Monday, October 1, 2012

PENANGAN ASAM PEDAS

Semalam konon2 nak tengok Asam Pedas Piee cawangan Sect 15 Shah Alam ni bukak ke tak? Kalau bukak... boleh lah beli bawak balik nak makan ngan cokodok ... Kedai ni banyak tutup drp bukak.

Laaaaa............ tutup business terus dia... Takleh business kot kat Dataran Otomobil ni... Bangla2 kat situ ramai yg masak sendiri bawak bekal pegi keje. Mungkin Asam Pedas Piee ni kalau bukak kedai kat Seksyen 7 baru la lama sket kot business dia. Ke org2 area sini yg tak suka asam pedas? Wahai Toke Asam Pedas Piee... silalah buat post mortem. Hehehehe.. Sayang la... dah ada nama kat Bukit Cina Melaka, masuk negeri lain takleh plak.

Maka dengan yg demikian, dek kerana tekak ni mmg tgh teringin nak makan asam pedas, lagi pulak hari ni demam... masak laa sendiri... Walaupun takde bahan2 tambahan spt terung ke peria ke, ikan alat2 laa... ku gagahkan juga badan ni masuk ke dapur. 


ASAM PEDAS IKAN PARANG



TELUR DADAR KAKAKSEPIT


0 comments:

Post a Comment