Tuesday, August 11, 2009

KONVOKESYEN UPM KE 33 (8 - 11 OGOS 2009)

Semalam konvo Qirin kat UPM sidang petang. Kita orang bertolak dari rumah pukul 12.40pm gitu sebab Qirin kata dia kena berkumpul pukul 1.45 pm.

Hari panas terik... alamak... kemah tak banyak pun utk org yg tak masuk dewan. Kakak saya dan anak sulong dia Anne masuk dalam dewan. Masa Qirin beratur nak masuk dewan, maka suami saya yg hobbynya amek gambar, tak sudah2 amek gambar. Baru kat luar dewan jer, gambar yg diambik dah 100 lebih keping. Perghhh... Lom kuar dewan lagi, nanti nak gambar reramai lagi. Takpe. takpe.. bukan pakai film pun...

Bila diorang dah masuk dewan, saya dan suami saya pun berlegar-legar kat gerai2 yang ada. Cam bese ler.. jual t-shirt, baju, brooch, dan yg paling banyak sekali bunga-bunga.. tk kira lah bunga hidup ke mati ke. Bukan lawa pun gubahan dia, tapi mak oii... mahal ya amat!! Patung2 pun tak comel, kebanyakannya patung2 yang mcm 4 ke 5 sepuluh hengget kat Rantau Panjang tu, tapi dah digubah bersesama bunga2 tu dah jadik berpuluh2 hengget. Org yang jual tu pun.. pada2 lah sket.. Nak jual mahal2 tu biarlah ada rupa sket...

Tgh jln2 tu tetiba hari mendung, kita org lekas2 pergi kat kemah. Seb baik ada kerusi, so kita org relax tengok video konvo yg tgh live dlm dewan tu. Pastu seb baik dah duduk dlm kemah, terus hujan selebat2 hujan dengan guruh berdentam dentum lagi.

Habis konvo tu dah nak pukul 6 pm tapi disebabkan hujan, tak boleh nak bergambar, tak boleh nak gerak ke mana. Semua berkumpul dlm kemah yg kecik tu.

Bila reda sket hujan, so kita orang pun amek la gambar2.

Ni gambar masa baru sampai, ramai mak andam Qirin untuk pakaikan jubah.



Ini pulak masa Qirin beratur nak masuk dewan.



Selepas keluar dewan



Masa jalan nak balik ke tempat parking pun sempat lagi buat photo shoot..



Dan akhirnya.....

0 comments:

Post a Comment