Sunday, January 15, 2012

TRIP TO GUANGZHOU, CHINA (11.01.2012 - 15.01.2012)

Guangzhou is the third largest city in China and southern China's largest city & known historically as Canton.

It was 10.00 in the morning when we arrived at GuangZhou New BaiYun International Airport. From there we took a taxi to our hotel, The Bauhinia Hotel.

Ni dalam taxi from airport to hotel.




Rasa cam penjara pulak. Berjaring2.




The hotel is located at Yuexiu District, tempat ni kiranya one of the 3 core areas in Guangzhou. Kiranya di tengah2 metropolitan lah. Suasana kat area ni sangat aktif dgn tak putus2 ada jer org berjalan di sana sini. Kat sini jugak letak nya Beijing Road Pedestrian Street i.e. tempat shopping.

Lepas check in, kita org terus keluar jalan2. Husband saya nak cari tempat service lense camera dia. Naqib pulak dah ada list of brg2 yg dia hajat kan. Saya??? Saya jalan jer.. tgk laa apa yg berkenan.. kita beli. Dlm kepala cuma terbayang Chinese Silk aje. Tak tau laa kalau ada benda lain yg menariksssss kan..

Cuaca sejuk lah.. antara 12 degree - 15 degree. Mula2 eksyen pakai baju dua lapis jer.. pastu tak tahan... Kena gak lah pakai baju tebal.

Alamakkkk... susah nyer nak bercommunicate ngan derang ni... Rasa cam ayam ngan itik bercakap. Husband saya dan anak saya, dua2 muka Cina. Mujur Nadia tak ikut, kalau tak bertambah pulak koleksi muka2 se-pesen ngan derang. Ada yg berusaha jugak yg nak ckp omputih.. tapi yg taknak tu.. mmg dia buat muka donno jer. Haisssshhhh...

Mmg hari ni tak berjaya cari tempat service lense tu. Eh eh... ada kedai buah2an. Jom kita beli buah.. buat stok makanan.

Ya Ampunnnn... Murah murah laa buah dia.... Besar2 plak tu. Acu tengok gambar2 ni.


Rockmelon ni kan? Cuma 4.99Yuan = RM2.50 jer untuk sekilo.




Tak pernah tengok durian kat tempat sendiri berpangsa2 cenggini. Besar bagak pulak tu.





Teringin pulak nak makan ceri, 38 Yuan sekilo = RM19. Pilih2!











Sebelah malam kita org try nak jalan2 kaki ke Beijing Lu. Tapi kita org silap masuk lorong langsung tak berani nak teruskan. Patah balik and jalan2 kat area2 hotel. Area hotel ni kawasan jual kasut. One thing kat Guangzhou kita kita org perasan, dia mmg dah susun kot ini area apa, yg tu area apa. So kat hotel ni mmg segala jenis kasut, sampai ada satu building tu nama dia "Shoes Plaza". Tempat siang tadi yg kita org pegi adalah area brg2 elektronic. Segala2 ttg elektronic ada kat situ. TV LCD ke LED ke yg leper2 tu mmg berlambak2. Just name it lah. Nama2 bese mcm Samsung ke, Sony ke mmg byk, yg tak dikenali cam KONKA pun ada. Rupa sama jer...

Balik hotel dok lepak kat lobi sbb kat lobi yg dapat Wifi. So pe lagi, ber-whatsapp ngan Nadia yg nak exam tu and jugak sempat gak ber-whatsapp ngan Mas kat London.

Penat sangat hari ni so baik naik bilik and tido... Esok kita jalan lagi.

Second day (12 Jan 2012) : Hari ni nak gi tempat lain, ke Computer City pulak di Tianhe District. Rasa jauh sangat.. mcm tak sampai2 tapi masih dlm kawasan bandar lagi. Agak jauh tempat ni dari hotel sebab taxi fare > 30 Yuan. Semlm tempat yg elektronik tu setakat 14 Yuan jer.

Tianhe District ni pulak is the new city center and business district. Byk sgt new developments, including skyscrapers, stadium, grand shopping malls.














Haaa... Naqib dah dapat dah brg2 yg dia nak. Dah penuh dah beg dia tu. Beg Kappa tu pun baru beli.





Nak tengok apa ada dlm beg Naqib? Ni dia brg2 dia...


Product SteelSeries (Mouse dia... MousePad dia... and Headset dia). Semua2 ni untuk main game ok....

MOUSE




HEADSET




MOUSEPAD YG SGT BESAR




Jalan2 lagi jumpa pulak these headsets. Yg ni best utk dengar lagu pulak. Berdentam dentum sound dia. Yang silver color ni husband saya belikan untuk Nadia. Mula2 nak warna merah, mmg serius cantik merah dia tapi yg merah harga dia lebih mahal w/pun yg ni saya dah rasa kemahalan dia. Kat M'sia just for this headset yg model ni ada yg cecah RM1K. Kat sini dapat lah less than RM1K.





Eh eh.. Naqib nak lagi... Hamboi!!! So dia rela to have the cheaper one than Nadia's, yg ni model lama. So amek warna merah.





Dua2 Monster Beats Headphones by Dr. Dre ni.... kus semangat sgt berat. Bawak Naqib.. Bawak... Hahahaha...

Akhirnya berjaya gak jumpa tempat yg buat service lense camera tu... Mmg sangat payah nak berinteraksi ngan apek kedai ni, kena panggil org dr kedai depan tolong translate. Terus dah letak harga brp dia caj. Dah tanya tempat service Nikon kat PJ hari tu, total cost untuk servicing lense tu RM2K lebih. Mak aiii... Apek ni caj RM200 jer. Entah apa, Nikon pun anta kat apek ni jugak, tapi dah kira sekali tambang kplterbang and hotel kot. Hahahaha.


Besar kan mall ni. Mmg Mall yg ada kat Tianhe tu besar2 nalla. Semua jenis boutique ada. Eh eh ZARA HOME pun ada. Jakun plak tgk.





Stock buah oren yg dibeli utk wat makan kat bilik hotel. 1st time beli tak pasan bape bijik tapi 2nd time beli, 9 bijik for only 10 Yuan which is equivalent to RM5. Maknanya 50sen jer sebijik... Hmmmmm.... Murah la. Manis pulak tu. Betul2 sweet and juicy gitu...





Sebelum balik hotel, beli air mineral siap2. Kang nak buat maggie. Hahahaha...









Sempat gak berposing ngan A-Li, org yg jual Chinese Silk. Mujur masuk kedai A-li ni sbb dia boleh berbahasa melayu. Senang sket nak bercakap. Takyah susah2 pikir.





According to A-Li, dia ada ramai kawan2 Melayu dok dekat2 rumah dia. Sbb tu dia dah boleh bercakap dlm bahasa Melayu. Even yg 2-3 org yg kat kedai dia tu pun dah pandai cakap sket2. Bagus2.

Masa kita org kat kedai A-li ni, ada satu group from M'sia dtg nak beli kain kat situ. Diketuai oleh sorang pompuan, yg lain semua lelaki yg dah ada bini tapi tak bwk bini. Sbb dgr suami2 itu bercakap "bini aku cerewet lah pasal kain", jawap sorang lagi "kalau cerewet, ko bli yg murah2 dah". Ohhhh camtuh eh...? Yg group lelaki ni ada lah senyum2 kambing kat saya, gaknya tau muka mesia kan.... Tapi yg pompuan ala2 ketua kumpulan tu... Makkkk Aiiiii... Berlagak betul. Dah lah tak senyum, mmg cam ignore terus lah kita org kat situ. A-Li bgtau saya org tu selalu dtg kedai dia.


Third Day (13 Jan 2012): Lain pulak citer ngan seseorg yg saya jumpa ketika di Beijing Lu. Kita org tgh kat ATM machine, cash dah tinggal sket so terpaksa kuar kan duit lagi. Bahu saya tiba2 dicuit org dari belakang. Saya toleh, ada sorang pompuan terus tanya "dari Malaysia ke?" of course jwp ye lah kan. Mmg peramah dia ni, alamak lupa arr nama dia. Takpe dia ada bagi business card dia. Dia dtg sehari sebelum saya dtg, and dia dok kat rumah sedara dia. Pastu this girl tanya saya tempat2 shopping and jugak tempat nak beli Chinese Silk. Eh! Kata dok rumah sedara? Takkan tak tanya sedara... Tanya kita ni yg main redah jer ke mana2.


Sempat gak nak posing kat Beijing Lu.




Dok sebok lagi cari tempat2 lain yg nak dijengah dan dijengok.




Fourth Day (14 Jan 2012): Hari ni hari last kat sini. So jalan2 area dekat2 jer. Makkk... jumpa tempat shopping baru laa... Mujur last day baru jumpa.. kalau awal2, harus byk memborong. Hahahaha.

Flight kita org kul 1.35 am (15 Jan 2012). Taxi yg bawak kita org ke airport mcm nak terbang laju dia. Sampai jer airport.... Perghhh... ramai nyer manusia2... Airport dia besar giler.. cam lagi besar dr KLIA. Counter dia byk sampai Counter N. Rasanyer KLIA takde lah sampai huruf N tu.


Kita org sampai M'sia kul 5.35 am.

11 comments:

Fantastic 4 said...

salam...

kak..nak tanya..yg kedai silk tu kat mana yea..ada contact tak...saya nk gi sana ujung bln ni...ingat nk beli silk...murah tak harganya

Asma said...

Salam, dekat mana you bought your Chinese Silk tu ya. Saya akan ke Guangzhou hujung bulan ni :)

Noly Ali said...

Salam Asma,
Kedai textile tu kat area Highsun.

Anonymous said...

Slm kak, Bauhinia hotel dekat tmpat shopping...brp caj teksi dr airport ke hotel. tq

Noly Ali said...

Wkmsalam. Ye dekat sgt dgn tempat shopping esp OneLink Plaza, Beijing Lu pulak dlm 15 mins walking distance. Taxi fare airport ke hotel tu lebih kurang CNY120.

Unknown said...

salam, akak main redah je ek?xguna tourist guide ek?

Noly Ali said...

Wkmsalam yusmanira yusoff , ye haah tak guna tourist guide. Jalan seniri aje. 1st time pegi ni byk naik teksi. Cuba tgk post lg satu GUANGZHOU AGAIN (11TH - 17TH NOV 2012). Yg ni byk guna Metro dia (mcm lrt sini).

Unknown said...

Akak duk hotel mn?sy n member nak redah jgk.kami book tiket bulan 5 next year..lmbt lg.huhu

Noly Ali said...

yusmanira yusoff, kita org ddk kat Bauhinia Hotel. Dkt jer dgn OneLink Plaza.

Anonymous said...

Salam kak...nak tnya la
brpe hrga headphone beats merah tu kalau convert duit malaysia? Hehe mcm tringin plk

Noly Ali said...

Wkmsalam. Sorry lmbt reply.
Lupa la hrga headphones beats tu… Masa tu dia baru kluar.. klu tak silap dlm RM200 lebih. Skrg harus dah turun lg harga dia. Masa tu tgh glamour.

Post a Comment