Tuesday, August 17, 2010

NAK MASAK APA EK....???

Sepanjang bulan puasa ni mmg agak tension gak nak masak lauk apa untuk bersahur. So masak yang senang2 yag senang pun lalu kat tekak2 yg ada kat rumah ni.

Antara lauk2 untuk bersahur:

SUP TULANG




SOTONG GORENG KUNYIT

Monday, August 16, 2010

6 RAMADHAN 1431H

Hari ni hari pertama keje dalam bulan Ramadhan tahun 2010 ni. Almaklum dah amek cuti 3 hari pertama puasa hari tu.

Hari ni jugak lah akan adjust time balik dr office kul berapa nak sampai rumah semua tu. Jamn ke tidak ke jalan petang nanti.

Hari ni jugak lah bermula nyer berbuka puasa hasil tunjukan jari jemari ni... Hehehehhe... Welcome to Pasar Ramadhan. Seperti biasa, mesti ada suara2 memanggil "Roti John kak....", "Murtabak kak...." dan macam2 kak lah. Don't worry.... Ye ler.... Akak datanggggg niiiii....

Sunday, August 15, 2010

5 RAMADHAN 1431H

Hari ni tak tau nape... sangat meletihkan. Maybe sebab dok bukak katup oven je, muka pun dah rasa hangus gak ni...

So untuk berbuka hari ni hanya mampu goreng mee hoon aje.


MEE HOON GORENG

Saturday, August 14, 2010

4 RAMADHAN 1431H

Tak tau nak buat apa hari ni but I thought of masak something yg Naqib & Nadia akan makan beria sket. Sebab lps berbuka, dia org dah tak makan sampailah ke sahur. Sahur pulak... terkulat2 nak makan. Tinggg!!!! Ok.. kita buat mcm breakfast masa weekend lah... Alaa.. ni pun nama dia "break fasting" kan.... kira sama lah tu...

Hasilnyer.........


NASI IMPIT




RENDANG AYAM




KUAH KACANG / SAMBAL KACANG




Yang ini plak, request husband saya, dia kata dah lama saya tak buat popia goreng. Ye lah.. ye lah... Buat laa ni..


POPIA GORENG & SOS CILI




Abes tu... tekak sendiri siapa yg layan.... Kwang kwang kwang... Sendiri lah layan... Hihihi...

Friday, August 13, 2010

3 RAMADHAN 1431H

Untuk hari ketiga ni, rasa macam nak makan roti canai. Stok roti canai segera mmg ada. Hehehehe. Cuma tinggal buat kari jer.


KARI AYAM




Husband saya pulak minta buatkan sambal tumis telur, nak cecah dgn cekodok. Cekodok lagi... Cekodok mmg laku kat rumah ni. Tak kira lah tgh2 mlm ke bila ke, kalau rasa nak makan cekodok mmg terus lah buat. Senang betul kan?


SAMBAL TUMIS TELUR




Sebelum bulan puasa lagi dulu nak buat jelly bandung cincau ni. Dok tgk CMG punya.. TQ CMG, berjaya jugak saya buat. Lagi2 bulan puasa ni. Rasa mcm licin je masuk kat tekak nanti.


JELLY BANDUNG CINCAU




Ini pulak buah mangga yg husband saya harvest kat pokok depan rumah. Macam main farmville pulak. Selalunya tak berpeluang amek buah mangga tu sebab sang-sang monyet dah amek dulu. Monyet2 tu ingat kita org tanam untuk dia gaknya.. Pandai pilih pulak tu... amek yg dah masak je...
.

BUAH MANGGA



Ini mangga yg telah dibuat kerabu. Tetiba lak husband saya soh buat kerabu mangga. Naqib kata "Tak habis2 mengidam..." Hahahaha


KERABU MANGGA




Disebabkan dah ada kari ayam, sambal tumis telur, kerabu mangga, maka saya masaklah sikit nasi putih kot2 teringin nak makan nasi, lauk dah ada.

Thursday, August 12, 2010

2 RAMADHAN 1431H

Dah hari kedua dah. Tapi kita org lom menjengahkan diri kat Bazar Ramadan lagi. Naqib pun cam tak kesah je... Tapi dalam rumah ni sebenarnya dia org tak berapa gemar sangat dgn nasi untuk berbuka.


Tapi untuk berbuka hari ni saya buat Nasi Goreng Cili Api, adik beradik nasi jugak ni.. Cucur Kentang a.k.a cokodok kentang dan husband saya buat Onde-onde a.k.a Buah Melaka.


NASI GORENG CILI API




ONDE-ONDE




CUCUR KENTANG

Wednesday, August 11, 2010

1 RAMADHAN 1431H

Salam Ramadan untuk semua muslim yang ada di mukabumi ini...

Pejam celik pejam celik, dah tiba bulan puasa balik. Hmmmm... saya amek cuti 3 hari yg pertama puasa ni. Campur Sabtu & Ahad dah 5 hari.. Best! Best! Nak prepare sikit2 untuk tempahan yg saya terima untuk Hari Raya nanti.

Dan untuk buka puasa hari ni.. saya cuma buat Kuih Seri Muka & Mee Goreng.


MEE GORENG




KUIH SERI MUKA




Mlm ni kena pikir plak sahur nanti nak masak & makan apa..... Rasa nak buat Ikan Masak Kicap je...

Tuesday, August 10, 2010

HARI TERAKHIR SEBELUM PUASA

Hari ni last boleh makan siang. Esok Insya Allah dah puasa. Takut sangat tak dapat makan... Mcm lah puasa sepanjang hari. Hehehehe..

Hari ni dah kena pikir nak masak apa untuk sahur ni... Alamakkkk... Malas betul lah nak pikir2 ni. Masak sempoi2 je laa...

Untuk sahur ni, saya cuma masak Ikan Siakap 3 Rasa dan Masak Air Fucuk, Suhun & kentang tu pastu taruk telur. Dah selesai.. tambahan lauk.... serunding daging.
Tak amek gambor pun... mata masing2 layu.. hahahahah.. takyah laa... Mujur tak cium meja jer...

Niat! Niat! Sesia tak baca niat puasa. Hahahahahha...

Monday, August 9, 2010

HAPPY ADVANCED B'DAY TO AIREL!!!

Sebenarnya birthday Airel ni 31 August. Merdeka boy dia ni!! Tapi agaknya sebab nnt 31 hb tu bulan puasa kot.. so mummy dia order awal. Mummy dia request untuk image Thomas, Chipmunk & Elmo.


FONDANT CUPCAKES FOR AIREL THE MERDEKA BOY




Dengarnya Airel suka sangat cupcakes dia sampai halau mummy & daddy gi keje masa kat rumah baby sitter. Kelakar laa Airel ni...

Happy Advanced Birthday Airel...
Jgn notti-notti ye...

Tuesday, August 3, 2010

MOIST CHOC CAKE

Ini tempahan daripada kawan saya untuk jamuan di officenya sempena sambutan birthday bagi staff yg birthday mereka bulan August.


MOIST CHOC CAKE




TQ Kak Timah..

Sunday, August 1, 2010

NASI AYAM PAK MAL

Hari ni tgh relax2 tgk Jalan-Jalan Cari Makan, tetiba tengok Serina pergi makan nasi ayam Pak Mal. Terus tekak ni menggatal nak makan nasi ayam Pak Mal jugak. Sebab tengok Serina makan beria2. hahahahahha.. Pantang tgk org makan, semua nak!!!

Jom kita gi beli.

Ya Ampunnnnnn..... Pesal lak sesak kat gerai Pak Mal ni.. Takkan la semata2 baru tadi kuar TV JJCM, dan2 tu ramai org pegi. Tak penah2 beratur panjang nak beli bungkus, hari ni pulak beratur panjang.

Kereta pulak sesak gak, takde tempat parking.

Akhirnya.. berjaya gak saya beli bungkus Nasi Ayam Pak Mal.

Psstt... untuk petang ni, husband saya buat bubur pulut hitam. Hmmm... best!