Friday, June 11, 2010

FAMILY HOLIDAY IN PERTH, AUSTRALIA ( 05 - 10 JUNE 2010)

Day 1 (5 June 2010)

We reached Perth at 5.20 am. Terus amek cab & gi check in kat hotel. Luckily the hotel accepted us pepagi buta tu. Normally check in time kan at 2.00 pm. Kalau tak bersalai nak tunggu kul 2 pm.



Dek kerana ngantuk, terlelap plak... terkejut kul 10 am. Bgn2!! Datang jauh2 membuta pulak... Apa hal!!!

Kita org just jalan2 kat Langley Park, and jalan2 tepi Swan River sampai ke jetty. Sepanjang2 jalan, tak sudah2 posing bagai nak rak.

Langley Park... Berterabur maples leaves kat situ.
















Kat Bell Tower




Disebabkan hari makin gelap and terasa makin sejuk.. relax jap pekena Hot Chocolate.





Day 2 (6 June 2010)

We went to Fremantle via train. Redah jer...

Di station keretapi Fremantle




At one of the souveniers' shops kat E Shed Market, tgh2 leka berborak dgn tokeh kedai yg berasal dr Singapore, siap rojak2 ckp english & Malay lagi.. tetiba ada sorang pompuan ni nak bayar kat tokeh tu tegur..."Eh.. macam kenal lah..", dia kata. Sekali tgk.. mmg mcm kenal.. tapi di mana yeahhhh???? Laaa.... Asliah rupanya... Org TM Sabah... Dulu saya pegi buat IQA kat office dia di Labuan, skrg dia dah tukar ke KK. Dia bercuti berdua dgn husband dia.


Me and Asliah




Ni dalam bas nak ke Fremantle Market, saje naik bas walaupun dekatr sbb tambang train tadi dah termasuk segala bus fare sampai midnight.










Kakak Tgh Beli Choc Strawberry










Day 3 (7 June 2010)

Since dah 2 hari ni, asal nak pegi kedai2 kat city dia, kebanyakannya pukul 5 pm dah tutup kedai. Paling lewat tutup pukul 8 pm. Tu pun satu dua kedai je. Supermarket je yg bukak until midnight. Terlupa plak winter, siang dia pendek. Pukul 5 pm dah gelap.

So hari ketiga, kita org just pusing2 dalam city dia aje. Masuk lah shopping mall - Harbour Plaza dia tu. Yg paling besar kot kat situ. Most of them tgh sale. Best gak!!

















For dinner, kita org pegi ke Ole-ole Cafe, ada Indonesian & Malaysian food. Owner dia Indon. Kari ayam dia pekat giler. Rendang daging boleh tahan laa...


Day 4 (8 June 2010)

Hari ni nak melawat Zoo dia pulak. Kena seberang Swan River, so kena naik ferry. Alaa.. sekejap je.. 7 minit dah sampai seberang.

On the way to the zoo, nampak pulak red roses yg besar2 bagak ni... sempat gak posing...




Binatang2 kat zoo dia cam sehat2 gitu, besar godang. Nak2 Lion King & bini dia. Tegap sasa betul badan dia. Acu tgk ni.. besar kan?






Penguin pulak jenis yg spesies kecik. Yg ni yg paling manja... makan nak bersuap sbb dia tak reti nak tangkap ikan2 yg dibaling dlm kolam tu.




Spotted Hyaena si jahat dlm citer Lion King




Black Swan




Ni pulak tortoise yang sangat besar. Terhegeh2 dia berjalan.




Ada jugak pokok2 jenis pelik kat zoo ni. Contohnya yang ni nama dia "Sausage Tree". Unik gak.




Sempat pulak berposing sebelum naik ferry seberang ke city.



















Masa nak naik ferry balik, tetiba mata ni ternampak cam org yg biasa dilihat sebelum ni. Tapi takkan dia kenal kita kot... Alih2 dia kenal. Dia dtg tegur & introduce wife & anak dia. Bila dah sampai kat jetty, kita org pun bergambar laa...



For dinner hari ni pulak, terjumpa pulak restoran lain - Insan's Cafe. Yg ni owner betul2 org Melayu kita & of course masakan pun exactly masakan melayu. Owner dia org Bukit Jelutong Shah Alam. Emmm.. sekampunggg... sambil makan, lagu2 Allahyarhamah Saloma & Allahyarham Tan Sri P Ramlee berkumandang kat cafe tu.


Day 5 (9 June 2010)

Hari last ni, kita org pergi Wildlife Park pulak. Kat zoo semua dlm kandang, so ni nak tgk yg bebas lepas pulak.

So layan tgk aksi2 berposing dgn segala binatang yg ada kat situ.


Bagi Llama yg cute tu makan...




Naqib with the Little Poney




Kambing ni memang dah siap sedia berdiri posing atas tunggul kayu, tak berganjak2



Jom kita pergi kat dia....
Eh.. eh.. Jinak betul la dia ni... Tapi bulu dia best laa... bersih betul. Putih melepak pulak tu. Mcm kena mandi je... Ehhhh! Kambing mandi ke????




Bergelumang pulak dgn biri2.. sampai rasa bau kambing lak badan ni... Tapi biri2 tu tak pulak berbau.. Kwang kwang kwang... Siapa yg kambing sebenarnya..?? Oh no...!! Not me pls... Hihihihihi






My husband with group of Kangaroos




Nadia dgn Rusa




Naqib & me dgn Rusa... Jinak kan??




Dalam banyak2 koala yg ada, yg ini aje yg tgh berjaga, yg lain semua bantai membuta je peluk batang pokok tu. Tapi dlm tidur2 tu.. tak pulak terlepas drp btg pokok tu.

Me and the cute Koala Bear




Wombat ni org tu pegang & peluk je. Sebelum tu org tu dah kena gigit dah dgn wombat tu. Buruk kan rupa wombat ni..???

Nadia & Naqib with the Wombat




Biri2 tu komain dtg kat Naqib. Tapi Nadia terabur lari sebab biri2 tu kejar dia. Alaa... bukan apa... biri2 tu nak bermanja kot tapi kakak yg panik tak tentu arah.




Ewahhh... Bukan main bersantai lagi cik mak Roo ni. Relek nampak.. Perasan laa tu kita org dok kerumun bergambar ngan dia.




Actually banyak lg tempat2 lain yg tak cover, almaklum bukan guna travel agency, semua main belasah sendiri ikut time sesuka hati. Kalau travel agent, harus semua tempat dapat pergi kot. Insya Allah, ada rezeki, kita dtg lagi....

Disebabkan tekak ni rasa sesuai benar dgn masakan melayu, maka dinner hari ni pun makan kat Insan's Cafe.

Day 6 (10 June 2010)

Balik Malaysia... Home Sweet Home....

Friday, June 4, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU ALONG & AMY

Nak keluar rumah jer pagi2 kul 6.30 am tadi, tetiba jer hujan lebat mencurah2.

Hari ni ada tempahan moist chocolate cake untuk ex-officemate . Cousin dia punya wedding weekend ni. So dia order satu besar utk bg pengantin, satu lg kecik utk dia makan anak beranak dia.

Gambar mmg tak amek sbb kelam kabut td pagi hujan tu.. lagipun simple deco je.

Minggu ni nak kata setiap hari ada tempahan tapi tak sempat nak update. Hari Isnin hari tu ada belated birthday cupcakes, then the following day pulak ada birthday cupcakes, kmdn 3rd anniversary cupcakes.

Gambar2 dah amek tapi nak update tak sempat2. Nanti laa.. lega2 sket.

Malam nanti dah nak ke airport... Saya cuti the whole of next week. Tak sabar nak cuti ni..

Friday, May 28, 2010

CUTI HARI WESAK 2010

Cuti Wesak tahun ni kebetulan hari Jumaat. Hmmm.. dapat extra cuti... Best2!! So apalagi... balik my hometown - Batu Pahat. Dah terbayang nak makan macam2 ni... Itu jer ingat. Heheheheh...

Pagi tadi pegi restoran tepi pasar pagi tu beli lontong. Yang menariks sangat tu.. lontong dia guna ketupat betul. Perghhhh... Mmg sedap giler!!!! Kakak saya pulak ada buat mee goreng. Sedappppppnyer..............

Hari ni plan nak ke Air Hitam. Semlm Anne tanya nak hias dulang2 hantaran tu camana... maka saya pun pikir punya pikir punya pikir dan bgtau ok tak kalau kita buat "cenggini".... So Anne ajak teman dia pegi Air Hitam nak cari bahan2 & brg2 yg berkaitan. So lepas lunch & zohor tadi, kita org pegi lah Air Hitam.......

Sebelum tu, ini menu lunch tadi...

Asam Pedas Ikan Parang



Sayur Campur Goreng



Dah lama tak makan pucuk ubi, tadi beli kat pasar pagi.



Ikan Parang Goreng



Kesemuanya adalah hasil air tangan kakak ku... hehehehe... Saya hanya tau makan dan makan dan makan aje....

Tuesday, May 25, 2010

CUPCAKES UNTUK HANTARAN

Cupcakes ni ditempah oleh one of the SI's di department saya. Tak perasan samada hantaran tunang ke atau kahwin tapi dia kata tema warna hijau.

Actually dia request mcm hantaran tunang Min tapi saya yg pepandai buat bunga Calla Lily. Sukahati makbapak jer... Heehehe... Jgn maraaa...

CUPCAKES HANTARAN TEMA HIJAU

Saturday, May 22, 2010

AKTIVITI HARI SABTU

Salam...... Tak bangun lagi ke? Ada kat rumah ke? Kita dah kat depan gate rumah ni.. Nak hantar MU cupcakes ni....

MUFC CUPCAKES



Emmmm.. Pagi2 Sabtu ni hujan... konpem tak bangun lagi. Tepon tak jawap.. sms tak jawap.. seb baik door bell ada. Ada jugak org tolong bukakkan gate. Nanti tolong sampaikan kat dia ye.

Dah kebetulan kat Sect 7 ni... kita breakfast je la kat kopitiam yg banyak kat sini.

Kita teruskan saje aktiviti hari Sabtu yang lain. Singgah kedai, pegi Tesco... Stock air mineral dah habis... pegi SACC Mall... Apalagi.. Makan le.... Jom makan kat Restoren Asiari...



Kita orang pilih menu dari package Set B.






FRESH YOUNG COCONUT



Teringat pulak kat Ho Chi Minh dulu, asek2 minum air kelapa muda. Dahla kat hotel tiap2 hari letak air kelapa muda kat bilik, masa gi shopping pun, asal tersinggah nak membeli... mesti dia bagi air kelapa muda jugak. Naik kembung minum air kelapa je.

ICE BLENDED MANGO & SODA LIME JUICE



Alhamdulillah... Burrppp.. Kenyang...!!!

Thursday, May 13, 2010

BIRTHDAY KU PULA.........

Hahahahah... Hari ni 13 Mei adalah birthday diri sendiri pulak... Selalunya buat birthday cake orang.. tapi utk diri sendiri pun saje nak buat sendiri gak... Bukan nya apa sangat saje wat suka2....

So ini adalah kek yg saya buat utk diri sendiri.

MOIST CHOCOLATE CAKE WITH BLUEBERRY FILLING TOPPING WITH BUTTERCREAM ICING



Birthday Card drp husband & anak2ku. Nadia pesan soh letak kat office.




Lps Naqib balik sekolah, kita org beria2 pergi Empire Shopping Gallery yg baru bukak kat Subang Jaya tu sebab dah ada Chilli's kat situ. Tapi hampeh... 26 May baru dia bukak, ni tgh busy interview nak amek pekerja. Tulis lah kat depan tu Opening Soon... Ni tak tulis... Ish! Sengal betul lah...


Sebenarnya hari tu masa 4 Mei, boss saya kata nak belanja makan for the whole team. Dia pilih lah Italiannies Restaurant kat The Gardens tu. Bila dah habis makan, tetiba macam sesuatu akan berlaku. Kenapa dia org ni pandang sana pandang sini ni????Kmdn waiters kat situ bawaklah sebijik cake dengan "lilin2 yg banyak" (nak tunjuk betapa byk umur tu) atas cake tu bawak kat saya. Ohhhh... wat surprise ye.... Ish!! MALU DIBUATNYA..!!!! ( ni kena ikut slang Minarwan hockey player yg iklan pasal tampal gigi palsu supaya tak goyang tu).

Dan ini yg team saya beri.



TQ lah you all ye...

Wednesday, May 12, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO PRINCESS AINA SOFEA

Hari ni adalah birthday Aina Sofea yang ke 3 tahun. Mama dia mmg dah awal2 order princess cupcakes untuk kanak2 dan jugak kek untuk org dewasa - atok, nenek, mama, ayah and also Kak Oked the baby sitter.

Aina ni mmg suka sangat kat Princess ni so untuk menambahkan lagi suka & cerianya dia pada birthday dia, itu yg mama dia soh bubuh edible image princess tu.

PRINCESS CUPCAKES



Ini pula adalah keknya.

MOIST CHOCOLATE CAKE WITH BUTTERCREAM ICING



Have a wonderful birthday ye AINA......!!!

Sunday, May 9, 2010

HARI NI MOTHER'S DAY

Happy Mother's Day to all moms....

Rasa cam malas nak buat apa2... Masak satu lauk je laa...

Ini hasil tangkapan kat KK hari tu.. ye ke tangkap??? Iyeee... Tangkap kat pasar laa.

Biasanya udang2 saiz giant ni saya buat sweet sour je..

UDANG SWEET SOUR



Di petang Ahad yg santai ni... jom arr gi lepak kat Subang Parade. Kita lepak2 kat Uncle Lim eh... Karipap dia sedap. Jom2!!

Wednesday, May 5, 2010

CUPCAKES FOR M-SERIES

I received this order from mummy to M-Series i.e. Marsya, Muqry & Maira. Sukahati je cakap M-Series. Hahahahah... Jgn maraaaa.... Nnt kena jual...



Hope budak2 ni suka & enjoy la makan cupcakes ni....

Sunday, May 2, 2010

JEMPUTAN BREAKFAST AT KG TUNKU

Hmmmmm... Bestnyer org jemput breakfast. Hahahahah.. Jom2 kita gi cepat. Dia jemput kul 8 am.. tapi ni dah kul 9.30am. Sorry.. Sorry.. sbb tetiba tuition tempat Naqib tu kata ada extra class pagi ni kul 9 am so kena hantar dia dulu. Don't worry.. makan punyer pasal, kita org datang nyer...

Meh makan meh.

Yang org lelaki nak duduk kat luar.




Yang pompuan lak, nak ngadap lauk2. hehehehe..



Macam2 ada.. lontong.. nasi lemak dgn accessories dia




Ni rupa org dah kenyang... Burrpppp...






Seperti bese... dah kenyang.... kita org pun balik. Kakak & abang saya pulak terus balik BP. Tuan rumah nak pegi jemputan kahwin tu...

Saturday, May 1, 2010

PERTUNANGAN VIANTY JASMIN 1 MAY 2010

Untuk cupcakes hantaran ni, sebenarnya bunga tu warna purple tapi tak tau knp dia turned out to be blue dlm gambar. Siap tukar camera lagi tapi hasil nya serupa.. ish!! kena beli camera lain plak ke???

CUPCAKES HANTARAN PERTUNANGAN VIANTY JASMIN



Cupcakes ni mlm tadi lagi Min dah dtg amek.

Meh kita tgk masa event tunang tu siang tadi....

Sweetnya Min... Duduk elok2. Nak tunang kan? Kan? Kan?



Haaa... dah sampai dah derang.. Sila2. Jemput masuk...









Bakal mak mertua sarung cincin.



Ok.. makan time. Kita org tunggu sebelah pihak lelaki makan dulu... so kita orang leh pulun habis lps tu.



Ini saya punyer... Hmmm... sedapppp I tell u.... Kakak ipar saya yg juga mak kpd Min yg masak. Apa aje yg dia masak semua sedap lah!!! Tak tipu. She's really a good cook.



Dah siap makan semua, dah kenyang.. sempat gossip2 lagi. Ok apalagi, balik lah rumah.... Esok pagi ada jemputan breakfast lak kat Kg Tunku.