Sunday, August 2, 2009

Hari ni nak hantar my daughter, Nadia, balik Jengka after a week break. Dia kata nak bawak bekal mee hoon goreng. Both of my children suka sangat meehoon goreng. So untuk tidak menghampakan, maka saya pun masakkanlah mehoon goreng kegemaran mereka. Inilah meehoon goreng yang telah disediakan untuk breakfast hari ini.

MEE HOON GORENG



Saje nak menambahkan juadah breakfast, saya juga membuat sandwich telur.

SANDWICH TELUR



Mula-mula plan nak bergerak ke Jengka pukul 8.30 am tapi tup tap tup tap... hmm... dah 9.30 am dah. Kita orang singgah kat R&R Temerloh. Relax sekejap minum teh tarik. My husband tidak melepaskan peluang makan nasi dengan ikan patin yang famous kat Temerloh tu. Naqib pulak ambik lauk ikan goreng bercili, kobis masak lemak (ni memang favourite dia, pantang jumpa) & jugak lala. Nadia hanya bungkus nasi putih, sambal sotong & lala saja. Saya hanya mengurat lala Naqib sahaja. Masing2 dah kenyang, kita orang pun teruskan perjalanan ke Jengka. Sampai Jengka, terus hantar barang aje, kita orang pun terus balik semula ke Shah Alam. Sampai rumah lebih kurang pukul 4.00 pm.

Husband saya kata dia nak buat milo ais so best jugak kalau ada something to eat with. Jadi saya ingat nak goreng cempedak sket dan jugak buat kuih ketayap. Dah lama dah tak buat kuih ketayap ni.

CEMPEDAK GORENG



KUIH KETAYAP



Naqib komplen sebab inti ketayap tu rasa durian. Saje je letak durian... Dia tak suka dia kata. So bila dia makan dia buang inti... Ek elehh.... buat penat je.. baik makan lempeng kosong jer. Dia kata takpe.. sedap. Siap cakap, "Nanti mama ajar camana nak buat kuah hijau tu ye." Dia tengok masa saya sedang buat kulit ketayap tu. Ada ke "kuah hijau"...!!! Ishhh!!! Kelako lah Naqib ni. Itu bukan kuah hijau.. tapi batter untuk kulit kuih ketayap tu...

0 comments:

Post a Comment