Friday, November 27, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA TO ALL MUSLIM

Salam to all.

Hari Raya Aidil Adha or lebih kerap disebut sebagai 'Raya Haji' kini menjelma lagi. Kali ni kita orang anak beranak beraya di Shah Alam aje. Almaklum baru balik dari berjln kan.

Memandangkan beraya di perantauan ni....kena lah sediakan juadah2 hari raya sendiri. Balik2 dari keje semalam, terus anyam ketupat. Daun ketupat dah beli hari Rabu, the day we returned from Langkawi. Ketupat tu mula2 kata nak buat dlm 30 biji je tapi memandangkan terlebih pulak beras yg dah dicuci tu, maka tambah lagi 6 biji, so total ketupat ada 36 biji.

Lepas anyam ketupat, nak pegi Tesco, ayam lom beli lagi. Ya Ampunn... Lepas maghrib gi Tesco, tengok ramai kerumun tempat ayam ni. Ingatkan kita orang je last minute, ada ramai lagi pesen last minute ni rupanya... Tengok2.... Laaa... tinggal peha je. Peha ke peha laa.. nak wat camne...


KETUPAT



SAMBAL KACANG




PULUT KUNING



Pulut kuning ni favourite Naqib. Suka sgt dia makan pulut kuning ngan kari ayam.


KARI AYAM




RENDANG AYAM




LEMANG



Lemang je yang dibeli daripada pakcik mini market. Bukan nyer booking2, main redah jer gi mini market pakcik tu tanya ada lemang lebih tak. Bukan banyak pun beli, 2 batang jer...

Masa hari ini dihabiskan lepak kat rumah aje, bila lapar turun makan. Bila kenyang tersandar tengok TV atau TV yang tengok kita orang... Hahahaha.. Ehh.. stop.. stop... nak tengok TV3 citer "Nur Kasih" - last episode malam ni. Dah start tu.

Ok, sampai sini dulu...

Thursday, November 26, 2009

MY 20TH WEDDING ANNIVERSARY

Diam tak diam, dah 20 tahun hidup di alam rumahtangga. Disebabkan this year adalah my 20th wedding anniversary, rasa cam nak buat kek sendiri. Konon2 nak surprise kat my husband.... Hahahaha.. Kelakar la pulak. Tapi instead of terkejut, dia agak kagum gak la tengok kek tu...

Memandangkan pengantin selalu dipanggil 'Raja Sehari', so untuk celebrate anniversary pun mestilah cam 'Raja' gak kan, that's why la I decorate the cake with yellow colour. Warna di Raja.... Jgn marah Raja-raja... Ampun Tuanku..!

So... this is our Wedding Anniversary Cake:

Tuesday, November 24, 2009

LANGKAWI OH LANGKAWI...

Akhirnya kami tiba di Langkawi... Naik feri kul 1.00 pm dari Kuala Perlis. Ramainya orang.... Dah cuti sekolah kan..

Dah lama sebenarnya tak pergi Langkawi ni.. Banyak betul perubahan... Even the jeti pun dah byk berubah. Banyak dah kedai2.

Malam kat sini mmg happening giler... kedai2 makan mmg sentiasa penuh, mat saleh ramai... pak arab ramai... Sesekali rasa cam kat Patong Beach, Phuket.

Kita org makan kat Restoran Hj Ramli, tu pun tanya taxi driver masa kita org tiba, tanya dia mana tempat makan paling best.

Ini apa yg kita org makan semalam for our dinner.

SIAKAP TIGA RASA



TOMYAM UDANG



KANGKUNG GORENG BELACAN



TELUR DADAR



We stayed at Langkawi 2 malam je. Tengok orang lain memang menggiler shopping tapi saya tidak lah.. Rasa cam dah mahal je .. Vision ke.. Corning ware ke... Seb baik dulu2 pegi ada gak beli sket2, rasa kalau nak beli skrg... cam sayang pulak duit. Mahal sangat rasanya. Tapi orang2 banyak gak beli. Banyak betul duit dia orang....

Kita org keluar dari Langkawi naik feri 1.30 pm. Cam penat nak balik Shah Alam terus so redah balik masuk Sg Petani kot2 ada bilik hotel kosong, masa tu dah pukul 5.30 pm. Alhamdulillah ada bilik, so stay semula kat Sg Petani. Esok pagi lah balik Shah Alam.

Sunday, November 22, 2009

PENANG LAGI.......

Sekali lagi, kita orang ke Utara lagi. Kali ni nak ke Langkawi pulak. Tapi kita org tak terus ke Langkawi, we stayed at Sg Petani for a night. Malas nak kelam kabut naik feri.

Tapi bila dah sampai Sg Petani.. lain lak citer nya... apalagi.. of course la menjengah ke Penang. Kedai camera tu berjaya meracun & menjual accessories dia lagi. Masyuk lagi beribu kat dia. Kedai dia sentiasa ramai orang, & setiap kali mmg org yg masuk sure akan balik tanpa tangan kosong. Wow!! Bape gaknya income kedai tu sehari kalau kokak2 yg masuk beli pun not less than RM1K. Perghhh...!!! Meletup business dia. Air liur dia mmg penuh racun arr!!

Kita orang sempat gak berposing atas feri Pulau Pinang.

Ini feri yang berselisih ngan feri yang kita orang naik.



Sambil "berlayar" atas feri....



Kita orang balik semula ke Sg Petani nak kul 12 tgh mlm... Mmg rasa penat betul... Eh esok nak gi Langkawi plak....

Sunday, November 8, 2009

Eh Eh Siapa ni....?



Ya Allah..!!! Anak beranak jadik front cover magazine ni. Hehehehehe... Jgn mare....

Ini lah hasil kerja suami saya yg hobby nya mengambil gambar. So... apalagi... Mari kita posinggggg...............

Wednesday, October 28, 2009

SUKA NYER...............

Alhamdulillah.... Akhirnya saya berjaya membuat Walnut Carrot Cupcakes mengikut rasa yg saya cari selama ini. Walaupun pernah membuatnya beberapa kali, saya berpuashati dengan result hari ini. Pengkritik tetap saya iaitu sang suami serta sang anak saya memberi komen yg baik. So boleh lah Walnut Carrot Cupcakes ini termasuk dalam list jualan saya. Sila2 kalau berminat, boleh lah order.

WALNUT CARROT CUPCAKES YG BARU KELUAR DARI OVEN














WALNUT CARROT CUPCAKES YG SEDIA UTK DIMAKAN

Sunday, October 25, 2009

BERCANDA DI PANTAI CHERATING

Tak sangka2, cokodok jadik bingka... kami ke Jengka, amek Nadia pastu terus ke Cherating. Terus ke Impiana Resort untuk check in. Kita org dapat bilik yg agak dekat ngan pantai. Seronok betul bunyik desiran ombak. Rasa cam nyaman betul.

Seperti kebiasaannya, bila dah sampai Cherating memang tak sah kalau tak menjengah Hai Peng. Kita org mula berjinak2 dlm dunia Hai Peng ni sejak Zaini Ahmad from NTV7 siarkan kat TV, punya carik kedai ni. Skrg ni dah hafal dah jalan nak gi sana. Roti bun bakar kat situ mmg best lah!

Kalau cuti sekolah, tempat duduk mmg selalu penuh. Dan org sampai tak kesah kena saman sebab parking kete suka hati mak bapak dia semata2 dapat makan kat Hai Peng.

KEDAI KOPI HAI PENG














Lepas dah penuhkan perut kat Hai Peng, Naqib nak bungkus pulut kuning pulak. Pulut kuning ni dijual di salah satu gerai2 tepi sungai kat Chukai ni. Makan dengan ayam goreng & kari ayam. Perghh!!!! Tak pandang kiri kanan.

Lepas tu, sikap tamak mmg menguasai diri, kita org pegi Kuala Kemaman pulak nak beli satar. Beli satu batang je..sebab yg makan hanyalah saya seorang. Ada 8 bungkus rasanya sebatang tu. RM2.50 je pun...

Pastu relax jap kat hotel. Ptg2 sket kita org pun amek angin tepi laut sambil beraksi.

Acu tengok aksi kita orang.....





























































































Malam ingat nak keluar tapi semua kepenatan.. macam teruk sangat beraksi tepi pantai tu. Langsung.... ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ......

Pagi Ahad.... bangun2!!! Cepat2 jom gi breakfast. Malam tadi semua tido tak sedorkan diri. Maka kami pun pegilah kais pagi makan pagi....

Antara menu breakfast yang ada:


LAKSA PENANG















ROTI JALA














ROTI CANAI














SAMOSA















Rasa best gak sesekali dok tepi laut camni. Hilang sket stress2 yang ada.

Kita org tiba Shah Alam lebih kurang pukul 5.30 pm.

Friday, October 23, 2009

HAPPY BIRTHDAY KAKAK!!!!!!!

19 years back on today’s date i.e. 23 October 1990 @ 5.49 pm (Tuesday) a girl named Nadia was born into this world.

THE 5 DAYS OLD LITTLE NADIA













THE 20 DAYS OLD LITTLE NADIA













THE 6 MTHS OLD NADIA













3++ YRS OLD NADIA WITH NAZREENA













NADIA WITH 11 MTHS OLD NAQIB & COUSIN MUHD LUQMAN HAKIM ON HER 5TH BIRTHDAY CELEBRATION AT BATU PAHAT













STD ONE GIRL NAMED NADIA

Ini tengah terima hadiah cemerlang untuk Std 1, lepas tu Std 1 punya persembahan ialah Dikir Barat & kena pakai baju melayu. Mana nak carik baju melayu, maka dgn muka tak malu terus telefon my very best friend, Raja Norizah Raja Harun cakap nak pinjam baju anak dia, Megat Mohd Nabil. Dan inilah hasilnya.....













LATEST PIC OF NADIA






















To you a very special person on this your birthday,
The best of everything and your wishes come true,
May you never be left alone to celebrate on this day,
To bring joy to you, for being you in so many ways,

Making this your day special is an honor that I cherish,
To make you smile, make you laugh, make you cry for joy,
Sharing with you, making memories on this your birthday,
Looking forward to celebrating many more to come with you,

Beauty and wisdom comes with the passage of time they say,
But Darling there is no one as beautiful, vibrant and loving as you,
Age is irrelevant for there is no one as special to me as you are,
If only to have spent the birthdays of your past just being with you,

So to you my Darling Nadia on this your birthday I give to you,
All the happiness, joy, beauty, passion, kindness, peace, spiritually,
And may these be ever so abundant in your life from now and evermore,
Most of all, I give to you with honor my undying devotion and all my love..

Happy Birthday “Kakak ku Sayanggggg..”

Wednesday, October 21, 2009

AKTIVITI WEEKEND & DEEPAVALI

Pada weekend yg lepas, hasben saya ada keje sket di Sg Petani. Memandangkan saya boleh amek cuti replacement Deepavali & Naqib pulak cuti skolah sempena Deepavali jugak, maka Naqib dan saya pun mengambil kesempatan utk turut mengikut hasben saya.

Kita org gerak hari Sabtu kul 7.30am, we planned to stop at R&R Tapah for breakfast. Bila dah sampai signboard tulis 500 m ke simpang R&R Tapah, tetiba semua kete slow down. Pehal plak ni... Kmdn nampak asap hitam... Ish apa pulak ni... Eh nampak ada api pulak. Ada kebakaran ke??? Akhirnya bila kete kita org sampai dekat tu, ada satu kete mmg tgh marak sgt api dia dah melintang kat lane kiri. Kita org dpt rasa bahang api tu. Kete tu sorang2 je, mcm berpusing seniri je.. Tak tau ada org ke tak, atau org nya dah sempat kluar dan tgh amek gambar kete yg terbakar tu. Ramai berenti amek gambar, Rescue team lom dtg lagi. Saya pun sempat snap gambar kete tu. Ni la dia kete yg terbakar tu. Kalau ada org dlm tu mesti dah rentong rasanya. Tp pintu kete tu dah terbukak... sempat kluar kot..

KETE TERBAKAR





















Kami tak jadik berenti breakfast di Tapah sebab terlalu ramai umat yg berenti kat situ so we decided to stop at the next R&R i.e. Simpang Pulai.

Kita org sampai Sg Petani lebih kurang kul 12 tghari. We stayed at Cinta Sayang Golf Resort. Kita org mmg suka dok kat resort tu, setiap kali ke Utara mmg stay ka situ, mmg sesuai lah kalau nak relax. Byk aktiviti yg boleh dibuat kat situ. Cita2 konon nak belasah main golf la, horse riding la... mcm2 la... Last2 swimming pun tidak, almaklum ari Ahad bila hasben pegi keje tu malas nak kuar, Naqib pulak sebok main game & baca komik2 dia. Tak best lah sengsorang nak buat segala aktiviti tu.

Walau macamana pun, lepas check in hari Sabtu tu, ptg tu sempat lah jugak ke Padang Besar. Tak beli apa pun.. cam tak teringin lak nak beli apa2. Cuma beli buah limau bali je. Buah ni mmg favourite ni. Beli lah lebih sket, konon nak bawak opis nanti hari Selasa sbb ada potluck. Hari tu dah janji nak bawak sandwich telur.

LIMAU BALI

















On the way back, kita org singgah makan kat Restoren TOK MEK kat Beseri. Cam ramai je... sedap kot.. Boleh laaa.. Murah gak. Eh nama pun kat Perlis.. mestilah murah kot.

Pastu kita org singgah gak kat tempat ostrich tu.. Sian tgk ostrich tu. Sumer togel2 je. Dia sesama seniri cabut bulu masing2. Sukati lah ostrich... lu punya buluuu... sukati la nak wat pe pun...

BERSAMA OSTRICH2 TOGEL













LAGI GAMBAR TEAM TOGEL














Pastu kita org singgah pulak Alor Setar sbb nak makan mee goreng yg sedap tu. Selalu kalau gi Alor Setar mesti punya gi pekena mee goreng kat situ. Nama tempat tak tau tapi jalan menghala ke airport dan dekat2 ngan kediaman menteri besar Kedah. Betul2 opposite Kampung Pantai Johor dan jugak ada masjid besar kat situ.

KOAY TEOW GORENG ALOR SETAR















MEE GORENG SEDAP ALOR SETAR














Tapi malangnya hari tu koay teow goreng dia tidak sesedap selalu, dah tukar tukang masak ke? Agak hampa gak lah.. Ke perut ni dah kenyang & tekak pun takleh nak masuk makanan lagi??? Salahkan tukang masak lakkkkk... Tapi betul lah tak berapa sedap.. dia macam rasa manis2 pulak. Pehal????

Hari Ahad petang tu bila hasben balik keje, dia kata jom gi Penang... Hmmmm.. menarik gak... Sg Petani - Penang bukan jauh beno...

JAMBATAN PULAU PINANG















Laaa.... patutlaa beria nak gi Penang.. Dia nak beli lense camera... Rupa2nya hasben saya ni dah lama membuat survey di semua kedai2 camera yg ada di KL dan dah tau the best price di KL berapa. Kat Penang, camera & segala accessories dia mmg lebih murah. Dan maka dgn itu, terbeli lah lense camera lagi. Ish..Ish..Ish... Ada yg kena beli Dry Cabinet lagi ni...

Hari Isnin tu, hasben gi keje pagi tu. Saya & Naqib stay kat bilik je lepas breakfast, kul 12 tghari hasben saya balik dan kami pun kemas2 dan checked out dari hotel tu. Kul 5 lebih kita org dah sampai Shah Alam....

Tuesday, October 13, 2009

LAST DAY OF PMR

Akhirnya PMR tamat hari ni... maka cuti saya pun akan berakhir hari ini... Esok keje!! Makkk.... Kuman2 malas ni dah banyak membiak ni.... Dah berleluasa dlm badan ni...

Hari ni jugak kena settle kan kuih order Hindu yg nak raya ni. Alhamdulillah settle gak Almond London dia ni. Harga Almond London ni hanyalah RM22 untuk sebalang berisi 55 biji.

ALMOND LONDON



Hari ni cam malas lak nak masak apa2. Dah nama pun kuman dah banyak membiak kan. Naqib abes exam pagi tadi kul 9.40 am so terus gi Section 17 pegi beli nasi lemak kerang, Naqib nak nasi lemak sotong. Beli Kuih Kosui jugak. Kat kakak yang jual ni, kuih2 dia masih lagi 3 ketul sehengget, sedap2 pulak tu...

Monday, October 12, 2009

SESSI TENGAHARI

Tadi dah tanya Naqib, tengahari ni nak lauk apa.. so dia kata buat ayam masak kicap je la.. Emmm... bagus! Takyah pikir lagi nak masak apa. Itu je la terkonteng2 satu lauk. Hahahahaha.

AYAM MASAK KICAP

HARI KE 4 PMR

Hari ini adalah hari ke 4 PMR. Hari ni ada 2 subject tapi 3 papers sebab Maths Paper 1, Maths Paper 2 & Sejarah. Malam tadi last kopek punya acara tuition saya beri pada Naqib utk Maths, Insya Allah kalau Maths Form 1 - 3 tu masih bleh lagi tapi kalau Form 4 & 5 tu dah lemau2 sket. Hehehe.

Alamak!! Deepavali hari Sabtu ni lah. Laa... Saya kena buat kuih yg di order ni.... Kang tak meriah lak Hindu ni nak raya.. Sabar2.. saya buat kejap lagi.

Ok. Ini adalah kuih Tart Nenas yang baru saje masak dan dikeluarkan dari oven. Panas lagi ni... Saya jual Tart Nenas ni RM20 sebalang (55 biji).

TART NENAS

Saturday, October 10, 2009

AKTIVITI DI PETANG SABTU

Puas gak dok browse internet selama dok bercuti ni... Apa kata kita try wat kek lak. Rasa cam nak try wat carrot cake, dulu2 pernah buat tapi dah lama beno. Resepi pun dah hilang. Nak mintak balik kat Kak Mon segan la pulak. Takpe la, kita cuba apa yg ada kat internet. Buat yg kecik je dulu, kalau tak jadi, nanti cuba lagi.

Hasilnya ok lah jugak tapi tak la sebijik cam kat Secret Recipe tu. Banyak kena improve lagi. Kena cuba banyak kali ni sampai rasa dia exactly mcm kat Secret Recipe.
Buat topping pun tak cantik, almaklum tangan tak berseni. Belasah jer la...

CARROT CAKE

Hujan di pagi Sabtu

Apa nak buat ek pagi ni....?
Hujan-hujan ni buat nasi lemak pun best gak. Selalu nasi lemak asek ngan sambal ikan bilis je... hari ni wat sambal sotong la pulak.

So, hasilnya, ini lah dia... Favourite Naqib ni.

SAMBAL SOTONG

Friday, October 9, 2009

Hari ke 3 Bersantai Di Rumah

Dah hari ke tiga PMR dah. Tinggal 2 hari lagi Isnin ngan Selasa depan. Untuk lunch, lauk yg Naqib nak tu sangat lah senang. Tiap2 hari makan ikan salmon. Alamak... taste agak tinggi tu.

Ikan Salmon tu saya belasah je masak dia. Ini lah rupanya... Sangat sempoi...

IKAN SALMON MASAK BAWANG



Sebagai tambahan lauk untuk hari ini, maka saya juga memasak udang.

UDANG MASAK LEMAK CILI API DGN KACANG PJG



Wednesday, October 7, 2009

PMR (7 OCT 2009 - 13 OCT 2009)

Hari ini bermulanya PMR. Saya mengambil cuti sepanjang PMR ini untuk memberi moral support dan segala support yang ada dlm dunia ni.



Semoga Naqib dapat menjalani PMR ini dengan tenang & sukses. Jgn panik & gabra. Naqib boleh buat...! Naqib boleh buat...! NAQIB BOLEH BUAT!!! Semoga Naqib berjaya dgn cemerlangnya dan continue belajar ikut apa yang Naqib minat. AMINNNNNNNNNNNN....!!!!!

Ayah, mama & kakak sentiasa support Naqib.

Sunday, September 20, 2009

1 SYAWAL 1430H

Selamat Hari Raya AidilFitri to All Muslim.

Akhirnya 1 Syawal menjelma lagi. Alhamdulillah dapat sambut 1 Syawal lagi. Rasa mcm baru raya tahun lepas. Cepat betul masa berlalu.

Seperti bese, hari raya mesti org2 lelaki gi sembahyang raya kat masjid, kita org pompuan selalu tak ikut, sebab rumah masih tonggang terbalik. Dah agak lama gak tak ikut sembahayang raya kat masjid ni.

Bila org2 lelaki ni dah balik dari masjid, maka upacara makan2 pun bermula. Untuk raya selalunya kita org buat ketupat nasi, ketupat pulut, rendang daging, kari ayam, kuah lodeh dan sambal kacang. Malam tadi saya tunggu ketupat sampai masak dlm kul 2.00 am. Saya kesian tengok kakak saya yg tersangat letih rupanya. Biarlah dia masuk tido dulu. Maka hasben saya pun teman saya berjaga, dia dok lah tengok TV segala channel yg ada.

Dan telah menjadik kebiasaan di Gunung Soga ni, lepas buka posa mlm tadi lagi neighbour2 kat sini dah setat hantar juadah derang. So kita org akan setat balas dulang dia org pepagi raya nyer... Almaklum... ketupat pun baru masak.

Lepas makan2, masa sessi fotografi pun bermula. Pastu acara bermaaf2an plak. Dan paling terkezut, saya menerima DUIT RAYA drp Qirin... hahahahahahaha... Kelako lak. Dulu zaman bebudak mmg lah best dapat duit raya tapi rupa2nya bila dah beranak pinak ni, dapat duit raya pun mmg best giler. yelaa.. selalu kita hulur kat org kali ni alih2 ada org hulur kat kita. Best! Best!

Meh la tengok gambar raya kat BP ni...

Gambar org pompuan dulu:



Gambar orang lelaki plak:

Thursday, September 3, 2009

AL FATIHAH TO ARWAH ABG RASID

Malam tadi Anne sms bagitahu ayah dia masuk ward sebab kaki dia ada luka yg tak baik2lagi sebab dia ada penyakit kencing manis. Actually Anne ada sms pada Qirin soh bgtau citer ayah dia masuk ward tapi disebabkan Qirin cam tak reply, Anne pun sms terus pada saya.

Saya terus call Anne tanya, sebab bese lah nak terketik2 menaip sms tu lebih baik I just call her, lagi cepat. Masa tu saya kat luar, so lepas cakap ngan Anne terus call Qirin pulak. Mmg betul Qirin tak dapat sms Anne tu.

Alih2 masa sahur, Qirin kata dia nak balik BP. Main redah jer tiket bas apa2 yg ada lah untuk pagi tu. Mesti ada punya tiket.. sebab hari Khamis kan.. bukannya weekend.

So, Qirin berjaya dapat bas balik BP kul 9.00 am. Dia sms bgtau dah naik bas & time bas tu setat gerak.

Hari tu saya ngantuk sangat tapi keje opis tetap kena buat cam bese. Saya kena carik signature org2 utk transport to PRD. Pastu saya relax jap kat bilik sembahyang. Saya tak bawak handphone bersama, dan pada ketika itu lah sms & phone calls bertalu2 masuk handphone. Ada 16 missed calls. Rupa2nya Abg Rasid dah meninggal at 11.30 am. Qirin masih dlm bas, baru sampai kat Muar. I was so shocked sebab we just met him Merdeka Day 3 hari lepas and today dia dah takde. Saya terus sms to my Manager & Head untuk bgtau ttg kematian ni, masa tu dah pkul 12.15 pm pun. I terus balik rumah nak pack barang and tunggu Naqib balik sekolah, hopefully we could reach BP before Asar sebab kebumi akan dibuat selepas Asar.

Tapi tunggu Naqib ni lambat plak, so tak sempat sampai before kebumi. Tapi takpe, tak elok lengahkan. Biar lah derang proceed dgn urusan pengkebumian tu.

This is the last photo taken - Qirin and her late father after balik dari convo at my house on 10 Aug 2009 (Monday) just 23 days before he passed away.



Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh Abg Rashid dan dan semoga beliau ditempatkan dlm golongan orang yang beriman & beramal soleh. AMIN..... And again... ALFATIHAH.