Sunday, February 3, 2013

DINNER AT KUCHING

Naqib baru habis final exam utk 2nd semester. Cuti seminggu lebih before naik for 3rd semester. Jom le Naqib, kita pergi rehatkan minda tu ... Kita pergi makan2 jom.

Ermmmm.... Dah lama tak makan kat TopSpot Kuching. Terbayang2 plak sayur midin dia and seafood dia. Stock ikan terubok masin pun tinggal sikit jer ni. Jom gi Kuching.

Kita org sampai Kuching dah malam dah, after check in hotel terus keluar jalan2 kat waterfront dan tepi Sungai Sarawak tu. Ramai gak org lagi ambik angin malam kat tepi sungai ni. 

Tengok org makan tepi sungai tu nampak sedap pulak mknan dia org. Nak makan jugak lah. So kita org try nasi goreng kampung dan nasi goreng ikan masin. Ok lah.. not bad. Sedap gak. Mak oiii... berterabur ikan masin kat nasi goreng ikan masin dia.

Warna gambar ni hijau2 sebab cahaya lampu kat situ mcm tu.


NASI GORENG KAMPUNG



NASI GORENG IKAN MASIN



Sarawak ni famous dgn ikan terubok masin. I was expecting that the nasi goreng ikan masin kat Sarawak ni ada ikan terubok masin dlm dia... tapi ternyata meleset sekali jangkaan ku... 

Sungai Sarawak dari tingkap hotel.



The next day, kita org nak pegi beli ikan terubok masin ni utk dibawak balik. So mana lagi... Pasar Satok laa... Eh lupa.. hari tu kat Berita tunjuk Pasar Satok dah pindah tempat baru iaitu Medan Niaga Satok. Dgn pasar tamu sekali dah pindah ke tempat baru tu. Jom2 pergi tempat baru tu...

Wahhhh.... besar lah tempat baru ni... Lapang sket... Tak lah bersesak2 mcm tempat lama. Tempat jualan pun tersusun... 




IKAN TERUBOK MASIN



Banyak betul buah2 yg jarang2 kita jumpa, ada kat pasar ni. Buah2 ni kat gerai2 yg menjual hasil2 hutan.

BUAH KELUBI


Buah kelubi ni ada org panggil buah asam paya. Selalu makan bila buah ni dah jadik jeruk.


BUAH PINANG


Ini pulak buah pinang. Dulu arwah mak saya ada tanam pokok ni, tu yg kenal buah pinang ni. Buah pinang ni org makan dgn sireh selain drp kapur dan gambir. Dan nak kupas buah ni utk ambik isi dalam dia kena guna kacip. 

Tapi heran ye kenapa ada perumpamaan "cantik bagai pinang dibelah dua". Cantik ke pinang tu kena belah dua? Susah tau nak belah buah pinang sebab isi dia keras berdentum, mcmana nak belah... Sebab tu teknik nak kupas dia guna kacip.

Lagi satu arwah mak saya dulu kalau masak sayur keladi, dia akan masukkan 2 - 3 keping isi pinang yg dah dihiris. Katanya utk hilangkan gatal sayur keladi tu.


BUAH RAMBAI


Dah lama tak jumpa buah rambai. Kat pasar ni byk betul org jual buah rambai. Murah2  je, hanya RM1.00 seikat.



TERUNG SARAWAK



REBUNG



KULAT / CENDAWAN



CILI / LADA



BUAH SENTUL



BUAH KERANJI



BUAH KEDONDONG



BUAH TAMPOI BELIMBING



Buah yg sangat unique kat Sarawak ni. Baccaurea angulata adalah nama scientific nya atau nama lain nya ialah tampoi belimbing or in English is Wild Star Fruit. Isi buah dia serupa mcm buah rambai tapi rasa dia mcm masam2 sikit. Dan saya rasa saya prefer buah rambai lagi. 

PILIH KEK SARAWAK



Tak tau nak pilih yg mana. Byk betul flavour dah.









Hmmmm... ok... hari dah malam. Mari kita gi dinner. Mana lagi kalau tak kat TopSpot. Jalan kaki je dari Grand Margherita Hotel ni.

Ni masakan yg kita org order utk seafood yg telah dipilih. Sayur midin tu mcm selalu soh goreng belacan jer.

BUTTER PRAWN




CHILLI CRAB



TOMYAM UDANG



SIAKAP MASAK SWEET SOUR




SAYUR MIDIN GORENG BELACAN


Alhamdulillah..... Kenyang bangat ni. Berat betul rasa perut ni... 

Sampai2 kat lobby hotel, ada pulak artis tinggal sama hotel ngan kita org. Alaa... org Sarawak tu.. lupa plak nama dia.. hahhhh.... Tony Eusoff. Putih betul dia. 

Saturday, February 2, 2013

TAK PADAN DGN NAMA

Hari ni nak deliver kuih tart nenas dan jugak Almond London untuk Mrs Wong of Subang Bestari utk CNY dia.

Lepas hantar kuih dia, ingat nak berenti minum jap kat kedai2 yg ada kat area Subang Bestari tu. Tertarik pulak dgn satu kedai ni nama dia Suria Teh Tarik. Dah nama dia begitu, mesti yg special kat kedai tu ialah Teh Tarik kan?

So saya ngan husband pun masuk kedai ni w/pun tak ramai org compared to satu kedai yg sederet ngan dia yg penuh dgn pelanggan. Sbb dok bayangkan teh tarik yg sedap.

Kami masuk kedai ni, ermmm... org lain takde... tapi tak dtg pulak org amek order. Tak pulak tulis 'Self Service'.

Bila org tu amek order, maka kami order teh tarik dan roti canai.



TEH TARIK @ SURIA TEH TARIK




ROTI CANAI @ SURIA TEH TARIK




Maka dgn ini cukup lah sekali singgah minum teh tarik kat kedai tu.. Roti canai ok.. besar dan lembut.

Tapi untuk teh tarik..... dgn nama kedai yg memang dah bawak nama Teh Tarik tu..... memang lah tidak menarik langsung. Pahit ya amat. Rasa teh serbok yg mcm pakai timbang tu. 

Camana bleh bubuh nama kedai Suria Teh Tarik kalau teh tarik nya tak sedap langsung. Tak rasa dulu ke? Sayang lah... lokasi kedai dah bagus dah... Semoga tokeh kedai / restoren ni akan memperbaiki nya utk perniagaan dia supaya bertahan lama.


Friday, February 1, 2013

CUTI HARI WILAYAH

Mujur hari ni cuti... Hari kena siapkan 12 balang kuih tart dan 6 balang almond london utk Mrs Wong. Kan tak raya pulak dia.

Sementara concentrate menge-tart, Nadia pulak nak buat lasagna. Buat le kakak... Hari ni kita kena focus buat kuih ni. 

LASAGNA


Tuesday, January 29, 2013

SURPRISE UTK BOSS!!!

Ermmmm.. Nak buat surprise party utk birthday boss. So staff Maybank kat Jln 222, PJ ni order a 4kg RV cake untuk party celebration tu. Kebetulan saya pun cuti pada hari ni.. so mudah lah sikit. Kena deliver pukul 8.30 am sbb bila boss sampai terus nak celebrate.

Ya ampunnnn... hari ni plak jalan jem... Turun2 fed hiway dari Shah Alam dah jem, sampai ke Batu Tiga pulak tu... Lps tol Batu 3, continue lagi pulak jem tu... Haishhh...!!!! Tak sempat sampai pukul 8.30 am. Sorry! Sorry! Mintak maaf byk2.


RED VELVET CAKE



Dah terlanjur pergi area PJ ni... teringat pulak nasi lemak bungkus yg bercop ni... Dah lama benar tak makan ni. Dulu masa hantar Nadia ke Sekolah Sri Aman mmg hari2 beli. Dulu2 zaman ns lmk bungkus harga RM1 harga dia cuma 80 sen jer tp skrg harga dia dah RM1.50...



Tengah sedap2 menikmati makan nasi lemak cop ni..... tetiba menderum2 bunyik kereta sport. Bila toleh tengok... perghhhh Ferrari Sport warna merah berenti parking tepi jalan nak makan kat warung tu jugak. Tang tu cam kelako la pulak... Org drive Ferrari nak mkn kat warung ni jugak. Apa kelassss kann...???

Tunggu gak org yg keluar drp Ferrari tu.... 2 org kluar drp kereta tu... ohhhh mekanik Ferrari... Ptt lah komain menderum-derum bawak kete tu tadi. Hehehehehe..

Sunday, January 20, 2013

ROSES ARE RED


Ingat dulu2 poem macam ni... zaman sekolah2 lagi kot...


Roses are red,
Violets are blue,
Sugar is sweet,
And so are you

Senikata yg lain sila sambung sendiri....


Teringat kat poem ni sebab tengok bunga2 rose yg sedang mekar di pasu bunga ku.... Hehehe.. Dah lama dah tanam pokok bunga rose ni, tapi tak pernah jadik kembang membang mcm ni... Selalu rosak mcm kena attack ngan serangga laa.. 

Tetiba kali ni.... elok pulak kembang nya..

Yang ni bunga yg bwh tu baru kembang, yg atas masih berkudup lagi.



Bunga2 yg bahagian bwh tu kan nampak mcm rosak bhg tengah dia tu. Pastu saiz dia mcm kecik sikit.


Selang dua hari aje yg masih kudup tu dah kembang betul (atas kanan)



Kita zoom lebih dekat lagi.... Ermmmmm... I like...

 


Ni makin bersemangat nak tambah koleksi pokok bunga rose ni, kena carik color lain laa..

Saturday, January 19, 2013

KEK2 UNTUK GATHERING

Hari ni hari Sabtu... Nak kena deliver cakes kat 2 tempat yg lain2, tapi mujur sebelah2. Satu di Alam Megah, satu lagi di USJ3.

Bila dapat order utk buat no 69 ni.. kira nya 1st time laa buat bentuk nombor. Excited la...  Tapi... Ya Ampunnn... Sgt mencabar minda rupa nya... Adoyaiii....

RV cake ni nak dibawak ke Seremban.. ala2 ada family gathering dia kata. Ok... Have fun!


 RV CAKE BENTUK NO 69



TQVM Aunty...

Moist choc cake dan marble ni pulak nak di bawa ke Melaka. Birthday mak mertua katanya... Bagus2. Selamt bergembira....


MOIST CHOC CAKE 



MARBLE CAKE


TQVM Ainon.

Tuesday, January 15, 2013

JANUARY BABIES


VANILLA BUTTER CAKE WITH BUTTERCREAM ICING


Request nak cream nyer warna pink. Thanks Azlina for the order.


Dinner utk hari ni... tekak omputih pulak malam ni. Jemput makan.. Bismillah...


Sunday, January 13, 2013

TUPPERWARE KU....

Hari ni Nadia buat housekeeping kat wardrobe dia. Baik wardrobe Nadia ke Naqib punya ke... memang saya letak byk barang saya drp barang dia org sendiri... Hehehehehe... Jgn komplen jgn komplen... hah siapa tukang tempah wardrobe tu?

Ya ampunnnnn.... baru Nadia bukak dan keluarkan drp satu pintu jer... Kebanyakannya tupperware. Zaman dulu kan saya seorang dealer yg agak aktif laa... Byk dapat hadiah drp tupperware. Zaman tu rajin pulak tu pergi meeting Tupperware every monday petang. Masa tu pregnant kan si Naqib. Perut dah besar pun semangat pergi meeting tupperware. Pastu perasan lah bila kena puji dgn distributor, Fazriza kalau tak silap nama dia. Manager saya masa tu Kak Mus. 

Acu tengok tupperware ni....

Freezer organizer tu zaman mula2 keluar dulu.. penutup dia warna kelabu asap. Skrg punya color sikit punya comey2. Tu yg dok sebok beli jugak lagi tu.
Modular keeper with grid pun keluaran pertama, penutup biru badan putih jernih. Skrg kan dah warna hijau apple.




Bekas untuk kuih raya.... lom pernah guna ni... Akan diguna kan.. don't worry.



Boleh buat bekas untuk pudding atau utk makan aiskrim. Ada byk color sebenar nya.. baru jumpa satu color. Yg lain tu ada lah nyorok mana2 tu. Hahahaha.



Ni pulak jewelry box by Tupperware. Ni hadiah sebab sale saya banyak bulan tu. 




Lupa pernah dpt gift ni jugak. Pun sebab sale agak tinggi laa dapat benda2 cenggini. kalau tak silap ni utk kaum lelaki. Mcm tool box gitu. Tapi tak kira la.... kaum perempuan boleh aje guna... kita buat dia...




Tupperware yang ni rupa mcm glass, memang mudah pecah kalau jatuh. Tapi tak kesah lah kalau pecah.. tupperware kan boleh tukar yg baru. Ni pun antara gift jugak dulu. Suka sgt dpt gift ni dulu, sbb harga dia mahal. Kalau nak beli mmg tak lah kot...




Fridge Magnet by Tupperware



Ni dulu beli untuk Naqib. Masa tu kan dia masih baby... Perghh... sebaya dgn Naqib beg ni.



Isi kandungan yg ada dlm Munchkids by Tupperware. Plastic tu masih ber seal lagi. Confirm lom pernah guna. Hehehehe...



Eh eh... lupa ada piring makan ni... Warna unique betul... Sea mist green color.... Ermmmm... ada 15 biji semua ni.... Setakat makan2 utk mihun atau mee goreng tu boleh jugak...



Tunggu pulak Nadia bukak pintu wardrobe yg bahagian paling atas. Rasanya ada lagi...

Saturday, January 12, 2013

AKTIVITI HARI SABTU

Hari Sabtu hari ni hanya pegi ke Sunway Pyramid. Tujuan utama sebenarnya nak pegi Maybank. Maybank kat Sunway Pyramid ni bukak walaupun weekend.

Eh ada Sand Art Workshop lah. Cantik lah org tu buat... Teliti betul dia buat. Uji kesabaran jugak ni..



Tengok tu dia nak susun corak tu.. kena hati2 betul tu. Acu tengok yg dah siap tu... Rupa gambar unta pun ada. Kagum tul nengok nyer..



Zoom dekat sket.



Nak tahun baru Cina... deco kat sekitar ruang legar tu menarik gak. Ada kapal besar.. ada sampan kecik ni hah...



Lapar laa.... Hari ni kita org lunch kat Tirai Ratus, Section 3 Shah Alam. Saya dan husband pilih beriani ayam, Naqib pulak pilih beriani kambing, Nadia pilih mee bandung. Hari ni mee bandung dia kurang sket rasa sedap dia. Mcm ada sesuatu missing tapi tak sure apa dia.

BERIANI AYAM



Untuk air pulak, kita org kalau kat Tirai Ratus ni memang akan order air bandung soda. Sedap! Rasa mcm pegi kenduri kawin kat Johor zaman dulu2.

AIR BANDUNG SODA


Wednesday, January 9, 2013

JASAMU DIKENANG

Saya terima order ni drp pihak Finance SSO yg akan mengadakan jamuan sempena persaraan GM dia org, Tn Hj Radzuan. Dulu ex-boss saya jugak ni dari tahun 2001 hingga 31 Jan 2007. 

CARROT CAKE


Hari ni juga genap Tn Hj Radzuan ni 55 tahun, so Happy Birthday sekali laa ye...

Sunday, January 6, 2013

DI PAGI MINGGU....

Breakfast hari ni nak clearkan stok bahan2 yang ada serba sikit lagi. Ayam ada 2 - 3 ketul je tu boleh buat rencah meehoon. Pisang tanduk pulak dah lembik, kalau goreng pun nanti makan minyak je so kita lenyek terus buat jemput2 pisang. Keladi pun ada lah utk sepiring, goreng je lah.

Nak ada kan warna hijau dlm meehoon tu... ehhh... kita kan ada pokok kucai tanam sendiri.... jadik lah buat hijau2 sket. Mekaseh Poji bg anak pokok kucai ni dulu... Dah 2-3 kali dah harvest kucai ni.

MEE HOON GORENG



JEMPUT2 PISANG




KELADI GORENG



Saturday, January 5, 2013

KERJA DI HARI SABTU....

Hari ni ada month end activity utk Dec 2012 and year end activity sekali... So maknanya hari ni kena kerja le ..... Result utk test run dah check dah pepagi kat rumah tadi.. so utk actual run kena tunggu team lain proceed dulu job dia org, baru boleh execute part yg saya punya. Itu saya akan buat kat office.

Lepas saya ke office, husband saya, Nadia dan Naqib terus ke Mid Valley. Seperti biasa breakfast kat tempat biasa la dia org tu...

Utk lunch pulak... Husband saya hantar gambar food dia orang kat MV tadi. Naqib order ni.. Apa nama tak tau le. 
 

Nadia pulak makan ni...


Alhamdulillah... tugasan saya di office sudah selesai. Dah boleh balik rumah.....

Tuesday, January 1, 2013

HAVE A GREAT 2013!!!

Rasa mcm baru jer post utk welcoming 2012... tetiba dah tukar 2013 pulak. Cepat nyer masa berlalu...

Hari ni rasa nak jalan2 jer... so nak pegi ukur lah shopping mall yg ada kat negeri Selangor Darul Ehsan ni...

Hanya sempat ukur 3 malls aje , mula2 kita org pegi ke Setia City Mall (SCM), kemudian kita org ke Citta Mall dan last sekali tempat lepak kita org yg biasa.... tak lain dan tak bukan SACC Mall.

3 tempat yg berlainan... maka.... Breakfast di SCM... Lunch di Citta Mall dan minum petang di SACC Mall.


Saya pilih SOUTHWESTERN QUESADILLAS. 



Yang atas, CRISPY HONEY-CHIPOTLE CHICKEN CRISPERS  pilihan Nadia , yg bawah NEW YORK STRIP  pilihan husband pulak. 



SOUTHWESTERN GRILLED LAMB ni pulak pilihan Naqib....



Kat Uncle K @ SACC Mall, minum je... Dah kekenyangan dah tadi.