Monday, August 31, 2009

10 RAMADHAN 1430H

Diam tak diam hari ni dah 10 Ramadhan... Emmm.. sekejap je..

Hari Sabtu pagi baru ni, kita orang balik BP. Nadia balik petang Jumaat sebab nak ikut balik BP. Pukul 7.00 am kita org dah gerak. Tujuan balik ni sebab nak hantar kuih raya yg Anne dah order utk cikgu2 kat sekolah dia.

Biasa lah bila sesekali balik ni, kakak saya akan ajak abang saya sekeluarga utk ramai2 buka pose kat rumah Gunung Soga.

Lepas terawih, husband saya ajak pegi kat BP Walk untuk pekena roti kukus kat Ramli Cafe. Ramai gak Pakji2 & Makji2 dok lepak kat situ amek angin malam.

Kita orang balik Shah Alam pagi hari Merdeka 31 Ogos tu sebab tiket bas Nadia balik Jengka pukul 2.00 pm. We managed to reach KL kul 12.00 noon so ok lah time tu.

Untuk buka posa hari ni, wat kuih keria & cucur badak. Senang sket sebab bahan utama dia serupa.

KUIH KERIA



CUCUR BADAK


Monday, August 24, 2009

3 RAMADHAN 1430

Best nyer cuti hari ni... Sajer amek cuti 2 hari cuti awal2 Ramadhan ni.

Nak wat apa ye buka nanti...???? Nak buat kuih lapis lah.. Naqib mesti suka... Husband saya kata dia nak buat bubur pulut hitam. Ok, set.

Saya jadik wat kuih lapis tu tapi ianya agak lembik maka susah la sket nak potong. Tak berapa lawa... Takyah tunjuk gambar lembik jer rupa.

Sunday, August 16, 2009

Disebabkan semlm Naqib sekolah dan tak rasa nasi lemak kat Restoren Nasi Lemak Cinta Sayang tu, maka hari ni husband saya bawak kami pergi breakfast kat situ lagi. Mesti tokeh kedai tu rasa yang dia jual nasi lemak yang sedap. Hehehehehe.. Boleh laaa....

Lepas makan kita orang gi TesCo lagi. Pastu kita orang gi KL pulak sebab nak tempah baju melayu kat Campbell. Alamak... kedai tu tak bukak lagi... selalu hari Ahad dia bukak kul 12.30 pm... ni dah 1.30 pm pun tak bukak lagi. Nak berniaga ke tidak si Richard ni?

Malas nak tunggu Richard bukak kedai tu, kita org gi jalan ke Maju Junction. Depan panggung wayang lama tu, si Norman Hakim tengah duduk tepi jalan tu wat apa ntah siap ngan backpack. Tapi cam tunduk konon biar orang2 tak prasan dia laa.. Sukati laa nak wat pe.. Gi makan pizza lagi bagus. Hmmmm... sedapnya...

THAI SEAFOOD PIZZA



ICED LEMON TEA



ICED MILO



PASANGAN AYAH DAN ANAK

Saturday, August 15, 2009

Hari ni Naqib sekolah, ada program Ihya Ramadhan kat masjid negeri. Hari ni jugak saya banyak bende nak buat ni.
Lepas hantar Naqib sekolah, buat2 keje sket.. ala keje bese, basuh baju, sidai baju, keluarkan tong sampah.. hari ni orang sampah amek sampah. Tak prepare pun breakfast sebab rasa dah lama tak makan nasi lemak kerang kat seksyen 17.
Bila pergi.... alamak.. dah kemas dah.. dah habis... mana taknya.. dah kul 10 lebih.. pastu pikir cepat2 nak makan mana ni? Terus kepala ni terbayang kedai2 makan yg sangat banyak kat seksyen 7. So my husband and I terus ke Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang di Seksyen 7 tu... Mmg ramai la orang makan kat situ. Harga dia pun quite reasonable. Boleh buat selalu ni.. Hehehehehehe...
Lepas dah kenyang kita org pergi TesCo Extra untuk cari barang2. Banyak bende tak dapat lagi ni... Gula pun takde.
Balik dari Tesco singgah beli air kelapa. Kan banyak terima email petua cegah H1N1 tu rendam kurma dalam air kelapa.. Ikut jgn tak ikut...

Masak untuk lunch simple je la.. Hanya masak nasi, kari ayam & goreng ikan terubok masin. Dah. Cukup.

KARI AYAM



IKAN TERUBOK MASIN



Hari panas terik, baju tadi dah kering dah. Tengok2.. wah bagus nya.. husband saya dah angkat and tgh lipat pun. Mekaseh.....

Yati telepon, dia nak datang ptg ni. Ok, no hal.. sila2. Apa nak buat ek orang nak dtg ni... Ok, cempedak ada.. apalagi.. goreng cempedak laa... Siapkan sebelum dia orang sampai. Dia orang tiba, ngam2 cempedak siap digoreng. Yati bawak putu piring.
Rumah saya ni banyak kucing2 datang. Kucing2 "alleycats".. bukannya bela. Anak2 Yati leka main ngan kucing2 tu. Kucing2 tu berlari2 bila kita org sampai rumah sampai bibik sebelah tu tanya, "Bela ke kucing2 tu..?" Saya hanya menjwp.."Tak... kucing2 datang."

Ada 4 ekor semua kucing "alleycats" atau jalanan tu. Yang warna kuning, kita org panggil Garfield, yang warna kelabu, saya panggil Labu, dah kelabu kaler dia. Naqib panggil dia Tom, yg lagi satu Black, dahtu hitam kaler nya. Yg terakhir si Putih. Dia ni putih melepak. Tapi dia ni kesian sket lah... BKU - Binatang Kurang Upaya, ekor dia kontot.. pastu yg unik nya mata dia sebelah hijau, sebelah lagi biru. Mmg betul2 BKU lah.

Friday, August 14, 2009

PAGI JUMAAT YANG MULIA

Memandangkan semalam ada member order kek chocolate, maka saya pun buat extra untuk potong2 bawak ke office, Saje je la... pagi Jumaat kan...

MOIST CHOCOLATE CAKE YG TELAH DIPOTONG

Thursday, August 13, 2009

MOIST CHOCOLATE CAKE & BAHULU

Tomorrow will be the sweet Athirah's birthday. So her mom, Mega, requests me to make a moist chocolate cake for her lovely daughter. Sedap-sedap tau, pesan dia. So... sebagai seorang penjual... apalagi.. buatkan lah.... Hehehehe...

MOIST CHOCOLATE CAKE

Sebelum ditulis....



Selepas ditulis..



While waiting for the cake menjadi sejuk untuk di decorate maka saya pun tetiba nak try buat kuih bahulu. Kan hari tuh dah beli acuan... Resepi diambil daripada RasaMalaysia.com. Tengok macam senang tapi agak mencabar minda gak lah. I don't really know rasa bahulu yang tersedap di dunia.
Dulu2 arwah atok pompuan saya mesti buat kalau nak raya, dia panggil "BAHULU PEKAK", the word "PEKAK" tu agaknya sebab terlalu manis kot which saya memang tak suka. Pastu sebab terlalu manis, jadik bahulu mcm agak keras sket. So dulu2 kalau makan bahulu tu mesti cicah air kopi O atau teh O.

Tapi zaman sekarang kan org buat kuih bahulu cam gebus gitu... cam kat Noraini's Bake. Pastu kalau jalan dari Trganu ke Kelantan, sepjg2 jalan mmg signboard "Bahulu Panas". Ada sekali tu dlm bulan Feb 2009 saya ada training di Trganu tapi datang awal sebab nak gi Rantau Panjang. Sambil menyelam minum air.. Bila nampak signboard Bahulu Panas tu cam teringin la nak try. So kami berenti kat salah satu gerai. Gerai tu seorg lelaki yg jaga. Pastu ada banyak gambar Fizo kat dinding stall tu, tapi gambar2 tu diambil kat stall tu la, alaa Fizo tu yg skrg ni dia byk gak la berlakon. Setiap Isnin citer BioNik tu & Selasa citer La Dolce Amira dia ada. Ingatkan kot le dia ada singgah gak beli bahulu kat situ. Mulut ni agak peramah utk bertanya kat penjual tu "Fizo pernah datang sini ke?" Alih2 dia jawap "Fizo tu adik saya.." Ek eleh... Adik dia rupanya... patutnya gambar dia je. Kira mcm pelaris laa.. stall bahulu artis gitu....

Berbalik kepada bahulu yg saya cuba buat ni.. Ianya tidak mencapai tahap kepuasan & kualiti yang saya inginkan. Rasanya lebih kurang sama mcm arwah atok pompuan saya buat dulu yg mana saya tak begitu suka sbb terlalu manis & agak keras. Saya membayangkan yang ianya gebus & lembut. Maka saya akan cuba cari dan guna resepi lain pula. Agak kecewa juga kerana saya telah mengikut step2 yg telah diberikan satu persatu. Kena ban ni resepi ni...

Inilah rupa kuih bahulu itu, tak begitu menarik kan? Atas dia tak buncit.

Tuesday, August 11, 2009

KONVOKESYEN UPM KE 33 (8 - 11 OGOS 2009)

Semalam konvo Qirin kat UPM sidang petang. Kita orang bertolak dari rumah pukul 12.40pm gitu sebab Qirin kata dia kena berkumpul pukul 1.45 pm.

Hari panas terik... alamak... kemah tak banyak pun utk org yg tak masuk dewan. Kakak saya dan anak sulong dia Anne masuk dalam dewan. Masa Qirin beratur nak masuk dewan, maka suami saya yg hobbynya amek gambar, tak sudah2 amek gambar. Baru kat luar dewan jer, gambar yg diambik dah 100 lebih keping. Perghhh... Lom kuar dewan lagi, nanti nak gambar reramai lagi. Takpe. takpe.. bukan pakai film pun...

Bila diorang dah masuk dewan, saya dan suami saya pun berlegar-legar kat gerai2 yang ada. Cam bese ler.. jual t-shirt, baju, brooch, dan yg paling banyak sekali bunga-bunga.. tk kira lah bunga hidup ke mati ke. Bukan lawa pun gubahan dia, tapi mak oii... mahal ya amat!! Patung2 pun tak comel, kebanyakannya patung2 yang mcm 4 ke 5 sepuluh hengget kat Rantau Panjang tu, tapi dah digubah bersesama bunga2 tu dah jadik berpuluh2 hengget. Org yang jual tu pun.. pada2 lah sket.. Nak jual mahal2 tu biarlah ada rupa sket...

Tgh jln2 tu tetiba hari mendung, kita org lekas2 pergi kat kemah. Seb baik ada kerusi, so kita org relax tengok video konvo yg tgh live dlm dewan tu. Pastu seb baik dah duduk dlm kemah, terus hujan selebat2 hujan dengan guruh berdentam dentum lagi.

Habis konvo tu dah nak pukul 6 pm tapi disebabkan hujan, tak boleh nak bergambar, tak boleh nak gerak ke mana. Semua berkumpul dlm kemah yg kecik tu.

Bila reda sket hujan, so kita orang pun amek la gambar2.

Ni gambar masa baru sampai, ramai mak andam Qirin untuk pakaikan jubah.



Ini pulak masa Qirin beratur nak masuk dewan.



Selepas keluar dewan



Masa jalan nak balik ke tempat parking pun sempat lagi buat photo shoot..



Dan akhirnya.....

Monday, August 10, 2009

PMR TRIAL EXAM

Minggu ni Naqib punya Trial Exam setelah ditangguhkan daripada minggu lepas. Minggu lepas sempat paper BM jer hari Isnin tu pastu postpone semua. Pelik gak kenapa tetiba postpone. Pastu budak2 Form 3 & Form 5 dicutikan hari Khamis hari tu.

Rupa2nya sekolah dia ramai kena histeria... Ya ampun....!!! semua tingkatan pulak tu..

Ok Naqib... GOOD LUCK!!!!! Try your best to be the BEST!!!! Buat elok2.. jangan panik... baca selawat banyak-banyak. Ingat apa yang cikgu dah ajar.. ingat apa yang Naqib dah ulangkaji. Insya Allah Naqib boleh buat. AMIN..................





Sunday, August 9, 2009

KAKAK DATANG...

Kakak saya akan datang hari ini sebab esok konvokesyen Qirin di UPM. Suami saya kata buatlah nasi tomato, lagipun orang nak datang rumah. So kami berdua pun pergi ke Tesco untuk cari bahan2, lagipun stok air mineral kat rumah dah habis. Tambah lagi nak cari gula pasir yang sekarang mcm kena sorok jer... boleh beli sikit aje. Kat Carrefour boleh 2 kg per customer, kat Tesco boleh 4 kg per family. Mana dia tau kita ni satu family ek?

Balik dari Tesco dah pukul 2pm. Huaahhhh... Kul bape nak masak ni. Hehehheh... Alaaa... tadi breakfast pun dah kul 11 lebih.. adatla tu hari Ahad...

Maka bersilatlah saya untuk menyiapkan masakan tengahari... opsss... tengahari harok kalau setat masak pun kul 2 lebih... Seb baik suami saya bantu, at least kupas bawang... kentang... nenas...

Sedang saya menyiapkan masakan saya, dah half way laa kira nya... tetiba... ting tong.. ting tong.. alamakkk. Dia org dah sampai. Takpe.. takpe.. Leks.. leks... Tinggal sket jer nak masak ni...

Sebenarnya saya belasah jer resepi nak buat nasi tomato ni, main ikut hati jer nak letak apa. Tang ayam masak merah tu, itu ikut resepi arwah bapak saya walaupun banyak yang tak masukkan tu, kurma daging tu selalu tengok arwah mak masak dulu, jelatah tu pun main hentam jer. So hasilnya jadik begini laa...

NASI TOMATO



AYAM MASAK MERAH



KURMA DAGING



JELATAH




Qirin balik-balik je tanya mak dia "Mak, mak masak ke?" Huaahhh..!!! Qirin!!!! Orang laa masak Qirin! Qirin telah memandang rendah kat orang nampaknya... Hari tu pun Qirin terperanjat orang buat pulut kuning & rendang ayam, pastu kuih ketayap semua tu.. Tapi takpe Qirin... orang jadikkan kan dia satu semangat dan pemangkin untuk lebih rajin lagi dalam acara masak memasak ni...

Qirin.. orang takleh hengat Qirin kata kuih ketayap tu kuih kopiah... Kah Kah Kah Kah
Lawak arr Qirin ni...
Pagi-pagi Naqib dah tanya "Ma.. hari ni mama nk buat kuih apa?" Perghh... pepagi dah dapat soklan maut ni... Entah ek.. kuih apa nak buat ek. Banyak nak buat.. tapi ntah termampu ke tak jer...

Tapi untuk breakfast pagi ni, saya berniat nak buat nasi goreng aje. Kononnya nak buat nasi goreng kampung, kangkong plak takde dlm stok, yg ada brocoli, so untuk menghijaukan keadaan nasi goreng tu, why not ganti je dgn brocoli. Kita buat dia... Sukati lah kan... Bleh tukar nama, jadik Nasi Goreng Kampung Moden ke.. Hehehehee.

NASI GORENG KAMPUNG MODEN

Saturday, August 8, 2009

Saya sangat suka makan cara berlauk. The best kuih cara berlauk yang pernah saya makan ketika di Melaka. Waktu tu ada training di MITC, Melaka. Orang Melaka sediakan kuih cara berlauk untuk menu minum petang. Makan beria-ria sampai orang2 kat Melaka tu cakap "Apalagi... bungkuslah bawak balik..." Alamak takkan sampai camtuh kot... buat malu orang HQ pergi Melaka jer.... Namun saya berazam untuk belajar buat seniri. Takkan setiap kali nak makan cara berlauk kena order dari Melaka.

Maka semalam saya telah berjumpa dgn acuan untuk membuat cuih cara (kuih bahulu pun bleh gak) di Carrefour. Excited giler nampak acuan ni. Kawan saya ketika itu tgh sebok cari muffin tray, dia nak buat muffin.

Pagi ni seb baik breakfast disediakan oleh suami dan anak lelaki saya. Suami saya sediakan English breakfast utk kami bertiga. Kepala saya dok berangan nak buat kuih cara ni.

Sambil breakfast saya masak lauk untuk kuih cara itu. Suspend gak nak buat sebab 1st time kan. Tapi InsyaAllah boleh improve lagi.. Ini lah rupa kuih cara berlauk saya yang pertama...

KUIH CARA BERLAUK



Dah terlanjur buat cara berlauk tu, saya pun buat sket kuih cara yang manis pulak. Testing jer... Tapi tak berapa cantik.. takpe..takpe.. 1st time... practice makes perfect. Akan ku buat lagi nanti. TQ to Rinnchan for both recipes.

KUIH CARA MANIS

Sunday, August 2, 2009

Hari ni nak hantar my daughter, Nadia, balik Jengka after a week break. Dia kata nak bawak bekal mee hoon goreng. Both of my children suka sangat meehoon goreng. So untuk tidak menghampakan, maka saya pun masakkanlah mehoon goreng kegemaran mereka. Inilah meehoon goreng yang telah disediakan untuk breakfast hari ini.

MEE HOON GORENG



Saje nak menambahkan juadah breakfast, saya juga membuat sandwich telur.

SANDWICH TELUR



Mula-mula plan nak bergerak ke Jengka pukul 8.30 am tapi tup tap tup tap... hmm... dah 9.30 am dah. Kita orang singgah kat R&R Temerloh. Relax sekejap minum teh tarik. My husband tidak melepaskan peluang makan nasi dengan ikan patin yang famous kat Temerloh tu. Naqib pulak ambik lauk ikan goreng bercili, kobis masak lemak (ni memang favourite dia, pantang jumpa) & jugak lala. Nadia hanya bungkus nasi putih, sambal sotong & lala saja. Saya hanya mengurat lala Naqib sahaja. Masing2 dah kenyang, kita orang pun teruskan perjalanan ke Jengka. Sampai Jengka, terus hantar barang aje, kita orang pun terus balik semula ke Shah Alam. Sampai rumah lebih kurang pukul 4.00 pm.

Husband saya kata dia nak buat milo ais so best jugak kalau ada something to eat with. Jadi saya ingat nak goreng cempedak sket dan jugak buat kuih ketayap. Dah lama dah tak buat kuih ketayap ni.

CEMPEDAK GORENG



KUIH KETAYAP



Naqib komplen sebab inti ketayap tu rasa durian. Saje je letak durian... Dia tak suka dia kata. So bila dia makan dia buang inti... Ek elehh.... buat penat je.. baik makan lempeng kosong jer. Dia kata takpe.. sedap. Siap cakap, "Nanti mama ajar camana nak buat kuah hijau tu ye." Dia tengok masa saya sedang buat kulit ketayap tu. Ada ke "kuah hijau"...!!! Ishhh!!! Kelako lah Naqib ni. Itu bukan kuah hijau.. tapi batter untuk kulit kuih ketayap tu...

Saturday, August 1, 2009

TERRR..RAJIN SKET.....

Beberapa hari yang lalu, husband saya ada menyebut "nanti hari Sabtu ni breakfast buat pulut kuning dgn rendang ayam ye.." So saya pun tak kesah... lagipun kedua-dua anak saya suka makan rendang ayam. Selalunya buat dgn nasi impit. Tapi kalau nasi impit kena buat kuah kacang sekali. So ni dah save satu masakan.

Maka pagi tadi saya telah ke kedai untuk membeli santan. Cili api pun dah habis jadi kena beli cili api sekali. Kat meja cashier tu penuh dgn barang2 orang lain yg belum dibayar lagi. Dia org masih mencari barang keperluan yang lain. Saya hanya membeli 3 packet santan dan cili api sahaja, jadi saya pun terus menuju ke meja cashier. Saya pegang saja barang2 yg saya ambil sebab meja tu penuh tapi cashier tu kata kat saya "Letak je kat meja ni kak.." Saya pun tolak sket brg org lain dan letak barang2 saya. Rasa dah letak betul dah, tiba2 satu packet santan tu jatuh ke lantai dan pecah, maka saya berasa amat terkejut melihat lambakan santan di atas lantai. Huwaahhhh....!!!! Panik ! Panik! Cashier itu pun berkata, "Takpe kak, amek yang lain.." Walaupun rasa bersalah, tapi dgn tak malunya saya terus mengambil packet santan yang baru. Terima kasih tokeh kedai..

Tak sempat nak amek gambar pulut kuning ngan rendang ayam sebab masing2 dah lapar. Takpe laa... len kali ek.

Tengah relax2 lepas pekena pulut kuning tu, dok laa browse internet. Rasa cam nak buat kuih untuk minum petang pulak. Maka berbekalkan kerajinan yang tetiba melanda, jadi saya pun melihat bahan2 yang ada dalam stock. So kuih untuk minum petang hari ini adalah Kuih Lompang. TQVM to Mat Gebu for the recipe... First time buat ni... Inilah hasilnya...

KUIH LOMPANG



Rupa-rupa kedua2 orang anak saya suka kuih lompang ni. Anak lelaki saya, Naqib, siap suruh buat lagi. Dia ni kalau dah suka, memang mcm tu. Takpe.. takpe.. lain kali mama buat lagi ye... tapi bukan lah hari ni...