Friday, February 19, 2010

CUTI-CUTI DI RUMAH.....

Tak sangka... walaupun pokok2 orchid yg saya bela ni kurus2 & keding2... tapi mereka masih mampu mengeluarkan bunga. Hehehe.. Tapi bunga dia tak banyak kuntum lah... Jadik laa.. daripada tak berbunga ... ye tak??

Meh kita buat lawatan kat taman orchid yg tak seberapa ni....













Kat depan rumah neighbour sebelah kiri ni ada pokok ceri. Ingat dulu2 masa zaman kecik2 pantang tengok pokok ceri yg dah berbuah... Buruk lahap betul...



Dan ini pula adalah pendatang asing yg selalu menjengah ke rumah kami.... Dah rupa dia ni ala2 Black Magic maka kami pun gelar dia "BLACK"... Mcm harimau bintang pun ada... Rupa jer garang tapi penakut...

Thursday, February 18, 2010

BEST NYER CUTI....

For breakfast pagi ni, kita org makan nasi goreng. Layan dengan cokodok bodoh, hmmm.. ok gak laa... Dah nama pun makannn... mau nyer tak ok...

NASI GORENG

Wednesday, February 17, 2010

BALIK SHAH ALAM....

Konon nak gerak lepas breakfast... emmmm... hampeh... kul 12.00 noon gak baru gerak. Kali ni balik tak masuk hiway dari Yong Peng, tp kuar ikut Ayer Keroh pulak. Mak datokkkk... byk nyer kete kat Melaka. Org2 negeri lain bercuti kat Melaka kot sebab sekolah2 tak cuti pun kat Melaka ni.

Last2 kita org reached Shah Alam dah kul 4 pm. Ishhh.. Lama betul.

Dah ptg2 sket, kita org gi Ole-Ole... lama dah tak gi Ole-Ole. Gi makan kat Pak Li Kopitiam. Nadia & Naqib makan Black Pepper Chicken Chop. Ok gak laa rasa dia... Husband saya makan mee udang. Saya pulak mkn bun bakar & kari ayam. Rasa cam tak tau nak mkn apa... Belasah jer laa...

Badan ni rasa tak selesa.. sakit2 & sengal2 gitu... Singgah lah klinik jap. So apa kata doctor... "Ada jangkitan virus...Kena rehat." Doctor nak kasi MC esok tapi saya kata saya memang cuti. So doctor kata "make sure cuti tu kena rehat betul2, jgn buat kerja... not even memasak. Anak kecik lagi ke?" Dia pun tgk rekod, "emm.. anak dah besar.. So.. there shouldn't be any problem..." Bagusnya kalau betul2 boleh relax..
So pesanan doctor disampaikan kpd husband & anak2. Heheheheh...

Tuesday, February 16, 2010

JEMPUTAN BREAKFAST

Bangun2 pagi je, kakak saya bgtau yg kakak ipar saya, Ani, jemput breakfast kat rumah dia. Ishhh.. pepagi lagi dah dapat rezeki ni... Emmm.. bagus.. bagus...

Tunggu org ni siap, tunggu org tu siap.. emmm... kul bape nak sampai umah org yg mjemput ni.... Takpe... boleh join ngan lunch sekali.. heheheh...

Jom.. jom... lapo dah ni... Layannnn...










Ada anak kucing... jom main anak kucing pulak...

ANAK KUCING, NAMA DIA KAY-POH



Sebenarnya.. badan ni rasa tak berapa sehat... Sakit2 badan, sengal2 & lenguh2 mcm nak demam.. Cari kelapa muda arrr...

KELAPA MUDA



Emmm.. sedap air kelapa ni.. manis!!

Monday, February 15, 2010

CNY - Day 2

Hari ni kita orang 3 family ke rumah abang saya di JB. Kami dijamu untuk makan tengahari. Alamak makan punya pasal... lupa nak amek gambar makanan yg banyak tu... Nama makanan.... Nasi Internet. That is what K Normah told me.. Hmmm.. Nice name... Sesedap rasanya....

K Normah will be leaving for umrah pd 6th March nanti & her sister pula ke Uzbekistan (nak dpt menantu org Uzbec). Dan Kuih tart ni sebg buah tgn.

KUIH TART YG AKAN KE UZBEKISTAN



Lps dah kenyang... main2 ngan kucing pulak ... Dua beradik Si Oren & Si Milo. Manja betullll....

SI OREN




SI MILO



Balik BP terus ke Ramly Cafe kat BP Walk. Makan lagi!!! Takde keje lain... Pekena teh tarik... otak2... and nasi lemak bungkus daun pisang. Ada 3 jenis bungkus daun pisang lain2 pesen. Try 2 jenis. Emmm... yg satu ni lagi sedap. Ingatttt bungkus yg tak tajam yg lg sedap... Siap beli bungkus bawak balik lagi.. sedap punya pasal. Tokeh tu siap tanya "Bungkus yg ni lebih sedap ke???" "Iye!!!" Jwp dgn penuh konfiden.. sebab dah try kannn.. tak tipu punyerrrr...

Sunday, February 14, 2010

CNY 2010 - Day 1

Lepak di BP...

Breakfast - pegi cari lontong & kuih muih kat Tmn Sri Penggaram.

Lepak2.. Golek2 tengok TV...

Lunch - Nasi putih with ikan pari assam pedas, sup tulang, sayur campur goreng... Hmmmm.. sedappp... air tangan kakak kuuuu... heheheheh...

Petang - Naqib & ayahandanya main badminton kat club Bukit Banang. Laaa... Cina2 ni tak raya ke??? Raya-raya main badminton pulak... Jom kita tengok aksi2 pasangan ayah dan anak ni....

AKSI ANAKANDA



AKSI AYAHANDA




Lepas tu pegi makan pisang goreng cicah + teh ais kat Jln Tanjung Labuh.

Saturday, February 13, 2010

CUPCAKES MENEMUKAN KAMI.....

Hari ini dalam sejarah.... di negeri Melaka yg sememangnya penuh bersejarah... akhirnya saya bertemu kembali dengan sahabat saya setelah 27 tahun tanpa kabar berita. Wow... itu bukan sekejap tu... lama betul tu...

Kami baru saje dpt contact each other. Kawan saya ni rupa2nya suka dgn cupcakes. Dia pun order untuk 2 occassion, acara merisik & jugak birthday si comel Ika.

Kebetulan cuti CNY, boleh lah saya balik Johor sekali. Kami bergerak dari rumah lebih kurang 7.30 am. Saya bgtau kwn saya yg saya akan sampai before kul 11.00 am sebab acara merisik tu pukul 3.00 pm on the same day.

Mak oii... jem giler hiway, start dr Nilai sampai Seremban. Mmg padat kenderaan di hiway. Tp kami berjaya tiba di Melaka pukul 10.05 am. Kita org terus masuk MITC sebab sebenarnya tak tau pun the exact location. Kami pun pegi ke Restoren Subaidah yg ada kat situ for breakfast.

Bila habis makan, husband kawan saya pun tiba and dia lead us to her wife's clinic. Ada patient masa tu... so tunggu kejap.
Pastu... jeng jeng jeng... akhirnya saya bertemu dengan kawan saya... Dr Jasniah Mohamed. Wah.. Dah ada klinik atas nama sendiri. Bagus! Bagus!

CUPCAKES MERISIK




CUPCAKES UNTUK SI COMEL IKA



ME AND JAS




MY FAMILY WITH JAS & HUBBY & JAS'S MOTHER IN LAW




DEPAN KLINIK JAS

Friday, February 12, 2010

PELBAGAI ROTI

Alhamdulillah.... siap gak order untuk kengkawan untuk di deliver pagi ni.... Kek Marble, Bun Kari Ayam, Bun Kari Daging, Mocha Bun & last but not least Potato Bread. Dan pada saat dan ketika ini... cupcakes sedang berada di dlm oven. Malam nanti bersedia untuk di deco.

Potato Bread




Gambar2 untuk yg lain pernah dipostkan sebelum ni.

Thursday, February 11, 2010

DELIVERY FOR CHINESE NEW YEAR

Ms Yong, our Company Secretary tak pernah lupa bagi semua staff dia marble kek untuk CNY. Dan dia akan minta saya buatkan kek2 marble tersebut. Tu yg staff dia sayang kat dia tu... hehehehe... Actually this year will be the last year of her here (dah 55 yrs old dah) after spending 18 years and 10 months in this company. And guess what...!!! She will pursue a fine arts degree after her retirement. Rajin betul laa dia...

KEK MARBLE YG SEDIA UNTUK DIHANTAR




Saya juga beri cupcakes untuk Ms Yong sama seperti yg saya beri Mrs Wong semalam.

Tuesday, February 9, 2010

PINEAPPLE TART & ALMOND LONDON FOR CNY

At last, I managed to complete the order from Mrs Wong of Subang Bestari. She requests to be delivered on 11/02/2010. Ok, no problem. Boleh aje...

Ni dia tempahan yg sedia untuk dihantar.

PINEAPPLE TART & ALMOND LONDON



Takde apa nak beri pada Mrs Wong.. so saya berikan cupcakes ni untuk nya...

Saturday, February 6, 2010

JOM LEPAK SUNWAY PIRAMID

Seperti biasa, bila weekend2 ni selalu gi lepak2 tak kira kat mana2 pun... Kali ni Sunway Piramid jadik pilihan sebab suami saya ada nak cari something kat situ.

Naqib sekolah hari ni utk replace hari Jumaat after Chinese New Year so sekolah akan cuti seminggu lah next week.

Cakap pasal Chinese New Year ni... hmmmmm... this coming week shall be a very busy week for me. Kena siapkan order2 orang2 yg nak sambut Chinese New Year ni...

Sebelum membusykan diri minggu ni, meh lah tengok gambar2 yg diambil di Sunway Piramid tadi...



POKOK CILI



Tak tahu apa nama pokok ni.. tapi mcm pokok nenas...



Aneka Bunga Orchid



Dan ada byk lagi pokok2 bunga yg ada di situ.

Monday, February 1, 2010

CUTI HARI WILAYAH 2010

Yeaahhhhhhhh... Hari ni masih lagi di alam cuti... Best! Best! Tapi mcmana pun kena hantar Naqib pegi sekolah... Pagi ni mmg dah bercita2 nak beli nasi lemak kerang kat Sect 17 sebab byk aktiviti nak buat hari ni... So takyah masak for breakfast beli terus ngap aja.

Aktiviti yg nak dibuat sebenarnya adalah gardening... Kelmarin dah beli tanah hitam untuk ganti tanah dlm pasu tu.. Sebabnya...??? Kucing2 alleycat tu lah.. dia ingat saya sediakan jamban untuk dia gaknya.. cantik jer melayan perasaan dia dlm pasu bunga tu. Seb baik tak mati pokok2 tu.

Pastu cabut rumput2 yg dah penuh dlm deretan pasu2 yg saya buat divider / garisan untuk parking.

Leka punya leka... rupa2nya dah pukul satu tghari.. Alamak... Kejap lagi Naqib balik sekolah. Mesti lapar dia ni.. Cargas! Cargas! Masak nasi cepat! Lauk apa ek nak buat.. Kena yg ringkas2 ni. Ok , kita buat yg segera untuk dimasak. Hmmm.. Dah siap pun Ketam Goreng Mandarin Style...

KETAM GORENG MANDARIN STYLE



Nak pegi jemput Naqib balik sekolah pulak. Ya ampunnn.. takde parking...!!! Agaknya semua makbapak dia orang pun keje kat KL, hari ni cuti so inilah peluang amek anak balik dari sekolah.

Aktiviti sebelah petang pulak, kemas-kemas sikit rumah.

Alamak baru kemas sikit.. dah penat... Hahahaha... Tu lah.. Padan muka..
Ngantuk laa plak... Esok keje ni.. ZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz............

Sunday, January 31, 2010

HARI TERAKHIR JANUARY 2010

Tadi petang pergi hantar chocolate cupcakes with fondant icing yg diorder oleh kawan Qirin untuk pakwe dia... Dia request nak 26 biji sama dgn umur pakwe dia 26 tahun. Dia tak bagi tahu nak colour macamana tapi bila tiba kat kedai dia, memang kedai dia bertemakan merah, hitam & putih.. Emmm... seb baik ngam... Org yg request ni takde kat kedai dia masa tu so harap2 dia suka lah...

Hadiah drp seorang makwe kpd pakwe



Dia juga nak chocolate cake sekali. Gambar tak diambil memandangkan sama je dgn gambar yg dipost sebelum ni.

Rasa nak makan blueberry cheese tart laa pulak. Buat jgn tak buat. Tapi mcm tak cantik rupa dia... Hmmm.. belasah jer... Masuk perut lagi tak senonoh rupa dia. Hihihihihi...

Blueberry Cheese Tart

Saturday, January 30, 2010

CUTI THAIPUSAM 2010

Yabeda bedooo... Hari ni cuti.. !! Padahal sama jer dgn cuti hari Sabtu yg lain cuma weekend kali ni agak panjamg.. sambung pulak dengan 1 Feb sebab cuti Hari Wilayah. Tu yg best tu...

Hari ni pagi2 dah keluar... beli je nasi lemak kat Sect 17 for breakfast. Lepas tu terpandang plak ada pasar tani. Eh dah lama tak pergi pasar tani, apa kata kita jengah sekali dah terlanjur kat sect 17 ni... Ingat nak cari capsicum.. Laa.. mana ada capsicum kat pasar tani.. itu bukan sayur kampung.... sayur omputih... Sengal betul lah.

Yang beria benar nak cari capsicum tu sebab ingat mlm ni nak buat pizza. So ni la rupa pizza tu... Kira untuk supper lah.



Naqib membebel cheese tu tak cair.. alaa... belasah je la...

ROTI DAN ROTI LAGI...

Selepas kawan saya terima roti pada Jumaat lepas, terus dia order utk Jumaat berikutnya bersama dengan specification yg dia nak... Mula2 dia nak Bun Ikan Bilis... Hari Isnin selepas tu dia tukar specs dia pulak, dia kata nak Bun Kari Ayam, Bun Kari Daging & Kismis Mocha Bun. Tambah lagi requirement - daging mesti daging tempatan. Hahahahaha.

Inilah rupa roti-roti tu...



Siap tanda pangkah untuk bun kari ayam, tapi terbesar plak pangkah tu, suami saya kata mcm pangkah pintu dlm cerita P Ramlee - Ali Baba Bujang Lapok. Kah Kah Kah..

Saturday, January 23, 2010

Blueberry Cheese Cake Lagi...

Hari ni masa tengok upacara permakaman Almarhum Sultan Mahmud Iskandar, tiba2 teringat nak buat cheese cake lagi. Sebab hari tu Naqib request untuk cheese cake yg tebal sket daripada yg hari tu.

Blueberry Cheese Cake

Friday, January 22, 2010

ROTI DI PAGI JUMAAT

Hmmmm.... Alhamdulillah... Saya baru selesai menyiapkan request kawan saya. Dia minta saya buatkan Sweet Bun untuk dia. Agaknya dia dah jemu dengan Mocha Bun yang dia selalu order tu...

Dah terlanjur membuat Sweet Bun ni saya rasa nak buat Curry Bun jugak. Memandangkan basicnya serupa... so sementara menunggu doh tu naik, saya sediakan inti utk Curry Bun tersebut.

SWEET BUN



CURRY BUN

Sunday, January 17, 2010

Juadah Pencuci Mulut....

Dah lama nak buat cheese cake ni tapi tak buat2 jugak. Tapi hari ni ntah pesal semangat giler nak buat ditambah pulak cheese cake memang favourite saya & anak2, so.. apalagi... buat lah sebab bahan2 pun dah siap beli.

Saya buat cheese cake ni tak setinggi mcm kat kedai2 cake sebab saya nak potong kecik-kecik dan letak dlm papercup supaya senang ngap terus. Heheheh... Selalu kan satu slice tu jenuh gak nak abes kan sebab bila dah mkn byk tu mcm muak, so potongla kecik2...., kalau nak lagi, ngap lagi satu.. Takde lah terkulat2 nak completekan suapan yang terakhir.... Experience diri sendiri la ni...


Chilled Blueberry Cheese Cake

AHAD.... 17 Januari 2010

Jom jom... Jom kita breakfast!! Selalu nasi impit mesti layan ngan rendang.. tapi hari ni, acu kita ubah pulak... kita goreng je la ayam tu...


NASI IMPIT




KUAH KACANG




AYAM GORENG BEREMPAH

Friday, January 15, 2010

Jom Minum Petang

Dah lama tak dok minum2 petang kat rumah. Tak kira lah kueh beli ke, wat seniri ke.. Ptg semlm suami saya bawa balik karipap frozen yg dibeli daripada member dia. Rupa2nya kawan dia memang berniaga karipap frozen ni.... So.. hari ni nak goreng lah karipap pusing tu.

Emmmm... tak sia-sia... Memang sedap karipap pusing tu. Jom kita santap....

KARIPAP PUSING

Thursday, January 14, 2010

BIRTHDAY CAKE FOR DANIAL

Kawan opis saya request utk buatkan birthday cake anak dia. Minta to be delivered on Friday. Birthday anak dia Sabtu 16 Jan 2010. Anak dia nak orange cake. Kek orange tu takde masalah sangat.. tapi masalahnya kawan saya ni minta saya deco cake tu sekali. Saya belum pernah buat kek oren with deco, selalu bogel & togel gitu jer... So, this is the very first time for me to deco a cake with buttercream icing.

So.... Ini lah rupanya... Kena banyak practice lagi ni... Lebih kurang mintak halal lah ye.... Harap2 pasangan ibu & anak ini gumbira lah...


BIRTHDAY CAKE FOR DANIAL




For Danial, hope your birthday blossoms into lots of dreams come true! Have a wonderful birthday !!!

Saturday, January 9, 2010

CUPCAKES LAGI

Semlm, masa bawak cupcakes ke office, tetiba bertembung dgn my ex-officemate. Dia berminat pulak dengan cupcakes gitu. Dan kebetulan pulak, hari ni birthday anak sedara dia jugak, baru setahun umur dia. So, dia plan nak bagi cupcakes tu pada this little Fara. Dia kata dia nak guna sebelah malam.

Maka untuk tidak menghampakan kengkawan, saya pun siapkan jugak order ni dan hantar ke rumah dia petang tadi... Rupa dia nampak suka dan saya pun suka kalau orang happy dengan apa yg saya dah deliver kat dia tu... TQ banyak2 ye... Lebih kurang mintak halal ye....

CUPCAKES FOR LITTLE FARA

Friday, January 8, 2010

CUPCAKES FOR AZAM

Order drp officemate untuk birthday anak sedara dia, Azam yg baru berumur 2 tahun. Dan budak kecik ni dah pandai mintak birthday cake drp auntie dia ni... Wow.... Kecik-kecik dah pandai mintak..... seb baik dia mintak birthday cake jer.... Hahahahaha...

CUPCAKES FOR 2 YRS OLD AZAM



According to my officemate ni, anak sedara dia ni suka sangat cupcakes ni especially yg muka budak pompuan yg tembam tu and dia panggil cupcakes yg bermuka tembam tu "Awek". Amboi... Kecik2 dah tau "Awek".....

Sunday, January 3, 2010

TETAMU AWAL TAHUN

Dah lama tak menjengah taman mini yg ada di teratak saya ni... Rumput pun dah penuh dalam pasu-pasu bunga tu. Meh lah gi tengok jap. Sian dia....

Eh eh.. ada butterfly lah. Dah lama tak tengok butterfly yg cantik, tiba2 ada depan mata. Cepat! Cepat! Panggil cameraman amek gambor 'tetamu awal tahun' kita ni. Kang terbang pulak. Boleh test skill cameraman ni, beli lense ribu riban. Sesia lah kalau tak guna.

SI JELITA "BUTTERFLY"



Emmm... Pandai butterfly tu posing. Dok diam je dia. Syabas butterfly!

Saturday, January 2, 2010

AKTIVITI HARI KE 2 DI TAHUN BARU

Seperti biasa, bila weekend yg panjang cenggini, memang ada jer nak mengjengkit ke mana2. Apa lagi.. tempat lepak biasa lah - Sunway Piramid. Hahahaha... Sampai2 terus breakfast kat situ... Mesti org kedai tu pelik, orang ni mmg tak reti prepare bekpes seniri ke kat umah agaknya ek... Ish!!! Bukan apa... saje nak tolong menjana ekonomi negara.. hehehe..

Pastu gi PJ State jap, husband nak beli minyak hitam lah, wiper blade, dan ntah apa2 lg la berkenaan kete.

Kita orang lunch kat Plaza Alam Sentral. Hmmmm.. dah kul bape... dah petang dah pun.. Round2 kejap kat SACC Mall. Mana2 tempat pun ramai orang... last minute shopping utk budak skolah ni...

On the way balik umah, singgah kat workshop ganti minyak hitam.

Sampai rumah, hujan balik semula. Ish.. Ish... Memandangkan perut sumer baru makan nasi... jadik hujan2 ni best gak kalau makan cekodok bodoh ngan air kopi. Pergghhhhhh... Bodoh ke bodoh lah... Maka saya pun sediakan cekodok bodoh udang kering bersama air kopi panas.

Dah lama teringin nak buat pudding trifle. So tadi dah beli dah swiss roll, so sambil wat cekodok bodoh, sambil buat pudding. Pudding ni tak laa bodoh.. cerdik lg pandai, siap bubuh strawberry nak kasik bijaksana & brilliant.

PUDDING TRIFLE



Ok, Tido.. tido.. esok nak hantar Nadia gi register.

Friday, January 1, 2010

SALAM TAHUN BARU 2010!!!

Pejam celik pejam celik, dah pun melangkah ke tahun baru.

Dok lepak kat rumah jer... Hari hujan jer... awal2 tahun hujan ni.. tanda rezeki kot..!! Heheheheh.. Mudah2an... Amin...

HAPPY NEW YEAR TO ALL!!!

Friday, December 25, 2009

Cupcakes for Anniversary

Baru kejap pergi hantar cupcakes yg di order oleh member. Hari ni wedding anniversary parents dia. Dia pesan buat romantik2. Insya Allah....

Tak sure lah pulak apa yg saya buat ni romantik atau tidak tapi yg penting dia nampak happy lah bila tengok rupa cupcakes tu. Hope parents dia suka jugak.

Anniversary Cupcakes