANG

Dah lama tak makan lontong kelang... Jom kita pegi mkn....


LONTONG KELANG



Untuk lunch... lauk sempoi jer...

SOTONG MASAK LEMAK DGN KACANG PJG



TAUHU GORENG DGN KICAP PEDAS



Ikan sardin ni tinggal sekor jer dlm fridge so sila perabes kan.


Saturday, November 2, 2013

HAPPY BIRTHDAY QARINA SOFEA!

Order untuk birthday party Sofea.


RAINBOW CAKE




VANILLA CUPCAKES



BLUEBERRY CHEESE TART



TQVM Yati...

Friday, November 1, 2013

RV CAKE AND VANILLA MINI CUPCAKES


Order from kakak's officemate. TQ for the order ye.



RED VELVET CAKE



Request from Azlina to have vanilla mini cupcakes in pink, yellow and blue colors.




TQ Azlina.

Wednesday, October 30, 2013

KL - KUCHING - KOTA KINABALU - KL (28 OKT - 30 OKT 2013)

Kali ni kita org ke Kuching dan Kota Kinabalu. Plan asal memang ramai yg akan pergi... Anne n suami, Min dan suami dan jugak Kak Kamal. Tapi yg jadik betul kita org berempat beranak ni dan jugak Min and husband dia.

Kak Kamal last minute tak jadi pegi sebab mak dia yg kita org panggil Wan masuk hospital.

Kita org 4 beranak ni cuma stay kat Kuching satu mlm aje sebab tujuan utama hanya nak dinner kat TopSpot and tak lupa beli ikan terubok masin. Husband saya pulak aim kan favourite dia si buah durian belanda / soursop yg melambak dan murah kat pasar Satok tu. 

Saya dan Min stay kat hotel yg berlainan. Tapi kita org berjumpa utk dinner.

Kebetulan jugak malam tu semi final football Piala Malaysia - Sarawak vs Pahang. Terbeli pulak topi utk supporters Sarawak. Hahahaha.




Posing jap depan hotel ye.



Lepas jer check in hotel, kita org terus ke pasar Satok. Ingat ye tujuan utama nak beli ikan terubok masin. Dan husband pulak memang dah aim nak beli favourite dia si durian belanda tu. Byk betul gerai yg jual durian belanda. Murah2 pulak tu.

DURIAN BELANDA / SOURSOP



Kedondong dia pulak... kus semangat .. besor2. Beli beli jgn tak beli.

KEDONDONG



CILI / LADA



Mak oiii... murahnya petai. Punya banyak papan seikat tu. Besor2 bijik mata dia. Rapat2 pulak tu. 5 hengget je!! Kalau kat sini ada 3 papan jer... tu pun paling murah RM4. Mata dia kecik2 jer.


PETAI



Ramai pulak org beli roselle ni. Budak yg jual tu beria soh beli.

ROSELLE



Hah... tu dia ikan terubok kita. Org yg jual ni beria nak balik cepat nak pegi stadium tgk bola. Langsung dia bagi harga murah. I like....!!!

IKAN TERUBOK MASIN



Misi seterusnya nak makan seafood..... Hehehe....



Mana Min ni... Lapo dah ni... Makan dulu ek. Ermmm... dah licin baru Min sampai.. so order lain ler.... Ohhh... cari slipper ye... dah sakit kaki ye.. jalan sakan sepanjang kedai2 kat Waterfront tu... Hihihihihi... Tu baru sikit Min....




The next day kita org ber4 beranak ni ke Kota Kinabalu pulak utk 3 malam. Dah lama betul tak ke KK ni.

Petang yg kita org sampai KK hanya dibazirkan masa pegi ke One Borneo. Dia ni ala2 Sungei Wang Plaza lah lebih kurang.

The 2nd day di KK, kita org ke Kundasang. Mula2 nak pegi Kinabalu Park. Tak penah dpt amek gambor puncak Mt Kinabalu tu clear betul. Selalu awan dah lindung dia. So kali ni konon nya nak dptkan yg terbaik lah...

Tetiba nampak puncak tu clear masa kita org sampai kat Pekan Nabalu. Langsung berenti and buat photo shoot sekejap.










Lepas posing2 kat Kinabalu Park, kita org ke Desa Cattle Farm, Kundasang. Dengarnya view cantik mcm kat New Zealand gitu. 








Kita org cari yg tempat cactus tu tapi jauh lagi rasanya.. so tak jadi laa. So kita org pun bergerak balik ke KK.

Otw balik tu.. kita org singgah pulak kat Rumah Terbalik di Tamparuli.




The 3rd day, kita org hanya jalan2 kat sekitar hotel aje. Pegi Pasar Philiphine sekjp. Bukan nya nak beli benor... Saje nak cuci mata.




Rupanya Min ada kat pasar tu jugak masa tu tapi boleh tak bertembung. Bukan besor nar pasar tu cuma byk lorong2 je.

Petang ni nak amek gambor sunset lah. Mesti cantik.. kat tepi laut kan.


SUNSET IN KK

                            


Malam ni dah janji dgn member lama nak jumpa kat Suria Sabah. Kita org ni family friend.. parents kita org memang berkawan baik. Jue ngan saya pun sekolah sama sejak dari Std 1 sampai lah ke Form 5.



Ok Jue... TQVM for the dinner treats. Bila2 nanti kita jumpa lagi ye...

Friday, October 25, 2013

RAINBOW CAKE

RAINBOW CAKE



Order drp kawan office Nadia. TQVM ye.

Sunday, October 20, 2013

TAK COMEL DI MATA.. JANJI COMEL DI TEKAK

Request drp Naqib minta buat roti. So saje laa buat sosej bun ni.. selalu dok invest kat Bread Story.

Walaupun tak comel pada pandangan mata ini.... janji dia comel bila masuk ke tekak terus ke perut. Hehehehehhe.




Friday, October 18, 2013

JOM LUNCH KAT BELANGA

Yeayyyy!!!! TGIF!! Jom gi Mid Valley lunch kat Belanga.

Asilah aka SPA G pilih nasi goreng belacan and saya tiru dia. Sarah pilih mee kari, Fina pilih laksa Penang and last but not least si Maziani aka Zeni pilih laksam... tak sempat nak amek gambar laksam.


NASI GORENG BELACAN



LAKSA PENANG 



MEE KARI


Alhamdulillah... Kenyang....



Wednesday, October 16, 2013

HARI TU PADAT... HARI NI LENGANG...

Laaa..... kosong betul tempat parking Ikea ni..... Bagus2! Naik tak tentu arah parking mana nak pilih.



Hari tu tak dpt... maka hari ni dapat la....



Tuesday, October 15, 2013

AIDIL ADHA TAHUN INI

Aidil Adha tahun ni tak balik BP. Beraya di rumah sendiri aje. Maka sendiri kena masak laa....

Yang didulukan ialah anyam ketupat... Dapat 30 biji jer. Jadik le... Lepas hajat utk dptkan mood raya.... Eksyen taknak buat nasi impit.. konon setakat nasi impit tu weekend biasa pun boleh buat. Tak payah tunggu raya. Berbulu telinga orang dengor.
hihihihihih...




So ini juadah utk makan di pagi raya... 


Cuma lemang aje dibeli drp member husband. Yg lain2 tu ketupat, rendang ayam, kari ayam dan kuah kacang semua masak sendiri.

Untuk mkn tengahari dan seterusnya sampai malam... saya masak nasi tomato, ayam masak merah , kurma daging. Jugak laksa Johor. Jugak ada dessert sekali ye... moist choc cake dan walnut carrot cake.

Ya Ampunnnnnn... impress betul dgn diri sendiri. Hahahahahaha. Sape lagi nak kagum kalau bukan diri sendiri. Mcm tak percaya pulak beria sakan masak kelentang kelentung sorang2 untuk semua menu ni.



Izya kata nak datang beraya. Sila2. Tapi sikit benar makan nyer....

Monday, October 14, 2013

SEHARI SEBELUM RAYA HAJI

3KG WALNUT CARROT CAKE


TQVM Zaidah.... Sorry la di kala cuti2 ni janji kul 8.00 pagi. Tadi hantar Nadia kul 7 pagi, lepas ni nak pegi pasar tani Kelana Jaya. Baru nak cari bahan2 masakan utk Raya esok. Bersemangat ni nak raya di perantauan.


MASAK LEMAK PUCUK MANIS DGN KELEDEK



SAMBAL TUMIS SOTONG



Dua2 lauk ni memang favourite husband dan Naqib. Kalau hari2 makan ni pun dia orang boleh.. tapi saya lah boring kalau masak benda yg sama hari2. Tak gitu?


Sunday, October 13, 2013

FUHHHH..!! PENUH NYA IKEA...

Semalam tak keluar pun. So hari ni kita org ke Ikea.. Fuhhh.. susah betul nak cari parking. Confirm dia orang ni pun tak balik Raya kat kampung masing2. 

Kat tempat makan Ikea pun.. kus semangat.. ramainya umat tgh mkn. Yg tgh beratur tu ramai jugak. Terus tak jadi mkn situ.. kita org ke Kluang Station Kopitiam. Lain kali lah makan meatball tu ye.