Sunday, February 3, 2013

DINNER AT KUCHING

Naqib baru habis final exam utk 2nd semester. Cuti seminggu lebih before naik for 3rd semester. Jom le Naqib, kita pergi rehatkan minda tu ... Kita pergi makan2 jom.

Ermmmm.... Dah lama tak makan kat TopSpot Kuching. Terbayang2 plak sayur midin dia and seafood dia. Stock ikan terubok masin pun tinggal sikit jer ni. Jom gi Kuching.

Kita org sampai Kuching dah malam dah, after check in hotel terus keluar jalan2 kat waterfront dan tepi Sungai Sarawak tu. Ramai gak org lagi ambik angin malam kat tepi sungai ni. 

Tengok org makan tepi sungai tu nampak sedap pulak mknan dia org. Nak makan jugak lah. So kita org try nasi goreng kampung dan nasi goreng ikan masin. Ok lah.. not bad. Sedap gak. Mak oiii... berterabur ikan masin kat nasi goreng ikan masin dia.

Warna gambar ni hijau2 sebab cahaya lampu kat situ mcm tu.


NASI GORENG KAMPUNG



NASI GORENG IKAN MASIN



Sarawak ni famous dgn ikan terubok masin. I was expecting that the nasi goreng ikan masin kat Sarawak ni ada ikan terubok masin dlm dia... tapi ternyata meleset sekali jangkaan ku... 

Sungai Sarawak dari tingkap hotel.



The next day, kita org nak pegi beli ikan terubok masin ni utk dibawak balik. So mana lagi... Pasar Satok laa... Eh lupa.. hari tu kat Berita tunjuk Pasar Satok dah pindah tempat baru iaitu Medan Niaga Satok. Dgn pasar tamu sekali dah pindah ke tempat baru tu. Jom2 pergi tempat baru tu...

Wahhhh.... besar lah tempat baru ni... Lapang sket... Tak lah bersesak2 mcm tempat lama. Tempat jualan pun tersusun... 




IKAN TERUBOK MASIN



Banyak betul buah2 yg jarang2 kita jumpa, ada kat pasar ni. Buah2 ni kat gerai2 yg menjual hasil2 hutan.

BUAH KELUBI


Buah kelubi ni ada org panggil buah asam paya. Selalu makan bila buah ni dah jadik jeruk.


BUAH PINANG


Ini pulak buah pinang. Dulu arwah mak saya ada tanam pokok ni, tu yg kenal buah pinang ni. Buah pinang ni org makan dgn sireh selain drp kapur dan gambir. Dan nak kupas buah ni utk ambik isi dalam dia kena guna kacip. 

Tapi heran ye kenapa ada perumpamaan "cantik bagai pinang dibelah dua". Cantik ke pinang tu kena belah dua? Susah tau nak belah buah pinang sebab isi dia keras berdentum, mcmana nak belah... Sebab tu teknik nak kupas dia guna kacip.

Lagi satu arwah mak saya dulu kalau masak sayur keladi, dia akan masukkan 2 - 3 keping isi pinang yg dah dihiris. Katanya utk hilangkan gatal sayur keladi tu.


BUAH RAMBAI


Dah lama tak jumpa buah rambai. Kat pasar ni byk betul org jual buah rambai. Murah2  je, hanya RM1.00 seikat.



TERUNG SARAWAK



REBUNG



KULAT / CENDAWAN



CILI / LADA



BUAH SENTUL



BUAH KERANJI



BUAH KEDONDONG



BUAH TAMPOI BELIMBING



Buah yg sangat unique kat Sarawak ni. Baccaurea angulata adalah nama scientific nya atau nama lain nya ialah tampoi belimbing or in English is Wild Star Fruit. Isi buah dia serupa mcm buah rambai tapi rasa dia mcm masam2 sikit. Dan saya rasa saya prefer buah rambai lagi. 

PILIH KEK SARAWAK



Tak tau nak pilih yg mana. Byk betul flavour dah.









Hmmmm... ok... hari dah malam. Mari kita gi dinner. Mana lagi kalau tak kat TopSpot. Jalan kaki je dari Grand Margherita Hotel ni.

Ni masakan yg kita org order utk seafood yg telah dipilih. Sayur midin tu mcm selalu soh goreng belacan jer.

BUTTER PRAWN




CHILLI CRAB



TOMYAM UDANG



SIAKAP MASAK SWEET SOUR




SAYUR MIDIN GORENG BELACAN


Alhamdulillah..... Kenyang bangat ni. Berat betul rasa perut ni... 

Sampai2 kat lobby hotel, ada pulak artis tinggal sama hotel ngan kita org. Alaa... org Sarawak tu.. lupa plak nama dia.. hahhhh.... Tony Eusoff. Putih betul dia. 

0 comments:

Post a Comment