Friday, February 10, 2012

HI KOREA... HERE KAKAK COMES!

Annyong haseyo ...... Nadia is visiting Korea again. Kali ni kakak pegi dgn kawan2 yg sama2 minat sgt KPop. Guess what? 2 org kwn yg sama pegi tu dah keje dah, And derang ni kenal sbb masing2 KPop fans club.


See the happy face of kakak.





CAP IBU DAN ANAK




PESANAN KATA2 PENAJA FROM AYAH

Monday, February 6, 2012

JALAN2 CARI MAKAN...

Pagi ni Qirin ada appointment ngan mak andam dia kat Air Hitam. So saya nak nyebok ikut. Heheheh...

Utk bekpes kakak saya buat nasi lemak. Emmm... sedappp... Mmg suka giler laa mkn nasi lemak air tangan kakak saya ni. Bertambah2 tu makan.

Lama pulak nunggu mak andam ni... Puas dah kuar masuk kedai2 kat Air Hitam ni. Janji kul 11.00 am. Hari panas terik pulak tu... Mak Andam ohhh Mak Andam... cepat ler sket...

Dah settle appointment Qin ngan mak andam, kita org berpecah untuk acara masing2. Kakak saya nak gi jumpa customers dia, so saya, hasben, Nadia & Naqib buat aktiviti jalan2 cari makan.

Dah lama dah tgk kedai ni tapi tak pernah try, so hari ni kami menyinggah. Selalu tgk ramai jer org makan kat kedai ni. Ohhh.. mcm2 gak ada... Nadia & Naqib mkn mee soto. Tak ambek lak gambar mee soto tu.

Antara food yg ada, ni lah dia....


TAUHU GORENG




ROJAK BUAH




PISANG TANDUK GORENG & KICAP BERCILI




Pedas betul kicap cili dia... Fuhhh... Berasap!!! Tapi kick laa...

Saturday, February 4, 2012

BALIK BP....

Ok... semua dah siap betul ikut time. Qirin paling dulu yg dah siap. Bagus Qin... Bagus. Tetapi..... ek eleh.... kunci kete tak jumpa. Hari tu lepas service tak tau lak hasben saya ni letak tang mana. Selalu nya mmg ltk tempat bese...

Agak 20 minit mencari... last2 baru jumpa... laa... kat dlm cik kelisa.... Mujur bkn saya yg salah letak, kalau tak mesti kena bebel. Hehehehe...

Mcm bese lah.. kita org akan singgah kat Muar (tp org Johor sebut MUOR...) makan lontong dgn rendang daging.

Dah petang2, gi jalan2 kat BP Mall. Eh cam familiar jer bunyik lagu2 ni. Ohhh... lagu Rasa Sayang Heh tapi versi ina... Tak tau lah group mana ni tapi semua Chinese laa...





Kuar2 dari BP Mall hujan lebat. Tergendala rancangan jalan2 cari makan untuk hari ni. Ingat nak gi BP Walk kat Ramli Corner yg ada roti bun kukus tu.

Friday, February 3, 2012

SURPRISE LAGI......

Pagi2 lagi mama to Nabila dtg jumpa saya masa breakfast kat cafe tadi. Dia kata nk RV cupcakes lagi esok untuk surprise kan kakak dia pulak. Family dia nak buat BBQ kat umah ayah dia.

Kalau midnite pegi anta kat umah mlm ni takpe ek, sbb esok pagi2 sesudah subuh nak gerak balik BP.

Emmmm... siap pun.

Ni dia RV cupcakes tu...

Ini utk surprisekan kakak dia...




Ni nak wat tambahan makan2.

Thursday, February 2, 2012

SURPRISE CUPCAKES FOR ANIS!!

Nabila nak surprisekan Anis.... Best nyer jadik kgkwn Nabila... Heheheh.. Dear Mama to Nabila, surprise kan laa kita... bagi satu pasu pokok bunga ros. Hahahahaha. Kenapa saya ckp mcm ni... sbb setiap kali pegi umah dia ni, mmg keliling rumah round tgk pokok2 bunga yg sgt byk & cantik plus subur2 tu. Kan best kalau dpt sepasu dua. hihihi


RV CUPCAKES

Wednesday, February 1, 2012

CUTI HARI WILAYAH

Best tul ari ni cuti... Aktiviti2 bank leh dibuat di Selangor. Ramai gak org kat bank.. org2 yg keje kat Kolumpo kot...

Utk lunch hari ni, kita org gi beli nasi ayam Pak Mal jer. Kenyang perutttt..... Alhamdulillah...


Tetiba Nadia tanya apa nak makan utk malam. Cam baru lps mkn tghari, dah tanya psl makan malam. Pastu dia kata taknak nasi utk malam, jd dia propose lak soh wat mee bandung. Ok le... kita wat mee bandung untuk malam ek.


MEE BANDUNG


Tuesday, January 31, 2012

MARI MAKAN ESKREM!!!

Yeayyyy!!!! It's Baskin Robbins Day again. Naqib did the selection of flavours for today. Mint Choc Chip & Very Berry Strawberry as usual and 1st time pilih Light Cappucino Chip.

So.............. Apalagiii.... mari kita makan eskremmmmmmmm.....


Monday, January 30, 2012

CIK-CIK CARROT CAKE

Sebijik carrot cake ni utk jamuan di opis, lg satu utk dibawa balik. Ye-ye tepon dia pepagi, sejam nunggu dari 7.13 am - 8.13 am... Laaa... henpon dia tertinggal kat umah....





Saturday, January 28, 2012

LEPAK2 & MAKAN2

Hari ni nak hantar service kete. So siap2 wat bekpes, leh tinggal dulu. Kang lambat kete byk pulak nnt. Tp dah buat appointment utk 8.30 am.


MEE GORENG for breakfast pagi ni.




BUBUR PULUT HITAM + DURIAN masih atas dapur masa ni. Dimasak oleh encik suami saya.




Kalau tadi masih atas dapur, yg ni sudah sedia untuk dimakan.





Balik from service kete, jom jengah Sunway Piramid. Lama tak melawat dia. Eh sapa ek tu..? Cam kenal. Ohhh... Que Haidar & Linda Jasmin yg sdg pregnant. Anak pompuan dia sebijik muka Que Haidar.


Untuk malam pulak, rasa cam ikan parang tu nak di asam pedas kan. Miss Bendi pun ada ni...


ASAM PEDAS IKAN PARANG




Apa dia? Tak nak makan nasi? Nak makan asam pedas ngan cucur? Ok set, kita wat cucur sayur ek.

CUCUR SAYUR




Jemput makan....

Sunday, January 22, 2012

QIRIN IS ENGAGED!!!!

Wahhh... Hari ini Qirin sudah bertukar status kpd tunangan org. Tunang sape??? Tunang kpd Salahuddin... Heheheh... Congrats Qirin & Saleh.


Eh masa ni muka Qirin cam Ziela Jalil laa Qin...










FONDANT CUPCAKE HIJAU PUTIH




QIRIN BERSAMA BRG2 HANTARAN




Utk brg2 hantaran, tugas saya hanya buat kapkek & sirih junjung sahaja. Yg lain2 semua Qemma yg buat.


Sempat lak berposing sekeluarga ni... Hehehehe





Lauk pauk untuk dijamu pada tetamu yg hadir. Semua dimasak oleh 2 org kakak saya, mak kpd Qirin & jugak kakak saya yg di Langat tu. Lauk2 yg ada Ayam Pedas, Labu masak lemak campur sayur meranti, Rendang Daging, Sambal Udang & Sambal Petai.





Sambal Petai yg menjadi tarikan para tetamu yg hadir. Saya pun beria makan gak.




Aktiviti sebelah malam pulak.... cam bese bila dah ramai2 ni... pelagi... BBQ laa....

Wednesday, January 18, 2012

COOKIES FOR CNY

Seperti Tahun Baru Cina sebelum2 ni, Mrs Wong from Subang Bestari akan order Pineapple Tarts & Almond London Cookies daripada saya. TQVM Mrs Wong.


Dan classmate saya (Form 1 - Form 3), Normie, juga order Pineapple Tarts untuk dibawa ke Melbourne, nak bawak utk anak dia kat sana. Rasa cam every CNY si Normie ni gi Aussie. TQ Normie for the order.


Cookies yg dah bersedia untuk dihantar kpd tuan2 nyer.

Sunday, January 15, 2012

TRIP TO GUANGZHOU, CHINA (11.01.2012 - 15.01.2012)

Guangzhou is the third largest city in China and southern China's largest city & known historically as Canton.

It was 10.00 in the morning when we arrived at GuangZhou New BaiYun International Airport. From there we took a taxi to our hotel, The Bauhinia Hotel.

Ni dalam taxi from airport to hotel.




Rasa cam penjara pulak. Berjaring2.




The hotel is located at Yuexiu District, tempat ni kiranya one of the 3 core areas in Guangzhou. Kiranya di tengah2 metropolitan lah. Suasana kat area ni sangat aktif dgn tak putus2 ada jer org berjalan di sana sini. Kat sini jugak letak nya Beijing Road Pedestrian Street i.e. tempat shopping.

Lepas check in, kita org terus keluar jalan2. Husband saya nak cari tempat service lense camera dia. Naqib pulak dah ada list of brg2 yg dia hajat kan. Saya??? Saya jalan jer.. tgk laa apa yg berkenan.. kita beli. Dlm kepala cuma terbayang Chinese Silk aje. Tak tau laa kalau ada benda lain yg menariksssss kan..

Cuaca sejuk lah.. antara 12 degree - 15 degree. Mula2 eksyen pakai baju dua lapis jer.. pastu tak tahan... Kena gak lah pakai baju tebal.

Alamakkkk... susah nyer nak bercommunicate ngan derang ni... Rasa cam ayam ngan itik bercakap. Husband saya dan anak saya, dua2 muka Cina. Mujur Nadia tak ikut, kalau tak bertambah pulak koleksi muka2 se-pesen ngan derang. Ada yg berusaha jugak yg nak ckp omputih.. tapi yg taknak tu.. mmg dia buat muka donno jer. Haisssshhhh...

Mmg hari ni tak berjaya cari tempat service lense tu. Eh eh... ada kedai buah2an. Jom kita beli buah.. buat stok makanan.

Ya Ampunnnn... Murah murah laa buah dia.... Besar2 plak tu. Acu tengok gambar2 ni.


Rockmelon ni kan? Cuma 4.99Yuan = RM2.50 jer untuk sekilo.




Tak pernah tengok durian kat tempat sendiri berpangsa2 cenggini. Besar bagak pulak tu.





Teringin pulak nak makan ceri, 38 Yuan sekilo = RM19. Pilih2!











Sebelah malam kita org try nak jalan2 kaki ke Beijing Lu. Tapi kita org silap masuk lorong langsung tak berani nak teruskan. Patah balik and jalan2 kat area2 hotel. Area hotel ni kawasan jual kasut. One thing kat Guangzhou kita kita org perasan, dia mmg dah susun kot ini area apa, yg tu area apa. So kat hotel ni mmg segala jenis kasut, sampai ada satu building tu nama dia "Shoes Plaza". Tempat siang tadi yg kita org pegi adalah area brg2 elektronic. Segala2 ttg elektronic ada kat situ. TV LCD ke LED ke yg leper2 tu mmg berlambak2. Just name it lah. Nama2 bese mcm Samsung ke, Sony ke mmg byk, yg tak dikenali cam KONKA pun ada. Rupa sama jer...

Balik hotel dok lepak kat lobi sbb kat lobi yg dapat Wifi. So pe lagi, ber-whatsapp ngan Nadia yg nak exam tu and jugak sempat gak ber-whatsapp ngan Mas kat London.

Penat sangat hari ni so baik naik bilik and tido... Esok kita jalan lagi.

Second day (12 Jan 2012) : Hari ni nak gi tempat lain, ke Computer City pulak di Tianhe District. Rasa jauh sangat.. mcm tak sampai2 tapi masih dlm kawasan bandar lagi. Agak jauh tempat ni dari hotel sebab taxi fare > 30 Yuan. Semlm tempat yg elektronik tu setakat 14 Yuan jer.

Tianhe District ni pulak is the new city center and business district. Byk sgt new developments, including skyscrapers, stadium, grand shopping malls.














Haaa... Naqib dah dapat dah brg2 yg dia nak. Dah penuh dah beg dia tu. Beg Kappa tu pun baru beli.





Nak tengok apa ada dlm beg Naqib? Ni dia brg2 dia...


Product SteelSeries (Mouse dia... MousePad dia... and Headset dia). Semua2 ni untuk main game ok....

MOUSE




HEADSET




MOUSEPAD YG SGT BESAR




Jalan2 lagi jumpa pulak these headsets. Yg ni best utk dengar lagu pulak. Berdentam dentum sound dia. Yang silver color ni husband saya belikan untuk Nadia. Mula2 nak warna merah, mmg serius cantik merah dia tapi yg merah harga dia lebih mahal w/pun yg ni saya dah rasa kemahalan dia. Kat M'sia just for this headset yg model ni ada yg cecah RM1K. Kat sini dapat lah less than RM1K.





Eh eh.. Naqib nak lagi... Hamboi!!! So dia rela to have the cheaper one than Nadia's, yg ni model lama. So amek warna merah.





Dua2 Monster Beats Headphones by Dr. Dre ni.... kus semangat sgt berat. Bawak Naqib.. Bawak... Hahahaha...

Akhirnya berjaya gak jumpa tempat yg buat service lense camera tu... Mmg sangat payah nak berinteraksi ngan apek kedai ni, kena panggil org dr kedai depan tolong translate. Terus dah letak harga brp dia caj. Dah tanya tempat service Nikon kat PJ hari tu, total cost untuk servicing lense tu RM2K lebih. Mak aiii... Apek ni caj RM200 jer. Entah apa, Nikon pun anta kat apek ni jugak, tapi dah kira sekali tambang kplterbang and hotel kot. Hahahaha.


Besar kan mall ni. Mmg Mall yg ada kat Tianhe tu besar2 nalla. Semua jenis boutique ada. Eh eh ZARA HOME pun ada. Jakun plak tgk.





Stock buah oren yg dibeli utk wat makan kat bilik hotel. 1st time beli tak pasan bape bijik tapi 2nd time beli, 9 bijik for only 10 Yuan which is equivalent to RM5. Maknanya 50sen jer sebijik... Hmmmmm.... Murah la. Manis pulak tu. Betul2 sweet and juicy gitu...





Sebelum balik hotel, beli air mineral siap2. Kang nak buat maggie. Hahahaha...









Sempat gak berposing ngan A-Li, org yg jual Chinese Silk. Mujur masuk kedai A-li ni sbb dia boleh berbahasa melayu. Senang sket nak bercakap. Takyah susah2 pikir.





According to A-Li, dia ada ramai kawan2 Melayu dok dekat2 rumah dia. Sbb tu dia dah boleh bercakap dlm bahasa Melayu. Even yg 2-3 org yg kat kedai dia tu pun dah pandai cakap sket2. Bagus2.

Masa kita org kat kedai A-li ni, ada satu group from M'sia dtg nak beli kain kat situ. Diketuai oleh sorang pompuan, yg lain semua lelaki yg dah ada bini tapi tak bwk bini. Sbb dgr suami2 itu bercakap "bini aku cerewet lah pasal kain", jawap sorang lagi "kalau cerewet, ko bli yg murah2 dah". Ohhhh camtuh eh...? Yg group lelaki ni ada lah senyum2 kambing kat saya, gaknya tau muka mesia kan.... Tapi yg pompuan ala2 ketua kumpulan tu... Makkkk Aiiiii... Berlagak betul. Dah lah tak senyum, mmg cam ignore terus lah kita org kat situ. A-Li bgtau saya org tu selalu dtg kedai dia.


Third Day (13 Jan 2012): Lain pulak citer ngan seseorg yg saya jumpa ketika di Beijing Lu. Kita org tgh kat ATM machine, cash dah tinggal sket so terpaksa kuar kan duit lagi. Bahu saya tiba2 dicuit org dari belakang. Saya toleh, ada sorang pompuan terus tanya "dari Malaysia ke?" of course jwp ye lah kan. Mmg peramah dia ni, alamak lupa arr nama dia. Takpe dia ada bagi business card dia. Dia dtg sehari sebelum saya dtg, and dia dok kat rumah sedara dia. Pastu this girl tanya saya tempat2 shopping and jugak tempat nak beli Chinese Silk. Eh! Kata dok rumah sedara? Takkan tak tanya sedara... Tanya kita ni yg main redah jer ke mana2.


Sempat gak nak posing kat Beijing Lu.




Dok sebok lagi cari tempat2 lain yg nak dijengah dan dijengok.




Fourth Day (14 Jan 2012): Hari ni hari last kat sini. So jalan2 area dekat2 jer. Makkk... jumpa tempat shopping baru laa... Mujur last day baru jumpa.. kalau awal2, harus byk memborong. Hahahaha.

Flight kita org kul 1.35 am (15 Jan 2012). Taxi yg bawak kita org ke airport mcm nak terbang laju dia. Sampai jer airport.... Perghhh... ramai nyer manusia2... Airport dia besar giler.. cam lagi besar dr KLIA. Counter dia byk sampai Counter N. Rasanyer KLIA takde lah sampai huruf N tu.


Kita org sampai M'sia kul 5.35 am.