Sunday, September 20, 2009

1 SYAWAL 1430H

Selamat Hari Raya AidilFitri to All Muslim.

Akhirnya 1 Syawal menjelma lagi. Alhamdulillah dapat sambut 1 Syawal lagi. Rasa mcm baru raya tahun lepas. Cepat betul masa berlalu.

Seperti bese, hari raya mesti org2 lelaki gi sembahyang raya kat masjid, kita org pompuan selalu tak ikut, sebab rumah masih tonggang terbalik. Dah agak lama gak tak ikut sembahayang raya kat masjid ni.

Bila org2 lelaki ni dah balik dari masjid, maka upacara makan2 pun bermula. Untuk raya selalunya kita org buat ketupat nasi, ketupat pulut, rendang daging, kari ayam, kuah lodeh dan sambal kacang. Malam tadi saya tunggu ketupat sampai masak dlm kul 2.00 am. Saya kesian tengok kakak saya yg tersangat letih rupanya. Biarlah dia masuk tido dulu. Maka hasben saya pun teman saya berjaga, dia dok lah tengok TV segala channel yg ada.

Dan telah menjadik kebiasaan di Gunung Soga ni, lepas buka posa mlm tadi lagi neighbour2 kat sini dah setat hantar juadah derang. So kita org akan setat balas dulang dia org pepagi raya nyer... Almaklum... ketupat pun baru masak.

Lepas makan2, masa sessi fotografi pun bermula. Pastu acara bermaaf2an plak. Dan paling terkezut, saya menerima DUIT RAYA drp Qirin... hahahahahahaha... Kelako lak. Dulu zaman bebudak mmg lah best dapat duit raya tapi rupa2nya bila dah beranak pinak ni, dapat duit raya pun mmg best giler. yelaa.. selalu kita hulur kat org kali ni alih2 ada org hulur kat kita. Best! Best!

Meh la tengok gambar raya kat BP ni...

Gambar org pompuan dulu:



Gambar orang lelaki plak:

Thursday, September 3, 2009

AL FATIHAH TO ARWAH ABG RASID

Malam tadi Anne sms bagitahu ayah dia masuk ward sebab kaki dia ada luka yg tak baik2lagi sebab dia ada penyakit kencing manis. Actually Anne ada sms pada Qirin soh bgtau citer ayah dia masuk ward tapi disebabkan Qirin cam tak reply, Anne pun sms terus pada saya.

Saya terus call Anne tanya, sebab bese lah nak terketik2 menaip sms tu lebih baik I just call her, lagi cepat. Masa tu saya kat luar, so lepas cakap ngan Anne terus call Qirin pulak. Mmg betul Qirin tak dapat sms Anne tu.

Alih2 masa sahur, Qirin kata dia nak balik BP. Main redah jer tiket bas apa2 yg ada lah untuk pagi tu. Mesti ada punya tiket.. sebab hari Khamis kan.. bukannya weekend.

So, Qirin berjaya dapat bas balik BP kul 9.00 am. Dia sms bgtau dah naik bas & time bas tu setat gerak.

Hari tu saya ngantuk sangat tapi keje opis tetap kena buat cam bese. Saya kena carik signature org2 utk transport to PRD. Pastu saya relax jap kat bilik sembahyang. Saya tak bawak handphone bersama, dan pada ketika itu lah sms & phone calls bertalu2 masuk handphone. Ada 16 missed calls. Rupa2nya Abg Rasid dah meninggal at 11.30 am. Qirin masih dlm bas, baru sampai kat Muar. I was so shocked sebab we just met him Merdeka Day 3 hari lepas and today dia dah takde. Saya terus sms to my Manager & Head untuk bgtau ttg kematian ni, masa tu dah pkul 12.15 pm pun. I terus balik rumah nak pack barang and tunggu Naqib balik sekolah, hopefully we could reach BP before Asar sebab kebumi akan dibuat selepas Asar.

Tapi tunggu Naqib ni lambat plak, so tak sempat sampai before kebumi. Tapi takpe, tak elok lengahkan. Biar lah derang proceed dgn urusan pengkebumian tu.

This is the last photo taken - Qirin and her late father after balik dari convo at my house on 10 Aug 2009 (Monday) just 23 days before he passed away.



Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh Abg Rashid dan dan semoga beliau ditempatkan dlm golongan orang yang beriman & beramal soleh. AMIN..... And again... ALFATIHAH.