Saturday, February 26, 2011

PERTUNANGAN SHAMIN & AFIF (26 FEB 2011)

Hari ni birthday abang saya yg juga bapa kepada Shamil, Shamin, Ery & Erin. Hari ni jugak Shamin bertunang.

So minggu ramai2 berkumpul kat rumah abang saya pulak.

Letrik takde pulak dari pukul 10.00am sampai 3.00 pm, ikut surat TNB tu la. Laaa... hari ni laa pulak takde letrik. Majlis dijangka mula pukul 2.30pm. Tapi lewat kan sikit sebab takde letrik.

Tetamu sebelah pihak lelaki dah sampai, masuk2. Takpe lah .. proceed je laa walau pun letrik takde. Gelap sket laa...

Selesai upacara mengikat janji, disusuli pulak dengan menjamu selera. Emmmm... lapar ni. Lapar. Hehehehe...
Tetiba letrik pun dah ada balik... Hmmmmmm... baru lah nampak jelas.... Dah kul 4 lebih dah.

Untuk acara makan memakan ni, abang saya order nasi beriani kambing daripada "Beriani Mohd Shah" yg sememangnya sgt femes kat Batu Pahat ni. Restoren dia mmg sentiasa ramai pengunjung, tak kira lah makan terus situ atau bungkus. Sebagai tambahan, kakak ipar kepada abang saya ni masak ayam masak merah. Perghhhh!!!! Sedap takleh hengat! Mmg best lah makan hari tu selepas dah berpeluh tunggu letrik takde.


SHAMIN




HANTARAN DRP PIHAK PEREMPUAN semua digubah sendiri oleh Shamin kecuali moist choc cake & cupcakes le... hehehehe




MOIST CHOC CAKE




Ini rupa Moist Choc Cake yg saya buat ni...
























Sahmin minta saya buat cupcakes with buttercream icing ni warna hijau & putih. Gini lah rupanya...





















SHAMIN BERSAMA SIRIH JUNJUNG YG DIGUBAH SENDIRI


0 comments:

Post a Comment