Friday, March 8, 2013

TURN KAT RUMAH PULAK

Rof kata kali ni nak celebrate kat rumah with family members pulak. Satu RV cake and satu lagi moist choc cake, nak letak strawberries and gambar Angry Birds.


RV CAKE




MOIST CHOC CAKE WITH BUTTERCREAM ICING



Mekaseh ye Rof...



Ini pulak order drp Shikin. Nak balik kampung ye.. TQ Shikin....

Thursday, March 7, 2013

KE SEBERANG YE....

Kawan saya si Ijan ni call nak order choc cupcakes ni. Katanya budak yg nak cupcakes ni hanya makan kek choc dan cream nya pun kena warna chocolate. 
Cupcakes ni jugak akan dibawa ke Medan, Indon. Ohhh nak terbang lah ni ye.... 


MOIST CHOC CUPCAKE WITH BUTTERCREAM ICING



Have a safe journey ye wahai cupcakes. Jgn senget2 plak bawak tu.. kang terbalik pulak.



Dan saya mmg ada buat extra cupcakes untuk officemates.



Sunday, March 3, 2013

CELEBRATE KAT TADIKA

Tetiba Rof call nak order RV cake untuk nak bawak ke tadika anak manja dia ni. Malam2 sket lah Rof ye.

RV CAKE


TQ Rof.

Saturday, March 2, 2013

SABTU YG PENUH AKTIVITI

Pagi ni dah set appointment nak service kete. Sementara tunggu service tu... kita pegi breakfast kat kedai2 makan yg ada kat kawasan tu.

Eh eh... ada lempeng laa.... Panas2 lagi. Baru keluar kuali ni.


LEMPENG KELAPA DAN SAMBAL TUMIS



Balik dari servis kereta, siap2 nak pergi wedding Shikin pulak kat Kelang. Naqib dah janji ngan kawan dia nak pegi wedding abang kawan dia kat Section 19.

Ni makanan kat wedding Shikin. Tak ambik pulak sambal sotong. Almaklum takut pedas. Heheheheh... Ada rojak ke gado2 ek nama dia. Sedap kuah kacang dia. Kuih2 pun sedap.




Pengantin lelaki tak lama lagi tiba. Jom jengah Shikin kat bilik pengantin. Comel and sweet lah dia...




Cantik pelamin Shikin...



Balik dari wedding, nak bawak si Kiko pegi klinik. Dah 2 hari dia melepek monyok je. Kenapa ye.... Bulu2 dia habis tanggal. Draco si abang dia pulak dengki, gigit2 dia, abes berterabur bulu2. Kiko memang dah tak larat sangat.

Fuhhh... ramai pulak kat klinik.... Mcm2 nama dengar. Oshin ada... Along ada... Memey pun ada. Hehehe.

Nama Kiko kena panggil selepas Oshin. Doctor kata Kiko ni sebenarnya stress. Siannnn dia. Kena buli ngan Draco. Dan Kiko pun ada selsema. So doctor bagi ubat pil Flu and multivitamin. Kena injek sekali. Diam jer Kiko... tak mengiau langsung.



Get well soon Kiko...!!


Friday, March 1, 2013

1313 - CANTIK DATE HARI NI.....

Pagi ni ke CyberJaya untuk urusan kakak.... Lepas tol masuk ke CyberJaya tu kena buat lencongan. Ohhh... semalam kat Berita ada bgtau... Ada jambatan roboh.....  Huitttt!!! Patah dua jambatan tu. 



Sementara tunggu urusan kakak selesai, kita pegi deliver Cheese tart ngan birthday cake ni dulu.

BLUEBERRY CHEESE TART


Cheese tart di order oleh Maziani. TQ Maziani.....


VANILLA BUTTERCAKE WITH BUTTERCREAM ICING


Cake ni ditempah oleh mama to Mustaqim. Si mama suruh lukis frame cermin mata atas kek tu. Harap suka lah ye.
TQVM ye Siti Zaidah a.k.a MokJah.

150 pcs RV cupcakes ni pulak di order oleh Pn Mazihan sebagai tambahan dessert untuk wedding ipar dia kalau tak silap. Kena hantar sebelum 8.00 malam sebab dia nak gerak balik kampung pukul 8.00 pm.


RV CUPCAKES


Mekaseh daun keladi... Sudi2 lah order lagi... Hehehehe.






Thursday, February 28, 2013

ORDER DRP PALI

Pali order blueberry cheese tart ni.



Terima kasih Pali....

Wednesday, February 27, 2013

TAK NAK CAKE

Hari ni birthday Dura Amira. Pesan Mira pada mama dia, "Mama tak payah beli cake, dia nak cheese tart aje". Ermmmm... bagus lah Mira ni.


BLUEBERRY CHEESE TART



Happy Birthday Mira.....!!!!

Monday, February 25, 2013

RV CUPCAKES UTK FAREWELL.....

Untuk jamuan farewell Norina.




Thank you Pn Mazihan.

Sunday, February 24, 2013

PICNIC

Hari ni Nadia dan kawan2 dia nak gi picnic. Kat mana? Laaaa..... kat Tasik Shah Alam jer... Hehehehe... Kawan2 dia dah bawak mknan berat2 so kakak bawak yg light2 je laa... Hahahaha. Kakak cuma bawak chicken nuggets dan RV cupcakes.

RV CUPCAKES



RV CAKE


Kalau hari tu ada girlfriend tu nak beri utk birthday boyfriend dia, kali ni housemate pada si girlfriend tu pulak nak beri kek pada seseorg jugak. TQVM Ain....

Saturday, February 23, 2013

PRE-GRADUATION CELEBRATION

Ermmmm.... sekejap jer rasa.... pejam celik pejam celik, Rai dah abes dah master dia. So dia nak celebrate dgn kwn2 dia kat Tasik Shah Alam.


MOIST CHOC CAKE



Congratulations Rai....!!!
Thanks for the order.


TAMBAH KOLEKSI

Hari tu kan dah suka sangat bunga rose tu menjadi... maka di kala hujung minggu ni kita menambah lah koleksi lagi... Tambah lah color lain pulak. Selalu bunga rose yg famous warna merah jer kan... purple ni mcm jarang pulak tengok.

ROSE PURPLE


Zoom dekat sikit yg purple ni...



Yang ini lagi tak biasa tengok. Macam bunga lukisan. According tu penjual tu, rose ni rose dari Siam. Thailand lah tu... Unik kan?

ROSE SIAM



Rose warna pink ni kelopak dia mcm lain sket. Banyak rupa dan jenis2 rose ni sebenarnya... Kena study jugak lah kalau nak tahu lebih detail lagi.

ROSE PINK


Kita bela elok2 ye. So total pokok bunga rose dlm koleksi sekarang dah 10 pasu. Yg warna kuning lom bunga lagi. 

Friday, February 22, 2013

NAK ANGRY BIRD LAGI

Ermmmm.... si girlfriend nak beri kek pada birthday boyfriend nya.... Ceh ceh ceh ceh.... Seronok kawan2 serumah boyfriend kan? TQVM Zeni....


RED VELVET CAKE




Kelmarin birthday cake si adik dah bawak ke nursery, so abang ngan kakak pun nak jugak. Si mummy ni pun request lagi.... short notice jugak. Kita try jugak lah buat benda yg lebih kurang sama rupa mcm hari tu.


MOIST CHOC CAKE WITH ANGRY BIRDS FIGURINE



Mekaseh lah ye Mai and Fauzi.

Wednesday, February 20, 2013

HADI TURNS TWO!!!


Tiga beradik yg sangat suka dgn Angry Birds. So kali ni si adik kecil punya turn pulak ok... Order ni diterima sangatlah short notice nya.... Mummy si kecik ni kata kalau tak dpt buat 3D, bubuh edible image aje. Tapi.... edible image tu kena order... Tak sempat lah Mai....
Kita cuba lah buat ye...


MOIST CHOC CAKE WITH ANGRY BIRDS FIGURINE




TQVM Mai and Fauzi.

Sunday, February 17, 2013

LOMPAT APEK LOMPAT!!

Dari semalam lagi Nadia kata nak kuih lompat tikam tapi tak buat. Hari ni semangat Nadia berkobar2 nak buat. Buat kak... buat....

Bila cakap pasal kuih ni, teringat pulak lagu Apek dan Marjina tu yg ada Lompat Apek Lompat. Hehehehe... Semata2 ada perkataan "lompat" dlm lirik tu dan nama kuih ni.


Apek & Marjina 

Aiya Cik Siti perempuan banyak muda
Ana banyak susah jalan tutup mata
Wang dan ringgit ana dah tak heran
Ente tutup mata ana tak tentu jalan

Marilah apek oi mari sayang

Ikutlah ana apek jangan bimbang
Mata tak nampak ana tunjukkan jalan
Kaki melangkah oi perlahan-lahan

Ana tak nak bimbang ana tak nak takut

Tapi ana jalan banyak sangkut-sangkut
Semua hitam lagi banyak gelap
Macam orang Habsyi negeri Arab

Oh Apek sayang oi jangan susah

Habis menjahit wang mas ana upah
Marilah jalan ente cepatlah cepat

Awas Pek longkang oi kaki melompat

Apek jaga depan ada longkang

Mana


Lompat


Haiyaa


Lompat


Haiyaa


Lompat apek lompat


Haiyaaaaaa........



So... mari kita menikmati Kuih Lompat Tikam yg Nadia buat ni. Ermmmm.. Boleh tahan.... One thing about Nadia, dia ni suka sangat kuih2 melayu ni. Even dia kecik2 dulu sejak umur 4 tahun lagi cukup suka ngan Kuih Koci... Kuih Seri Muka... dan kuih2 melayu lain yang selalu nya budak2 tak suka.


KUIH LOMPAT TIKAM



Esok ada order kek marble yg colorful ni.. jadi saya buat extra utk makan sendiri.

COLORFUL MARBLE CAKE



Sambil2 tunggu kek masak dgn teman Nadia buat kuih tadi, terajin pulak siang ikan bilis ni. Selalunya beli yg dah siap kopek.. Kali ni tengok ikan bilis yg belum siang tu nampak mcm cantik.. Konon2 rajin le nak siang sendiri. Hah!!! Amek!! Jenuh gak menyiang walaupun setgh kg jer.


IKAN BILIS YG TELAH DIBUANG PERUT DAN KEPALA



Kek2 bawah ni di order oleh Sam. Ada makan2 kat office dia esok. TQVM Sam for the order.

MOIST CHOC CAKE



COLORFUL MARBLE CAKE




Saturday, February 16, 2013

DAH REHAT MAKAN.. DAH MAKAN REHAT..

Sabtu hari ni berehat dan bersantai kat rumah jer... Nak rest laa konon. Dah tiap2 minggu berjalan kan. Jenuh rehat kita makan... dah makan kenyang... rehat balik... Hehehehe. 

Breakfast pagi tadi goreng keladi makan ngan sambal tumis petai. Ada pisang buat cekodok pisang sket.

Ni utk lunch pulak.... Jemput makan...

AYAM MASAK SERAI



KANGKUNG GORENG



KETAM LEMAK CILI PADI


Alhamdulillah.... Kenyang sudah....

Tuesday, February 12, 2013

HARI KETIGA CNY 2013

Hari ni Naqib nak cari brg dia kat Mid Valley. Ingatkan kedai byk tutup.. Ohh tekaan amat meleset sekali.. Business as usual rupanya....

Tetiba pulak hari ni teringin nak buat chicken pie tapi bekas takde. Takpe2..... Kita guna je souffle cup utk cupcake tu. Ok jugak.. senang nak makan kalau saiz mcm tu. Tak gitu?



CHICKEN PIE


Monday, February 11, 2013

HARI KEDUA CNY 2013

Pagi ni ada jemputan breakfast kat rumah abang saya. Pergi punya.... Makan punya pasal.. rezeki jangan ditolak.

Lepas makan... mcm nak terbarai perut rasa nyer... kita org balik Shah Alam terus. Takut esok mesti jem highway... Selalu kan mcm tu... Kalau cuti panjang mesti jalan jem terok.
Tapi hari ni kereta banyak jugak, mungkin dia orang ni keluar berjalan kot. Huuuiiiitttt... Kereta plate no Johor jer ni...



Sunday, February 10, 2013

CHINESE NEW YEAR 2013

Malam ni plan nak pegi makan Mee Racun. Dengor kata cam best bangat. Teringin jugak. Alamakkkkk.... Kedai Mee Racun tu tutup plak... Ehhh beraya jugak ke...? Kena tukar plan ni... 

Terus divert pergi Warung Ramli kat BP Walk. Dah duduk ni... tapi makanan byk tak ada... maka duduk minum jer kat situ.

Kita org pun ke Jengkuan pulak. Pun banyak jugak yang dah selesai. Baru pukul 9 mlm. Kata bukak sampai pukul 2 pagi. Dah tau cuti2 ni cer buat lebih sket...

Org yg berniaga satay pun tinggal satu stall aje. Tempat yg kita org dah duduk ni... mee bandung dah habis, yang goreng2 pun dah tak cukup rencah. Mcm tu heh??

Yang kelako tu, dlm banyak2 air yg di order, termasuk 3 air suam. Air lain semua dapat tapi air suam dapat 2 aje. Org tu kata air masak dah habis. ????????? Pelik plak. Kita org toleh kat tempat buat air, budak tu tgh bancuh air teh. Kata air masak dah habis.... Tapi malas nak layan orang kedai tu sebab awal2 masa kita org duduk tu dia kata, "semua makanan dah takde, tinggal air aje.. jadi buat apa... baik saya cakap semua habis."

Then bila kita org kata, kita org nak tumpang mkn kat situ sbb dah order satay. Baru dia cakap... " Haaa... kalau mcm tu boleh."

Dlm gambar bwh ni, org kedai tu belakang kakak saya, yg berdiri tgh amek order drp  meja lain.







Main cak2 lagi bagus kan Qemma.. Kan Anne... Tunggu air aje pon lama nak dapat.






Sebab dah tumpang makan kat kedai orang tu yg cuma tinggal air minuman aje tu, masa kita org lepas makan satay tu.. kita org kemas sekali meja. Siap lap2 lagi. Ikut rasa hati nak tolong basuh pinggan mangkuk yg kita org pinjam utk mkn satay tu tapi kang terasa pulak org kedai tu.

Tetiba sorang pompuan keluar drp kedai tu tersengih2 cakap "mintak maaf byk2 sebab mknan dah habis. Ramai hari ni...." 

Kakak saya kata "Kan bukak sampai pukul 2 pagi, ni baru pukul brp dah habis.."

Whatever laa kan... tapi cam tak boleh terima "air masak dah habis", "rencah dah habis"...

Saturday, February 9, 2013

LONTONG MUOR & PEMBAKARAN TERBUKA

Yeay...!! Hari ni balik BP...

Seperti biasa.. keluar pkl 7.00 am, nak breakfast kat Muor. Kang habis kang. Alaaa.... Kan betul! Rendang daging dah habis... so lontong ngan telur je laa...


LONTONG @ MUAR



Malam ni nak buat pembakaran terbuka ni... Dah ramai2 balik tu... Best berkumpul ramai2 ni.

Macam terkezut jer Saleh ni... Rilek laa... Dah byk kali buat pembakaran terbuka ni.. Saleh dah expert jaga api. Boleh beri jawatan ni... hehehehe.




Bila bakal pengantin dah start membakor. Baik2 Daus... Kang terbang pulak sang2 kepak tu.



CIK KEPAK ATAS BARA 



Kali ni buat nasi goreng aje. Selalu buat nasi lemak... Kita tukor2 la ye...

Friday, February 8, 2013

MCM MARATHON RASANYA...

Malam tadi aktiviti buat kek2 untuk delivery hari ni. Alhamdulillah... Berjaya menyiapkan nya....


Akmal :  2 biji Walnut Carrot Cake and 25 pcs Red Velvet Cupcakes


Jasamu dikenang utk Fazlin dan Ikhwan sebab both of them dpt bertukar ke state Selangor setelah fulltime 3 bulan GerakGempur hari tu.






RV CUPCAKES




Fazi : 1 biji Red Velvet Cake






Rofidah: 1 biji Red Velvet Cake
Rupa kek nya sama mcm Bonde punya.. cuma tak bertulis aje.

Bonde: 1 biji Red Velvet Cake





Thank you very much semua....