Thursday, August 13, 2009

MOIST CHOCOLATE CAKE & BAHULU

Tomorrow will be the sweet Athirah's birthday. So her mom, Mega, requests me to make a moist chocolate cake for her lovely daughter. Sedap-sedap tau, pesan dia. So... sebagai seorang penjual... apalagi.. buatkan lah.... Hehehehe...

MOIST CHOCOLATE CAKE

Sebelum ditulis....



Selepas ditulis..



While waiting for the cake menjadi sejuk untuk di decorate maka saya pun tetiba nak try buat kuih bahulu. Kan hari tuh dah beli acuan... Resepi diambil daripada RasaMalaysia.com. Tengok macam senang tapi agak mencabar minda gak lah. I don't really know rasa bahulu yang tersedap di dunia.
Dulu2 arwah atok pompuan saya mesti buat kalau nak raya, dia panggil "BAHULU PEKAK", the word "PEKAK" tu agaknya sebab terlalu manis kot which saya memang tak suka. Pastu sebab terlalu manis, jadik bahulu mcm agak keras sket. So dulu2 kalau makan bahulu tu mesti cicah air kopi O atau teh O.

Tapi zaman sekarang kan org buat kuih bahulu cam gebus gitu... cam kat Noraini's Bake. Pastu kalau jalan dari Trganu ke Kelantan, sepjg2 jalan mmg signboard "Bahulu Panas". Ada sekali tu dlm bulan Feb 2009 saya ada training di Trganu tapi datang awal sebab nak gi Rantau Panjang. Sambil menyelam minum air.. Bila nampak signboard Bahulu Panas tu cam teringin la nak try. So kami berenti kat salah satu gerai. Gerai tu seorg lelaki yg jaga. Pastu ada banyak gambar Fizo kat dinding stall tu, tapi gambar2 tu diambil kat stall tu la, alaa Fizo tu yg skrg ni dia byk gak la berlakon. Setiap Isnin citer BioNik tu & Selasa citer La Dolce Amira dia ada. Ingatkan kot le dia ada singgah gak beli bahulu kat situ. Mulut ni agak peramah utk bertanya kat penjual tu "Fizo pernah datang sini ke?" Alih2 dia jawap "Fizo tu adik saya.." Ek eleh... Adik dia rupanya... patutnya gambar dia je. Kira mcm pelaris laa.. stall bahulu artis gitu....

Berbalik kepada bahulu yg saya cuba buat ni.. Ianya tidak mencapai tahap kepuasan & kualiti yang saya inginkan. Rasanya lebih kurang sama mcm arwah atok pompuan saya buat dulu yg mana saya tak begitu suka sbb terlalu manis & agak keras. Saya membayangkan yang ianya gebus & lembut. Maka saya akan cuba cari dan guna resepi lain pula. Agak kecewa juga kerana saya telah mengikut step2 yg telah diberikan satu persatu. Kena ban ni resepi ni...

Inilah rupa kuih bahulu itu, tak begitu menarik kan? Atas dia tak buncit.

0 comments:

Post a Comment