Wednesday, September 25, 2013

BIRTHDAY 10 ORANG SEKALI

Hari ni dept ni nak sambut birthday ramai2 sekali. Kumpul Aug dan Sept sekali. So dia cuma soh letak nama2 yg menyambut ni atas cupcakes tu.

List nama macam ni.. tapi pepandai pendekkan lepas dapat approval drp tukang order.


Mohd Rahimi Bin Mohd Raihan
1st
Aug
Fairuz Nadhirah Shariff
27th
Aug
Abd Rahim Bin Ramli
30th
Aug
Adilah Bahrain
31st
Aug
Yosman Hussein
3rd
Sep
Michael Parker
7th
Sep
Nur Nazihah Binti Halemi
11th
Sep
Roszimah Bt. Mohd. Jani
12th
Sep
Norakmal Bt Mohd Taib
18th
Sep
Asrul Affendi Rosli
22nd
Sep




ORANGE AND CHOCOLATE CUPCAKES WITH BUTTERCREAM ICING





TQVM Akmal.

Sunday, September 22, 2013

BER OLD TOWN KITA YE....

Semalam dah ukur dua mall kan. Hari ni kita org ke Paradigm Mall pulak. 

Ish lapar laa... Jom makan kat Old Town....



Ehhh jap... singgah Tesco jap. Nak beli ikan bilis. Nadia n Naqib kata nak nasi goreng kampung kan? Ikan bilis dah abes stok.

Punya jauh beli ikan bilis sampai kat Paradigm Mall.. mcm belakang rumah takde BIG Aeon tu... Hahahahha.





Saturday, September 21, 2013

MOOD KOREA HARI NI...

Minggu ni kita orang bertiga aje kat rumah sebab suami saya ke Pulau Pemanggil di Mersing so memang kita orang yg tinggal ni nak bersantai2 lah.

Mula2 pegi ke Sunway Piramid sbb nak ke Maybank nak activate account Nadia. Alih2 skrg hari Sabtu kat Maybank Sunway Piramid ni hanya utk money claim aje. Hampeh.

Pusing2 lah jugak kat Sunway Piramid ni.. dah tiba kan... 

Aleh2 tukar pulak destinasi pegi ke Setia City Mall (SCM). Jam2 tu dah mood Korea pulak tekak masing2 ni. So layan diri ke Seoul Garden....



Alhamdulillah... Kenyang...

Monday, September 16, 2013

HASIL DRP PISANG TANDUK

Breakfast di pagi Hari Malaysia ni ... Nasi Lemak dgn sambal udang, telor rebus dan ikan masin. Hari ni kuah sambal udang tu dilebihkan.. sebab selalu tak cukup kuah. Makan sambal macam makan kuah lemak... tak banjir tak sah.


SAMBAL UDANG



BAHAGIAN NASI LEMAK DI PINGGAN SAYA



Bila petang teringat pulak balance pisang tanduk ada lagi ... nak goreng dah lembik.. so pelagi... ubahsuai dia jadi dua product yang berbeza.


KEK PISANG TANDUK



CEKODOK PISANG TANDUK



Sunday, September 15, 2013

MENGEMAS & GARDENING

Hari ni nak kemas2 sket lah and betulkan pokok2 bunga kat porch ni. Hari ni Nadia and kawan2 dia nak pegi Port Dickson. Nadia buat sandwich, so saya pun buat lah meehoon goreng juga. Boleh Nadia bawak jugak mee hoon tu nanti.




BEKAL UTK KAKAK



Sementara tu perap sekejap ayam ni. Boleh makan ngan meehoon goreng jugak.

GRILLED CHICKEN


Wednesday, September 11, 2013

DAH LAMA TAK BERCEKODOK.....

Order drp Nurul untuk makan2 di office. Katanya nak sambut birthday ramai2 jugak. TQ Nurul.

WALNUT CARROT CAKE




Macam dah lama tak makan cekodok.... So malam ni masing2 kata nak makan cekodok jer... Kira ok lah tu. 


                            


Tapi ter extra rajin plak nak partnerkan dgn Asam Pedas Ikan Parang.




Friday, September 6, 2013

OPEN GERAI PAK YOP

Order drp Mas anak Pak Yop gerai kat riverside. 




TQ Mas.

Tuesday, September 3, 2013

PINK, KUNING DAN BIRU JADI PILIHAN

Minggu ni minggu terakhir bulan Syawal. Masih ramai yang buat jamuan raya di office. Order cupcakes ni utk jamuan raya di office .




TQ Azlina.

Wednesday, August 7, 2013

ECAH!!! KANDE!!! KUIH RAYA BARU SIAP NI...

Hari ni hari penghantaran kuih raya yg terakhir... ya Ampun... of course yg terakhir.. esok dah raya.... So last sekali hantar ke JB... sape lagi kalau bukan utk Ecah dan Kande.




Rasa mcm hari ni hari tido sedunia. Macam dok membalas balik segala waktu2 tido yg tak cukup sepjg bulan puasa. Eh esok raya lah... Boleh dia tido....

Saturday, July 13, 2013

4 RAMADHAN

Suami saya nak mi goreng untuk berbuka hari ni... Naqib nak pau besar kat Sect 17 tu. Nadia nak mkn roti gardenia ngan sup tulang. Saya? Saya makan semua. Hehehehe.


MEE GORENG



SUP TULANG


Friday, July 12, 2013

3 RAMADHAN

Balik keje jem giler babas nak masuk Shah Alam. Ishhh... Maka berebut2 pegi main tunjuk2 kat Pasar Ramadhan kat rumah.


Thursday, July 11, 2013

2 RAMADHAN

Utk hari ni, Naqib teringin ayam golek. So kita org pun main lah tunjuk2 kat ayam golek Sect 17 tu.

Hari ni buka nasi putih jer... so di samping ayam yg tergolek tu.. saya masak jugak lah asam pedas ni.


ASAM PEDAS IKAN PARANG

Wednesday, July 10, 2013

1 RAMADHAN

Sahur yg sangat simple di ramadhan pertama tahun ni. Hanya rendang ayam dan sayur bayam masak air.

RENDANG AYAM



BAYAM MASAK AIR



Utk berbuka pulak, husband saya buat bubur kacang hijau dan saya teringin nak makan mihun goreng maka tergoreng lah mihun itu....


BUBUR KACANG HIJAU



MIHUN GORENG


Saturday, July 6, 2013

SABTU TERAKHIR SEBELUM RAMADHAN

Ramai pulak yg suka dgn Sofia the first ni. .. Rof pun nak jugak mcm Midah punya cupcakes ... ada Sofia dan Ana Muslim. TQVM Rof.




Semalam kakak saya dan Luqman dtg rumah saya. Utk breakfast pagi ni masak kari ayam dan partner kan dgn roti canai segera. Kakak saya terkejut kuah kari tu punya banyak padahal nak mkn utk breakfast. Dia tak tau dlm rumah ni mkn roti canai kalah banjir yg melanda. Heheheheh. Tengok! Memang cepat surut nya kuah kari tu. 

Tujuan utama kakak saya dtg sebab nak pegi beli orchid kat Sg Buluh. Kalau tak.. takde mana nya dia tetiba nak dtg sini. Hahahahaha. 

Kita org pegi lepas zohor. Bercahaya bijik mata kakak saya tengok pokok2 orchid tu. Kahkahkah. Terus nampak sehat gitu. Selalu2 lah dtg sini.. nanti kita cuci mata kat Sg Buloh lagi.. sehat lah badan tu...

Qirin dan Saleh dtg petang2 sket. Seperti biasa.. Qirin ngan Saleh tak pernah dtg tangan kosong.. ada jer bende dia bawak. Kali ni ayam kfc. 

Utk malam ni, saya masak abes sempoi dah ni. Goreng sayur sawi btg putih tu dan ikan siakap 5-6 rasa. 5-6 rasa ke? Lebih kot. Berasa-rasa lah. Hehehehe. 






Friday, July 5, 2013

RAINBOW CAKE

Rainbow Cake in the making




Tu dia.... siap sudah......

RAINBOW CAKE 



TQVM Zaidah.

Thursday, July 4, 2013

AMPUNNN... TERLUPA PLAK...!!!

Saya hampir lupa order RV cake ni... Tapi masa dia order tu siap cakap ohhh hari yg sama dgn month end activity utk June 2013 yg jugak half year closing. Nampak tu.. nampak! Ingat betul pasal kerja. Hahahahahaha.

Mujur dtg ingatkan sehari sebelum. Heheheheh.

Rupa dan wajah RV Cake tu mcm selalu gak so tak perlu lah letak gambar nya.

TQVM Mazlia and sorry ler boleh terlupa pulak.

Wednesday, July 3, 2013

ANIS 11

Mama si Anis ni berkenan tengok cupcake ber image Sofia the first hari tu, maka dia pun nak sama jugak utk anak dia jugak. Tapi nak jugak image Ana Muslim.




TQVM Midah.

Tuesday, July 2, 2013

JOM JENGAH BANDUNG

Minggu depan dah nak puasa. Jom jengah Bandung jom. 



Ya Ampunnn.... Indon tengah libur kot... Pesal ramai sangat ni. Jalan pun jem giler. Ingat kan saje nak rehat kan minda hujung2 minggu ni.. nak bersantai gi makan2 kat sini.. lagi serabut pulak tengok ramai2 ni..dgn jem lagi. Fuhhhh!

Seperti biasa bila dah sampai Bandung.. tak sah lah kalau tak ke pasar baru. Kedai pertama of course kedai Pak Kumar. Dan Pak Kumar pun mcm tau2 jer beri breakfast kat kita org. Makanan yg dia bagi hari tu.. nama dia Chicken Frankie. Gambar tak sempat amek sbb cam lapar terus sambar. Ishh.. Buruk perangai. Hahahaha.

Dek kerana menunggu lama si Jaka anak Pak Kimin ni... Pak Kumar sampai order nasi beriani kambing utk kita org. Adoiii.... Dah breakfast tadi.. siap lunch lah pulak. Mekaseh ya Pak Kumar.



Nasi beriani kambing dia ala2 nasi goreng kambing kat Uncle K Kopitiam.

Jom pegi Rumah Mode jap.




Minum sekejap kat cafe yg ada kat Rumah Mode.







Kali ni kami ajak Pak Kimin ke Kampung Daun. Teringin sangat pegi tu sbb kawan saya kata sedap sangat makanan kat situ.

Ya ampunnnn... Best nya Kampung Daun ni... Cantik lah tempat makan cenggini. Dia buat bentuk pondok2 guna batang buloh. Masuk2 entrance tu pegi register bgtau berapa orang dan dia akan bgtau nombor pondok yg mana.

So sebelum order tu.. kita org gi lah berposing kat batu batan kat situ. Kalau hari siang ni lagi terang gambar.

AIR TERJUN DI KAMPUNG DAUN








With Pak Kimin



Ni food yg kita org order untuk makan bertiga. Ayam Penyet, Gurame Goreng, Gurame Bakar, Telur Dadar, Kailan Goreng, Kangkung Goreng Belacan dan Tempe Mendoan.



Kita zoom satu2 ye.
SET AYAM PENYET




GURAME BAKAR



GURAME GORENG



TEMPE MENDOAN


Eh sedap lah tempe mendoan ni. Mcm goreng pisang rasa dia.


KAILAN GORENG






Sempat gak posing dgn cashier dia.




Pak Kimin bgtau "Hatur Nuhun" tu dalam bahasa Sunda. Maknanya Terima Kasih. 
Ohhh... Camtuh...



Ni kat pintu gerbang masuk.. tadi masa masuk tak bergambar.. sbb tgh lapar. Hahahaha.



Ok.. perut sudah kenyang.. jom balik hotel. Nanti kita dtg lagi ye.. next time kita dtg waktu siang pulak.