Tuesday, April 2, 2013

FIRE DRILL

Today ada fire drill utk TM Annexe 2. Agak kurang gemar aktiviti macam ni... penat nak turun tangga. Heheheheh.. Kalau setakat tingkat 1 or 2 tu I don't mind....




Agak berlenggang kangkung... kalau betul2 ni ada yg hangus rentong gaknya....



Monday, April 1, 2013

BROWNIES FOR BFF


WALNUT AND ALMOND BROWNIES


Order from Dekpij for her bff, Baya and Fadh.

Sunday, March 24, 2013

AUUUUUMMMMMMMM.....!!!!

Breakfast pagi ni mula2 plan nak goreng meehoon, tapi teringat pulak udang harimau yang baru dikail di BIG Aeon hari tu. Macam best jer dibuat sambal tumis. Terus tukar plan and masak nasi lemak. Tak sempat mengaum sang rimau.... dah kena jadik sambal tumis.


SAMBAL TUMIS UDANG HARIMAU 
(Nak sebut jugak sang rimau tu... hehehehe)



Ni nak clearkan stok ikan terubok masin bahagian kepala dan ekor. Bahagian2 ni isi dia kurang pastu byk tulang yang halus2.

IKAN TERUBOK MASIN




Saturday, March 23, 2013

KENAPA CHEESE NI.....?


Entah kenapa cheese hari ni tak molek benar lah pulak... cam lembik dan cair gitu. Haissshhhh... Ni yg tension ni....

Ellysha dah lama teringin kan RV cupcake ni. Hari ni baru terbuat... Sorry Ellysha ye...





RV cake ni pulak Rof order lagi. Dia kata yg hari tu dah habis and anak2 dia suka makan. Tapi sorry lah Rof.. cheese hari ni terlembik lah.. tak tau slack tang mana...




Hari ni ada wedding officemate. Alaaa... yg kelmarin hantar choc chip muffin kat rumah dia tu... Ni lah dia pengantin nya...... 

Selamat Pengantin Baru to Nor Akmal Hj Muslim and Muhammad Syahir Akmal Bin Zainal. Semoga kekal hingga ke akhir zaman.




Pssstt Amal. Pandai cari nama sama. Hehehehe.

Thursday, March 21, 2013

CHOC CHIP MUFFIN

Saya terima order drp bakal pengantin ni dah lama 2-3 bulan sebelum ni. Ermmm... dah nak kawin dah dia... Hehehehe.

CHOC CHIP MUFFIN



Ni yang dah siap tutup.. nak masukkan dlm kotak dan bersedia untuk dibuat delivery kepada tuan punya nya...



Sampai kat rumah bride-to-be ni, org2 tgh sebok2 nak pasang kemah lagi dlm kawasan rumah. Kemah yg atas jalan depan rumah dah siap pasang dah. Untung lah sebab rumah corner. Ada kawasan. 

Thank you ye Amal.

Sunday, March 17, 2013

DI HARI MINGGU....

Tadi pegi AEON BIG... nama baru Carrefour... mcm lom biasa nak sebut nama tu... Meh pegi tempat nak mengail ikan ke apa ke... Udang harimau tu mcm ok je. Kail jgn tak kail. Suka sgt dpt kail udang rimau ni... Byk gak ikan2 dia hari ni.. 

Punya byk ikan yg ada.. last2 ikan talapia yg dipilih. Belasah jer laa.... 

So hari ni kita buat ikan talapia masak lomak cili api dgn peria katak. Masak sekor jer takut Nadia dan Naqib tak suka. Suami ku takyah citer lah... dia makan je....


IKAN TALAPIA MASAK LEMAK CILI API



Goreng laa ayam andaikata tak suka ikan tu... 

AYAM GORENG



Ikan masin keropok ni tak ingat bila beli. Rasanya ada org bagi dari Sabah dulu. Nama aje ikan masin.. tapi tak masin langsung.


IKAN MASIN KEROPOK



Macam dah lama tak buat muffin. Nak buat sikit laa.. sesaje buat minum petang ke... supper ke...

CHOCOLATE CHIP MUFFIN


Saturday, March 16, 2013

JOM MENJALA.....!!!

Breakfast for today... roti jala and kari ayam!!! 

ROTI JALA



KARI AYAM


Alhamdulillah... !!!! Burppp....

Friday, March 15, 2013

MASING2 UTK BIRTHDAY HUSBAND

Hari ni birthday husband Ijan yg ke 50. So Ijan nak bagi surprise kat husband dia siap hantar sendiri ke office husband dia ni pagi2 sebelum office hours lagi. Dia kata nak ikat belon2 bagai kat kotak cupcake ni.  Ijan pesan nak warna light pink. Harap2 dia suka lah ni. Suspend gak takut Ijan tak suka. Ijan siap cuti nak buat delivery kat office husband dia tu. Mcm dapat byg kan Ijan dgn bawak bouquet of flowers lagi... birthday card besar bagak lagi... yg kelakar tu siap cakap birthday cards from anak2 kecik sket drp yg dia nak beri husband dia. 

Hahahaha.. Lawak lah Ijan ni. Lagi kelakar when I just knew that Ijan beria buat ni sbb birthday husband yg ke 50. Ada udang dlm mee rupanya... Ringgit sign maaaaa... Tingggg!!!! EPF!!!! Good job Ijan!!!





Hari ni jugak birthday Nazryadi, husband to Vianty Jasmin. Ala2 nak wat surprise jugak. Lawak lah Min ni. Nak buat surprise tapi dtg amek ngan husband. Senyum2 kambing cik abang dia nampak "kotak" walaupun beria berbalut ngan plastic. Hehehehe...





TQVM Ijan and Min...

Tuesday, March 12, 2013

HAPPY BIRTHDAY TO NAZRUL & MUNI

Kalau semlm kita org buat makan2 kat opis, hari ni Team Finance kat tkt 9 pulak yg buat makan2 sempena birthday Nazrul and Muni. Masing2 dia org ada task sendiri... ada kena masak sambal udang, birthday girl pulak kena masak nasi. Dengarnya Hisham buat air tembikai laici... Ermmm... sedap nya....


MOIST CHOC CAKE


Happy Birthday Nazrul n Muni... 

Thank you Cik Ziz for the order. 

Monday, March 11, 2013

POTLUCK DI OFFICE

Last week kita org plan nak buat makan2 kat opis hari Isnin minggu ni sebab last event was in Dec 2012. Mcm dah lama la kan. Mula nak buat 4 Mac, tapi tetiba month end activity tukar date from 5hb ke 4hb. So tak nak kacau lah hari mth end.

Masing2 akan bawak ikut suka masing2 laa utk santapan bersama. Hehehehe... Our organizer aka Rof belanja nasi lemak, sambal tumis ikan bilis, rendang ayam and of course dgn kacang goreng dan timun nya...

Team SCM dan SRM bawak pulut kuning, rendang daging n sambal tumis. PS n PM Team bawak roti gardenia dan kuah kuzi daging. Asalnya dia org nak bwk roti jala, tapi ada masalah takde letrik kat rumah 'penjala' tu maka digantikan dgn roti gardenia. Integration team pulak bawak kuih muih dan ice cream Nestle Mat Kool with 4 different flavors. Siap ada kon ice cream sekali.

Hani SCM bawak puding jagung, Liza Finance bawak ketupat palas pelbagai jenis. Ada yg dah siap inti sambal daging dlm dia. Saya pulak... Ermmmm.... dok pikir bagai nak rak nak bawak apa. Last2 nya saya bawak mee goreng.  

Team HCM bawak roti canai dan jugak order walnut carrot cake drp saya.

WALNUT CARROT CAKE



Fazi pun bawak roti canai jugak maka terjadi lah lambakan roti canai yg sgt banyak. Untuk air pulak..... Fizah mmg caterer utk teh o panas setiap kali adegan makan2 diadakan. Liza pulak buat nescafe panas.

Alhamdulillah.... Tersangat lah kenyang nya.... Makan tak hengat..!!!!


BLUEBERRY CHEESE TART


Order drp Espa. Tq Pa...

Masa hantar kat Espa tadi... terpandang lak view ni keluar2 dari Dang Wangi LRT Station.... Lain kali nak cari angle yg lebih menarik.


Selama ni boleh tak persaan langsung. Hahahahaha.

Friday, March 8, 2013

TURN KAT RUMAH PULAK

Rof kata kali ni nak celebrate kat rumah with family members pulak. Satu RV cake and satu lagi moist choc cake, nak letak strawberries and gambar Angry Birds.


RV CAKE




MOIST CHOC CAKE WITH BUTTERCREAM ICING



Mekaseh ye Rof...



Ini pulak order drp Shikin. Nak balik kampung ye.. TQ Shikin....

Thursday, March 7, 2013

KE SEBERANG YE....

Kawan saya si Ijan ni call nak order choc cupcakes ni. Katanya budak yg nak cupcakes ni hanya makan kek choc dan cream nya pun kena warna chocolate. 
Cupcakes ni jugak akan dibawa ke Medan, Indon. Ohhh nak terbang lah ni ye.... 


MOIST CHOC CUPCAKE WITH BUTTERCREAM ICING



Have a safe journey ye wahai cupcakes. Jgn senget2 plak bawak tu.. kang terbalik pulak.



Dan saya mmg ada buat extra cupcakes untuk officemates.



Sunday, March 3, 2013

CELEBRATE KAT TADIKA

Tetiba Rof call nak order RV cake untuk nak bawak ke tadika anak manja dia ni. Malam2 sket lah Rof ye.

RV CAKE


TQ Rof.

Saturday, March 2, 2013

SABTU YG PENUH AKTIVITI

Pagi ni dah set appointment nak service kete. Sementara tunggu service tu... kita pegi breakfast kat kedai2 makan yg ada kat kawasan tu.

Eh eh... ada lempeng laa.... Panas2 lagi. Baru keluar kuali ni.


LEMPENG KELAPA DAN SAMBAL TUMIS



Balik dari servis kereta, siap2 nak pergi wedding Shikin pulak kat Kelang. Naqib dah janji ngan kawan dia nak pegi wedding abang kawan dia kat Section 19.

Ni makanan kat wedding Shikin. Tak ambik pulak sambal sotong. Almaklum takut pedas. Heheheheh... Ada rojak ke gado2 ek nama dia. Sedap kuah kacang dia. Kuih2 pun sedap.




Pengantin lelaki tak lama lagi tiba. Jom jengah Shikin kat bilik pengantin. Comel and sweet lah dia...




Cantik pelamin Shikin...



Balik dari wedding, nak bawak si Kiko pegi klinik. Dah 2 hari dia melepek monyok je. Kenapa ye.... Bulu2 dia habis tanggal. Draco si abang dia pulak dengki, gigit2 dia, abes berterabur bulu2. Kiko memang dah tak larat sangat.

Fuhhh... ramai pulak kat klinik.... Mcm2 nama dengar. Oshin ada... Along ada... Memey pun ada. Hehehe.

Nama Kiko kena panggil selepas Oshin. Doctor kata Kiko ni sebenarnya stress. Siannnn dia. Kena buli ngan Draco. Dan Kiko pun ada selsema. So doctor bagi ubat pil Flu and multivitamin. Kena injek sekali. Diam jer Kiko... tak mengiau langsung.



Get well soon Kiko...!!


Friday, March 1, 2013

1313 - CANTIK DATE HARI NI.....

Pagi ni ke CyberJaya untuk urusan kakak.... Lepas tol masuk ke CyberJaya tu kena buat lencongan. Ohhh... semalam kat Berita ada bgtau... Ada jambatan roboh.....  Huitttt!!! Patah dua jambatan tu. 



Sementara tunggu urusan kakak selesai, kita pegi deliver Cheese tart ngan birthday cake ni dulu.

BLUEBERRY CHEESE TART


Cheese tart di order oleh Maziani. TQ Maziani.....


VANILLA BUTTERCAKE WITH BUTTERCREAM ICING


Cake ni ditempah oleh mama to Mustaqim. Si mama suruh lukis frame cermin mata atas kek tu. Harap suka lah ye.
TQVM ye Siti Zaidah a.k.a MokJah.

150 pcs RV cupcakes ni pulak di order oleh Pn Mazihan sebagai tambahan dessert untuk wedding ipar dia kalau tak silap. Kena hantar sebelum 8.00 malam sebab dia nak gerak balik kampung pukul 8.00 pm.


RV CUPCAKES


Mekaseh daun keladi... Sudi2 lah order lagi... Hehehehe.






Thursday, February 28, 2013

ORDER DRP PALI

Pali order blueberry cheese tart ni.



Terima kasih Pali....

Wednesday, February 27, 2013

TAK NAK CAKE

Hari ni birthday Dura Amira. Pesan Mira pada mama dia, "Mama tak payah beli cake, dia nak cheese tart aje". Ermmmm... bagus lah Mira ni.


BLUEBERRY CHEESE TART



Happy Birthday Mira.....!!!!

Monday, February 25, 2013

RV CUPCAKES UTK FAREWELL.....

Untuk jamuan farewell Norina.




Thank you Pn Mazihan.

Sunday, February 24, 2013

PICNIC

Hari ni Nadia dan kawan2 dia nak gi picnic. Kat mana? Laaaa..... kat Tasik Shah Alam jer... Hehehehe... Kawan2 dia dah bawak mknan berat2 so kakak bawak yg light2 je laa... Hahahaha. Kakak cuma bawak chicken nuggets dan RV cupcakes.

RV CUPCAKES



RV CAKE


Kalau hari tu ada girlfriend tu nak beri utk birthday boyfriend dia, kali ni housemate pada si girlfriend tu pulak nak beri kek pada seseorg jugak. TQVM Ain....

Saturday, February 23, 2013

PRE-GRADUATION CELEBRATION

Ermmmm.... sekejap jer rasa.... pejam celik pejam celik, Rai dah abes dah master dia. So dia nak celebrate dgn kwn2 dia kat Tasik Shah Alam.


MOIST CHOC CAKE



Congratulations Rai....!!!
Thanks for the order.


TAMBAH KOLEKSI

Hari tu kan dah suka sangat bunga rose tu menjadi... maka di kala hujung minggu ni kita menambah lah koleksi lagi... Tambah lah color lain pulak. Selalu bunga rose yg famous warna merah jer kan... purple ni mcm jarang pulak tengok.

ROSE PURPLE


Zoom dekat sikit yg purple ni...



Yang ini lagi tak biasa tengok. Macam bunga lukisan. According tu penjual tu, rose ni rose dari Siam. Thailand lah tu... Unik kan?

ROSE SIAM



Rose warna pink ni kelopak dia mcm lain sket. Banyak rupa dan jenis2 rose ni sebenarnya... Kena study jugak lah kalau nak tahu lebih detail lagi.

ROSE PINK


Kita bela elok2 ye. So total pokok bunga rose dlm koleksi sekarang dah 10 pasu. Yg warna kuning lom bunga lagi. 

Friday, February 22, 2013

NAK ANGRY BIRD LAGI

Ermmmm.... si girlfriend nak beri kek pada birthday boyfriend nya.... Ceh ceh ceh ceh.... Seronok kawan2 serumah boyfriend kan? TQVM Zeni....


RED VELVET CAKE




Kelmarin birthday cake si adik dah bawak ke nursery, so abang ngan kakak pun nak jugak. Si mummy ni pun request lagi.... short notice jugak. Kita try jugak lah buat benda yg lebih kurang sama rupa mcm hari tu.


MOIST CHOC CAKE WITH ANGRY BIRDS FIGURINE



Mekaseh lah ye Mai and Fauzi.

Wednesday, February 20, 2013

HADI TURNS TWO!!!


Tiga beradik yg sangat suka dgn Angry Birds. So kali ni si adik kecil punya turn pulak ok... Order ni diterima sangatlah short notice nya.... Mummy si kecik ni kata kalau tak dpt buat 3D, bubuh edible image aje. Tapi.... edible image tu kena order... Tak sempat lah Mai....
Kita cuba lah buat ye...


MOIST CHOC CAKE WITH ANGRY BIRDS FIGURINE




TQVM Mai and Fauzi.