Wednesday, October 21, 2009

AKTIVITI WEEKEND & DEEPAVALI

Pada weekend yg lepas, hasben saya ada keje sket di Sg Petani. Memandangkan saya boleh amek cuti replacement Deepavali & Naqib pulak cuti skolah sempena Deepavali jugak, maka Naqib dan saya pun mengambil kesempatan utk turut mengikut hasben saya.

Kita org gerak hari Sabtu kul 7.30am, we planned to stop at R&R Tapah for breakfast. Bila dah sampai signboard tulis 500 m ke simpang R&R Tapah, tetiba semua kete slow down. Pehal plak ni... Kmdn nampak asap hitam... Ish apa pulak ni... Eh nampak ada api pulak. Ada kebakaran ke??? Akhirnya bila kete kita org sampai dekat tu, ada satu kete mmg tgh marak sgt api dia dah melintang kat lane kiri. Kita org dpt rasa bahang api tu. Kete tu sorang2 je, mcm berpusing seniri je.. Tak tau ada org ke tak, atau org nya dah sempat kluar dan tgh amek gambar kete yg terbakar tu. Ramai berenti amek gambar, Rescue team lom dtg lagi. Saya pun sempat snap gambar kete tu. Ni la dia kete yg terbakar tu. Kalau ada org dlm tu mesti dah rentong rasanya. Tp pintu kete tu dah terbukak... sempat kluar kot..

KETE TERBAKAR





















Kami tak jadik berenti breakfast di Tapah sebab terlalu ramai umat yg berenti kat situ so we decided to stop at the next R&R i.e. Simpang Pulai.

Kita org sampai Sg Petani lebih kurang kul 12 tghari. We stayed at Cinta Sayang Golf Resort. Kita org mmg suka dok kat resort tu, setiap kali ke Utara mmg stay ka situ, mmg sesuai lah kalau nak relax. Byk aktiviti yg boleh dibuat kat situ. Cita2 konon nak belasah main golf la, horse riding la... mcm2 la... Last2 swimming pun tidak, almaklum ari Ahad bila hasben pegi keje tu malas nak kuar, Naqib pulak sebok main game & baca komik2 dia. Tak best lah sengsorang nak buat segala aktiviti tu.

Walau macamana pun, lepas check in hari Sabtu tu, ptg tu sempat lah jugak ke Padang Besar. Tak beli apa pun.. cam tak teringin lak nak beli apa2. Cuma beli buah limau bali je. Buah ni mmg favourite ni. Beli lah lebih sket, konon nak bawak opis nanti hari Selasa sbb ada potluck. Hari tu dah janji nak bawak sandwich telur.

LIMAU BALI

















On the way back, kita org singgah makan kat Restoren TOK MEK kat Beseri. Cam ramai je... sedap kot.. Boleh laaa.. Murah gak. Eh nama pun kat Perlis.. mestilah murah kot.

Pastu kita org singgah gak kat tempat ostrich tu.. Sian tgk ostrich tu. Sumer togel2 je. Dia sesama seniri cabut bulu masing2. Sukati lah ostrich... lu punya buluuu... sukati la nak wat pe pun...

BERSAMA OSTRICH2 TOGEL













LAGI GAMBAR TEAM TOGEL














Pastu kita org singgah pulak Alor Setar sbb nak makan mee goreng yg sedap tu. Selalu kalau gi Alor Setar mesti punya gi pekena mee goreng kat situ. Nama tempat tak tau tapi jalan menghala ke airport dan dekat2 ngan kediaman menteri besar Kedah. Betul2 opposite Kampung Pantai Johor dan jugak ada masjid besar kat situ.

KOAY TEOW GORENG ALOR SETAR















MEE GORENG SEDAP ALOR SETAR














Tapi malangnya hari tu koay teow goreng dia tidak sesedap selalu, dah tukar tukang masak ke? Agak hampa gak lah.. Ke perut ni dah kenyang & tekak pun takleh nak masuk makanan lagi??? Salahkan tukang masak lakkkkk... Tapi betul lah tak berapa sedap.. dia macam rasa manis2 pulak. Pehal????

Hari Ahad petang tu bila hasben balik keje, dia kata jom gi Penang... Hmmmm.. menarik gak... Sg Petani - Penang bukan jauh beno...

JAMBATAN PULAU PINANG















Laaa.... patutlaa beria nak gi Penang.. Dia nak beli lense camera... Rupa2nya hasben saya ni dah lama membuat survey di semua kedai2 camera yg ada di KL dan dah tau the best price di KL berapa. Kat Penang, camera & segala accessories dia mmg lebih murah. Dan maka dgn itu, terbeli lah lense camera lagi. Ish..Ish..Ish... Ada yg kena beli Dry Cabinet lagi ni...

Hari Isnin tu, hasben gi keje pagi tu. Saya & Naqib stay kat bilik je lepas breakfast, kul 12 tghari hasben saya balik dan kami pun kemas2 dan checked out dari hotel tu. Kul 5 lebih kita org dah sampai Shah Alam....

0 comments:

Post a Comment