Saturday, August 15, 2009

Hari ni Naqib sekolah, ada program Ihya Ramadhan kat masjid negeri. Hari ni jugak saya banyak bende nak buat ni.
Lepas hantar Naqib sekolah, buat2 keje sket.. ala keje bese, basuh baju, sidai baju, keluarkan tong sampah.. hari ni orang sampah amek sampah. Tak prepare pun breakfast sebab rasa dah lama tak makan nasi lemak kerang kat seksyen 17.
Bila pergi.... alamak.. dah kemas dah.. dah habis... mana taknya.. dah kul 10 lebih.. pastu pikir cepat2 nak makan mana ni? Terus kepala ni terbayang kedai2 makan yg sangat banyak kat seksyen 7. So my husband and I terus ke Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang di Seksyen 7 tu... Mmg ramai la orang makan kat situ. Harga dia pun quite reasonable. Boleh buat selalu ni.. Hehehehehehe...
Lepas dah kenyang kita org pergi TesCo Extra untuk cari barang2. Banyak bende tak dapat lagi ni... Gula pun takde.
Balik dari Tesco singgah beli air kelapa. Kan banyak terima email petua cegah H1N1 tu rendam kurma dalam air kelapa.. Ikut jgn tak ikut...

Masak untuk lunch simple je la.. Hanya masak nasi, kari ayam & goreng ikan terubok masin. Dah. Cukup.

KARI AYAM



IKAN TERUBOK MASIN



Hari panas terik, baju tadi dah kering dah. Tengok2.. wah bagus nya.. husband saya dah angkat and tgh lipat pun. Mekaseh.....

Yati telepon, dia nak datang ptg ni. Ok, no hal.. sila2. Apa nak buat ek orang nak dtg ni... Ok, cempedak ada.. apalagi.. goreng cempedak laa... Siapkan sebelum dia orang sampai. Dia orang tiba, ngam2 cempedak siap digoreng. Yati bawak putu piring.
Rumah saya ni banyak kucing2 datang. Kucing2 "alleycats".. bukannya bela. Anak2 Yati leka main ngan kucing2 tu. Kucing2 tu berlari2 bila kita org sampai rumah sampai bibik sebelah tu tanya, "Bela ke kucing2 tu..?" Saya hanya menjwp.."Tak... kucing2 datang."

Ada 4 ekor semua kucing "alleycats" atau jalanan tu. Yang warna kuning, kita org panggil Garfield, yang warna kelabu, saya panggil Labu, dah kelabu kaler dia. Naqib panggil dia Tom, yg lagi satu Black, dahtu hitam kaler nya. Yg terakhir si Putih. Dia ni putih melepak. Tapi dia ni kesian sket lah... BKU - Binatang Kurang Upaya, ekor dia kontot.. pastu yg unik nya mata dia sebelah hijau, sebelah lagi biru. Mmg betul2 BKU lah.

0 comments:

Post a Comment